You are on page 1of 12

PERKAMPUNGAN

BAHASA BITARA
SEKOLAH MENENGAH
2023

PERINGKAT DAERAH
Pengenalan
Perkampungan Bahasa BITARA dilaksanakan di bawah inisiatif #108
Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013- 2025 (PPPM 2013-2025). Kertas konsep ini adalah sebagai
rujukan dan garis panduan kepada jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat
pendidikan daerah (PPD) dan sekolah bagi melaksanakan Perkampungan
Bahasa Bitara Sekolah Menengah kepada murid tingkatan lima sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kertas Konsep ini menyokong kepada Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa
Melayu (2016-2025). Antara hasrat yang dapat direalisasikan melalui program
ini termasuklah Strategi ke-5 iaitu, Memperkukuh Bahasa Melayu Melalui
Kokurikulum

2
Objektif Program
I. Membantu meningkatkan kecemerlangan murid dalam ujian lisan
Bahasa Melayu SPM;
II. Menyediakan peluang kepada murid dalam aktiviti lisan Bahasa
Melayu secara bersasar;
III. Meningkatkan keseronokan dalam aktiviti kebahasaan di luar
bilik darjah

Sasaran
● Murid tingkatan lima yang berada pada Tahap Penguasaan (TP) 3
dan TP 4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akhir tingkatan
3
Pelaksanaan Program

Program ini adalah di bawah penganjuran jabatan pendidikan negeri dan


dikelolakan pada peringkat daerah. Program ini dibimbing oleh PPD dan
dilaksanakan oleh sekolah yang dilantik sebagai pengelola dengan kerjasama
Panitia Bahasa Melayu. JPN dan PPD boleh merancang dan membuat
ketetapan bagi melaksanakan program ini dalam tempoh masa yang
ditetapkan mengikut kesesuaian, keupayaan dan kreativiti melibatkan
sekolah-sekolah di daerah masing-masing. 4
Program ini boleh dilaksanakan sama ada secara
berterusan, mingguan, bulanan atau tahunan(one-off)
mengikut keupayaan daerah dan sekolah.

5
Pengisian Program
Pengisian perkampungan bahasa adalah berbentuk bengkel, ceramah, seminar dan forum
yang melibatkan aktiviti seperti:
●permainan bahasa
●nyanyian
●pengucapan awam
●deklamasi
●bedah karya
●bercerita
●perbincangan
●sumbang saran
●resensi buku
●dan aktiviti-aktiviti bahasa yang bersesuaian

Pengelola juga boleh merujuk cadangan aktiviti dalam M odul PIKeBM bagi merancang
pelaksanaan aktiviti selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1 /2021 Pemilihan tema
adalah bebas.

6
Strategi Pelaksanaan
GARIS MASA

BIL PERKARA
JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS

1 Taklimat penyelarasan kepada semua PPD

2 Pembinaan kertas cadangan dan pembentangan


kepada pihak JPN (rujuk Lampiran 1 bagi templat
kertas cadangan) / Penyelarasan pelaksanaan program
di peringkat daerah

3 Pelaksanaan program

4 Penghantaran Laporan ke JPN (rujuk Lampiran 2


bagi templat pelaporan)

7
Carta Alir Pelaksanaan

8
Peranan JPN
⮚ Membuat perbincangan bersama PPD bagi menyelaras dan merancang
program berdasarkan kertas konsep
⮚ Melantik sekolah pengelola
⮚ Meneliti dan meluluskan kertas cadangan program
⮚ Membuat agihan peruntukan kewangan program ke sekolah pengelola
⮚ Memantau pelaksanaan program yang dilaksanakan berdasarkan kertas
cadangan yang diluluskan
⮚ Melaksanakan pascanilai setelah semua program tamat
⮚ Menghantar laporan keseluruhan program kepada BSKK, KPM

9
Peranan PPD
⮚ Membuat perbincangan bagi menyelaras dan merancang program
berdasarkan kertas konsep untuk daerah masing-masing
⮚ Membimbing sekolah pengelola dalam pembinaan kertas cadangan
program di peringkat daerah berdasarkan panduan yang diberi
⮚ Membentangkan kertas cadangan program bersama-sama sekolah
pengelola untuk diluluskan oleh JPN
⮚ Membantu, membimbing dan melaksanakan kunjung bantu sebelum dan
semasa pelaksanaan program di daerah masing-masing
⮚ Memastikan pengelola menyediakan laporan program

10
Peranan Sekolah Pengelola
⮚ Membuat perbincangan bagi merancang program yang bersesuaian
berdasarkan kertas konsep
⮚ Membentuk jawatankuasa program yang melibatkan sekolah-sekolah di
daerah tersebut
⮚ Menyediakan kertas cadangan program
⮚ Mencari ruang dan peluang untuk berkolaborasi dengan agensi luar dalam
melaksanakan program
⮚ Melaksanakan program yang telah dirancang
⮚ Menyediakan sijil penyertaan
⮚ Menyediakan laporan untuk diserahkan kepada JPN

11
PERUNTUKAN
BIL PERKARA OBJEK JUMLAH PPD
SEBAGAI
1 English in Camp (EIC) OS42000 60,000.00 2,000
Peringkat Daerah
2 Perkampungan Bahasa OS42000 69,000.00 2,300
BITARA
Peringkat Daerah

12

You might also like