You are on page 1of 83

Rekabentuk, Pembinaan

dan Pentadbiran
Ujian

1
Pembinaan Ujian
Langkah Pembinaan Ujian
 
• Proses yang penting dalam merancang ujian
ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) yang mengandungi maklumat tertentu
bagi sesuatu ujian.
• Kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk
menentukan pentingnya setiap tajuk/subtajuk
dalam kandungan sukatan pelajaran berkenaan.

2
Antara aspek yang perlu dianalisis termasuklah yang berikut:
 
a) Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat
bagi sesuatu tajuk
b) Pendekatan dalam mempelajari sesuatu
tajuk
c) Kepentingan bandingan antara satu tajuk
dengan tajuk yang lain
d) Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk
e) Masa pengajaran-pembelajaran yang
perlu bagi sesuatu tajuk

3
• Maklumat di atas penting kepada penggubal
soalan kerana maklumat itu menentukan sifat
ujian dari segi bilangan soalan yang perlu
dimasukkan untuk setiap tajuk/subtajuk.

• Di samping itu, analisis perlu juga dibuat


terhadap objektif pendidikan yang diasaskan
pada taksonomi pendidikan yang
dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom.

4
• Berdasarkan analisis inilah Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU) dirangka.
• JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi
kandungan dan paksi peringkat kemahiran.
• JSU ini akan menetapkan bilangan soalan
yang perlu diuji bagi setiap tajuk/subtajuk
pada setiap peringkat kemahiran.
• JSU yang lengkap dibina akan menjadi
panduan kepada penggubal soalan.
5
Jika JSU dipatuhi dengan teliti, maka ujian yang
dibina adalah:

a) sah dari segi kandungan sukatan


pelajarannya,
b) stabil dari segi mutu, tahap, dan
kesukarannya dari setahun ke setahun,
c) sama dari segi mutu, tahap, dan
kesukarannya walaupun ujian dibina oleh orang
yang berlainan.
6
Tahap Kognitif

Pengetahuan

Pemahaman

Penggunaan
Kandungan

Peratus%
Penilaian

Jumlah
Stuktur
Pemakanan: x

Jenis makanan x x x
Proses
Pencernaan x x x x
Penghazaman x x
Jumlah 20% 20% 50% 10% 100%

7
Tahap Kognitif

Pengetahuan

Pemahaman

Penggunaan

Peratusan%
Kandungan

Penilaian

Jumlah
Stuktur
Pemakanan: 4(AP) 4 4
Jenis makanan 4(AP) 6(T) 10(AP) 20 20

Proses
Pencernaan 6(BS) 6(T) 10(AP) 10(E) 32 32

Penghazaman 6(BS) 8(T) 44 44


jumlah 20% 20% 30(AP) 10% 100

8
Taksonomi Pembelajaran

Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga


domain, iaitu:

1. Cognitive Domain (Domain Kognitif),


melibatkan perilaku-perilaku yang
menekankan aspek intelektual, seperti
pengetahuan, pengertian, dan keterampilan
berfikir.

9
2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan
perilaku-perilaku yang menekankan aspek
perasaan dan emosi, seperti minat, sikap,
apresiasi, dan cara penyesuaian diri.
 
3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor)
mengenai perilaku-perilaku yang menekankan
aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan,
berenang, dan mengoperasi mesin.

10
Domain Kognitif (Bloom)

Bloom membahagikan domain kognitif


kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari
dua tahap iaitu:
i. Pengetahuan
ii. Kemampuan dan Keterampilan
Intelektual

11
Pengetahuan (Knowledge)
• Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan
mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta,
gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip
dasar, dan sebagainya.

12
Pemahaman (Comprehension)

• Dikenali dari kemampuan untuk membaca


dan memahami gambaran, laporan, jadual ,
diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.

13
Aplikasi (Application)

• Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki


kemampuan untuk menerapkan gagasan,
prosedur, metodologi , rumus, teori dan
sebagainya di dalam persekitaran sebenar.

14
Analisis (Analysis)

• Pada tahap analisis, seseorang akan mampu


menganalisa maklumat yang diperoleh dan
mencerakinkannya atau menstrukturkan
maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih
kecil untuk mengenali pola atau hubungannya
dan mampu mengenali serta membezakan
faktor penyebab dan akibat dari sebuah
senario yang rumit.

15
Sintesis (Synthesis)

• Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan


mampu menjelaskan struktur atau pola dari
sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat
dan mampu mengenali data atau maklumat
yang harus didapati untuk menghasilkan
bentuk penyelesaian yang diharapkan.

16
Penilaian (Evaluation)

• Dikenali dari kemampuan untuk memberikan


penilaian terhadap penyelesaian, gagasan,
metodologi dan sebagainya dengan
menggunakan kriteria yang sesuai atau
standard yang ada untuk memastikan nilai
efektif atau manfaatnya.

17
Domain Psikomotor (Simpson)

1. Persepsi
2. Persediaan (Set)
3. Respons Terpimpin
4. Mekanisme (Mechanism)
5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex
Overt Response)
6. Penyesuaian (Adaptation)
7. Penciptaan (Origination)

18
Domain Afektif (Krathwohl)

1. Penerimaan (Receiving/Attending)
2. Tanggapan (Responding)
3. Penghargaan (Valuing)
4. Pengorganisasian (Organization)
5. Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai
(Characterization by a Value or
Value Complex)

19
Panduan Pembinaan item Ujian

• Langkah ini dilakukan oleh pakar-pakar


dalam mata pelajaran berkenaan.
• Penggubal perlu menulis soalan berdasarkan
JSU dari segi kandungan dan kemahiran yang
hendak diuji.
• Soalan hendaklah ditulis berpandukan kepada
prinsip penulisan soalan.

20
Secara umumnya, kriteria yang perlu ada pada seseorang
penggubal ialah:
 
a) menguasai isi kandungan dokumen standard, termasuklah
kesedaran tentang sebarang kesukaran yang dihadapi oleh
pelajar untuk menguasai mata pelajaran, kesedaran tentang
kekeliruan atau kesilapan yang lazim dibuat oleh pelajar
(penting untuk membina distraktor dalam soalan aneka
pilihan), dan kesedaran tentang kesukaran bandingan antara
tajuk- tajuk yang ada. Kesedaran itu penting kerana sampel
soalan perlu didasarkan pada kesukaran bandingan yang ada
supaya kertas soalan tidak menjadi terlalu mudah atau terlalu
susah,
21
b) mempunyai objektif pendidikan
yang rasional supaya dapat
membezakan antara perkara yang
penting diketahui oleh pelajar
dengan perkara yang remeh-temeh
yang tidak perlu diuji,

22
c) memahami dan menyedari tahap pendidikan
pelajar supaya soalan yang dibina dapat
disesuaikan dengan kemampuan mental
pelajar tanpa menjejaskan standard soalan. Ini
penting untuk mengelakkan sebarang perkara
yang menimbulkan keraguan atau perkara di
luar liputan sukatan pelajaran,

23
d) mahir dalam perhubungan verbal supaya
soalan yang ditulis tepat maknanya secara
eksplisit dan implisit dan betul jalan
bahasanya; kesilapan tafsiran kerana
penggunaan kata-kata atau ungkapan yang
kurang tepat dalam soalan esei dapat
dibetulkan dengan mengubahsuaikan skema
pemarkahan tetapi dalam soalan aneka
pilihan, ubahsuaian ini tidak dapat dilakukan,

24
e) mahir dalam teknik menulis soalan
dengan menggunakan imaginasi clan
daya cipta sendiri.

25
Memilih dan menyelaraskan soalan
Soalan (terutamanya soalan aneka pilihan) hendaklah digubal berdasarkan
kehendak JSU disemak oleh satu jawatankuasa/panel berdasarkan kriteria
yang berikut.

a) Pokok soalan lengkap dan jelas.


b) Tugasan soalan jelas dan terfokus.
c) Soalan dapat digolongkan ke dalam mana-mana
satu bidang isi kandungan-kemahiran yang terdapat
dalam JSU.
d) Teori, konsep, prinsip yang terlibat adalah arlit
kepada pelajar
e) Laras bahasa sesuai dan tatabahasa betul.
Jawatankuasa/panel juga bertanggungjawab
memperbaiki sebarang kesilapan atau kecacatan
yang terdapat pada soalan-soalan yang dipilih.
26
AKTIVITI:
• Senaraikan langkah-langkah yang perlu
diambil kira oleh seorang pendidik sebelum
melaksanakan
sesuatu ujian bilik darjah.

27
Ciri- Ciri Item Yang Baik
Akur Kurikulum
 Item yang dibina mestilah dalam cakupan
kurikulum
 Jika luar skop, skor tidak sah dan skor tidak
membawa makna serta tidak boleh dipercayai

Akur Spesifikasi
 Jenis dan bentuk item dalam spesifikasi;
kandungan mata pelajaran yang dicakup; aras
kemahiran
Akur Peluang
 Peluang yang cukup diberikan kepada pelajar
untuk mempelajari perkara yang ditaksir
 Peluang dari segi kemudahan yang ada dan
kepakaran guru untuk menyampaikan ilmu
kepada pelajar
Ketepatan: Konstruk, Konteks (Tajuk)

 Menepati konstruk iaitu Pengetahuan, Kemahiran


dan Nilai
- Jika tidak dipatuhi, taburan item terjejas dan
mempengaruhi kebolehpercayaan skor

 Mesti mengikut tajuk/konteks yang dihasratkan


- Jika tidak ada, tajuk yang diwakili akan
memberikan kesan kepada taburan item
Kejelasan: Rangsangan/Stimulus, Stem, Homogeniti,
Bahasa
 Rangsangan: sesuai, relevan dan tepat
 Stem: bahasa yang gramatis dan minimumkan ayat
negatif
 Bahasa: mudah difahami, jelas dan tepat
 Istilah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
sahaja yang keutamaannya diberikan. Sekiranya
terdapat istilah daripada sumber lain, pastikan bahawa
istilah tersebut digunakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kesesuaian: Aras kesukaran, Kepentingan, Keadilan
 Aras Kesukaran: menepati aras yang ditetapkan iaitu
aras kesukaran rendah (R), sederhana (S), tinggi (T)
- Item aras (R) dapat dijawab oleh
sebilangan besar pelajar
- Item aras (S) dapat dijawab oleh pelajar
yang berprestasi sederhana dan
cemerlang
- Item aras (T) dapat dijawab pelajar
berprestasi cemerlang sahaja.
 Sesuai Penting: item yang dibina mewakili
perkara penting dalam Sukatan Pelajaran/Pro
forma subjek
 Adil: item tidak bias dari segi etnik, agama,
budaya dan jantina
 Item tidak sensitif dari segi agama, budaya
dan emosi
 Item yang dibina berbentuk in-situ (localised)
Item dalam instrumen mestilah mewakili:
 Kepelbagaian item
 Kepelbagaian cara penyoalan
Ciri-ciri mengikut aras kemahiran domain kognitif
(Taksonomi Bloom (2001)

Aras Ciri Soalan Kata Tugas


Eksplisit
1. Mengingat/ Menguji kebolehan calon mengingat Baca
Remembering sesuatu semula, mengecamkan idea, Catat
mengenal pasti, menyenaraikan dan Daftarkan
menamakan keterangan, prinsip atau Kenal pasti
fakta yang telah dipelajari Labelkan
Namakan
Jawapan calon menggunakan bahasa Nyatakan
asal Padankan
Pasangkan
Perihalkan
Pilikan
Sebutkan
Senaraikan
Tandakan
Aras Ciri Soalan Kata Tugas
Eksplisit
2. Memahami/ Menguji kebolehan kognitif yang Anggarkan
Understanding melibatkan penggunaan pengetahuan Bandingkan
tanpa situasi baharu Bezakan
Hitungkan
a) Penterjemahan: Huraikan
Kemahiran menyatakan sesuatu Jelaskan
konsep yang diketahui melalui Kategorikan
perkataan/simbol Kemukakan
Parafrasa
 Menterjemahkan satu bahasa ke Perluaskan
bahasa lain Ramalkan
 Menukar bentuk simbol kepada Rangkumkan
bentuk verbal atau sebaliknya Simpulkan
 Membaca skor muzik Terangkan
Terjemahkan
Tulis semula
dengan perkataan
sendiri
Aras Ciri Soalan Kata Tugas
Eksplisit
b) Interpretasi:

Kemahiran menghubungkaitkan
bahagian dalam sesuatu set komunikasi
dan menyatakan dalam bentuk lain dengan
mengekalkan makna set komunikasi itu.

Mengolah, menyusun, meringkaskan


sesuatu pernyataan peristiwa atau konsep,
menggunakan bahasa sendiri tanpa
mengubah makna dan tujuan asal.
Aras Ciri Soalan Kata Tugas
Eksplisit
c) Ekstrapolasi:

Kemahiran yang melibatkan interpretasi


yang melampau tentang maklumat dalam set
komunikasi

Membuat ramalan, inferens atau


anggaran,berdasarkan pemerhatian,
pengalaman, corak atau trenda

Membuat telahan sebab dan akibat sesuatu


peristiwa terjadi
Aras Ciri Soalan Kata Tugas
Eksplisit
3. Mengaplikasikan/ Menguji kemahiran menggunakan Bina
Applying pengetahuan untuk memberikan Cari
penjelasan bagi suatu situasi baharu Gambarkan
atau menyelesaikan masalah yang Gunakan
baharu Kaitkan
Mengaitkan peristiwa masa kini Kemukakan
dengan peristiwa masa lalu Kira
Menyelesaikan masalah matematik Laksanakan
dengan menggunakan rumus yang Organisasikan
bersesuaian Ramalkan
Menggunakan pengetahuan dan Selesaikan
pengalaman yang ada untuk Simulasikan
menyelesaikan masalah berkaitan Tentukan
dengan aspek kognitif. Misalnya Terapkan
memberikan cadangan berasaskan Tunjukkan
fakta.
Arasi Ciri Soalan Kata Tugas Eksplisit
4. Menganalisis/ Menguji kemahiran Banding beza
Analysing mencerakinkan/mengumpul Bandingkan
maklumat atau bahagian-bahagian Berikan sebab
Bezakan
dalam suatu set komunikasi
Buat analisis
sehingga pertalian antara bahagian- Buat eksperimen
bahagian tersebut dapat Buat inferensi
ditunjukkan dengan jelasnya. Buat kiraan/hitungkan
Buktikan Cerakinkan
Menguji kebolehan calon Diagnosis
membandingkan dan menghuraikan Diskriminasi
fakta-fakta kesamaan, perbezaan Ilustrasi
dan perhubungan di antara satu Inferensi
Kategorikan
sama lain. Kesan
Kritik
Modelkan
Perincikan
Rangkakan
Simpulkan
Teliti/Periksa
Ubah suai
Aras Ciri Soalan Kata Tugas Eksplisit
5. Menilai/ menguji kebolehan calon Bahaslah
Banding beza
Evaluating membuktikan, menilai, mengesahkan, Pertahankan
mengkritik, merumuskan atau Bandingkan
memberikan pendapat terhadap sesuatu Berikan hujah
pernyataan Berikan justifikasi
Berikan pendapat
Berikan sokongan
Calon perlu melihat fakta dari aspek Bincangkan
‘pro dan kontra’ semasa membuat Buat anggaran
Buat generalisasi
penilaian Buat penghakiman
Buat ramalan
Buat rumusan
Buat verifikasi
Buktikan
Cantumkan
Diskriminasikan
Gabungkan
Hubungkait
Huraikan
Interpretasikan
Nilai
Pertimbangkan
Taksir
Aras Ciri Soalan Kata Tugas
Eksplisit
Kemahiran membuat pertimbangan atau
memberikan gred dengan menggunakan kaedah
dan kriteria standard tentang kesesuaian,
ketepatan, kecekapan, keberkesanan dan
sebagainya

Menentukan ketepatan, kecukupcakupan, dan


kerelevavav data
Menyokong suatu dapatan atau kesimpulan
yang dibuat berdasarkan kaedah standard
Mengenal pasti sifat bias dan emosi dalam
persembahan
Aras Ciri Soalan Kata Tugas
Eksplisit
6. Mencipta/ Menguji kebolehan calon merancang, Bandingkan
creating mereka/ mencipta/ menghasilkan sesuatu Bentukkan
yang kreatif dan penggabungan pelbagai Buktikan
unsur. Hal ini termasuk penghasilan sesuatu
Cadangkan
rancangan, rumusan, kaedah/prosedur atau Ciptakan
cadangan. Gabungkan
Gubal
Kemahiran yang boleh menggabungkan Jana
elemen-elemen dan bahagian-bahagian untuk Perincikan
membentuk suatu set maklumat Perjelaskan
Putuskan
Melibatkan proses menyusun dan Rancangkan
membuat kesimpulan Rumuskan
Sediakan
Sintesiskan
Simpulkan
Susun semula
Tafsirkan
Aras Ciri Soalan Kata Tugas
Eksplisit
Lebih bersifat pemikiran bercapah dan
kreatif

Mencipta lagu
Mereka bentuk bangunan berdasarkan
spesifikasi yang ditetapkan
Menghasilkan penemuan matematik
daripada pengolahan dan perumusan
maklumat matematik.
Contoh Item
Bil Aras Contoh Item
Kemahiran
1 Mengingat Apakah maksud sampul kecil dalam sistem fail?
A Satu fail sementara dibuka apabila fail asalnya
tidak ditemuikan
B Satu fail baharu dibuka setelah fail asal
melebihi 100 dokumen
C Satu fail baharu diadakan untuk kegunaan
pengerusi atau ketua
D Satu fail sementara diadakan bagi
mengendalikan satu aktiviti khas

Tingkah laku muzikal merupakan satu tingkah laku yang


berbentuk hasil daripada gabungan dua faktor sosiologi
yang utama. Nyatakan dua faktor dan komponennya.
Bil Aras Contoh Item
Kemahiran
2 Memahami Manakah antara yang berikut yang merupakan tujuan
untuk memahami dan mempelajari psikologi dalam
pendidikan?
A Melengkapkan guru dengan teori dan prinsip
tingkah laku murid
B Membantu guru untuk berinteraksi dengan
ibu bapa murid secara mesra dan berkesan
C Membekalkan guru dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam mata
pelajaran yang diajarkan di nsekolah
D Membantu guru memahami konsep budaya
sekolah dan budaya murid untuk
menjalankan aktiviti kemasyarakatan

Berdasarkan Model Disiplin Asertif Canter, terangkan dua


cara bagaimana seseorang guru boleh menguruskan
masalah disiplin di dalam bilik darjah
Bil Aras Kemahiran Contoh Item
3 Mengaplikasikan Bincangkan dua cara berserta contoh bagaimana
seseorang guru dapat meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran melalui
pengetahuannya tentang gaya pembelajaran muridnya.

Anda ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran


pengkhususan anda kepada murid tahun 4. Bilik darjah
anda mempunyai seorang murid autistik dan seorang
murid hiperaktif serta 30 orang murid yang lain.
Bincangkan strategi pengurusan bilik darjah yang
dapat anda melaksanakan. Strategi anda perlu
mengambil kira keperluan kedua-dua murid autistik
dan hiperaktif serta murid yang lain di dalam bilik
darjah tersebut.
Bil Aras Contoh Item
Kemahiran
4 Menganalisis Teori Kaunseling boleh membantu kaunselor semasa
mengendalikan sesi kaunseling sebagai kerangka utama
proses kaunseling.

Berdasarkan Teori Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT),


bincangkan dengan memberi contoh yang jelas tentang
lima pandangan teori berkenaaan terhadap sifat manusia.

It is believed that knowledge of students’ multiple


intelligences, as described by Gardner, can help a teacher
maximize students’ learning potential. Discuss this belief
in the context of the Malaysian teacher.
Bil Aras Contoh Item
Kemahiran
5 Menilai Pollution has caused severe damage to the environment.
How far has man’s activities contributed to this? Explain
your answer with relevant examples.

Pencemaran telah menyebabkan kerosakan yang teruk


kepada alam sekitar. Bincangkan sejauh mana aktiviti
manusia menyumbang kepada masalah ini?
Bil Aras Contoh Item
Kemahiran
6 Mencipta Karangkan sebuah cerita untuk menerangkan pengalaman
anda semasa menjalani praktikum di sekolah.

Isu murid kurang minat, tidak memberi fokus dan lemah


dalam penguasaan isi pelajaran sering dihadapi oleh guru-
guru di dalam bilik darjah.

Berdasarkan kefahaman anda berkaitan dengan motivasi,


cadangkan bagaimana anda boleh mengaplikasikan
motivasi intrinsik dalam mata pelajaran pengkhususan
anda di dalam bilik darjah dengan berkesan.
Aspek-aspek Domain Afektif
Kategori Penerangan Kata Tugas
Eksplisit
Penerimaan Soalan berhubung dengan kemahiran pelajar Berikan
untuk memberikan perhatian dan menerima Kenal pasti
idea tanpa soal jawab. Tindakan pelajar Namakan
mencerminkan satu kesedaran/perhatian Pilih
terhadap rangsangan dan Terangkan
peristiwa/persekitaran yang berhubung
dengan domain afektif.
Kategori Penerangan Kata Tugas Eksplisit
Bertindak Pelajar mengikuti atau mematuhi Baca
balas peraturan yang ditetapkan, bertindak balas Bincangkan
dengan sukarela dan melibatkan diri Labelkan
dalam aktiviti berdasarkan minat. Lakukan
Laporkan
Persembahkan
Tulis

Nilaian Penyertaan pelajar dalam sesuatu aktiviti Bentuk


bukan sahaja kerana keseronokan tetapi Berikan justifikasi
juga kerana wujudnya komitmen dan Cadangkan
penghayatan berdasarkan prinsip yang Huraikan
telah dinuranikan sehingga menjadi Kajikan
kepercayaan. Lengkapkan
Terangkan
Kategori Penerangan Kata Tugas Eksplisit
Pengelolaan Pembentukan satu sistem nilai yang Bezakan
konsisten dalam diri seseorang yang Gabungkan
mengandungi beberapa nilai lain Hubung kaitkan
yang saling berkaitan antara satu Organisasikan
sama lain. Pertahankan
Sintesiskan
Susun
Ubah suai

Perwatakan Pelajar tahu siapa dirinya dan apa Cadangkan


yang diperjuangkannya jika tingkah Diskriminasikan
laku sejajar dengan falsafah hidup Lakonkan
yang dipilih dan dipegang. Selesaikan
Verifikasi
Item Objektif
• Item objektif ialah item yang mempunyai
pilihan jawapan, iaitu calon perlu memilih
hanya satu jawapan yang tepat.

• Item objektif terdiri daripada aneka pilihan


dan aneka gabungan.
Aneka Pilihan
Mempunyai tiga komponen:
• Rangsangan/Stimulus
- maklumat khusus tempat item itu
didasarkan
- berbentuk teks, grafik, jadual, perbualan
dll.
• Stem/Pokok Soalan
- bahagian yang mengandungi tugasan
- berbentuk ayat lengkap, ayat tidak
lengkap, soalan dll
-
• Pilihan Jawapan
- berbentuk angka, simbol, gambar rajah,
frasa, jadual dll
- mengandungi kunci, iaitu pilihan
jawapan tepat
- pengganggu/distraktor untuk
mengganggu calon daripada jawapan
sebenar

• W/bgmn pun jk stem soalan/pokok soalan adalah lengkap dan


membawa makna yang jelas, rangsangan/stimulus tidak
diperlukan.
Aneka Gabungan/Item Cantuman
• Item Aneka Gabungan menghendaki calon
membuat satu Pilihan Jawapan yang tepat daripada
satu gabungan empat elemen yang diberikan
• Gabungan elemen perlu disebarkan seimbang
dalam Pilihan Jawapan
• Elemen-elemen jawapan disusun mengikut pilihan
tertib berikut:
 Pendek ke panjang
 Kuantiti kecil ke banyak
 Angka kecil ke angka besar
Contoh Item Aneka Pilihan
Murid A: “Ayah tak suka saya pun, saya tak kisah…” (Rangsangan)

Sebagai guru bimbingan yang ingin mengaplikasikan kemahiran


mendengar, manakah corak respons berikut yang memperlihatkan
kemahiran tersebut berdasarkan jawapan murid A? (Stem)

A “Nampaknya anda kecewa dengan ayah anda”


B “Anda tidak kisah walaupun ayah anda tidak suka akan
anda” (Kunci)
C “Anda berasa marah kerana ayah tidak mengambil berat
keadaan anda”
D “Jadi anda mengambil keputusan untuk tidak
menghiraukan ayah anda”
Contoh Soalan Aneka Gabungan
Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua pelajar dalam
proses pembelajaran bagi membolehkan pelajar memindahkan pemikiran mereka dalam
bentuk tulisan.

Kemahiran menulis dapat diertikan sebagai


I proses kreatif melahirkan idea melalui bahasa tulisan
II suatu kegiatan mentranskripsi, mengubah bunyi menjadi tanda-
tanda baca
III kemampuan seseorang mengemukakan fikiran (idea) kepada
pihak lain melalui media tulisan
IV penggambaran visual tentang fikiran, perasaan dan idea
dengan menggunakan simbol sistem bahasa untuk keperluan
komunikasi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Panduan Pembinaan Item Aneka Pilihan

Bi Ciri-ciri Panduan Umum


l
1 Isi kandungan dan  Pastikan bahawa soalan menguji satu
kemahiran yang sepatut hasil pembelajaran yang penting
diuji
 Pastikan bahawa soalan menepati
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dari segi
kandungan dan aras kemahiran

 Pastikan bahawa soalan menguji lebih


daripada hanya pengetahuan fakta
Bi Ciri-ciri Panduan Umum
l
2 Pokok soalan/Stem  Pokok soalan mengemukakan satu
permasalahan yang jelas sahaja

 Pokok soalan mengandungi maklumat


yang relevan sahaja

 Kehendak dan aras soalan dapat


dijelaskan/ditingkatkan lagi dengan
gambar rajah, senario situasi sebenar,
jadual dll

 Pokok soalan harus dalam bentuk positif

 Dicadangkan bilangan item berbentuk


negatif (contoh- KECUALI) hanya meliputi
5% daripada jumlah keseluruhan bilangan
item bagi sesuatu kertas peperiksaan.
Contohnya 5% daripada 20 soalan
bersamaan dengan 1 soalan berbentuk
negatif sahaja.
Bil Ciri-ciri Panduan Umum
 Jika soalan negatif, perkataan negatif dalam
pokok soalan perlu ditonjolkan

 Perkataan yang hendak ditonjolkan dalam


pokok soalan seperti bukan, paling dan
bilangan (contoh: dua) perlu dihitamkan.

3 Pilihan Jawapan  Distraktor harus berfungsi dan munasabah

 Pilihan jawapan harus homogen

 Pilihan jawapan dalam lingkungan proforma

 Semua pilihan jawapan selaras/selari dari segi


tatabahasa dengan pokok soalan

 Tiada pembayang jawapan pada pilihan


jawapan (‘Verbal clues’)
Bi Ciri-ciri Panduan Umum
l
 Tiada pembayang jawapan pada soalan-
soalan lain

 Elaklah daripada menggunakan pilihan


jawapan “Semua di atas” atau “Tiada jawapan
yang betul”

 Pilihan jawapan harus hampir sama panjang

 Pilihan jawapan disusun mengikut kronologi/


numerik/ abjad/ panjang/ pendek

 Perkataan yang berulang-ulang dalam semua


pilihan jawapan dipindahkan ke pokok soalan

 Terdapat 4 pilihan jawapan A, B, C dan D


sahaja ditetapkan untuk setiap soalan
Bi Ciri-ciri Panduan Umum
l
 Bilangan item cantuman tidak melebihi dari
5% daripada keseluruhan soalan objektif.
Contohnya 5% daripada 20 soalan
bersamaan dengan 1 soalan item cantuman
sahaja

 Empat elemen sahaja (I, II, III, dan IV)


disediakan sebagai pilihan bagi soalan
berbentuk pelbagai cantuman/gabungan

 Empat elemen (I, II, III, dan IV) dicantumkan


dan disebarkan secara seimbang sama ada
2 elemen atau 3 elemen.
Bil Ciri-ciri Panduan Umum
4 Penggunaan  Untuk semua soalan, rajah, jadual, peta
petikan, rajah, dan petikan diletakkan sebelum pokok
istilah dan soalan/stem dan dinomborkan jika melebihi
tatabahasa satu

 Penggunaan bahasa mudah difahami

 Struktur bahasa dan istilah betul/sesuai

 Ejaan betul dan tekal

 Singkatan perkataan (akronim) digunakan


dengan betulnya dan telah dinyatakan
sebelumnya

 Petikan atau bahan rujukan harus


dinyatakan sumbernya
Bil Ciri-ciri Panduan Umum
5 Sebaran jawapan  Sebaran jawapan tidak ada pola pada
adalah secara senarai jawapan (Skema Pemarkahan)
rawak
 Bilangan A, B, C, dan D hampir sama
banyak
Item Subjektif
• Item Subjektif ialah item yang membenarkan
subjektiviti dalam jawapan yang diberikan oleh
calon
• Calon boleh menunjukkan pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran melalui jawapan
kepada item kemahiran berfikir aras tinggi
(Higher Order Thinking Skills)
• Item subjektif terdiri daripada Item Berstruktur,
Item Respons Terhad dan Item Respons
Terbuka.
Item Berstruktur
• Satu siri soalan yang berturutan dan berkaitan
antara satu sama lain
• Tugasan item merujuk kepada perkara yang sama
• Item berstruktur membentangkan suatu situasi
kepada pelajar yang mengkehendaki pelajar
memberikan respons
• Jawapan yang diberikan merupakan proses atau
aspek yang berkaitan
• Item jenis ini boleh menguji masalah situasi yang
kompleks
Bentuk item berstruktur:
Item Tanpa Petikan
Item Dengan Petikan
Item Dengan Pernyataan
Item Bergambar
Item Bergraf
Item Bergambar Rajah
Item Aplikasi
Item Padanan
Item Respons Terhad
• Respons terhad membataskan calon dalam
aspek skop soalan dan peruntukan markah.
• Ruang jawapan yang disediakan lebih
terbatas, iaitu respons yang diperlukan
daripada calon merupakan satu frasa,
beberapa ayat atau satu perenggan.
• Respons yang dijangkakan distrukturkan
(structured) atau dipandu (guided)
berdasarkan kehendak soalan.
Item Respons Terbuka
• Item yang memerlukan calon merancang dan menyusun
jawapan dengan terbuka.
• Calon berpeluang mengemukakan idea, menyusun respons
secara kritis, mengemukakan hujah yang rasional dan
konstruk yang membina berdasarkan tuntutan soalan.
• Sebagai contoh, soalan esei pendek yang memerlukan
jawapan antara 300 hingga 400 patah perkataan dan soalan
esei panjang antara 500 hingga 700 patah perkataan.
• Item ini menggalakkan calon untuk mempamerkan proses
penaakulan HOTS kepada penilai.
Panduan Umum Penggubalan Item Berstruktur

• Boleh menggunakan petikan, rajah atau jadual


sebagai rangsangan kepada soalan.
• Pastikan bahawa pecahan-pecahan soalan ada
perkaitan dan kesinambungan mengenai sesuatu
tema.
• Pecahan soalan meliputi pelbagai aras yang
disusun mengikut urutan.
• Ruang jawapan bergaris disediakan bagi setiap
pecahan soalan dan peruntukan markah
dinyatakan.
• Bagi pecahan soalan yang melibatkan
pengiraan, lukisan atau ilustrasi, ruang
jawapan tidak perlu digaris.
• Rajah, jadual, peta dan graf diletakkan
sebelum pokok soalan dan dinomborkan jika
lebih daripada satu.
• Jika petikan digunakan, catatlah sumbernya.
Panduan Penggubalan Item Subjektif
Bil Ciri-ciri Panduan Khusus Penggubalan Soalan Esei
1 Item Esei  Pastikan bahawa tidak ada pecahan soalan
bagi soalan esei

2 Fokus kehendak  Bina setiap soalan supaya tujuan dan


soalan perlu jelas maksudnya jelas kepada calon

 Tentukan bahawa skop, aspek dan


penekanan soalan itu jelas

 Hadkan fokus soalan supaya murid


mempunyai masa yang cukup untuk
menjawabnya

 Sekiranya soalan membenarkan variasi


perincian, tentukan panjangnya dalam
soalan itu
Bil Ciri-ciri Panduan Khusus Penggubalan Soalan Esei
3 Skop soalan adalah  Bina soalan yang menepati objektif
berdasarkan objektif pengajaran supaya pemeriksa boleh
pengajaran memberikan markah dan boleh
dipercayai

 Berdasarkan objektif pengajaran (akur


JSU)

 Pastikan bahawa tugasan soalan yang


diberikan tidak disoal dalam bahagian
objektif
Bil Ciri-ciri Panduan Khusus Penggubalan Soalan Esei
4 Soalan akur kepada  Rangsangan digalakkan
aspek-aspek
penulisan soalan esei  Boleh menggunakan petikan, rajah atau
jadual sebagai rangsangan kepada
soalan

 Untuk semua jenis soalan, rajah, jadual,


peta dan petikan diletakkan sebelum
pokok soalan dan dinomborkan jika
melebihi satu

 Tugasan soalan perlu jelas dan lengkap


(jika perlu, tunjukkan proses/ tingkah laku/
kemahiran, syarat dan kriteria)
Bi Ciri-ciri Panduan Khusus Penggubalan Soalan Esei
l
5 Soalan yang  Semua soalan esei dan soalan struktur
mencabar dan adalah beraras tinggi (tertakluk kepada
memerlukan pelajar JSU) supaya memberi peluang kepada
pelajar menganalisis, mensintesis dan
menggunakan
membuat penilaian
pemikiran aras tinggi
(Higher Order  Soalan melibatkan lebih daripada satu
Thinking Skills – aspek supaya pelajar dapat membuat
HOTS) perkaitan atau mensintesisi antara aspek-
aspek

 Soalan yang memerlukan pelajar untuk


mengaplikasi pengetahuan kepada situasi
baharu

 Menggunakan kata tugas “mengapa”,


“sejauh manakah” dsbg

 Sifat terbuka (open-ended)

 Pastikan jawapan tidak boleh didapati


daripada buku teks, internet dan sumber
lain
Bil Ciri-ciri Panduan Khusus Penggubalan Soalan Esei
6 Skema Pemarkahan  Skema Pemarkahan yang lengkap dan
disediakan bersama- disertakan soalan di dalamnya.
sama dengan soalan
 Bagi soalan esei, sediakan satu sampel
hujah untuk menjawab soalan supaya
meningkatkan kebolehpercayaan
pemarkahan. Manakala hujah-hujah
lain dicatatkan secara ringkas sebagai
jawapan yang dijangkakan.
Panduan Aspek Teknikal
• Kertas Peperiksaan perlu ditaip mengikut templat standard
dari segi Page Setup, Jarak/Spacing dan sistem penomboran.
• Font
Bahasa Malaysia dan Inggeris – font Arial dan saiz 11
Bahasa Arab – font Traditional Arabic saiz 18
Bahasa Melayu Jawi – font Jawi Biasa saiz 18
Bahasa Cina – font Song Ti saiz 12
Bahasa Tamil – font Murasu Inaimathy saiz 11
Penggunaan tanda baca, huruf besar/kecil:

 Tugasan yang berbentuk soalan diakhiri dengan tanda soalan (?)


 Tugasan yang berbentuk pernyataan lengkap mestilah diakhiri
dengan noktah.
 Tugasan yang berbentuk pernyataan tidak lengkap diakhiri tanpa
sebarang tanda bacaan.
 Semua pilihan jawapan tidak perlu diakhiri dengan noktah.
 Huruf besar digunakan dalam permulaan ayat, kata nama khas,
selepas tanda noktah, selepas tanda soal, permulaan setiap item
cantuman dan pilihan jawapan soalan objektif aneka pilihan.
 Huruf kecil digunakan dalam permulaan setiap unsur soalan
cantuman dan pilihan jawapan soalan objektif berbentuk
pelengkap.
Panduan Umum
 Nombor halaman mula dicetak pada muka surat 2 di
bahagian tengah footer. Nombor halaman pertama
tidak dicetak walaupun halaman itu termasuk dalam
pengiraan jumlah halaman bercetak.
 Header No. Kod : EDU3104 (contoh) perlu ditulis
pada bahagian kiri pada setiap halaman kertas
soalan.
 Header Angka Giliran : _______________ hanya
perlu ditulis pada bahagian atas di sebelah kanan
kertas soalan struktur sahaja.
 Muka hadapan buku soalan bagi semua kertas
peperiksaan disediakan dalam bahasa Melayu.
 Perkataan SULIT perlu diletakkan pada header di muka
hadapan sebelah kiri buku soalan dan pada footer
sebelah kanan di setiap halaman dalam buku soalan
dengan menggunakan font Arial bersaiz 11.
 Pada bahagian bawah halaman akhir setiap buku
soalan, kertas saranan jawapan dan Skema
Pemarkahan, pernyataan © Hak Cipta Kerajaan
Malaysia 20__ ditulis.
TERIMA KASIH

83

You might also like