You are on page 1of 21

Topik 3:

PENGUKURAN

Kuliah akan membincangkan:


Konsep pengukuran dan pemboleh ubah
Konstruk, konsep dan definisi konsep
Tahap pengukuran
 Konsep Pengukuran (Measurement)
 Dalam sesuatu penyelidikan, penekanan diberikan kepada pengukuran
dan pemboleh ubahnya.
Pengukuran – melibatkan penilaian atau cara kita menilai, menganggar
sesuatu pemboleh ubah dan tingkah laku subjek (Aiken, 1997).
 Persoalan-persoalan yang wujud dalam diri penyelidik dalam
menjalankan penyelidikan:
i. Apakah perbezaan antara konstruk dan definisi konsep?
ii.Apakah konsep pengukuran dalam konteks sains sosial?
iii.Apakah bentuk skala dalam sesuatu pengukuran?
iv.Apakah kaedah yang boleh digunakan dalam sesuatu pengukuran?
v. Apakah perbezaan antara kesahan dan kebolehpercayaan?
 Pembolehubah adalah ciri-ciri yang boleh digunakan untuk mengukur
Konsep secara kolektif.
Contoh: Rajin (Konsep)
Kerajinan (Pemboleh ubah)

Tahap Kerajinan pekerja anda:


1.Kerja lebih masa
2.Datang awal
3.Balik lewat
4.Membuat kerja di luar bidangnya
5.Menghasilkan kuantiti output yang melebihi
jangkaan

Oleh itu, Definisi Konsep dan Operasi sangat penting!


 Tahap/Jenis Pengukuran

• Diskrit (Descrete)
• Nominal

• Selanjar (Continous)
• Ordinal, Selang, Nisbah
Metric Scale

• Pembolehubah Selanjar (Continous)


• Sebarang bahagian antara “dua titik nilai yang
diperolehi (Sabitha, 2005, 72) adalah logik dan
bermakna
• Contoh: Berat Badan

0 kg 200 kg
108.195911kg
Nonmetric Scale
• Pembolehubah Diskrit (Descrete)
• Mana-mana bahagian di antara dua
kumpulan/kategori adalah tidak bermakna.
• Contoh, Jenama Kereta: Honda, Toyota, BMW,
Proton
• Tidak ada ‘nilai tengah’ di antara mana-mana
jenama
• Jika (Honda+Toyota+BMW+Proton) lepas itu
Bahagi dengan 4 = ?
EMPAT tahap pengukuran:

Yang paling tinggi: Ratio (Nisbah)


Interval
Ordinal
Yang paling rendah: Nominal
• Kerana Ratio boleh diubahsuai jadi Nominal, tetapi
Norminal tidak boleh diubahsuai kepada Ratio
Contoh
• Ratio: Umur- 16, 17, 18, 19 tahun
• Boleh diubah kepada Norminal: Kumpulan Bawah
Umur (16-17 tahun) , Kumpulan Dewasa (18-19
tahun)
• Banyak pilihan ujian statistik boleh dilakukan ke
atasnya.
Jenis Pengukuran (Skala Pengukuran)
Nominal
Dalam bentuk kumpulan atau kategori
Antara dan dikalangan kumpulan, tidak ada nilai jarak.
Jantina: Lelaki, Perempuan
Kereta: Kereta Jenama A, B dan C
Tidak ada nilai jarak di kalangan jenama kereta ini.
 Skala nominal kebiasaannya digunakan kepada pemboleh ubah
kualitatif (Jadual 2)
Jadual 2: contoh skala nominal bagi pemboleh ubah nominal

Nombor Kod Jantina


01 Lelaki
02 Perempuan
Ordinal
 Gambarkan kualiti sesuatu atribut tetapi tidak memberikan maklumat
kuantiti (Sabitha, 2005, p.66)
 Susun/Pilih ikut keutamaan dan tahap perbezaan, jarak antara satu sama lain
tidak diketahui
 Pilih keutamaan anda dalam pembelian kereta (Jadual 3)

Jadual 3: Contoh skala ordinal dalam pembelian kereta

Ciri-ciri Pilihan Anda


Penjimatan Minyak ( )
Reka bentuk ( )
Harga ( )
Keselesaan ( )
Kuasa ( )
Ordinal
 Menggambarkan maklumat asaal pemboleh ubah yang menunjukkan sususan
daripada yang kecil kepada yang besar (Jadual 3)

Kualiti makanan Skala


Sangat sedap 1
sedap 2
Biasa 3
Tidak sedap 4
Sangat tidak sedap 5
Interval/Sela
 Mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam skala nominal dan ordinal.
 Tahap ukuran… bersifat aturan atau pengkadaran dan mempunyai jarak
yang sama serta bersebelahan (Sabitha, 2005, p.69)
 Membenarkan operasi purata (mean) dilakukan (Sabitha, 2005, p. 72)
 Pandangan anda terhadap Kereta Jenama A

Sangat Buruk Sederhana Baik Sangat


Buruk Baik
Penjimatan Minyak 1 2 3 4 5

Reka bentuk 1 2 3 4 5
Harga 1 2 3 4 5
Keselesaan 1 2 3 4 5
 Markah Penuh: 25, Markah Paling rendah: 5
Kuasa 1 2 3 4 5
Skala likert biasanya dalam bentuk ganjil
Contohnya:

3: Tidak Baik, Neutral, Baik


5: Sangat Tidak Baik, Tidak Baik,
Sederhana, Baik, Sangat Baik
7. Tidak pernah, Sangat Jarang, Jarang,
Kadangkala, agak kerap, Kerap, Sangat Kerap
Ratio/Nisbah
• Dalam bentuk ‘angka’
• Merangkumi semua ciri-ciri nominal, ordinal dan
selang (Sabitha, 2005, p.70).
• Sifar adalah nilai yang bermakna
• Berapa jumlah wang yang anda sanggup belanja untuk
membeli sebuah kereta?
RM_________
1. Anda berminat untuk mengkaji pandangan orang
ramai tentang kereta nasional…
2. Maka anda mencari artikel jurnal untuk
membaca….
Ulasan Karya
1.Kereta nasional adalah isu utama yang anda nak kaji.
2.Cari artikel-artikel jurnal berhubung isu berkenaan
3.Berdasarkan kajian-kajian yang lepas, anda dapati
Jantina, Keutamaan Pilihan dan Budget Perbelanjaan
adalah tiga KONSEP yang sering dikaitkan dengan
gelagat pembelian kereta.
4.Kenalpasti pembolehubah-pembolehubah untuk mengukur
Konsep-konsep tersebut.
Tajuk Kajian: Pandangan pelajar UUM terhadap
kereta nasional.

Objektif:
1.Mengenalpasti pandangan pelajar UUM terhadap kereta
nasional berdasarkan jantina.
2.Mengenalpasti pandangan pelajar UUM terhadap kereta
nasional berdasarkan keutamaan pilihan.
3.Mengenalpasti pandangan pelajar UUM terhadap kereta
national berdasarkan budget perbelanjaan.
IV DV
Pembolehubah Bebas Pembolehubah Tidak Bebas

Jantina

Keutamaan Pilihan

Budget Perbelanjaan

Kerangka Konsep
Hipotesis:
H1Terdapat perbezaan pandangan mengenai kereta
nasional yang signifikan di antara pelajar lelaki
dengan pelajar perempuan.
H2Terdapat perbezaan pandangan mengenai kereta
nasional yang signifikan berdasarkan keutamaan
pilihan pelajar.
H3Terdapat perbezaan pandangan mengenai kereta
nasional yang signifikan berdasarkan budget
perbelanjaan.
Skala Pengukuran yang Diperlukan:
1. Skala Nominal untuk Soalan Jantina
2. Skala Ordinal untuk Soalan Keutamaan Pilihan:
Harga, Jimat Minyak, Kuasa, Reka Bentuk,
Keselesaan.
3. Skala Interval untuk mengukur Pandangan
4. Skala Ratio untuk Soalan Budget Perbelanjaan.

You might also like