You are on page 1of 16

KOMUNIKASI

VISUAL:
SENI FOTO
TINGKATAN 2
KAMERA OBSCURA
◦Perkataan Fotografi berasal daripada
perkataan Greek, iaitu ‘photos’ yang
bermaksud cahaya dan “graphein”
bermaksud melukis.

◦Seni Foto merupakan satu bidang


dalam teknologi Pendidikan yang
menggabungkan teori, amali dan daya
kreativiti seseorang untuk menghasilkan
imeh-imeh fotografi yang berkualiti.

◦Seni foto adalah salah satu cara


berkomunikasi dalam bentuk visual.
Foto yang diambil biasanya
menggambarkan sesuatu maksud.
BOLEH KAH ANDA MENGETAHUI MAKSUD GAMBAR INI?
KAMERA PINHOLE

◦ Kamera pinhole merupakan


kamera yang paling ringkas.
Kamera ini terdiri daripada
kotak kedap cahaya dengan
satu lubang jarum dan
kertas foto atau filem pada
arah yang bertentangan.
CONTOH KAMERA PINHOLE
Imej yang dipantulkan melalui lubang kecil

Konsep kamera pinhole berdasarkan teori optic, Cahaya yang masuk


melalui lubang kecil akan memancarkan imej pada arah yang
bertentangan. Oleh itu, imej yang dipancarkan adalah songsang.
◦ Ia berfungsi untuk merakam imej yang pegun sahaja
dan tidak sesuai untuk merakam imej objek yang
bergerak. Objek yang bergerak memerlukan
pendedeahan kepada cahaya yang lama untuk
menghasilkan imej yang lebih terang dan jelas. Hal
ini kerana lubang yang kecil hanya membenarkan
sedikit sahaja cahaya yang masuk.
CIRI-CIRI IMEJ YANG
TERHASIL DARIPADA
KAMERA PINHOLE
◦ Semakin kecil lubang, imej yang terhasil
akan menjadi semakin terang dan jelas.
Manakala semakin besar lubang, imej akan
menjadi semakin kabur.
◦ Kamera berbentuk silinder akan
menghasilkan imej yang cembung seperti
penggunaan lensa fisheye. Hal ini kerana
kertas foto/filem yang melengkung
mengikut bentuk silinder.
◦ Kamera yang berbentuk segi empat akan
menghasilkan imej yang normal dan rata.
Hal ini kerana kertas foto/filem berada
dalam keadaan lurus dan rata.
◦ Kedudukan jarak di antara kertas foto
dengan lubang juga akan menentukan
kelebaran sudut cahaya. Semakin dekat
lubang, sudut akan menjadi lebar
sehingga cahaya yang sampai pada
permukaan kertas foto akan
menghasilkan gambar yang lebar.
SEJARAH KAMERA
PINHOLE DALAM
FOTOGRAFI
◦ Kamera pinhole telah dicipta oleh seorang saintis Islam
yang bernama Ibn Haytam (965-1040 Masihi).
◦ Beliau menggunakan kamera pinhole untuk
membuktikan fakta bahawa cahaya bergerak dalam
satu garis lurus dan penglihatan dihasilkan oleh cahaya
yang bergerak ke dalam mata kita.
◦ Prinsip ini menyamai prinsip kamera obscura.

Ibn Haytam
World first camera

You might also like