You are on page 1of 13

Karangan

Pengajian Am
Disediakan oleh: Noor Rabiatullazwa
Soalan:
Mewujudkan pemerintahan yang adil adalah antara
kepentingan Perlembagaan Persekutuan kepada
negara ini. Jelaskan.
Analisis Kehendak Soalan

Isu Fokus Isu


i Perlembagaan ii Kepentingan
Persekutuan

Kata Tugas Kombinasi Jawapan


iii Jelaskan
iv 1+4
Mewujudkan pemerintahan
yang adil
01
Pendahuluan
Perlembagaan Persekutuan merupakan satu dokumen undang-undang bertulis
yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian
Pesekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
Perlembagaan Persekutuan mempunyai kepentingan tersendiri kepada negara
ini.
02 Isi/Idea
Isi 1
Mewujudkan pemerintahan
(Idea wajib)
yang adil

Huraian:
• Perlembagaa Persekutuan merupakan undang-undang yang mengandungi
peraturan dan prinsip kepada kewujudan sebuah pemerintahan yang adil
• Menjadi penentu kepada rangka dan bentuk pemerintahan serta kuasa yang
diamanahkan kepada kerajaan yang menerajui tampak pemerintahan negara
• Memastikan kewujudan satu bentuk pemerintahan yang bersih, cekap, jujur,
adil dan saksama kepasa semua pihak
Isi 2 Mengelakkan penyalahgunaan kuasa

Huraian:

• Perlembagaan Persekutuan dapat menjauhkan pemerintah daripada


menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka

• Pengasingan kuasa antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan


kehakiman dilakukan bagi memastikan periksa dan imbang (check and balance)
dalam pentadbiran negara, seterusnya mengelakkan penyalahgunaan kuasa

• Pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan antara rakyat


dengan pemerintah serta badan perundangan bagi menghindarkan penindasan dan
salah guna kuasa
Isi 3 Memelihara hak asasi

Huraian:

• Hak asasi setiap warganegara Malaysia dinyatakan dengan jelas, adol


dan saksama dalam Perlembagaan Persekutuan

• Perlembagaan Persekutuan menjadi rujukan utama tentang hak asasi ini


bagi mengelakkan diskriminasi dan ketidakadilan kepada rakyat negara
ini

• Bersandarkan Perlembagaan Persekutuan, negara kita masih mampu


berdiri stabil dalam mendepani isu hak asasi manusia
Isi 4
Memelihara perpaduan antara kaum

Huraian:

• Perlembagaan Persekutuan ialah dokumen tertinggi yang


menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini

• Menjadi panduan kepada rakyat untuk hidup secara aman dan bersatu
padu

• Melindungi kepentingan semua kaum dan menjamin keadilan social


antara kaum
Isi 5 Menjamin taat setia
rakyat kepada negara
Huraian:

• Unsur taat setia kepada negara adalah termaktub dalam Perlembagaan


Persekutuan

• Seseorang warganegara akan dilucutkan kerakyatannya jika telah


memperoleh kerakyatan negara lain atau telah terbukti tidak setia kepada
negara ini

• Hal ini bertujuan supaya rakyat memberi sepenuh taat setia kepada tanah air
Penutup
04
Perlembagaan Persekutuan adalah tiang seri kewujudan sebuah negara
bangsa sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Oleh sebab itu, rakyat
Malaysia mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk mematuhi
Perlembagaan Persekutuan tersebut

You might also like