You are on page 1of 7

RETORIK NURSHAMIERA NADIRA BT

MOHD HIJRAH
RETORIK
Sumber maksud
KAMUS DEWAN (1996) RETORIK IALAH PENGGUNAAN BAHASA
YANG INDAH UNTUK MENARIK
PERHATIAN PENDENGAR
RAHIMah hj sabran (2002) Retorik penting untuk menterjemah idea dalam
bentuk tulisan dengan baik dan berkesan
Satu kaedah diguna untuk menyampai sesuatu
Secara umum Bahasa dengan Bahasa yang berkesan dismaping
menampilkan nilai estetika yang tinggi
Retorik
pemerian
• a) Retorik pemerian ialah retorik yang mengandungi pemerihalan tentang sesuatu secara objektif, tepat, dan jelas.

• b) Retorik pemerian terdiri daripada dua jenis, iaitu:

• (i) Pemerian yang bersifat objektif atau faktual


• (ii) Pemerian yang bersifat imaginatif atau abstrak

• c) Retorik pemerian digunakan untuk memerihalkan sesuatu yang boleh diperihalkan seperti, tempat, orang, suasana,
dan lain-lain.

• Ciri-ciri retorik pemerian ialah,

• (i) Mementingkan ketepatan dalam memperincikan sesuatu

• (ii) Tiada penilaian, pandangan, atau ulasan peribadi (iii) Memberikan gambaran yang realistik yang dapat dirasakan
oleh pancaindera.

• (iv) Bersifat deskriptif dan informatif.

• Contohnya:

• (i) Memerihalkan tempat

• Bangunan itu mempunyai bumbung yang tinggi dan cantik. Dindingnya diperbuat daripada bahan yang terpilih dan
dihiasi pula dengan gambar burung berwarna-warni.

• (ii) Menggambarkan suasana

• Suara cengkerik dan unggas bergemeresik. Mentari mula mengintai, menyemarakkan cahaya keemasannya. Burung-
burung serindit berdecat-decit, mengembangkan sayap, meredah samudera langit mencari rezeki .
Contoh 1:

Kau janganlah membuat maksiat. Kau janganla membuat dosa. Ingatlah kepada Tuhan. Busti ibadat banyak-banyak. Kau akan selamat di neraka jahanam,
tempat orang-orang kafir,

Novel: Salina karya A Samad Sai

Contoh 2:

Ingin turunkan berat badan sebanyak 5 kilogra seminggu? Impian anda jadi kenyataan denga GOLD FAT BURNER. Produk ini amat berkesa untuk menaikkan
metabolisme dan mengawa selera makan. Berkesan untuk mereka yang mala bersenam. Harga pun murah. Diskaun sehingga 50 sebotol. Dapatkan segera!

Contoh 3:

Adat hidup manusia begitulah. Ada waktunya kita gembira, kita senang, kita suka, ada masanya kita sakit, kita sedih. Itu sudah menjadi lumrah alam Semua
orang menghadapinya. Jadi, janganlah terlalu sedih sangat apabila kita ditimpa bencana. Banyakkanlah berdoa agar kita diberikan ketabahan. kekuatan, dan
kesabaran.
Retorik
penceritaan
• (a) Retorik penceritaan atau naratif ialah suatu bentuk

• penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. (b) Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir
(2007), retorik penceritaan merupakan satu teknik atau cara yang dipilih oleh pencerita atau penulis untuk membina atau
menyampaikan sesuatu cerita agar cerita atau kisah dikemukakan itu lebih menarik dan tidak membosankan audiens.

• (c) Retorik penceritaan ini selalunya digunakan dalam penulisan prosa seperti cerpen, novel, autobiografi, biografi,
hikayat, drama, dan lipur lara.. (d) Ciri-ciri retorik penceritaan:

• (i) Mengandungi mesej tertentu


• (ii) Bersifat kreatif dan imaginatif

• (iii) Menggunakan gaya bahasa yang menarik dan indah


• (iv) Kurang menitikberatkan ketepatan aspek tatabahasa

• (e) Contoh retorik penceritaan: Contoh 1: Petikan cerpen, "Matinya Seorang Perempuan" karya Usman Awang

• Tiba-tiba, ya, dengan tiba-tiba saja, seperti timbul dari perut bumi layaknya, Minah muncul semula. Ia muncul dalam
keadaan dan cara yang lain, seolah-olah waktu yang sekian lama ini ia sedang dalam pembentukan, dalam acuan untuk
mengubah dirinya dan sifat tabiatnya. Ia muncul dengan tenaga yang lebih banyak dan besar, seolah-olah selama ini ia
mengumpulkan segenap tenaganya untuk menghadapi orang-orang dalam masyarakatnya, seolah-olah ia ingin
menjeritkan kepada orang-orang di sekelilingnya bahawa ia mencintai hidup dan kebenaran dan ia akan berjuang untuk
itu, bukan juga dengan mulutnya saja, bukan dengan sifatnya dan alat tubuhnya sebagai perempuan, tetapi dengan segenap
jiwa dan urat darahnya yang ada, yang tinggal sebagai sisa dari hirupan ayahnya, mama Ali dan beberapa lelaki lain yang
semuanya disegani oleh orang sekampung baik kerana wang mahupun kerana kedudukannya.
Retorik
pemujukkan
• (a) Menurut Raminah Hj Sabran (2002), retorik pemujukan ialah retorik yang digunakan untuk meraih simpati dan perhatian
daripada pembaca agar bertindak mengikut sesuatu yang disarankan oleh pengarang.

• (b) Retorik pemujukan didasarkan pada beberapa ciri

• khusus penulisan. Diksi dipilih dengan tepat dan ayat

• dijalinkan dengan kemas supaya dapat menimbulkan

• tenaga kepada karya dan dapat menarik perhatian

• pembaca.

• (c) Retorik pemujukan terbahagi kepada dua, iaitu pemujukan rasional dan pemujukan tidak rasional.

• (d) Pemujukan rasional ialah pemujukan yang melibatkan penghujahan untuk mempengaruhi khalayak sasaran.

• Contohnya:

• Syarikat Iman Mutiara akan mengadakan lawatan & belajar ke Timur Tengah selama sebulan. Peserta hanya perlu membayar
RM6000.00 seorang untuk membiayai tiket, visa, penginapan, makanan, pengangkutan, dan lawatan sepanjang berada di
sana. Tempat terhad. Hubungi 011-78789765 untuk maklumat lanjut.

• (ii) Pemujukan tidak rasional ialah pemujukan yang melibatkan emosi untuk mempengaruhi khalayak sasaran
Retorik pendedahan
• (a) Retorik pendedahan ialah satu kaedah yang digunak untuk menghuraikan maklumat atau mesej seca
objektif melalui teknik pentakrifan dan pencerakina

• (b) Retorik pendedahan atau eksposisi digunakan unt menyampaikan idea, pendapat, pandangan, d maklumat
secara terperinci dan berkesan.

• (c) Ciri-ciri retorik pendedahan.

• (i) Bertujuan untuk memberikan maklumat

• (ii) Menggunakan teknik pentakrifan dan analisis


• (iii) Digunakan untuk menjelaskan konsep atau istila
• (iv) Maklumat berdasarkan fakta sebenar dan huraiannya jelas

You might also like