You are on page 1of 19

KEPIMPINAN

BKKL 1401

KEPIMPINAN LMX, KEPIMPINAN & KEPENGIKUTAN


KULIAH 5
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir mata pelajaran ini, pelajar akan dapat;

1. Mengenal pasti dan menerangkan tentang kepimpinan


LMX, kepimpinan dan kepengikutan.

2. Menunjukkan kemahiran interpersonal dalam


membincangkan kepimpinan LMX, kepimpinan dan
kepengikutan.

3. Menghubung kait teori kepimpinan yang dipelajari dengan


peranan kepimpinan dan kepengikutan.
PENGENALAN

 Pembangunan: Teori LMX pertama kali diperkenalkan oleh Dansereau, Graen, & Haga (1975),
Graen & Cashman (1975), and Graen (1976).

 Teori ini mengalami beberapa penambahbaikan secara berterusan berikutan minat yang besar
oleh pengkaji dan ilmuan dalam bidang kepimpinan.

 Teori ini adalah bertentangan dengan andaian bahawa pemimpin menganggap pengikut
sebagai satu kumpulan dan secara kolektif.

 LMX sebagai satu teori kepimpinan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang wujud
antara ketua dan setiap ahli/pengikut.
 LMX adalah satu konsep kepimpinan yang memfokuskan kepada perhubungan antara
DEFINISI DAN LATAR LMX

pemimpin and pengikut.

 Hubungan ini dibangunkan daripada beberapa siri interaksi dan timbal balik dalam beberapa
fasa:

• Fasa 1: Ambil Peranan (Role Taking)


 Fasa dimana ahli/pengikut mula memasuki organisasi
 Ketua pula menilai bakat/kemampuan ahli/pengikut

• Fasa 2: Membangun Peranan (Role Making)


 Perundingan atau perbincang tidak formal dan tidak berstruktur tentang peranan

• Fasa 3: Rutin Peranan (Role Routinisation)


 Timbal balik sosial mula dicorakkan
 Peranan menjadi rutin
DIMENSI LMX

 Teori LMX menjadikan hubungan diadik pemimpin dan pengikut sebagai fokus utama dalam
menjelaskan proses kepimpinan.
Dalam teori LMX,
unit kerja seseorang
pemimpin secara
keseluruhannya dilihat
sebagai siri diad
menegak (vertical dyad),
dimana seseorang
pemimpin membina
hubungan yang unik
dengan setiap orang
bawahan mereka.
MODEL KEPIMPINAN LMX
Pengkaji kepimpinan menemui dua (2)
perkaitan umum (hubungan) dalam model
Kepimpinan LMX iaitu:
F
Out-group i. Kumpulan dalaman (in-group)
In-Group
F F Biasanya kumpulan ini mendapat
F maklumat, keyakinan dan perhatian
daripada pemimpin.
F F
F Lebih dipercayai dengan penglibatan
F F F yang tinggi dan berkomunikasi dengan
lebih kerap.
F
F ii. Kumpulan luaran (out-group)

Kurang serasi/sesuai dengan pemimpin


F Follower Hanya menjalankan tugas rasmi
 Status kumpulan luaran (in-group) atau kumpulan luaran (out-group) bergantung kepada
sejauh mana erat hubungan antara orang bawahan dan pemimpin serta sejauh mana
seorang pemimpin mampu berkerja dengan orang bawahan.

 Ia juga bergantung kepada penglibatan orang bawahan dalam menjalankan tugasan dan
tanggungjawab kepada pemimpin akan menentukan samada mereka berada dalam
kumpulan dalaman ataupun kumpulan luaran.

 Untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan dalaman banyak bergantung kepada


seseorang bawahan melakukan tugas dan tanggungjawab melangkaui terma rasmi yang
diberikan.
KESAN POSITIF KEPIMPINAN LMX

 Kajian mendapati kepimpinan LMX memberikan kesan positif kepada organisasi seperti yang
berikut:

 kadar bilangan keluar-masuk (turnover) pekerja yang rendah


 penilaian prestasi yang lebih positif
 kadar promosi/kenaikan kerjaya yang lebih tinggi
 komitmen yang tinggi terhadap organisasi
 lebih bermotivasi melakukan tugasan
 sikap yang positif terhadap kerjaya
 lebih perhatian dan sokongan daripada ketua
 lenglibatan yang lebih tinggi
 perkembangan kerjaya yang lebih cepat
KONSEP KEPENGIKUTAN

 Seorang pengikut berkongsi hubungan yang berpengaruh antara pemimpin dan pengikut
yang lain dengan tujuan untuk menyokong pemimpin yang mencerminkan kesepakatan
tujuan dengan mereka (Rodger Adair, PhD).

 Menurut Robert E. Kelly (seorang pengkaji sains sosial berkaitan kepengikutan), “apa yang
membezakan antara pengikut yang efektif dengan yang tidak efektif ialah keterujaan, pintar
dan berdikari serta bermotivasi dalam berusaha mencapai matlamat organisasi”.

 Beliau juga menggariskan dua bentuk pemikiran pengikut yang efektif dan tidak efektif iaitu:

 Pengikut efektif berfikiran kritikal – sangat peka kepada kesan tindakan mereka dan juga
ahli lain dalam organisasi dalam mencapai matlamat organisasi.

 Pengikut tidak efektif berfikiran tidak kritikal – gagal untuk membayangkan perkara yang
melangkaui daripada apa yang diberitahu dan hanya menerima arahan bulat-bulat.
MODEL KEPENGIKUTAN KELLY
MODEL KEPENGIKUTAN KELLY

 Dalam model kepengikutan Kelly, ada lima (5) jenis pengikut dengan karektor dan ciri
masing-masing. Antaranya ialah:

i. Pengikut yang terasing (alienated)

• Pasif tetapi berdikari


• Berfikiran kritis dan yakin diri
• Fokus kepada kelemahan organisasi dan pemimpin

ii. Pengikut yang sentiasa mengikut (conformist)

• Aktif berpatisipasi tetapi kurang menggunakan kemahiran berfikir secara kritis


• Melibatkan diri secara sukarela tetapi kurang memikirkan kesan tindakan
• Mengelakkan konflik
 Dalam model kepengikutan Kelly, ada lima (5) jenis pengikut dengan karektor dan ciri
MODEL KEPENGIKUTAN KELLY

masing-masing. Antaranya ialah:

iii. Pengikut pasif

• Tidak berfikiran kritis dan tidak berdikari


• Tidak aktif dalam melibatkan diri
• Hanya melakukan apa yang diarahkan

iii. Pengikut yang efektif

• Berfikiran kritis dan berdikari


• Aktif dalam organisasi
• Tidak mengelak dalam konflik atau mengambil risiko
• Bertindak secara sukarela
 Dalam model kepengikutan Kelly, ada lima (5) jenis pengikut dengan karektor dan ciri
MODEL KEPENGIKUTAN KELLY

masing-masing. Antaranya ialah:

v. Pengikut yang pragmatic

• Mempunyai kualiti keempat-empat pengikut yang awal disebut


• Menggunakan apa sahaja yang boleh memberikan manfaat kepada dirinya
• Pandai berpolitik
• Mengelakkan risiko
 Ada enam (6) kriteria untuk menjadi pengikut yang efektif iaitu:
KRITERIA MENJADI PENGIKUT YANG EFEKTIF

i. Sanggup untuk memberikan pandangan dan pendirian


ii. Keberanian memikul tanggungjawab
iii. Keberanian untuk berkhidmat
iv. Keberanian untuk mencabar dan menerima cabaran
v. Keberanian untuk melibatkan diri dalam transformasi
vi. Keberanian untuk meninggalkan sesuatu yang dirasakan tidak sesuai
 Ada beberapa istilah penting dalam membincangkan tajuk ini. Antaranya ialah:
PERWAKILAN DAN PEMBERIAN KUASA

 Kuasa – Merujuk kepada kemampuan melakukan sesuatu aktiviti walaupun terdapat


halangan daripada pihak lain (Weber, 1947).

 Pemberdayaan (empowerment) – Merujuk kepada persekitaran dimana seseorang itu


mempunyai keupayaan, keyakinan dan komitmen untuk mengambil tanggungjawab
bagi meningkatkan proses serta memulakan tindakan dalam mencapai matlamat
organisasi (Besterfield et al, 2003).

 Delegasi – Merujuk kepada pembahagian tugas dan tanggungjawab kepada ahli dalam
sesebuah organisasi (Besterfield et al, 2003)
 Pemberdayaan dan pemberian kuasa berlaku dalam sesebuah organisasi atas sebab-sebab
RASIONAL PEMBERDAYAAN DAN PEMBERIAN KUASA

berikut:

 Mengurangkan kebergantungan kepada hanya orang tertentu dalam sesebuah


organisasi.

 Meningkatkan keupayaan dan keyakinan kepada semua ahli dalam organisasi untuk
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

 Membangunkan perasaan kebertanggungjawaban dalam semua ahli organisasi atas


setiap tugasan dan tanggungjawab yang dipikul.

 Meningkatkan prestasi organisasi melalui peningkatan penglibatan semua ahli


organisasi.
 Pemimpin mencipta suasana persekitaran dimana sumbangan inovatif dan kreatif daripada
HUBUNGAN PEMIMPIN DAN PENGIKUT

pengikut dialu-alukan.

 Pemimpin menggalakkan perkembangan dan pembangunan dalam kalangan pengikut


mereka melangkaui tugasan yang diberikan.

 Pemimpin selalu lebih berminat dengan gambaran besar tugasan pengikut mereka
berbanding dengan pengurus.

 Pemimpin memotivasikan pengikut melalui pendekatan yang personal dan berbentuk tidak
nyata seperti perasaan ambil berat dll.

 Pemimpin memberikan makna baru terhadap batasan tugas dan tanggungjawab.


TERIMA KASIH

You might also like