You are on page 1of 21

TAJUK 1 :

PENGENALAN KEPADA
GERAK KERJA
KOKURIKULUM
MPU2021 KOLURIKULUM-PERSATUAN
PISMP

FLORINA ANAK SIGAY


PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
1. APAKAH GERKO?

Gerak Kerja Kokurikulum

FLORINA ANAK SIGAY


PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
2.0 HAKIKAT KOKURIKULUM
1. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu
bangsa bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan
dapat dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang
seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa
memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan gerak kerja
kokurikulum. Ini bermakna seseorang pelajar itu diberi didikan yang
menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan spritiual.

Y.A.B. Datuk Seri Abdullah bin Hj, Ahmad Badawi (1985)

FLORINA ANAK SIGAY


PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR 2019
…SAMBUNGAN
2. Penekanan baru kepada gerak kerja kokurikulum di sekolah-sekolah adalah sesuai dengan
masa dan keperluan pendidikan di negara kita sekarang. Ini akan menjadikan pendidikan yang
menyeluruh merangkumi bidang akademik dan kokurikulum. Kedua-dua bidang ini
seharusnya digabungkan, diberi penekanan baru, dan diberi penilaian dan pengiktirafan yang
sesuai supaya keseluruhan pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memahami konsep pendidikan
yang berasaskan kepada penekanan yang sama kepada bidang kokurikulum dan bidang
akademik.
Dato’ Abdul Rahman Hj. Arshad (1985)

FLORINA ANAK SIGAY


PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
…SAMBUNGAN
3. Gerak kerja kokurikulum “ . . . adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam
perasaan kekitaan atau pun ‘esprit de corps’ di antara pelajar-pelajar pelbagai keturunan yang
mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih pelajar-
pelajar supaya bersikap bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka
berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.”
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
(1979)

FLORINA ANAK SIGAY


PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
…SAMBUNGAN
4. Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak dapat pengalaman-pengalaman tertentu di bilik
darjah, maka gerak kerja kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut
bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika
serta sikap yang positif.
5. Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata kepada menyampaiukan
ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada pelajar-pelajar, bahkan
juga bagi melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberi sumbangan untuk hidup yang
harmonis, bersatu padu,, bertoleransi, berdisiplin, dan bahagia. Justeru itu, sekolah adalah tempat
bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik, iaitu yang mempunyai sikap
serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan prinsip-prinsip Rukunegara.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985

FLORINA ANAK SIGAY


PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
…SAMBUNGAN
6. Seperti mana kurikulum, gerakerja kokurikulum juga mempunyai peranan dalam
pembentukan perkembangan jasmani dan rohani pelajar-pelajar. Oleh yang demikian,
kokurikulum sekolah juga seharusnya dapat dititikberatkan oleh sekolah-sekolah. Apa yang
jelas pada masa ini, ialah bahawa gerak kerja kokurikulu, sekolah kurang mendapat tempat
yang sewajarnya.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bi. 4/1995

FLORINA ANAK SIGAY


PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
3.0 KOMPONEN GERKO

Terbahagi kepada tiga bidang utama,


iaitu :

 Badan/Unit Beruniform;
 Kelab dan Persatuan;
 Sukan dan Permainan.
FLORINA ANAK SIGAY
PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
BIDANG BADAN/UNIT BERUNIFORM

• Pergerakan Pengakap (Unit Pengakap Kanak-kanak; Unit


Pengakap Muda; Unit Pengakap Remaja; Kumpulan Latihan
Malaysia);
• Kadet Pandu Puteri (Unit Tunas Puteri; Unit Pandu Puteri; Unit
Renjer);
• Persatuan Bulan Sabit Merah (Pasukan Link dan Belia);
• Pasukan St. John Ambulans (SJAM Junior; SJAM Kadet);
• Pergerakan Puteri Islam;
• Pasukan Wataniah;
• Pasukan Kadet Bersatu Malaysia;
• Pasukan Kadet Bomba;
FLORINA ANAK SIGAY
• Pasukan Kadet Polis; PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
BIDANG KELAB DAN PERSATUAN

Berasaskan Akademik, antaranya :


• Persatuan Bahasa dan Kesusasteraan (Melayu; Inggeris; Cina;
Tamil);
• Persatuan Sains dan Matematik;
• Persatuan Sejarah;
• Persatuan Biologi;
• Kelab Ekonomi;
• Kelab Komputer.

FLORINA ANAK SIGAY


PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
…SAMBUNGAN
Berasaskan Perkhidmatan, Hobi dan Kebajikan, antaranya :
• Kelab Bimbingan dan Kaunseling;
• Kelab Fotografi;
• Kelab Perpustakaan/Pusat Sumber;
• Kelab Seni dan Drama;
• Persatuan Kembara;
• Persatuan Pengguna;
• Persatuan Pelajar Islam.

FLORINA ANAK SIGAY


PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
BIDANG SUKAN DAN PERMAINAN
Berasaskan sukan/olahraga :
•Gimnastik/Gimrama ;
•Olahraga ;
•Renang;
•Seni mempertahankan diri (Silat Olahraga; Tae Kwan Do).

Berasaskan permainan :
•Bola sepak;
•Petangue;
•Tenis;
•Sepak takraw;
•Ragbi;
•Ping pong;
•Skuash;
•Badminton.
•Hoki FLORINA ANAK SIGAY
PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
•Bola Jaring dll IPGKTAR
PELAKSANAAN DAN
PENGURUSAN KOKURIKULUM
Beberapa langkah tertentu telah dilaksanakan oleh KPM bagi menjayakan pelaksanaan Gerko di
sekolah. Antaranya :

Melantik pegawai sepenuh masa di :


• Kementerian Pendidikan Malaysia;
• Bahagian Pendidikan Guru;
• Jabatan Pendidikan Negeri;
• Pejabat Pendidikan Daerah;
• institut/maktab perguruan; dan
• sekolah-sekolah.

( atas jawatan Ketua Penolong Pengarah, Penyelia Kokurikulum, Penolong Kanan, Ketua Bidang atau
Setiausaha Gerak Kerja Kokurikulum)
FLORINA ANAK SIGAY
PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
…SAMBUNGAN
Struktur pengurusan Gerko di sekolah dikemas kini secara lebih
teratur dan jelas. Terdapat dua bentuk jawatankuasa Gerko di
sekolah, iaitu :

• Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah;


• Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum.

FLORINA ANAK SIGAY


PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
…SAMBUNGAN
Mengeluarkan surat pekeliling dan dasar tertentu berkaitan dengan
pelaksanaan kokurikulum di maktab perguruan dan sekolah-sekolah
dari semasa ke semasa. Contohnya:
• Surat pekeliling ikhtisas dan peraturan pelaksanaan Gerko 1/1985
dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-sekolah, KPM menyatakan :

FLORINA ANAK SIGAY


PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
…SAMBUNGAN
... Setiap pelajar wajib mengambil bahagian dalam ketiga-tiga bidang gerak kerja
kokurikulum, iaitu bidang badan beruniform; bidang kelab dan persatuan; dan bidang sukan
dan permainan dengan formula: 1 + 1 + 1 = 3. Jika sekolah menghadapi masalah dalam
penubuhan mana-mana bidang, pihak sekolah diberi kelonggaran supaya pelajar mengambil
dua bidang sahaja dengan menggunakan formula 2 + 1 = 3 atau 1 + 2 = 3. Jumlah penyertaan
tetap tiga bidang Gerko.
...Bagi program Kemahiran Hidup bagi pelajar menengah atas (tingkatan 4 dan 5), pengetua
diberi pilihan untuk melaksanakannya di luar jadual waktu formal dan dianggap sebagai
sebahagian daripada aktiviti Gerko.

FLORINA ANAK SIGAY


PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
…SAMBUNGAN

Membuat perancangan lima tahun bagi meningkatkan penyertaan, pencapaian


dan prestasi sekolah dalam Gerko. Antara perkara yang perlu diambil kira,
ialah :
• mengutamakan aktiviti yang melibatkan semua pelajar;
• mengutamakan gerak kerja melatih dan memperkembang bakat pelajar;
• mengutamakan penerapan nilai murni;
• melaksanakan aktiviti pendidikan luar;
• menyediakan perancangan tahunan atau blueprint.

FLORINA ANAK SIGAY


PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA
KOKURIKULUM SEKOLAH
PENGERUSI
(Pengetua/Guru Besar)

SETIAUSAHA
(PK HEM/PK KOKO)

JAWATANKUASA

PENYELARAS

BADAN BIDANG UB BIDANG KELAB&PERSATUAN BIDANG SUKAN&PERMAINAN


FLORINA ANAK SIGAY
PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA
PELAKSANAAN KOKURIKULUM
PENASIHAT
(Pengetua/Guru Besar)

PENGERUSI
(PK HEM/PK KOKO)

SETIAUSAHA

JAWATANKUASA

PENYELARAS

BADAN BIDANG UB BIDANG KELAB&PERSATUAN BIDANG SUKAN&PERMAINAN

G U R U P E N A S I H AT / S U K A N / J U R U LAT I H
FLORINA ANAK SIGAY
PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
PENILAIAN AKTIVITI
KOKURIKULUM
• Merekod kedatangan pelajar pada setiap kali perjumpaan, kursus, latihan, dan aktiviti
berkaitan Gerko.
• Pengerusi atau setiausaha setiap bidang Gerko perlu membuat laporan bertulis setiap
aktiviti yang dijalankan.
• Semua anggota wajib mencatat kandungan kursus/latihan ke dalam buku log
mengikut bidang Gerko.
• Buku log perlu diperiksa dan diberi markah oleh guru penasihat dari semasa ke
semasa.
• Boleh juga diwujudkan buku Rekod Kemajuan Gerko untuk tujuan pemarkahan.
• Sistem penilaian dan pengiktirafan bagi murid yang aktif dan cemerlang dalam
Gerko. Contoh: sijil, surat akuan, hadiah atau anugerah.
FLORINA ANAK SIGAY
PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR
TAMAT

FLORINA ANAK SIGAY


PENSYARAH UNIT KOKURIKULUM
IPGKTAR

You might also like