You are on page 1of 42

KUMPULAN 3 (1 Mei 2021)

⮚ SITI NUR SYUHADA BINTI MOHD ZAID


(2021544995)
⮚ IZAQ ISYAQIRUL BIN ABDUL WAHID (2021744445)

⮚ NURIN JAZLYNA BINTI MUHAMMAD YAZID


(2021909047)

⮚ NORHURIN BINTI MUHAMAD PILUS (2021375021)

⮚ REZA SHERRYZA ADZWIN BINTI REDZAWAN • BAHAGIAN 9 – PEMBAYARAN KE DALAM


(2021112113) DAN DARIPADA MAHKAMAH
• BAHAGIAN 10 – PINDAAN
⮚ NURIN HUSNA BINTI ABDUL MUTTI (2021121251)
• BAHAGIAN 11 – PENZAHIRAN
⮚ SYAFIKA AZWA BINTI FIKRI (2021554869)
• BAHAGIAN 12 – PEMINDAHAN PROSIDING
⮚ ADRIANA BINTI AZRIN (2021535635)
PEMBAYARAN KE DALAM BAHAGIAN 9
DAN DARIPADA MAHKAMAH
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH
SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003 DAN
KAEDAH-KAEDAH

Seksyen 72 Pembayaran ke dalam Mahkamah


Seksyen 73 Pembayaran daripada Mahkamah
Seksyen 74 Penyelesaian sebahagian
Seksyen 75 Perintah bagi pembayaran daripada Mahkamah
Seksyen 76 Kos
Seksyen 77 Relief lain
Seksyen 78 Tawaran
Sesksyen 79 Tuntutan balas
SEKSYEN 72
PEMBAYARAN KE DALAM
MAHKAMAH
❑ Defendan boleh membayar wang ke dalam Mahkamah bagi
penyelesaian tuntutan
❑ Defendan dikehendaki memberi notis kepada Plaintif mengenai
pembayaran yang dibuat
❑ Jika pembayaran itu kurang, Defendan hendaklah memberi notis
kepada Plaintif
SEKSYEN 73
PEMBAYARAN DARIPADA MAHKAMAH
❑ Mahkamah hendaklah membayar amaun kepada Plaintif jika jumlah pembayaran
yang dibuat oleh Defendan kepada Mahkamah adalah sama dengan amaun yang
dituntut atau dia memilih amaun itu sebagai penyelesaian keseluruhan tuntutannya
❑ Subjek kepada Seksyen 26:
🢝Penyelesaian dengan OKU, hendaklah mendapat keizinan daripada Mahkamah.
🢝Duit atau harta lain hendaklah dibayar kepada Mahkamah
❑ Boleh mendapat penghakiman bagi semua kos sebelum mendapat notis
pembayaran ke dalam Mahkamah
❑ Dan mendapat kos bagi penghakiman kos tersebut kecuali tiada penghakiman
dibuat untuk itu.
SEKSYEN 74
PENYELESAIAN SEBAHAGIAN
❑ Merujuk kepada Seksyen 73, jika bayaran tuntutan sudah diterima
bagi sesetengah bahagian,
❑ Dan masih ada lagi tindakan yang belum selesai,
❑ Plaintif boleh meneruskan tindakan itu.
SEKSYEN 75
PERINTAH BAGI PEMBAYARAN
DARIPADA MAHKAMAH
❑ Melainkan yang sudah termaktub di dalam Seksyen 73 dan 74,
bayaran tidak boleh dibuat diluar Mahkamah kecuali dengan
perintah Mahkamah
KOS

❑ Definisi kos termasuk fi, caj, perbelanjaan dan saraan


❑ Prinsip Umum kos
? Tiada mana-mana pihak berhak untuk mendapatkan kos bagi
atau bersampingan dengan apa-apa prosiding daripada mana-
mana pihak lain dalam prosiding kecuali di bawah perintah
mahkamah
SEKSYEN 76
KOS
❑ Bila bayaran telah dibayar kepada Mahkamah, tetapi jumlah yang
Mahkamah perintahkan kepada Plaintif kurang daripada apa yang
dituntut, kos yang telah dikeluarkan oleh Defendan mestilah dibayar
oleh Plaintiff.
CARA MAHKAMAH MEMUTUSKAN
JENIS DAN JUMLAH KOS
1. Mahkamah menentukan jenis kos dan menetukan jumlah kos terus
2. Mahkamah menentukan jenis kos tanpa perlu menetukan jumlah
kos
3. Mahkamah menetukan jenis kos dan melaksanakan ‘simple
prosiding’ sebelum menentukan jumlah kos
4. Mahkamah menentukan jenis kos dan memberi ruang untuk
pihak-pihak berbincang mengenai jumlah kos. Jika ada ada
persetujuan jumlah kos yang diminta oleh pihak yang diawardkan
kos akan dipertimbangkan dengan anggaran Mahkamah
SEKSYEN 77
RELIEF LAIN
❑ JikaPlaintif memohon relief selain daripada tuntutan wang, (dan
tuntutan wang telah pun selesai dan telah dibayar) dia boleh
meneruskan tuntutan bagi relief yang lain
SEKSYEN 78
TAWARAN
❑ Jikapembelaan tawaran dan pembelaan diterima, Defendan
berhak mendapat kos tindakan dan wang di dalam Mahkamah
tersebut tidak boleh dibayar tanpa perintah Mahkamah
SEKSYEN 79
TUNTUTAN BALAS
❑ Tuntutan balas boleh menggunapakai bahagian ini dengan
pengubahsuaian yang perlu
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR ) 2003
BAHAGIAN X

SEKSYEN 80-PINDAAN KEPADA SAMAN ATAU PLIDING


SEKSYEN 81-PINDAAN KEPADA PERMOHONAN
SEKSYEN 82-PROSIDING CACAT
SEKSYEN 83-CARA MEMINDA
SEKSYEN 84-KECICIRAN ATAU PENINGGALAN
PINDAAN TERHADAP SUATU SAMAN,PLIDING DAN
JUGA PERMOHONAN
• Menggunakan Seksyen 80 (1)(2)(3)ETMMSS 2003 bagi saman atau pliding
SIAPA YANG BOLEH MEMINDA ?
• Hanya plaintif yang boleh meminda samannya
• Mana-mana pihak boleh meminda plidingnya
BILA BOLEH MEMINDA?
• pindaan boleh dibuat pada mana-mana peringkat prosiding(sebutan kes atau perbicaraan) atas
apa terma tentang kos atau selainnya yang adil mengikut mahkamah.
• Boleh meminda tanpa kebenaran mahkamah SEBELUM penyampaian kepada pihak satu lagi
(S80(3))
• Sekiranya pindaan dibuat selepas saman tamat tempoh, pihak yang membuat pindaan perlu
mendapatkan kebenaran daripada mahkamah terlebih dahulu
• Jika difikirkan adil, mahkamah boleh memberikan kebenaran untuk membuat pindaan atas apa-apa
terma yang difikirkan patut.
• Permohonan untuk meminda boleh dibuat mana-mana peringkat, lebih awal lagi baik.
• Jika permohonan lewat, kemungkinan ianya akan mendatangkan mudharat kepada pihak lawan dan
kemungkinan permohonan ditolak atau dikenakan kos yg lebih tinggi.
SEKSYEN 81 ETMMSS 2003 PINDAAN PERMOHONAN

SEKSYEN 80 TERGUNAPAKAI UNTUK SUATU PERMOHONAN:-


• Pemohon boleh meminda permohonanya
• PINDAAN BAGI AFFIDAVIT PULA S116 ETMMSS 2003:-
I. Afidavit yang telah difailkan tidak boleh dipinda
II. Hanya kesilapan tulisan atau kesilapan bentuk dibenarkan untuk dipinda
III. Pindaan dibuat melalui affidavit pembetulan
IV. Difailkan sebelum perbicaraan
PROSIDING CACAT

• MENGGUNAKAN SEKSYEN 82 ETMMSS 2003


• Mahkamah tidak boleh membenarkan perbicaraan untuk diteruskan sekiranya terdapat prosiding
cacat
• MAHKAMAH BOLEH MEMERINTAHKAN PIHAK-PIHAK UNTUK MEMBUAT
PINDAAAN ATAS TUJUAN BERIKUT:-
I. Membetulkan kecacatan atau ralat dalam mana-mana prosiding; atau
II. Menentukan soalan sebenar yang menjadi kontroversi atau bagi mencapai keadilan bagi
pihak-pihak
CARA UNTUK MEMINDA

• MENGGUNAKAN SEKSYEN 83 ETMMSS 2003


• Jika pindaan memerlukan kebenaran mahkamah:-
i. Permohonan dibuat melalui satu permohonan
ii. Dilampirkan draf pliding terpinda
iii. Bahagian yang dikeluarkan dipotong dengan warna merah
iv. Bahagian pindaan digaris bawahnya dengan dakwat merah
v. Pindaan untuk kali kedua menggunakan dakwat hijau
vi. Selepas kebenaran diberi, satu salinan bersih hendaklah difailkan dan di sampaikan
vii. Kos dibayar oleh pihak yang meminda
• MAHKAMAH BOLEH MEMINDA DOKUMEN DALAM FAIL MAHKAMAH MENGIKUT
BUDI BICARANYA SEKIRANYA :-
I. Pindaan itu diperintahkan semasa perbicaraan atau pendengaran kes
II. Semua pihak hadir semasa pindaan itu dibuat
• Sekiranya syarat diatas dipenuhi, Penyampaian kepada pihak-pihak tidak perlu

• SEKSYEN 84 ETMMSS 2003-KECICIRAN ATAU PENINGGALAN


PEMBETULAN TANPA FORMALITI:-
i. Kesilapan tulisan
ii. Ralat yang berbangkit akibat keciciran
iii. Peninggalan yang tidak sengaja
CTH KES:- ABDUL HAMID BIN KAMARUDDIN
LWN ROHAYA BINTI MOHAMAD
• Kes berkenaan permohonan yang dibuat untuk perubahan perintah anak. Perayu telah
membuat permohonan dengan mengemukaan satu notis permohonan dan afidavit.
Responden kemudiannya telah membuat bantahan dan menghujahkan bahawa pliding
yang difailkan oleh perayu adalah salah dan cacat. Hakim mahkamah rendah syariah
kuala lumpur telah mengarah perayu supaya meminda pliding dalam suatu
permohonan perubahan perintah nafkah anak yang dibuat melalui permohonan dan
afidavit dipinda kepada bentuk saman dan penyata tuntutan. Perayu yang tidak
berpuas hati telah memfailkan rayuan ke mahkamah tinggi syariah tetapi rayuannya
ditolak .
PENZAHIRAN DOKUMEN

Sesuatu kes bergantung penuh kepada keterangan. Sebahagian daripada keterangan adalah
secara lisan dan sebahagiannya adalah secara dokumen, yang mungkin meliputi perjanjian,
surat perjanjian, dokumen dan juga rakaman bunyi atau visual. Keterangan lisan akan datang
daripada saksi-saksi di mahkamah, akan tetapi keterangan dokumen akan diambil daripada
dokumen itu sendiri.

SEKSYEN 87
SEKSYEN 85 SEKSYEN 86 SEKSYEN 88
KOMUNIKASI DOKUMEN
PENZAHIRAN DOKUMEN PEMERIKSAAN TIADA RAYUAN
TERLINDUNG
DAN FAKTA DOKUMEN TERHADAP PERINTAH
PENZAHIRAN DOKUMEN ADALAH MELALUI PERMOHONAN INTERLOKUTORI
PENZAHIRAN DOKUMEN
SEKSYEN 85 (1) (a) & (b) – PENZAHIRAN DOKUMEN DAN FAKTA
85 (1) (a): Mahkamah boleh jika perlu dan atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, memerintahkan mana-mana pihak

Menyatakan dengan
bersumpah

Lisan Afidavit

• Apakah dokumen yang ada atau pernah ada dalam milikannya atau kuasanya berhubungan dengan perkara
yang berkenaan;

• Dia ada atau pernah ada dalam milikannya atau kuasanya apa-apa dokumen atau jenis dokumen tertentu;

• Dalam mana-mana hal itu, tempat tersimpannya mana-mana dokumen yang dahulunya berada dalam
milikannya atau kuasanya, tetapi sekarang tidak lagi dalam milikannya atau kuasanya dan;

85 (1) (b): Mengemukakan apa-apa dokumen yang berada dalam milikannya atau kuasanya.
PENZAHIRAN DOKUMEN & FAKTA
SEKSYEN 85 (2) & (3) – PENZAHIRAN DOKUMEN DAN FAKTA

85 (2): Jika pihak itu adalah satu badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, seorang pegawainya boleh diperintahkan
supaya mematuhi perintah atau arahan Mahkamah berkenaan dengan penzahiran apa-apa dokumen.

85 (3): Mahkamah boleh menggantung prosiding itu sementara menanti


pematuhan perintah atau arahan Mahkamah di bawah seksyen ini
PENZAHIRAN DOKUMEN

CONTOH KES: TECK GUAN (HUP KEE) SDN BHD LWN NGC ENERGY SDN BHD [2017] MLJU 2370
Di dalam kes ini, Perayu telah membuat suatu permohonan penzahiran dokumen bagi penzahiran dokumen-
dokumen berikut oleh Responden iaitu:
a) Perjanjian Jual Beli Perniagaan dan Aset Gas Petroleum Cair bertarikh 9/5/2012 yang ditandatangani oleh
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd [Shell dan Plaintif.
b) Rekod pergerakan silinder yang dibekalkan oleh Plaintif kepada Defndan dari tahun 2004 hingga 2013.
Responden di dalam kes ini telah berhujah bahawa dokumen tersebut adalah sulit dan tidak boleh dizahirkan.
Walaubagaimanapun Mahkamah telah berpendapat bahawa “sesuatu pihak boleh membuat permohonan
kepada mahkamah untuk penzahiran dokumen yang dirujuk di dalam pliding-pliding atau afidavit-afidavit
kerana apabila sesuatu dokumen itu telah dirujuk di dalam pliding, maka ianya telah menjadi sebahagian
daripada pliding.”
PENZAHIRAN DOKUMEN

SEKSYEN 86– PEMERIKSAAN DOKUMEN

86: Apabila dokumen yang diarahkan untuk dizahirkan oleh Mahkamah telah dikemukakan, mana-mana pihak
berhak untuk memeriksa dan membuat salinan apa-apa dokumen dalam milikan atau kuasa pihak satu lagi dan
yang disebut dalam mana-mana pliding, affidavit atau dokumen lain yang difailkan olehnya dalam prosiding itu
semasa pemeriksaan lisan di bawah seksyen 85

SEKSYEN 87– KOMUNIKASI DOKUMEN TERLINDUNG

87: Pengemukaan dan pemeriksaan dokumen di bawah Bahagian ini hendaklah tertakluk kepada peruntukan
mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan komunikasi dan dokumen terlindung.
PENZAHIRAN DOKUMEN

SEKSYEN 88 – TIADA RAYUAN TERHADAP PERINTAH

88: Sesuatu permohonan berkaitan penzahiran dokumen ini hendaklah dibuat tanpa prejudis dan sebaik mungkin
oleh pihak-pihak yang berkenaan kerana mana-man apihak yang tidak berpuashati tidak boleh membuat
sebarang rayuan terhadap perintah penzahiran dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah KECUALI bagi
penghakiman kes itu pada keseluruhannya.

SEKSYEN 239 – PERKARA YANG MENGAIBKAN, DSB

239: Dalam memutuskan sesuatu dokumen itu diterima atau tidak samada ianya telah dizahirkan atau belum
mahkamah boleh memerintahkan supaya dokumen yang mengaibkan, tidak relevan, menyusahkan, menindas,
menimbulkan perbahasan atau terlalu panjang DIBATALKAN.
PENZAHIRAN DOKUMEN

SENARAI DOKUMEN

Apa-apa dokumen yang terdapat di dalam senarai mestilah diterangkan dengan jelas untuk
dikenalpasti oleh pihak-pihak yang bertikai. Jika perlu, Mahkamah boleh mengarahkan apa-apa
dokumen dikeluarkan. Semua dokumen material termasuk pita rakaman mestilah dikenal pasti.
Semua dokumen yang tidak material mestilah dikeluarkan daripada senarai. Mana-mana
dokumen yang disenaraikan diakui sebagai material.
PENZAHIRAN DOKUMEN

BANTAHAN KEPADA PENZAHIRAN/PENGELUARAN DOKUMEN


Mana-mana pihak berhak untuk menolak daripada menzahirkan/mendedahkan dokumen yang dilindungi bagi
tujuan pemeriksaan. Ini kerana dokumen tersebut berkemungkinan boleh memudaratkan kepentingan umum.

Apabila bantahan dibuat terhadap penzahiran/pengeluarean dokumen, Mahkamah mempunyai kuasa untuk
memeriksa sendiri dokumen tersebut, untuk memutuskan samada bantahan itu sah atau tidak.

KEINGKARAN MELAKUKAN PENZAHIRAN


Tiada peruntukan yang khusus bagi pihak yang ingkar arahan Mahkamah untuk menzahirkan apa-apa dokumen
yang telah diperintahkan untuk dizahirkan. Namun, keingkaran tersebut boleh ditafsirkan sebagai tindakan
yang telah menghina Mahkamah dan tindakan penghinaan Mahkamah boleh dikenakan ke atas pihak yang
meingingkar
Bahagian XII
Pemindahan Prosiding
-Pemindahan Prosiding ke suatu Mahkamah yang lain
Seksyen 89 (1)
• Hakim boleh perintahkan untuk memindahkan prosiding ke Mahkamah yang lain
jika Hakim fikirkan adil atau lebih mudah dibicarakan di Mahkamah tersebut.
Seksyen 89 (2)
• Mengikut kehendak Hakim atau melalui pemhonan pihak-pihak.
• Seksyen ini telah memberi kuasa kepada Mahkamah untuk membenarkan satu
prosiding itu dipindahkan ke Mahkamah yang lain dengan kehendaknya sendiri
atau melalui permohonan daripada pihak-pihak.
-Tatacara mengenai pemindahan
Seksyen 90 (1)
• Mahkamah yang daripadanya prosiding itu dipindahkan perlu memindahkan segala fail, dokumen, ekshibit dan
salinan diperakui bagi nota keterangan prosiding itu kepada Mahkamah yang dipindahkan kes tersebut kepadanya.
Seksyen 90 (2)
• Selepas kes itu dipindahkan, Mahkamah boleh memberikan arahan untuk tindakan selanjutnya bagi prosiding
tersebut.

• Jika satu pemohonan untuk memindahkan prosiding mahkamah ke mahkamah yang lain, Mahkamah yang
memindahkan prosiding tersebut boleh menyerahkan fail dan segala dokumen, ekshibit dan diperakui (nota
keterangan) kepada Mahkamah yang kepadanya dipindahkan prosiding tersebut. Mahkamah yang kepadanya
prosiding dipindahkan itu bolehlah memberikan apa-apa arahan lanjut terhadap prosiding berkenaan.
-Kos mengenai pemindahan
Seksyen 91
• Hakim akan menentukan kos bagi tindakan pemmindahan pliding melalui
pemohonan.

• Jika satu pemindahan prosiding dilakukan melalui permohonan, Hakim


boleh dengan budi bicaranya menetapkan satu kos bagi prosedur tersebut.
-Tatacara mengenai pemindahan daripada Mahkamah
Tinggi Syariah kepada Mahkamah Rendah Syariah
Seksyen 92 (1)
• Apabila ada satu perintah untuk pemindahan pliding dari MTS ke MRS, maka
Pendaftar Mahkamah perlu mencatatkan prsiding itu dalam Daftar Kes yang berkenaan.
Seterusnya Pendaftar perlu beri kepada pihak-pihak satu notis dalam Borang MS17
sekurang-kurangnya 14 hari sebelum hari kehadiran untuk pihak-pihak dapatkan arahan
selanjutnya menganai prsiding berkenaan.
Seksyen 92 (2)
• Perbicaraan itu hendaklah berjalan sebagaimana prsiding itu telah dimulakanh di MTS.
• Dalam peruntukan ini membolehkan Hakim untu memindahkan satu prosiding/pliding
dari MTS ke MRS
Contoh Borang MS 17
-Tatacara mengenai pemindahan daripada Mahkamah
Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah.
Seksyen 93
• Sama seperti Seksyen 92. Apabila ada satu perintah untuk pemindahan
pliding dari MRS ke MTS, maka Pendaftar Mahkamah perlu mencatatkan
prosiding itu dalam Daftar Kes yang berkenaan. Seterusnya Pendaftar
perlu beri kepada pihak-pihak satu notis dalam Borang MS18 sekurang-
kurangnya 14 hari sebelum hari kehadiran untuk pihak-pihak dapatkan
arahan selanjutnya menganai prsiding berkenaan.
Contoh Borang MS 18
Arahan Amalan No.17 Tahun 2002
• Bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai keputusan berhubung
dengan sebarang perpindahan fail kes daripada mana-mana peringkat
mahkamah hendaklah menggunakan fail yang sama dengan mengguna
pakai kod fail yang baru mengikut kesesuaian kes.

• Dalam arahan amalan ini menyatakan bahawa setiap prosiding yang


dipindahkan dari satu Mahkamah ke Mahkamah yang lain hendaklah
menggunakan fail yang sama dengan kod fail yang baru.
Kes Maryam binti Abdullah lwn Hithir bin
Rashid
• Isu yang timbul dalam kes ini ialah mengenai bidangkuasa mendengar
kes. Plaintif daftarkan tuntutan hadhanah di Mahkamah Rendah Syariah
Hulu Langat. Tuan Hakim mendapati tuntutan hadhanah yang dibuat
adalah terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah.
• Hakim perintahkan kes tersebut dipindahkan dan didaftarkan di
Mahkamah Tinggi Syariah.
Kesimpulan
• Peruntukan ini sememangnya telah diperuntukkan di dalam Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah. Walaubagaimanapun, secara amalannya hal ini jarang berlaku
kerana Mahkamah telahpun mempunyai sitem pendaftaran kes yang baik kini. Jika
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menyedari akan kekhilafan ini berlaku maka Hakim
akan merafakkan (panjangkan) kes ke Mahkamah Rendah. Jika berlaku di peringkat
Mahkamah Rendah, Hakim akan memanjangkan kes ke Mahkamah Tinggi Syariah.
• Permohonan untuk pemindahan pliding ini boleh dibuat secara lisan yakni di hadapan
Hakim ataupun dengan memasukkan satu permohonan interlokutari dan prosiding akan
dijalankan mengikut budi bicara Hakim tersebut.

You might also like