You are on page 1of 17

BAB 1:

MALAYSIA :
KESEPADUAN
DALAM
KEPELBAGAIAN
KONSEP PERPADUAN DALAM
KEPELBAGAIAN
Maksud ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ (unity in
diversity) dari perspektif :

• Psikologi Sosial – rasa kesatuan merentas pemisahan


fizikal dan psikologikal yang meliputi juga konteks
metafizikal.
• Antropologi-sosiologi: satu rumusan yang menyimpulkan
bagaimana manusia mengurus dan menyusun abstrak dan
nyata serta perbezaan sosial sedia ada dalam kalangan
mereka.
• Aspek Ontologikal- perlunya mengurus dan menyusun
perbezaan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil.
Antara Perpaduan atau Kesepaduan

• Definisi Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan


anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi
negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan
bersama di kalangan mereka

• Perpaduan - adalah proses yang menyatupadukan seluruh


masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air.
ANTARA PERPADUAN ATAU KESEPADUAN

• Keadaan yang wujud dan terus-menerus dinikmati oleh


sebilangan besar anggota masyarakat majmuk di dunia ialah
‘kesepaduan’ iaitu satu fenomena perpaduan dan difahami
menerusi konsep ‘takrifan harian’ dan ‘takrifan autoriti’.
Contoh

• Takrifan Autoriti (authority defined).


• Cenderung bersifat tetap
 Contoh: Melayu - menganut agama Islam, bertutur dalam
bahasa Melayu, dan mengamalkan adat resam dan budaya
Melayu

• Takrifan Harian (everyday defined)


• Takrifan masyarakat awam berbeza dalam kehidupan seharian.
 Cth: Melayu - sebahagian bertutur dalam bahasa Inggeris.

Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan


harian oleh anggota masyarakat dan ia menjadi pelekat sosial
dalam konteks hubungan etnik tanpa campur tangan daripada
pihak negara. Etnik Cina dan India+bercakap bahasa Melayu.
Hubungan Etnik di Malaysia

A. ERA KONFLIK (1945-1960) Sangat kritikal

• Pasca Perang Dunia Kedua (PD2)


– Rusuhan etnik
– Huru-hara Buruh-rusuhan dan mogok pekerja ladang.
– Darurat dan Pengganas-Bintang Tiga membunuh 3
orang pengurus ladang di Sg.Siput.
– Perubahan governans: Unitari ke Federaliisme – dari
sistem kerajaan pusat bertukar kepada sistem
federalisme iaitu pembahagian kuasa kepada dua
peringkat kerajaan.
Tiang seri pembinaan semula: Communities
Liason Committee (CLC)-1949
 Keselamatan
 Pembangunan Lima Tahun 1950-1955
 Perundingan Etnik – penggubalan
perlembagaan
ERA STABIL TAPI TEGANG
(1961 – 1970)

Pembentukan Malaysia 1963: Kesan positif & negatif


Konfrontasi 1963-1966-dilancarkan oleh Indonesia yang
menganggap Malaysia sebagai “New Colony” iaitu bakal
penjajah terbaru yang menguasai Asia.
Konflik etnik terbuka 1964 & 1969
 Julai & Sept1964, rusuhan etnik Melayu-Cina di
Singapura (dalam Malaysia)
 40 nyawa terkorban dan ribuan ditangkap Mei 1969, di
Kuala Lumpur & 3 tempat lain. Kira-kira 250 nyawa
terkorban. (rusuhan etnik Melayu-Cina pada 13 Mei 1969)
Singapura & Malaysia berpisah 9 Aug. 1965
Cara atasi:
 Majlis Perundangan Rakyat
 Jabatan Perpaduan, Rukun Negara
 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011)

• 40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada 2011 peristiwa


Kg. Medan yang mengingatkan bahawa faktor ekonomi sangat
penting untuk kesepaduan sosial.
• Harapan untuk perpaduan tetap ada: 1Malaysia
• Aanak kunci kesepaduan sosial Malaysia: Hubungan stabil sama
ada di Peringkat Masyarakat, Negara, Pasaran (M+N+P)
meskipun sewaktu krisis global.
• Masyarakat Malaysia yang matang:
– Suka bertikam lidah tetapi tidak berparangan
– Konflik wujud, namun masih hidup dalam kesepaduan

• Keterbukaan dalam perbincangan.


Contoh: keterbukaan dalam
memberi komen membangun menerusi pelbagai cabang media
massa.
Potret Hubungan Etnik di Malaysia

• Negara Malaysia dengan kerencaman demografi terus


kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh jiran
tetangga dalam konteks negara berbilang etnik.
• Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk
kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik.
• Malaysia berjaya mencapai tahap negara berpendapatan
sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun.
• Keunikan tadbir urus negara mengurus perpaduan dalam
kepelbagaian adalah amat penting.
Aspek urus tadbir perpaduan membawa kepada
kefahaman terhadap proses kesepaduan sosial dalam
masyarakat.
Kestabilan dan keamanan yang dikecapi telah diiktiraf
oleh Global Peace Index.
Malaysia berada di tangga ke-19.
Malaysia adalah satu-satunya negara heterogeneous
dengan komposisi demografi pelbagai etnik berada di
senarai paling atas.
Hubungan Etnik dari Perspektif
Konflik
• Terdapat pandangan - masyarakat yang memiliki kerencaman
budaya, bahasa, agama seperti di Malaysia akan terpisah dan
terasing mengikut kumpulan etnik masing-masing.
• Media massa kerap memotretkan hubungan etnik di Malaysia
dalam perspektif yang sempit - membangkitkan sentimen
etnik atau agama dalam laporan berita.
• kempen pilihan raya juga sering menggunakan sentimen dan
kepentingan etnik masing-masing dalam meraih undi.
• Hubungan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia tidak wajar
untuk dipotretkan dalam perspektif sempit dengan
menggunakan konflik, sengketa dan ketegangan.
• Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia
menggunakan paradigma konflik untuk menganalisis dan
memahami setiap permasalahan yang wujud dalam
masyarakat.
• Pandangan sedemikian mengandaikan masyarakat Malaysia
sentiasa berada dalam persengketaan, saling bersaing
khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama.
• Hakikat mengangkat paradigma konflik sebagai teras
memahami permasalahan masyarakat di Malaysia adalah
kurang tepat kerana realitinya, masyarakat hidup dalam aman
dan stabil.
MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK DARIPADA
PERSPEKTIF KESEPADUAN SOSIAL
• Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian
sejarah: membina struktur sosial, ekonomi, politik dan
budaya.
• Masyarakat Malaysia bersifat dinamik: membina
kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan harian
secara langsung dan tidak langsung secara berterusan.
• Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses
akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi –
mekanisme untuk mengekalkan toleransi.
Kesepaduan sosial-cara menangani isu

Antara contoh yang paling jelas tentang wujudnya


kesepaduan sosial di peringkat kehidupan harian adalah
apabila timbulnya pelbagai isu yang emotif dan
provokatif berhubung dengan etnik dan agama, khususnya
selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.
Beberapa isu telah dibangkitkan dan diprovokasi secara
berterusan.
Namun, tindakan tersebut tidak berakhir dengan rusuhan
etnik secara terbuka, sebaliknya kehidupan masyarakat
awam berjalan secara aman dan stabil.
KESIMPULAN

Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah, terutama jika


terdapat usaha sedar berpunca daripada tindakan authority-defined
dan top-down yang dapat melengkapkan dan menjamin
kelangsungannya dan meningkatkan daya ketahanan dalam
sesebuah masyarakat majmuk itu.
Dengan itu, adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan keadaan
ini sebagai “kesepaduan dalam kepelbagaian” (cohesion in
diversity) dan bukan “perpaduan dalam kepelbagaian” (unity in
diversity).
Perpaduan adalah ‘work in progress’ kerana perpaduan ialah suatu
sasaran pencapaian yang masih belum tercapai.
Kesepaduan sosial sedia ada perlu dikekalkan dan dipertahankan .

You might also like