You are on page 1of 5

ANTOLOGI TINGKATAN

C
3 :
CERPEN BAWOD
SIPNOSIS
Beluntung ialah murid tahun 6 Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir yang tinggal di
kawasan pedalaman. Setiap hari demi ke sekolah, dia perlu menaiki kerbau, Tuyog dan ditemani
seekor kambing, Bawod. Rakan-rakannya sering mengejek Beluntung kerana tubuhnya berbau
kerbau. Beluntung tidak menghiraukan ejek-ejekan tersebut kerana tumpuannya adalah untuk
mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Beluntung amat menyayangi kedua-dua
haiwan peliharaannya, namun dia sukar mengawal Bawod kerana Bawod pernah masuk ke
dalam kelas. Beluntung muncul sebagai murid cemerlang sekolahnya apabila keputusan
peperiksaan diumumkan. Ayah Beluntung yang gembira dan berbangga dengan kejayaannya
ingin mengadakan kenduri kesyukuran. Pada hari kenduri diadakan, ayah Beluntung telah
menyembelih Bawod. Beluntung berasa sedih kerana telah menganggap Bawod sebagai
sahabatnya.
TEMA
Tema cerpen ini ialah persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan
peliharaannya. Beluntung memiliki dua ekor haiwan peliharaan yang dianggap
seperti sahabatnya, iaitu Tuyog , seekor kerbau dan Bawod, seekor kambing.
Melalui hubungannya dengan kedua-dua ekor haiwan ini , Beluntung belajar erti
kehidupan dan pengorbanan daripada sahabat.
PERSOALAN
1. Rajin menimba ilmu pengetahuan walaupun menempuh pelbagai halangan.
- Beluntung amat rajin ke sekolah walaupun hujan lebat kerana keinginannya untuk
berjaya dalam peperiksaan darjah enam.
2. Belajar hidup berdikari.
- Beluntung tidak mahu menyusahkan kedua-dua orang tuanya, jadi dia
bersendirian ke sekolah dengan bantuan Tuyog yang digunakan sebagai
kenderaan.
3. Kesyukuran terhadap kejayaan yang diperoleh.
- Bapa Beluntung mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan cemerlang
Beluntung dalam peperiksaan darjah enam
TAMAT

You might also like