You are on page 1of 36

BAB 2

MENGENALI CIRI-CIRI USAHAWAN


OBJEKTIF BAB
• Di akhir bab ini, pelajar akan dapat:
1. Mengenal pasti mitos-mitos keusahawanan.
2. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penyertaan individu
dalam bidang keusahawanan.
3. Mengenal pasti ciri-ciri usahawan yang berjaya.
4. Membezakan ciri-ciri usahawan dengan peniaga, pengurus dan
usahawan korporat.
5. Mengaplikasikan profil usahawan berjaya di Malaysia dan di dunia
dengan ciri-ciri usahawan yang dipelajari.
1. Memahami konsep etika dan amalannya dalam perniagaan
2. Mengenal pasti hubungan etika dalam proses membuat keputusan
Pengenalan
• penggerak dan pemangkin ekonomi negara.
• Tulang belakang dan nadi penggerak ekonomi sesebuah negara
• Pelajar perlu diyakinkan bahawa masyarakat yang mempunyai paling
ramai usahawan adalah merupakan masyarakat yang terbaik.
• Mereka perlu diyakinkan bahawa pembudayaan nilai-nilai dan ciri-ciri
keusahawanan yang dimiliki akan menjurus mereka untuk menjadi lebih
yakin serta lebih bersedia untuk merebut peluang serta berhadapan
dengan cabaran.
Mitos Keusahawanan
• Mitos 1: Usahawan adalah pelaksana bukan pemikir
Realiti: Walaupun usahawan lebih cenderung kepada pelaksanaan,
tetapi mereka juga sering berfikir secara mendalam mengenai tindakan
yang akan diambil.
Mereka berfikir tentang alternatif lain sekiranya rancangan mereka tidak
berjaya.
• Mitos 2: Usahawan adalah dilahirkan bukan dibentuk
Realiti: pada mas a kini penyelidikan dan pengiktirafan terhadap bidang
keusahawanan berjaya membuktikan bahawa usahawan dapat dibentuk
melalui proses pembelajaran dan latihan berdasarkan modul yang
teratur.
• Mitos 3: Usahawan adalah seorang pencipta
Realiti: ramai pencipta adalah seorang usahawan, tetapi ramai
usahawan berjaya tidak terdiri daripada kalangan pencipta.
Mitos Keusahawanan
• Mitos 4: Usahawan adalah golongan yang tercicir dalam akademik
dan masyarakat
Realiti: Kepercayaan bahawa usahawan adalah terdiri daripada
golongan yang tercicir dalam akademik dan masyarakat ekoran daripada
ramai individu menceburi bidang keusahawanan setelah mereka tercicir
dari akademik dan gagal dalam peperiksaan.
• Mitos 5: Usahawan mesti memiliki semua ciri dan profil tertentu
Realiti: Terdapat banyak buku dan majalah di pasaran menyediakan
senarai semak ciri-ciri dan profil usahawan yang berjaya. Namun
demikian, ada kaedah yang boleh digunakan untuk mengenal pasti ciri-
ciri tertentu.
• Mitos 6: Apa yang usahawan inginkan ialah wang
Realiti: Bagi sesebuah perniagaan, wang adalah penting untuk
kesinambungan perniagaan. Namun begitu, banyak faktor lain yang
boleh menyebabkan sesebuah perniagaan itu gagal.
Mitos Keusahawanan
• Mitos 7: Apa yang diperlukan oleh usahawan adalah nasib
Realiti: Usahawan tidak bergantung kepada nasib semata-mata; tetapi
usahawan akan menerima nasib yang baik apabila membuat
perancangan yang baik dan teliti.
• Mitos 8: Kejahilan adalah kelebihan bagi usahawan
• Realiti:Dalam dunia perniagaan yang semakin sengit dan penuh dengan
cabaran, usahawan memerlukan pengetahuan yang mantap dan kukuh
terhadap kekuatan dan kelemahannya. Perancangan jadual kerja dan
pembentukan strategi adalah kunci kejayaaan bagi seseorang
usahawan.
• Mitos 9: Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kadar
kegagalan yang tinggi.
• Realiti: Kegagalan yang dihadapi akan mengajar dan mematangkan
usahawan dalam bidang keusahawanan. Selain itu, kegagalan juga
dapat membentuk usahawan supaya lebih berhati-hati dan lebih gigih
berusaha ke arah kejayaan
Mitos Keusahawanan
• Mitos 10: Usahawan ibarat penjudi yang mengambil risiko tinggi
Realiti: Usahawan yang bijak akan berhadapan dengan risiko yang
telah dikira dan diperhitungkan bagi membolehkan beliau menangani
setiap kemungkinan yang bakal dihadapinya.
Faktor yang Mendorong Penyertaan
Individu dalam Bidang Keusahawanan
• Minat dan Kepuasan Diri
usahawan yang meminati bidang keusahawanan akan sentiasa bekerja
keras serta dapat menguruskan sumber dengan berkesan. Berdasarkan
Teori Keperluan Maslow (1970), kepuasan dan penyempurnaan diri
merupakan elemen kelima di mana seseorang individu itu mahu
mencapai kejayaan sebagaimana yang diidamkan.
• Pencapaian Matlamat
Usahawan akan dianggap berjaya apabila keinginan, matlamat dan
objektif penceburan diri mereka dalam bidang keusahawanan berjaya
dicapai sebagaimana yang telah dirancangkan.
• Keselamatan
Usahawan lebih suka bertindak untuk menjalankan tugasnya tanpa perlu
kongkongan orang lain. Ini kerana ia merasakan adanya kebebasan
yang wajar dari kekuatan atau ancaman kehilangan dalam urusan
seperti keselamatan diri, keselamatan kerja, kestabilan ekonomi dan
sebagainya.
Faktor yang Mendorong Penyertaan
Individu dalam Bidang Keusahawanan
• Status
Status atau penghormatan diri merupakan elemen penting yang
mempengaruhi usahawan. Usahawan tidak akan dikatakan sebagai
seorang yang berjaya sekiranya mereka tidak mampu mempertingkatkan
status kehidupan mereka.
• Kuasa
Teori Hierarki Keperluan yang diperkenalkan oleh McClelland (1961)
menyatakan bahawa manusia membentuk profil keperluan menerusi
pengalaman hidup yang lalu. Keperluan kuasa ini ialah keinginan untuk
mengawal orang lain, mempengaruhi gelagat individu atau
bertanggungjawab ke atas orang lain.
Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya
• Menurut kajian McClelland (1985) terhadap budaya Malawi dan
Ecuador mengenai ciri-ciri usahawan yang berjaya antaranya ialah:
Inisiatif diri
Dapat melihat dan merebut peluang
Kecekalan
Mencari maklumat
Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi
Komitmen terhadap perjanjian kerja
Berorientasikan kecekalan
Perancangan yang sistematik
Menyelesaikan masalah secara kreatif
Keyakinan diri
Ketegasan
Meyakinkan orang lain
Menggunakan strategi-strategi pengaruh
Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya
• Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Kao (1991) pula, terdapat
sebelas ciri-ciri utama yang perlu ada pada diri seseorang
usahawan iaitu:
Komitmen, keazaman dan ketabahan
Dorongan untuk berjaya dan berkembang maju
Orientasi kepada peluang dan matlamat
Mengambil inisiatif dan tanggungjawab peribadi
Penyelesaian masalah secara berterusan
Realistik
Mencari dan menggunakan maklum balas
Lokus kawalan dalaman
Mengambil risiko yang diperhitungkan
Dorongan rendah ke arah kuasa dan status
Integriti dan boleh dipercayai
Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan
Berjaya
Dorongan ke arah kejayaan
Dorongan ke arah kejayaan bermakna usahawan mempunyai semangat
dan keupayaan untuk maju ke hadapan.
Sebagai contoh, Tan Sri Lim Goh Tong
Mengambil risiko yang diperhitungkan
semakin tinggi sesuatu risiko, semakin besar pulangannya.
Seseorang usahawan harus membuat penilaian dan pertimbangan
terhadap risiko, ini kerana risiko yang terh itung akan menjamin pulangan
yang selamat.
Contohnya, Lakshmi Mital
Kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan
Merujuk kepada personaliti usahawan yang amat penting dalam
pembangunan dan kejayaan seseorang usahawan.
Contohnya, Bill Gates
Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan
Berjaya
Berinisiatif dan bertanggungjawab
Mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan tanggungjawab
tanpa diarah atau dipaksa.
Usahawan yang berjaya akan bertanggungjawab terhadap sikap,
tingkah laku serta perbuatannya.
Contohnya: Steve Jobs
Lokus kawalan dalaman
merupakan tahap kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan
dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran
Contohnya: Lakshmi Mital
Berkeyakinan terhadap kebolehan diri
usahawan mempunyai pendirian dalam membuat sebarang keputusan
walaupun mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.
Sebagai contoh Tan Sri Teh Hong Piow
Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan
Berjaya
Kejujuran dan menepati janji
ianya membolehkan usahawan itu mendapat kepercayaan semua pihak
yang berkepentingan dengannya seperti pembekal,peguam, pelanggan
dan lain –lain lagi.
Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi
Melalui mutu kerja yang tinggi, usahawan bukan sahaja dapat
meyakinkan para pembeli dan pelanggan tetapi juga dapat memuaskan
kehendak dan keperluan mereka.
Kebolehan menyelesaikan masalah
Usahawan akan menghadapi segala kepayahan dan kesulitan ini
dengan tenang tanpa membantutkan usaha mereka untuk terus maju.
Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan
Berjaya
Tahap tenaga kerja yang tinggi
Usahawan memerlukan tahap tenaga kerja yang tinggi terutama
sewaktu permulaan dan pra-permulaan sesebuah perniagaan
Berorientasikan matlamat dan wawasan
Usahawan akan sedaya upaya berusaha untuk mencapai matlamat dan
wawasan perniagaannya itu bagi membolehkan beliau menjadikan
perniagaannya termasyhur di mata rakyat.
Kebolehan membuat keputusan
Usahawan perlulah mengambil kira kesemua faktor dalaman dan luaran
organisasi serta mengambil kira kesemua pihak yang berkepentingan
dengannya dalam sebarang pembuatan keputusan.
Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan
Berjaya
Menggunakan strategi-strategi pengaruh
Pengaruh untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan serta
menjalinkan hubungan yang rapat dengan semua pihak yang
berkepentingan dengannya.
Keusahawanan sosial
sumbangan usahawan kepada organisasi sosial atau organisasi bukan
untung bagi menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang
berkemampuan.
Contohnya: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan penubuhan
Yayasan AlBukhary
Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya
pada Abad Ke-21
Dapat melihat dan mengambil peluang
bukan sahaja pandai melihat dan mengambil peluang tetapi perlu juga
pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan.
Contoh usahawan Malaysia T. Ananda Krishnan yang dapat merebut
peluang dalam industri telekomunikasi Maxis dan penyiaran ASTRO
Mempunyai maklumat
Bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan jelas, usahawan
haruslah mempunyai kepintaran rangkaian dalaman dan kepintaran
rangkaian luaran bagi perniagaannya.
Kreatif dan inovatif
seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep baru dan dapat
menterjemahkannya kepada produk yang dapat dikomersialkan.
Sebagai contoh, Michael Dell daripada Dell Corporation adalah
usahawan yang pertama memperkenalkan pembelian komputer secara
talian terus
Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya
pada Abad Ke-21
Mempunyai visi
Usahawan yang mempunyai visi akan membuat keputusan yang terbaik
serta mempertimbangkan cabaran, ancaman dan juga peluang yang
bakal dihadapinya.
Sebagai contoh, Tan Sri Mustapha Kamal yang mempunyai visi dalam
memajukan industri hartanah di negara ini.
Berfikiran yang bebas
Seseorang yang berfikiran bebas dapat melihat, merebut dan
menganalisis peluang yang ada dengan sendirinya.
Berdaya maju
berdaya maju akan sentiasa menjadi 'world leader‘
Usahawan yang berdaya maju akan mencari idea-idea baru serta dapat
mengintegrasikan idea tersebut kepada penyelesaian yang rasional dan
kreatif.
Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya
pada Abad Ke-21
Optimistik
Merupakan ciri-ciri usahawan yang sentiasa berfikiran ke hadapan dan
sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil.
Tan Sri Lim Goh Tong terhadap projek Genting Highlandsnya pada satu
ketika dahulu yang pernah dikatakan sebagai projek yang bodoh dan
membuang masa.
Bertindak sebagai inovator
semangat mencipta serta mengilhamkan konsep dan idea yang baru
Sebagai contoh, dalam industri telekomunikasi, Nokia sentiasa membuat
kejutan dan menjadi inovator yang pertama.
Mengambil risiko yang diperhitungkan
usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal
dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan.
Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya
pada Abad Ke-21
Sifat kepimpinan
Kepimpinan karismatik, kepimpinan 'transactional', kepimpinan
transformasi serta kepimpinan 'visionary'.
Perbezaan antara usahawan dengan peniaga
Perbezaan antara usahawan dengan pengurus
tradisional
Perbezaan antara usahawan dengan pengurus
tradisional
Perbezaan antara usahawan dengan usahawan
korporat
Perbezaan antara usahawan dengan usahawan
korporat
Etika Keusahawanan
• Satu set prinsip-prinsip yang memperihalkan tatacara perlakuan yang
menerangkan apa yang baik dan betul atau tidak baik ,dan salah di
samping menggariskan tanggungjawab dan obligasi moral.
• Dalam menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu boleh atau tidak
dibuat, wajar atau tidak tindakan tersebut, betul atau salah memerlukan
pertimbangan oleh individu berkenaan.
• Contohnya seorang yang mencuri untuk kelangsungan hidup diri dan
keluarganya, betul dari segi moral tetapi salah dari segi perundangan.
• Etika ialah satu sistem prinsip moral dalam menentukan sesuatu
perbuatan itu betul atau salah.
• Menurut Hisrich dan Peters (2002), etika perniagaan adalah merupakan
kajian ke atas perlakuan atau tingkah laku dan moral dalam situasi
perniagaan .
• Kod etika adalah garis panduan yang dibentuk dalam menerangkan
bentuk perbuatan yang boleh dan tidak boleh di lakukan dalam satu
profesyen tertentu. Contohnya, Doktor, peguam.
Isu-Isu dalam Mengamalkan Perbuatan Beretika

Konflik sering kali timbul semasa melaksanakan perlakuan beretika


dalam dunia perniagaan kerana perkara-perkara berikut:
• Terdapat berbagai pihak yang kepentingan baik di dalam mahupun di luar
perniagaan dari kalangan pekerja, pembiaya, pelanggan dan sebagainya
yang saling mempengaruhi.
• Masyarakat kini berdepan dengan perubahan yang pesat dari segi nilai-
nilai yang pernah dipegang tetapi berubah selaras dengan perubahan
masyarakat yang mengamalkannya. Contohnya, amalan rasuah.
Etika dalam Membuat Keputusan
• Perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seorang usahawan itu
apabila membuat keputusan, iaitu:
Bagaimana anda melihat masalah tersebut jika anda berada sebelah
pihak yang menerima akibat dari keputusan berkenaan - sakit?
teraniaya? rugi?
Kepada siapa dan kepada apa anda memberikan ketaatan anda secara
individu atau secara ahli perniagaan dalam membuat keputusan
berkenaan pelabur? diri anda sendiri?
Apakah matlamat anda semasa membuat keputusan tersebut –
keuntungan? kebajikan?
Bagaimanakah keadaan hasil dari pelaksanaan keputusan tersebut –
keuntungan kepada pemegang saham? kesukaran kepada pekerja? alam
sekitar yang tercemar?
Siapakah yang akan menerima akibat dari keputusan dan tindakan anda?
Etika dalam Membuat Keputusan
Bolehkah anda berbincang dengan pihak terbabit sebelum membuat
keputusan - mencari penyelesaian "menang-menang" untuk tindakan
anda selepas keputusan dilaksana?
Adakah keputusan tersebut akan mempengaruhi kesihatan pekerja yang
menghasilkan produk tersebut?
Adakah bahan yang digunakan boleh menimbulkan masalah kepada
pelanggan dari segi mengalami kerugian atau kecederaan?
Adakah terdapat pengurangan bahan tertentu yang boleh
membahayakan nyawa pengguna atau pekerja yang terlibat dalam
proses pengeluaran tersebut?
Contoh-Contoh dan Implikasi Perbuatan Tidak Beretika

• Perlakuan etika sering kali dibelakangkan apabila usahawan berdepan


dengan isu keuntungan, merebut peluang dan menghadapi persaingan.
• Contohnya pemasaran pil menguruskan badan yang menyebabkan
kerosakan kepada organ hati pesakit.
• Rasuah adalah perbuatan memberikan suapan dalam bentuk wang atau
• keistimewaan tertentu. Contohnya, Banyak isu bangunan atau prasarana
roboh.
• Terdapat juga syarikat yang membuang sisa pengeluaran yang
berbahaya ke alam sekitar
Garis Panduan dalam Menentukan Perlakuan Beretika

• Kod etika ialah kenyataan amalan etika atau garis panduan yang
dipegang oleh sesebuah perniagaan. Kod Etika elok dibangunkan
kerana:
1. ia mendefinisikan apakah perbuatan yang diterima atau tidak diterima di
dalam organisasi berkenaan,
2. ia menggalakkan amalan tingkah laku piawaian yang tinggi yang
memudahkan setiap ahli mengukur sama ada tingkah laku mereka
beretika atau tidak,
3. ia mewujudkan kayu ukur untuk ahli gunakan bagi penilaian diri mereka
semasa bertingkah laku baik dalam organisasi mahu pun dengan pihak
luar, dan
4. ia mewujudkan garis panduan untuk perlakuan dan tanggungjawab
profesional bagi pekerjaan tertentu dalam apa saja keadaan.
Garis Panduan dalam Menentukan Perlakuan Beretika

Untuk mempastikan perbuatan tidak beretika tidak berlaku di


kalangan kakitangan, perkara berikut boleh dilakukan:
1. Garis panduan didokumentasikan untuk panduan,
2. Memasukkan garis panduan ini dalam manual kerja atau dalam mana-
mana bahan bertulis yang diberikan kepada pekerja baru,
3. Meletakkan garis panduan ini di lokasi yang bersesuaian untuk mudah
dibaca oleh pekerja, dan
4. Meletakkan garis panduan ini di dalam deskripsi tugas.
Etika dan Tanggungjawab Sosial
• Tanggungjawab sosial terdiri dari obligasi-obligasi sebuah perniagaan
terhadap masyarakat (Kuratko & Hodgetts, 2004) .
• Mengambil kira bagaimana syarikat menguruskan proses-proses
dalaman untuk menghasilkan impak keseluruhan yang positif kepada
persekitaran mereka.
Etika dan Tanggungjawab Sosial
Di antara langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan
tanggungjawab sosial dapat dilaksanakan oleh syarikat ialah:
1. Penetapan matlamat - Apakah yang anda dan syarikat anda ingin
capai? Adakah anda akan memasuki pasaran baru? Memperkenalkan
produk baru? Meningkatkan imej syarikat anda?
2. apakah usaha murni yang ingin anda sertai. Contohnya penglibatan
Syarikat Faiza Sdn. Bhd. dengan program BersamaMu di TV3.
3. Pilih sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk anda bekerjasama.
Contohnya MK Land di bawah Yayasan EMKAY bekerjasama dengan
Yayasan Sultanah Bahiyah dalam menyediakan bangunan bagi
rawatan pesakit buah pinggang.
4. Bentuk satu program dan usulkan kepada NGO berkenaan atau
mempertimbangkan usul NGO yang ingin bekerjasama dengan
perniagaan anda.
5. Berbincang dengan NGO berkenaan supaya matlamat kedua-dua
pihak seiringan
Etika dan Tanggungjawab Sosial

6. Libatkan kakitangan dengan menggalakkan dan menyediakan ruang


untuk kakitangan terlibat dalam aktiviti yang dibangunkan.
7. Libatkan pelanggan dalam usaha murni anda. Contohnya, galakkan
pelanggan menghantar barang sukan mereka yang lama.

You might also like