You are on page 1of 9

PELANCARAN DAN KEJURULATIHAN

PROGRAM MENINGKATKAN
KESEDARAN KESEJAHTERAAN
PSIKOLOGI GURU
#3A
(Sedar, Peka, Tindak)

1
PENGENALAN
• Kesejahteraan diri adalah elemen penting untuk memastikan
setiap individu memiliki kehidupan yang berkualiti.

• Tindakan mengenepikan aspek psikologi dalam kerja harian


memberikan kesan yang negatif dalam keharmonian sesebuah
organisasi.

• Yang Berhormat Menteri Pendidikan sendiri telah memandang


serius isu stres dalam kalangan warga pendidik.

. Program ini dilaksanakan berdasarkan cabutan daripada Mesyuarat


Susulan Jemaah Menteri Bil. 20/2018 bertarikh 23 November 2018
yang mengarahkan BPsK untuk membangunkan Pelan Tindakan
Meningkatkan Kesihatan Mental Guru.

2
PENGENALAN

• Kajian daripada Bahagian Psikologi & Kaunseling pada


tahun 2018 telah mendapati bahawa seramai 4.4%
daripada 14,000 responden guru telah mengalami tahap
stress yang tinggi. Sementara 47.7% lagi berada pada
tahap stress sederhana.

• Warga KPM perlu dibantu untuk mengurus konflik


intrapersonal dan interpersonal agar isu-isu yang mereka
hadapi dapat ditangani dan diuruskan dengan sebaiknya.

• BPsK mengambil inisiatif merancang, merangka dan


melaksanakan program Meningkatkan Kesedaran
Kesejahteraan Psikologi Guru yang akan dirasmikan oleh
Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan
Malaysia pada 10 Julai 2019 (Rabu).

3
Pelancaran Program
• Untuk memastikan Program ini digerakkan secara menyeluruh dan
sepadu di seluruh negara, Pelancaran Program Meningkatkan
Kesejahteraan Psikologi Guru perlu dilancarkan oleh Yang Berhormat
Menteri Pendidikan.

• Pelancaran oleh Yang Berhormat Menteri sangat signifikan dan


bermakna bagi gelombang program ini ke seluruh peringkat warga KPM
khususnya para guru dan murid di sekolah kerana:
i. berlakunya penurunan arahan pelaksanaan kepada semua Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri.
ii. sebagai titik tolak kepada tindakan KPM melaksanakan arahan Yang
Berhormat Timbalan Perdana Menteri supaya melaksanakan program
meningkatkan kesejahteraan mental masyarakat melalui kementerian
masing-masing.
iii. mencetuskan gelombang kesedaran, kepekaan dan tindakan
meningkatkan kesejahteraan Psikologi di semua peringkat di KPM hingga
ke akar umbi.
4
Rasional
• Kesejahteraan diri adalah hak setiap insan dan mereka perlu
diberi peluang untuk mendapatkan sentuhan kaunseling dan
psikologi dalam membina semula struktur diri yang sejahtera.

• Guru merupakan tulang belakang kepada kejayaan KPM dalam


mencapai visi. Justeru, emosi yang stabil dan terurus
sewajarnya perlu dimiliki oleh mereka agar fokus mereka
dalam merealisasikan visi KPM terlaksana dengan cemerlang.

• Program yang memberikan pendedahan berkaitan dengan


teknik-teknik atau kemahiran yang perlu dalam mengurus
emosi boleh membantu guru dalam meningkatkan
kesejahteraan psikologi mereka.

5
Objektif Program

Mengenal pasti Memperoleh


tahap kesedaran berkaitan
kesejahteraan pentingnya
mengamalkan gaya
psikologi dan
hidup sihat dan
PROGRAM
kesihatan mental
menjaga MENINGKATKAN
kesejahteraan diri KESEJAHTERAAN
PSIKOLOGI GURU
Mengenal pasti Mempelajari
kemahiran daya
#3A
simptom dan gejala
tindak diri untuk
Sedar, Peka, Tindak
yang menyebabkan
ketidakstabilan emosi, mengurus
pemikiran dan tingkah kesejahteraan diri &
laku diri sendiri dan mengenal pasti
orang lain keunikan dan
potensi diri

6
Pengarah
Jabatan Pendidikan
Negeri

PROGRAM
KESEJAHTERAAN
PSIKOLOGI

PSIKOPENDIDIKAN

7
PROGRAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI
 Kaunselor Organisasi Daerah akan TAHUN 2019
diberikan TOT berkaitan dengan
program ini. BULAN TAJUK
 Kaunselor Organisasi Daerah perlu
meyampaikan maklumat ini Ogos Pengurusan stres
kepada semua PGB di Daerah September Komunikasi #3Agurusejahtera
masing-masing.
 Pengetua / Guru Besar perlu Oktober Kesihatan Mental (Pengenalan)
menyampaikan kesemua info ini
kepada guru-guru. TAHUN 2020
 Bahan yang dibekalkan berupa
pamplet dan slaid. BULAN TAJUK
 Guru-guru akan menyampaikan
maklumat kepada murid-murid Januari Pengurusan kewangan
merentas kurikulum dan Februari Gaya Hidup Sihat
kokurikulum.
 Guru Bimbingan dan Kaunseling / Mac Pengurusan Kemarahan
Guru Penolong Kanan HEM akan
#KemPendidikan
April Kebimbangan
membantu Pengetua / Guru Besar
dalam melaksanakan program dan Mei Kemurungan
aktiviti yang dirancang oleh pihak Jun Kekeluargaan
sekolah dalam memberi
psikopendidikan kepada semua Julai Kepuasan Bekerja
guru dan murid. Ogos Kasih Sayang / Personal Touch
8
PENUTUP

Sesungguhnya pelaksanaan program ini sangat penting dalam membantu


meningkatkan kesedaran guru-guru untuk menjaga aspek kesejahteraan psikologi
mereka seperti kemampuan untuk menangani stres, mengelakkan konflik,
meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri
dalam kehidupan. Ini dapat membantu merealisasikan visi KPM dalam memastikan
pendidikan terus berkualiti dan merancakkan proses kemenjadian murid di negara
ini.

You might also like