You are on page 1of 22

Kertas Cadangan

Pengurusan Bilik Darjah


Muzik
Oleh: Jeannette Wong
Pengenalan
Di sekolah, mata pelajaran muzik merupakan antara mata pelajaran yang digemari dan ditunggu-
tunggu oleh kanak-kanak. Muzik dan nyanyian merupakan salah satu pendekatan yang digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kepentingan muzik dan nyanyian dilihat mampu
mempertingkatkan pelbagai aspek perkembangan dan kemahiran kanak-kanak. Melalui muzik dan
nyanyian juga, tingkah laku yang positif di kalangan kanak-kanak dapat dipupuk. Bukan sahaja
pendekatan ini sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, muzik dan nyanyian juga
boleh digunapakai dalam pelbagai aspek pengurusan kelas.

Justeru itu, kertas cadangan pengurusan bilik muzik ini disediakan supaya dapat mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Pengurusan bilik darjah muzik ini meliputi
penjagaan kebersihan, susunan kerusi meja, pengurusan dan penggunaan bahan-bahan sumber,
penyimpanan alat-alat muzik dan keselamatan. Ini bertujuan bagi menarik minat kanak-kanak untuk
terus terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran muzik sekaligus memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk meneroka dunia muzik serta mengasah bakat terpendam mereka secara
tidak langsung.
Kandungan dan Cadangan

Peranan Ketua
Garis Panduan
01 Panitia dan Guru
Muzik
03 Pelaksanaan

Sumber Perancangan
02 Alat muzik, bahan
pembelajaran dan peralatan
04 Pengurusan Bilik
Darjah Muzik
Peranan Ketua Panitia Pendidikan Muzik
1. Memperolehi Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan
ahli-ahli panitia.
2. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan
keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
3. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang disediakan bagi tiap-tiap tahun dan jika
perlu menubuhkan bank soalan.
4. Mengadakan mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
5. Mengatur mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik untuk membincangkan isu-isu atau
masalah-masalah yang berkaitan dengan pelajaran Pendidikan Muzik.
6. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru setelah mengikuti kursus atau seminar
pendidikan muzik dengan guru-guru muzik.
7. Melantik seorang setiausaha daripada ahli-ahli panitia pendidikan muzik untuk
menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli panitia.
8. Menyelenggarakan dan menyimpan semua fail minit mesyuarat, rekod-rekod serta
laporan dengan baik dan teratur.
9. Menyediakan aktiviti-aktiviti tahunan panitia pendidikan muzik bersama semua ahli
panitia.
Peranan Guru Muzik
1. Menjalankan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik
mengikut Jadual waktu yang telah ditentukan.
2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bersama
panitia pendidikan muzik sepanjang tahun.
3. Mengurus Bilik Muzik dengan baik, kemas dan teratur.
4. Mengurus dan menjaga peralatan muzik dengan baik.
5. Memastikan Nyanyian Lagu Rasmi sewaktu perhimpunan setiap
pagi hari Isnin berjalan dengan lancar juga di majlis tertentu yang
diarahkan.
6. Menyediakan persembahan tertentu di majlis tertentu jika diarahkan.
7. Memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
ketika berada di Bilik Muzik semasa pengajaran dan pembelajaran.
Sumber
Alat muzik

Bahan Pembelajaran

Peralatan
Alat Muzik
Membuat muzik dengan memainkan alat muzik
boleh menjadi salah satu bahagian yang paling
menarik daripada pengalaman muzikal. Anak-anak
bergerak balas terhadap alat muzik, dan mereka suka
membuat percubaan dengan pelbagai nada bunyi
daripada kayu, drum, simbal, loceng, dan pelbagai
alat lain. Alat irama, yang nyata adalah alat muzik,
banyak memberikan kesempatan kepada kanak-
kanak untuk fokus pada eksplorasi kreatif. Setiap alat
berbeza, mereka mudah digunakan dan mereka boleh
dimainkan dengan pelbagai cara yang menarik.
Alat Muzik
Bahan Pembelajaran
Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan

Rancangan Pelajaran Tahunan

Rancangan
Pengajaran
Harian
Peralatan
1. PHILIPS VCD MINI HI-FI SYSTEM - 1 SET
2. DENFORD AUDIO P.A. SPEAKER AMP - 2 BUAH
3. TIANG MIKROFON - 2 BATANG
4. HI-FI EQUALIZER - 1 BUAH
5. KABEL MIKROFON - 2 BUAH
6. MIC COVER - 4 BUAH
7. MEJA KECIL - 25 BUAH
8. KERUSI - 30 BUAH
9. MEJA PANJANG - 6 BUAH
10. ALMARI KECIL - 2 BUAH
Garis Panduan
Pelaksanaan
Fungsi dan Peranan Bilik Darjah Muzik
1. Bilik untuk melatih pelajar sama ada vokal individu atau koir. Matlamat masa depan adalah dapat bersaing
sengit dalam pertandingan koir di peringkat daerah atau bahagian.
2. Pusat riadah untuk guru-guru, pelajar atau kakitangan sekolah. Semua pihak berpeluang untuk bermain alat
muzik (jamming) dan menyanyi karaoke berbekalkan peralatan yang lengkap.
3. Tempat untuk mencungkil bakat terpendam pelajar dalam bidang muzik sama ada menyanyi atau bermain
alat muzik. Pelajar yang berminat dalam bidang muzik juga boleh mempelajari tentang muzik di bilik ini.
4. Pusat pembelajaran berasaskan audio dan visual. Guru-guru boleh menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menggunakan CD interaktif untuk merangsang minda para pelajar sewaktu kelas berlangsung.
5. Arena pertandingan seperti yang telah berlangsung iaitu pertandingan tilawah al-Quran peringkat
kebangsaan. Selain itu acara-acara sekolah juga boleh dijalankan di bilik ini, contohnya majlis perpisahan
guru, majlis sambutan hari jadi guru, Hari Guru dan sebagainya.
6. Tempat perjumpaan untuk kelab atau persatuan. Matlamat masa depan juga adalah untuk menubuhkan
kelab muzik sekolah.
7. Bilik untuk melatih para pelajar bermain alat muzik seperti keyboard dan gitar akustik. Matlamat masa
depan adalah untuk menyediakan set peralatan muzik yang lengkap.
Pusat Kreativiti dan Estetika

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3


Berdasarkan pelan lantai Faktor keselamatan seperti tidak Setelah selesai aktiviti, murid-murid akan
prasekolah, rak-rak yang dibiarkan bersepah dan berserekan di meletakkan semula alatan di rak dengan
disusun dilengkapi dengan lantik yang boleh mengundang bahaya keadaan yang tersusun dan kemas. Elakkan
bahan-bahan alatan muzik akibat terjatuh memijak dan sebagainya. daripada mempunyai alatan yang terlalu berat,
seperti kompang, kayu tik tok, Murid dilatih agar dapat mengambil dan berkarat, bengkok atau patah. Sentiasa
tamborin, kerincing, memulangkan bahan dengan cermat dan memastikan alatan di dalam keadaan yang
dan kastenet. dalam keadaan kemas sempurna sebelum murid-murid
menggunakannya.
Ciri Keselamatan
Bilik Darjah Muzik
Perancangan Pengurusan
Bilik Darjah Muzik

4. Mengawal 1. Merancang

3. Mengelola 2. Mengurus
Merancang
- Merancang perjalanan sesi pengajaran dan - Merancang disiplin
pembelajaran atau sesuatu aktiviti yang dan pengurusan bilik
darjah yang baik agar
dijalankan di dalam bilik darjah muzik. pengajaran dan
- Menentukan tajuk pelajaran, objektif yang pembelajaran dapat
hendak dicapai, serta jenis bahan pengajaran berlangsung dalam
dan alat bantu mengajar. keadaan yang tenteram.

- Merancang aktiviti-
aktiviti baru yang
boleh menimbulkan
unsur suspens dan
mengagumkan
Mengurus
Menentukan bahawa susunan meja
Memastikan segala kegiatan harian
dan kerusi adalah sesuai bagi
seperti menanda kedatangan dan
murid-murid dan memudahkan
mengedar serta mengumpul
interaksi antara guru dengan murid
peralatan dijalankan dengan teratur
serta antara murid dengan murid.

Mendengar masalah murid-murid Berusaha untuk menimbulkan


dan sentiasa memotivasikan mereka disiplin kendiri di kalangan murid-
serta menggerakkan murid supaya murid. Situasi ini akan
mereka terdorong untuk belajar meningkatkan lagi mutu pengajaran
dengan lebih tekun lagi. dan pembelajaran.
Mengelola

Memastikan penyusunan Menyediakan keadaan


Memastikan segala bahan,
kerusi meja adalah sesuai bilik darjah yang
peralatan serta
untuk pengajaran dan menggalakkan penyertaan
kelengkapan mencukupi.
pembelajaran. murid-murid.

Menyediakan kumpulan- Memastikan masalah Menyediakan jenis


kumpulan yang senang disiplin tidak timbul agar penilaian dan
mengambil bahagian dalam pengajaran dan melaksanakannya untuk
perbincangan seperti sesi pembelajaran dapat mendapatkan hasil yang
buzz dan sumbangsaran. berjalan denganlancar. sah serta boleh dipercayai.
Mengawal

Mengawal dan mendorong, Berkebolehan dan berupaya


bertindak sebagai perujuk dan menukar tindakan atau sikap agar
berkebolehan mempengaruhi murid sesuatu matlamat tercapai.
untuk berusaha mencapai sesuatu
objektif umpamanya objektif
pembelajaran.
Kesimpulan
Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berjaya menurut Anderson (1989) ialah
tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti
pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru
dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisen.

Pengurusan bilik darjah muzik yang baik tidak akan berlaku tanpa
perancangan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah muzik merupakan tugas
penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang
optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum.

Oleh itu, semua pihak sekolah, guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa
hendaklah sentiasa bekerjasama dan berganding bahu dalam strategi mengurus bilik
darjah muzik yang efektif kepada semua pelajar supaya pelajar dapat menumpukan
perhatian sepenuhnya ketika di dalam kelas.

You might also like