You are on page 1of 14

6.

4 PENGORGANISASIAN
-SARRAVANAN
-MURSHID
PENGORGANISASIAN
Proses Menyusun dan mengagih atau menyeleras sumber manusia dan sumber fizikal untuk
melaksanakan pelan Tindakan bagi mencapai matlamat organisasi secara cekap dan berkesan.

Kepentingan
-Untuk menyeleraskan pelaksanaan perancangan bg mencapai matlamat organisasi
-Dapat menjalankan peranan ,tanggungjawab dan hubungan antara pekerja atau unit kerja
-Mengagihkan sumber manusia dan fizikal organisasi dengan cekap dan berkesan bagi
mengelakkan pembaziran dan pertindihan fungsi
-Menentukan bidang tugas jabatan dan tugas setiap pekerja
Reka bentuk organisasi
• Carta Organisasi

-Diagram yang memaparkan pembahagian dan susunan kerja , jenis jabatan ,hubungan
autoriti ,rantaian arahan dan posisi individu dalam organisasi
-Gambar rajah lini yang menunjukkkan struktur jabatan dalam organisasi dan memerihalkan bagaimana
kerja –kerja yang sepadan dikelompokkan dalam satu jabatan
-Maklumat yang dapat digambarkan dalam carta organisasi :
>Peringkat pengurusan organisasi –carta menggambarkan hierarki pengurusan contohnya ketua
pegawai eksekutif (pengurus atasan ) ,pengurus kewangan (pengurus pertengahan ) , penyelia
akaun (pengurus bawahan ) dan pekerja .
>Autoriti lini – garis menegak dalam carta yang menyambung antara kotak-kotak menunjukkan
kedudukan autoriti seseorang ke atas pihak lain .Hak untuk mengarah wujud disebabkan
kedudukanya menurut hierarki pengurusan .Contohnya , pengurus kewangan mempunyai autoriti
untuk mengarah penyelia akaun .
>Sistem pelaporan – contohnya , penyelia melaporkan kepada pengurus
>Pembahagian kerja atau pengelompokan kerja -kerja dikumpulkan dan dibahagikan mengikut
bidang atau fungsi tertentu . Satu kotak dalam carta mewakili satu posisi kerja dalam
organisasi .Contohnya , jabatan pengeluaran , jabatan kewangan dan jabatan pemasaran .Setiap
jabatan akan diketuai oleh pengurus masing –masing
>Rantaian arahan – semua arahan dan laporan disalurkan secara formal iaitu daripada pihak
pengurusan atasan kepada pihak pihak pengurusan bahawan .Contohnya garis menegak
menunjukkan aliran arahan dari ketua pegawai eksekutif kepada pengurus kewangan ,kemudian
kepada penyelia akaun dan seterusnya pekerja .
>Tugas-tugas atau penghukusan –menunjukkan tugas atau fungsi yang berbeza antara satu bahagian
dengan bahagian yang lain . Menunjukkan jawatan –jawatan yang tertentu contohnya ,penyelia
akaun ,penyelia pemasaran ,pengurusan pengeluaran dan lain-lain.
>Jangkauan kawalan – menunjukkan tanggunjawab pengurus menyelia sebilangan pekerja di
bawahnya dan pekerja –pekerja tersebut melaporkan kerja mereka kepada pengurus tersebut secara
terus.
• Bentuk penjabatan organisasi dan rasionalnya
Maksud penjabatan – Mengelompokkan manusia dan kerja –kerja dalam satu unit kerja
-Merujuk kepada cara pengurus mengelompokkan pekerja dan tugas mengikut

persamaan dan kepentingan bagi mencapai matlamat organisasi .


-Contohnya , seseorang pekerja mungkin akan diberikan tugas atau kerja secara
khusus mengikut kemahiran yang dimiknya iaitu penghukusan kerja .Tugas –
tugas
ini perlu dikelompokkan mengikut fungsi-fungsi tertentu bagi memudahkan
koordinasi dan pengawalan.
-Melibatkan penyusunan tugas yang telah dibahagikan kepada unit ,bahagian
atau
kumpulan tertentu dalam organisasi.
1)Penjabatan mengikut fungsi
-pengelompokkan aktiviti kerja yang khusus mengikut fungsian perniagaan seperti kewangan ,pengeluaran dan sumber manusia
.
-mengelompokkan pekerja yang mempunyai kemahiran yang sama ke dalam fungsi khusus berkaitan dengan kemahiran merek
-contohnya ,pekerja yang mahir dalam promosi ,penjualan dan hubungan pelanggan dikelompokkan dalam fungsi pemasaran
Pengurus pemasaran
-contoh carta organisasi :- Pengurus besar
Pengurus kewangan
Pengurus sumber manusia

sesuai untuk organisasi kecil atau sederhana dengan sumber terhad dan perniagaan yang beroperasi dalam fungsi pemasaran .

Kebaikan – mengalakkan pengkhususan kerja dan meningkatkan kemahiran pekerja dalam satu bidang khusus
sahaja
-meningkatkan kecekapan dalam melakukan kerja kerana penumpuan satu bisang sahaja
-memberi peluang kepada penyelia dan subordinat berkongsi kemahiran
Kelemahan-mudah berlaku konflik antara jabatan atau fungsi yang berbeza
-pekerja cenderung memberi keutamaan kepada jabatan masing –masing berbanding dengan organisasi
-pengetahuan pekerja tentang fungsi atau bidang lain tidak dapat dikembangkan
2)Penjabatan mengikut divisyen
-pengelompokkan pekerja dalam satu jabatan berdasarkan jenis produk , kumpulan pelanggan atau Kawasan pasaran
-aktiviti kerja hanya focus kepada satu produk ,kumpulan pelanggan atau Kawasan pemasaran tertentu sahaja
-biasanya penjabatanan ini digunakan oleh syarikat besar yang mempunyai pelbagai produk Kawasan pasaran yang berbeza
dan pelanggan yang pelbagai

i) Penjabatanan mengikut divisyen produk


- Pengelompokkan aktivit atau jawatan berdasarkan produk atau keluaran yang sama atas barisan produk yang dihasilkan
- aktivti –aktiviti kerja dan pekerja dikumpulkan Bersama untuk mengeluarkan satu produk atau servis yang sama
- Penjabatanan ini membahagikan jabatan kepada produk yang berlainan yang dikeluarkan syarikat
- Jabatan yang bertanggungjawab ke atas sesuatu produk tersebut perlu focus kepada pelanggan dan pasaran sendiri .

Kebaikan – setiap jabatan dapat mengkhusus dalam sesuatu produk yang dihasilkan
-memudahkan pihak pengurusan menilai prestasi kerja jabatan dan keluaran
-membolehkan penstrukturan semula dapat dijalankan bersesuaian dengan perubahan produk
Kelemahan-wujud masalah kawalann dan koordinasi antara bahagian produk
-wujud ketidakcekapan dalam pengagihan dan penggunaan sumber
-Persaingan dan perebutan sumber organisasi
Contoh carta organisasi :- Pengurus besar

Pengurus bahagian pakaian sukan Pengurus bahagian peralatan sukan

Pengurus pemasaran Pengurus kewangan Pengurus sumber manusia

ii) Penjabatanan mengikut divisyen pasaran

-Penggolompokan aktiviti atau tugas untuk memenuhi keperluan pasaran atau pelanggan tertentu
-Keperluan menyediakan perkhidmatan yang khusus kepada pelanggan dalam kelompok yang sama .Andaian pembentukan
jabatan ini agar dapat memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah pelanggan yang sama atau pelanggan tertentu
Contoh carta organisasi :- pengurus pasaran kerajaan
Pengurus besar
Pengurus pasaran pengguna
Pengurus pasaran perdagangan

Kebaikan – melibatkan kos pemasaran yang lebih cekap kerana aktivitinya tertumpu pada jenis-jenis pelanggan tertentu
-organisasi dapat menumpukan usaha untuk memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan
-kawalan lebih muda kerana tanggungjawab setiap jabatan adalah jelas .contohnya ,khidmat kepada pelanggan
tertentu

Kelemahan – Wujud pertindihan usaha dalam menguruskan operasi kerana penekanan kepada penggunadan bukanya tugas
-melibatkan kos yang tinggi untuk mengupah ,melatih dan membangunkan ramai pengurus untuk setiap jenis

pengguna
-Banyak peraturan dan dasar yang perlu dibentuk
iii)Penjabatan mengikut divosyen geografi
-Pengelompokkan aktiviti atau tugas untuk mrmrnuhi keperluan pelanggan mengikut Kawasan atau wilayah
-aktiviti –aktiviti kerja dan pekerja dikumpulkan bagi melakukan kerja pada satu lokasi tertentu
-jabatan dibentuk di setiap Kawasan di mana organisasi menjalankan perniagaan
-diwujudkan untuk memudahkan pemasaran produk kepada pengguna di lokasi berkenaan
-sesuai digunakan oleh organiasi yang menjalankan perniagaan atau beroperasi di pelbagai lokasi,Kawasan atau negara
-syarikat yang berorientasikan perkhidmatan seperti bank ,insurans ,Pendidikan dan sebagainya yang biasanya mempunyai struktur ini
-ini memudahkan pihak ysrikat menumpukan produk mereka dengan kehendak pelanggan yang berbeza dari Kawasan yang berlainan
Contoh carta organiasi:-
Pengurus besar asia barat
Ketua pegawai eksekutif Pengurus besar asia timur
Kebaikan – pengukuran prestasi mengikut kawalan mudah untuk dilakukan dan tanggunjawab bagiasia
Pengurus besar setiap jabatan juga semakin
tenggara
jelas
-pengambilan keputusan perlulah cepat kerana organisasi dapat menjadi lebih peka dan sensitive kepada budaya setempat
-cita rasa pengguna dapat dipenuhi dengan mudah
Kelemahan – masalah koordinasi anatara cawangan atau lokasi
-masalah pertindihan fungsi antara lokasi ,iaitu mempunyai fungsi yang sama di setiap lokasi
-masalah kawalan pusat dan wujud konflik matlamat antara cawangan
3)Penjabatan mengikut matriks
-merupakan campuran dua jenis struktur ,iaitu struktur organisasi mengikut fungsi (secara menegak ) dan struktur organisasi mengikut
projek atau program (secara mendatar)
-pekerja dalam organisasi matrik ini dimiliki oleh dua kumpulan formal.Mereka akan melaporkan kerjanya kepada dua orang ketua iaitu
ketua jabatan fungsi dan ketua projek atau program.Contohnya ,pekerja pengeluaran 1 melaporkan kerjanya kepada pengurus pengeluaran
dan pengurus projek A .
-Ia akan meningkatkan fleksibiliti dan kerjasam abagi setiap peringkat organisassi
-penjabatanan jenis ini sesuai jika organisasi menghadapi persaingan yang kuat dalam inovasi produk dan perkhidmatan ,perubahan
pasaran ,perubahan teknologi yang pesat dan sumber tenaga mahir adalah terhad
-secara umumnya ,perniagaan yang besar biasanya menggunakan lebih daripada satu jenis struktur organisasi. Contohnya , syarikat
pembinaan bank ,firma konsultan , agensi pengiklanan dan syarikan professional .

Kebaikan – memberi fleksibiliti kepada pengurus dalam memperentukkan para pekerja kepada pengurusan projek
-menggalakkan Kerjasama antara jabatan dalam organisasi
-meningkatkan kemahiran pekerja merentasi fungsi organisasi
Kelemahan – terlalu banyak masa digunakan untuk mengkoordinasi keputusan
-meningkatkan kekecewaan kerana pekerja menerima arahan daripada dua ketua yang berlainan
-wujud konflik antara pengurus fungsian dan pengurus projek atau program disebabkan perebutan sumber kepakaran dan

keutamaan kerja
Contoh carta organisasi :-

Pengurus besar

Pengurus pemasaran Pengurus kewangan Pengurus pengeluaran

Pengurus projek A Pekerja pemasaran 1 Pekerja kewangan 1 Pekerja pengeluaran 1

Pengurus projek b Pekerja pemasaran 2 Pekerja kewangan 2 Pekerja pengeluaran 2

Sesuai digunakan untuk mengurus projek ,program atau aktiviti yang berskala besar secara tetap
Bentuk-bentuk lain struktur organisasi

1)Struktur berdasarkan pasukan


-terdiri daripada pasukan kerja di mana setiap pasukan menuju ke arah mencapai satu matlamat yang sama
-organisasi pasukan berstruktur tidak mempunyai hierarki atau rantaian arahan.Struktuk dibentuk berdasarkan kepercayaan
bahawa matlamat organisasi tidak dapat dicapai melalui individu , melainkan akan dapat dicapai melalui kerja berpasukan
-Setiap pasukan akan mempunyai akauntabiliti terhadap prestasi syarikat
-Kebaikkanya dapat meningkatkan kualiti ,produktiviti , dan membawa kepada peningkatan prestasi organisasi .
2)Struktur berdasarkan projek
-pekerja –pekerja akan diberikan projek secarakekal yang mirip kepada struktur matriks
-bagaimanapun,bezanya ialah apabila sesuatu projek selesai ,pekerja tidak Kembali kepada jabatan masing-masing tetapi akan
meneruskan dengan projek yang baru
-dalam setiap pasukan projek ,pekerja mempunyai kemahiran yang lengkap untuk menjalankan sesuatu projek
3)Struktur berdasarkan unit perniagaan strategik (SBU)
-SBU mempunyai strategi dan juga objektif perniagaan yang berbeza dengan syarikat induk
-SBU boleh merangkumi keseluruhan syarikat atau Sebagian kecil syarikat .
-eksekutif SBU bertanggungjawab melaporkan kepada Pengarah Eksekutif syarikat induk
-kelemahanya struktur ini ,berlaku peningkatan kos yang tinggi kerana syarikat mempunyai banyak SBU yang memerlukan
kos pengurusan yang berasingan

4)Struktur berdasarkan organisasi tanpa sempadan


-merupakan organisasi yang tidak berstruktur kerana tidak wujud rantaian arahan ,tiada had dalam jangkauan kawalan dan
pembinaan pasukan menggantikan penjabataannya .
-Struktur ini menekankan kepada fleksibiliti dan tindak balas yang cepat .Organisasi boleh menggunakan kelebihan yang ada
pada seseorang dengan lebih cekap dan berkesan .
TERIMA
KASIH :>

You might also like