You are on page 1of 10

Ekonomi Malaysia

Semester 3

Jenis Inflasi
Jenis Inflasi
1 Inflasi tarikan permintaan
(a) Inflasi tarikan permintaan berlaku apabila
permintaan agregat terus meningkat melebihi
keupayaan ekonomi untuk menghasilkan barangan
pada masa ekonomi negara berada pada tingkat
guna tenaga penuh.
(b) Tingkat harga umum naik secara berterusan
apabila firma tidak dapat mengembangkan kapasiti
pengeluaran dengan cepat untuk menampung
kenaikan permintaan yang berlebihan ketika
ekonomi sedang melambung.
Ace Ahead STPM Ekonomi Malaysia Semester 3 Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Bab 1: 2
Jenis Inflasi (samb…)
1 Inflasi tarikan permintaan (samb…)
(c) Kenaikan permintaan agregat (AD) mungkin
berpunca daripada:
• Kenaikan komponen AE, iaitu C, I, G, Xb akan
menaikkan tingkat permintaan agregat dalam ekonomi.
• Tambahan bekalan wang yang berlebihan dan tidak
dikawal menyebabkan kadar kecairan yang tinggi dalam
ekonomi meningkatkan AD. Inflasi berlaku apabila
terlalu banyak wang mengejar barangan dan
perkhidmatan yang sedikit.

Ace Ahead STPM Ekonomi Malaysia Semester 3 Hak Cipta Terpelihara


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Bab 1: 3
Jenis Inflasi (samb…)
1 Inflasi tarikan permintaan (samb…)
(d) Penerangan melalui gambar rajah:

Ace Ahead STPM Ekonomi Malaysia Semester 3 Hak Cipta Terpelihara


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Bab 1: 4
Jenis Inflasi (samb…)
1 Inflasi tarikan permintaan (samb…)
• Inflasi tarikan permintaan berlaku apabila perpindahan
keluk permintaan agregat dari AD1 ke AD2. Pada tingkat
keseimbangan yang baharu pada titik E2, keluaran
negara benar telah mencapai tingkat guna tenaga
penuh Yf dan tingkat harga naik daripada P1 kepada P2.
[Kenaikan dari AD0 ke AD1 belum berlaku inflasi kerana keluaran masih boleh
ditambah, iaitu ekonomi belum mencapai guna tenaga penuh.]
• Keluk AS menegak menunjukkan Yf dan kapasiti
pengeluaran maksimum tercapai. Kenaikan AD hanya
akan menaikkan harga P.
Ace Ahead STPM Ekonomi Malaysia Semester 3 Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Bab 1: 5
Jenis Inflasi (samb…)
2 Inflasi tolakan kos
(a) Inflasi tolakan kos ialah satu proses kenaikan
harga umum akibat kenaikan kos pengeluaran.
(b) Inflasi tolakan kos berpunca daripada kenaikan
margin keuntungan firma, upah buruh, kos bahan
api, kos bahan mentah atau kos faktor pengeluaran
lain.
(c) Kesannya, penawaran agregat akan berkurang
sehingga menaikkan tingkat harga umum.
Ace Ahead STPM Ekonomi Malaysia Semester 3 Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Bab 1: 6
Jenis Inflasi (samb…)
2 Inflasi tolakan kos (samb…)
(d) Penerangan melalui gambar rajah:

Ace Ahead STPM Ekonomi Malaysia Semester 3 Hak Cipta Terpelihara


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Bab 1: 7
Jenis Inflasi (samb…)
2 Inflasi tolakan kos (samb…)
• Jika berlaku kenaikan kos, penawaran agregat akan
berkurang.
• Kenaikan kos pada tingkat guna tenaga penuh 0Yf akan
mengurangkan penawaran agregat dari AS0 ke AS1 dan
akan meningkatkan tingkat harga umum daripada P0
kepada P1.
• Kenaikan kos yang berterusan akan menyebabkan
penawaran agregat berkurang daripada AS1 kepada AS2
dan harga meningkat kepada P2.
• Inflasi tolakan kos mengurangkan pendapatan negara
benar dan menyebabkan pengangguran. Hak Cipta Terpelihara
Ace Ahead STPM Ekonomi Malaysia Semester 3
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Bab 1: 8
Jenis Inflasi (samb…)
3 Inflasi diimport
(a) Inflasi diimport berlaku apabila barang yang
diimport mengalami kenaikan harga atau berlaku
kenaikan nilai mata wang asing.
(b) Kenaikan harga barangan import mungkin
berpunca daripada kadar inflasi yang tinggi di
negara-negara rakan dagang Malaysia ataupun
kejatuhan kadar pertukaran yang menyebabkan
negara terpaksa membelanjakan lebih banyak wang
untuk mengimport sejumlah barangan.
Ace Ahead STPM Ekonomi Malaysia Semester 3 Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Bab 1: 9
Jenis Inflasi (samb…)
3 Inflasi diimport (samb…)
(c)Sesebuah negara yang mengimport barang-barang dari
negara yang mengalami inflasi akan menjual dengan harga
yang lebih tinggi di pasaran tempatan. Apabila banyak
barang import mengalami kenaikan harga, inflasi diimport
berlaku di negara itu.
(d) Apabila nilai mata wang asing meningkat
berbanding dengan nilai mata wang tempatan, harga
barang-barang import akan menjadi semakin tinggi di
pasaran tempatan. Apabila banyak barang import dibeli
dari negara yang mengalami kenaikan nilai mata wang,
inflasi diimport akan berlaku di negara itu.
Ace Ahead STPM Ekonomi Malaysia Semester 3 Hak Cipta Terpelihara
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Bab 1: 10

You might also like