You are on page 1of 77

PERATURAN SEKOLAH

 FASAL 1: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH


 FASAL 2: RAMBUT
 FASAL 3: WAKTU PERSEKOLAHAN DAN KEHADIRAN PELAJAR
 FASAL 4: TIDAK MEMENTINGKAN MASA
 FASAL 5: KEBERSIHAN
 FASAL 6: BERBOHONG/MENIPU DAN BERSUBAHAT
 FASAL 7: AMALAN MURNI
 FASAL 8: YURAN
 FASAL 9: PERHIMPUNAN
 FASAL 10: BILIK DARJAH
 FASAL 11: GERAK KERJA KURIKULUM
 FASAL 12: KEGIATAN KOKURIKULUM
 FASAL 13: AMAL IBADAT
 FASAL 14: HARTA BENDA SEKOLAH
 FASAL 15: SALAHLAKU UMUM
 FASAL 16: LAWATAN SAMBIL BELAJAR
 FASAL 17: PELAWAT
 FASAL 18: KANTIN
 FASAL 19:KENDERAAN
 FASAL 20: BIASISWA
 FASAL 21: BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DAN ERT
 FASAL 22: PUSAT SUMBER SEKOLAH
 FASAL 23: KOPERASI SEKOLAH
 FASAL 24: MAKMAL SAINS
 FASAL 25: BILIK KAUNSELING DAN KERJAYA
 FASAL 26: MAKMAL KOMPUTER
 FASAL 27: BILIK-BILIK KHAS/KAWASAN LARANGAN
 FASAL 28: KES SALAHLAKU KATEGORI BERAT
TATACARA DISIPLIN SEKOLAH
 FASAL 1 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
 1.1. PAKAIAN PELAJAR LELAKI
 a. Baju
 b. Seluar
 c. Tali pinggang
 d. stokin
 e. Kasut
 F. Am
a. Baju
 i. warna putih bersih
 ii. Berlengan pendek, berkolar dan mesti berbutang
putih sepenuhnya.
 iii. Mempunyai satu poket sahaja iaitu disebelah kiri
bahagian dada.
 Iv. Kaki baju hendaklah dimasukkan jke dalam seluar
secara sempurna
 V. Dibenarkan memakai singlet putih sahaja di
bahagian dalam
 Vi. Memakai lencana dan tanda nama di bahagian
atas poket.
BAJU LELAKI
b. Seluar
 I. Berseluar panjang
 ii. Berwarna hijau kehitam-hitaman(dark olive)
 iii. Labuhnya di antara buku lali dan Tapak kaki
 iv. Lebar kaki seluar berukuran 16 inci hingga 18 inci sehingga
paras lutut dan tidak dibenarkan berlipat.
 V. Saiz lebar pinggang seluar hendaklah kurang daripada 1.5 inci.
 Vi. Bentuk seluar adalah potongan slack dan bukan jeans.
 Vii. Butang besi tidak dibenarkan.
 Viii. Hanya poket bertebuk disisi kiri dan kanan seluar dan di
bahagian belakang sahaja dibenarkan.
 ix. Poket bahagian belakang boleh ditutup tetapi dengan hanya
satu penutup sahaja dan tidak berlapis.
 X. Pemakaian buckle tidak dibenarkan.
c. Tali Pinggang
 Tali pinggang sekiranya digunakan
mestilah berwarna hitam
 Lebar tidak melebihi 1 inci
 Kepala tali pinggang tidak melebihi 1.5
inci dan tanpa hiasan.
d. Stokin
 Semua pelajar mesti memakai
stokin berwarna putih sahaja.
e. Kasut
 Kasut mesti dipakai sepanjang sesi
persekolahan
 Warna kasut adalah putih bersih sahaja
 Kasut Kanvas
 Kasut berbentuk kung-fu atau kasut
kulit dilarang sama sekali.
 Tali kasut mesti dipakai bagi kasut jenis
bertali.
f. Am
 Pakaian seragam yang fancy, bertampal
dan berconteng tidak dibenarkan.
 Pemaikaian songkok hitam atau kopiah
putih sahaja dibenarkan untuk upacara
keagamaan atau majlis berkaitan.
2. PAKAIAN PELAJAR
PEREMPUAN MUSLIM
 A. Baju
 B. Kain Sarung
 C. Mini telekung/Tudung
 D. Stokin
 Kasut
 Am
a. Baju
 Baju kurung berpesak, potongan
tradisional dan berleher teluk belanga.
 Berwarna putih bersih dan tidak jarang
 Lengan baju tidak berlipat dan
digalakkan memakai butang ketip
 Labuhnya separas dengan lutut
 Memakai simis (kain dalam wanita)
 Coli/bra mesti dipakai.
GAMBAR 1
Gambar 2
GAMBAR 3
GAMBAR 4
b. Kain Sarung
 Kain susun atau kain kembang labuh
 Berwarna biru torquise sahaja.
 Tidak jarang
 Labuhnya di antara buku lali dan tapak
kaki.
 Kain dalam mesti dipakai.
c. Mini Telekung/Tudung
 Semua mesti memakai tudung berwarna putih bersih
tanpa sebarang hiasan.
 Boleh berbentuk tiga segi atau bulat dan hendaklah
bertankup pada bahagian hadapan.
 Labuhnya hendaklah melebihi paras dada pada
bahagian depan dan belakang.
 Anak tudung mesti dipakai dan warna hanya warna
putih atau hitam sahaja.
 Jarum peniti bagi mengemaskan pemakaian tudung
mesti dipakai pada sebelah kiri dan kanan tudung.
d. Stokin
 Semua pelajar mesti memakai stokin
berwarna putih sahaja.
e. Kasut
 Kasut mesti dipakai sepanjang sesi
persekolahan
 Warna kasut adalah putih bersih sahaja.
 Kasut kanvas
 Kasut berbentuk ballet atau kasut kulit
dilarang sama sekali
 Tali kasut mesti dipakai bagi kasut jenis
bertali.
f. Am
 Pakaian seragam yang fancy, bertampal
dan berconteng tidak dibenarkan.
PAKAIAN PELAJAR
PEREMPUAN BUKAN MUSLIM
 A. BAJU
 B. STOKIN
 C. KASUT
A. Baju
 Memakai pinafore iaitu baju berwarna
putih bersih dan skirt berwarna
torguise.
 Pemakaian baju kurung dibenarkan.
 Labuh pinafore hendaklah melepasi
paras lutut.
 Lencana dan Tanda nama hendaklah
dipakai di sebelah kiri dada pinafore.
PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN
BUKAN MUSLIM
b. Stokin
 Semua pelajar mesti memakai
stokin berwarna putih sahaja.
c. Kasut
 Kasut mesti dipakai sepanjang sesi
persekolahan
 Warna kasut adalah putih bersih sahaja.
 Kasut kanvas
 Kasut berbentuk ballet atau kasut kulit
dilarang sama sekali
 Tali kasut mesti dipakai bagi kasut jenis
bertali.
4. PAKAIAN PENGAWAS
SEKOLAH LELAKI
 Baju berlengan panjang.
 Bertali leher
 Kasut kanvas atau kulit berwarna hitam
 Memakai kot/blazer dalam upacara
rasmi.
 Warna pakaian adalah pilihan sekolah
 Peraturan lain adalah sama seperti
pelajar lain.
5. PAKAIAN PENGAWAS
SEKOLAH PEREMPUAN MUSLIM
 Kasut kanvas atau kulit berwarna hitam
 Memakai kot/blazer dalam upacara
rasmi.
 Warna pakaian adalah pilihan sekolah
 Peraturan lain adalah sama seperti
pelajar
6. PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH
PEREMPUAN BUKAN MUSLIM
 Baju Kemeja berlengan panjang/berkurung
dibenarkan.
 Bertali leher
 Kasut kanvas atau kulit berwarna hitam
 Memakai kot/blazer dalam upacara rasmi.
 Warna pakaian adalah pilihan sekolah
 Peraturan lain adalah sama seperti pelajar
lain.
7. PAKAIAN SUKAN, PERMAINAN
DAN PENDIDIKAN JASMANI
 Memakai baju T putih atau baju sukan
sekolah
 Bagi pelajar perempuan muslim, baju
hendaklah berkolar, berlengan panjang dan
memaki tudung.
 Berseluar track berwarna gelap.
 Berkasut sukan
 Semua pelajar yang menyertai aktiviti mesti
menutup aurat.
8. PAKAIAN PERSATUAN, KELAB DAN
BADAN BERUNIFORM
 Memakai pakaian kelab, persatuan atau badan
beruniform yang lengkap ayau pakaian seragam
sekolah.
 Bagi pelajar perempuan muslim, mini
telekung/tudung mesti dipakai dan dibenarkan
mengikut peraturan sekolah sahaja.
 Berkasut yang sesuai
 Semua pelajar yang menyertai aktiviti mesti menutup
aurat.
Fasal 2 RAMBUT
1. RAMBUT PELAJAR LELAKI
 Rambut bahagian depan tidak melepasi garisan tengah
dahi
 Rambut bahagian sisi tidak menutup kedua-dua telinga
dan sideburn tidak melebihi garis tengah hidung.
 Rambut bahagian belakang tidak melebihi garisan di
bawah cuping dua telinga
 Rambut bahagian atas tidak meleibihi 3 inci
panjangnya.
 Rambut berfesyen/berwarna tidak dibenarkan.
 Pelajar dilarang menggunakan minyak rambut jenis gel
RAMBUT PELAJAR
PEREMPUAN
 Rambut sentiasa kemas dan bersih
 Rambut yang panjang hendaklah diikat
pada bahagian belakangnya.
 Pengikat rambut hanya berwarna gelap
– biru/hitam
 Rambut berfesyen/berwarna tidak
dibenarkan.
FASAL 3: WAKTU PERSEKOLAHAN DAN
KEHADIRAN PELAJAR

 Waktu Persekolahan tertakluk


kepada persekitaran sekolah:
 Isnin – Khamis – 0700-1245
 Jumaat – 0655-1200
 Kehadiran ke sekolah adalah wajib
KEHADIRAN PELAJAR
 Kehadiran ke sekolah adalah wajib
 Pelajar mesti berada di dalam kawasan sekolah
10 minit lebih awal sebelum waktu persekolahan.
 Pelajar dilarang meninggalkan kawasan sekolah
sepanjang waktu persekolahan kecuali dengan
kebenaran pentadbir sekolah.
 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-
sebab tertentu mestilah memaklumkan kepada
pihak sekolah melalui surat atau surat akuan
daripada ibubapa/penjaga atau doktor.
 Surat amaran pertama akan dihantar sekiranya tidak
hadir ke sekolah 4 hari berturut-turut atau 10 hari
tidak berturut tanpa surat akuan.
 Surat amaran Kedua akan dihantar sekiranya tidak
hadir ke sekolah 7 hari berturut-turut atau 10 hari
tidak berturut selepas amaran pertama.
 Surat amaran Terakhir akan dihantar selepas 7 hari
tidak datang ke sekolah berturut-turut atau setelah
20 hari tidak berturut selepas amaran kedua.
 Jika 14 hari tidatang berturut-turut atau 20 hari tidak
berturut selepas amaran terakhir maka surat buang
sekolah akan dihantar.
FASAL 4 TIDAK
MEMENTINGKAN MASA
 Berkeliaran pada waktu pembelajaran
 Sengaja lewat ke sekolah
 Sengaja lewat ke perhimpunan
 Makan di kantin luar waktu rehat
 Membeli di kantin.koperasi di luar waktu yang
dibenarkan
 Lewat masuk ke kelas,bengkel,makmal,pusat
sumber,perpustakaan dan kelas amali solat
FASAL 5: KEBERSIHAN
 1. KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN DIRI
 2. KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH
 3. KEBERSIHAN TANDAS
 4. KEBERSIHAN KELAS
1. KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN DIRI
 Pelajar Wajib menjaga kebersihan diri terutama
rambut,kuku,gigi dan seluruh badan & memakai
pakaian yang bersih dan kemas mengikut peraturan
sekolah.
 Pelajar dilarang
 memakai haruman yang terlalu kuat baunya
 Berkuku panjang dan berwarna
 Memakai barang-barang kemas dan perhiasan
 Membawa atau mengguna alatan solek
 Mencukur atau mewarnakan bulu kening
 Menyimpan misai,janggut dan jambang
 Membuat sebarang tanda atau tatto di bahagian anggota badan
2.KEBERSIHAN KAWASAN
SEKOLAH
 Pelajar dilarang membuang sampah di
merata-rata tempat dalam kawasan
sekolah.
 Makan dan minum hanya di benarkan di
kantin sahaja.
3.KEBERSIHAN TANDAS
 Pastikan tandas bersih selepas digunakan
 Semua sampah dan tuala wanita hendaklah dibuang
ke dalam tong sampah yang disediakan.
 Pastikan tapak kasut bersih sebelum masuk ke dalam
tandas
 Jangan membawa sebarang makanan ke dalam
tandas.
 Jangan menconteng pada mana-mana bahagian di
dalam tandas.
 Pelajar hendaklah menggunakan air dan elektrik
dengan berjimat cermat.
4. KEBERSIHAN KELAS
 Kebersihan lantai, papan tulis, cermin
tingkap dan kaki lima kelas adalah
tanggungjawab kelas masing-masing
 Buang sampah ke dalam tong sampah
yang disediakan.
 Menconteng mana-mana bahagian dan
peralatan di dalam kelas adalah satu
kesalahan.
Fasal 6: BERBOHONG/MENIPU
DAN BERSUBAHAT
 Perbuatan berbohong, menipu,
menghasut dan bersubahat dalam
perkara tersebut adalah satu kesalahan
FASAL 7: AMALAN MURNI
 Pelajar hendaklah sentiasa hormat-
menghormati antara satu sama lain
 Pelajar hendaklah mengamalkan sikap baik
dan berbudi bahasa setiap masa
 Ucapan salam atau selamat hendaklah
menjadi amalan setiap pelajar sepanjang
masa.
 Pelajar mestilah mengikuti pengajaran dan
pembelajaran dengan tekun
 Sentiasa mengamalkan kebersihan
 Sentiasa menjaga keselamatan diri, harta benda sendiri, sekolah
dan hak milik orang lain.
 Mematuhi arahan guru, kakitangan sekolah, pengawas, ketua
kelas dan penolong kelas kelas.
 Sentiasa tertib ketika bergerak ke makmal, bengkel,
perpustakaan dan seumpamanya.
 Sentiasa menghormati lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu
sekolah.
 Pelajar hendaklah hormat dan mengaminkan doa dan azan
ketika dibacakan.
 Mengamal sikap berjimat cermat seperti mamadam suiz lampu,
kipas, penghawa dingin dan pili air selepas digunakan.
FASAL 8: YURAN
 Pelajar mesti menjelaskan semua yuran
yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah.

 Yuran hendaklah dijelaskan pada masa


yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah.
FASAL 9 : PERHIMPUNAN
 Semua pelajar diwajibkan menghadiri perhimpunan
sekolah.
 Pelajar mesti berada di tempat perhimpuan 5 minit
lebih awal
 Pada hari perhimpunan pelajar mestilah beratur
mengikut tatacara yang ditetapkan.
 Sewaktu perhimpunan semua pelajar dikehendaki
diam, memberi perhatian serta digalakkan membuat
catatan.
 Pergerakan pergi dan balik tempat perhimpunan
dengan beratur mengikut kelas masing-masing
FASAL 10: BILIK DARJAH
 Pelajar tidak dibenarkan berada di bilik-bilik
darjah sebelum waktu belajar dan pada waktu
rehat kecuali pelajar yang bertugas.
 Pelajar hendaklah bangun dan memberi
salam/ucap selamat kepada guru atau pelawat
yang masuk ke dalam bilik darjah dan ucapan
terima kasih diberi semasa guru atau pelawat
meninggalkan bilik darjah.
 Pelajar yang ada urusan pada waktu belajar hendaklah
meminta kebenaran daripada guru untuk keluar dan
hendaklah menandatangan borang keluar masuk kelas.
 Pelajar hendaklah membuat kerja masing-masing
dan tidak bising semasa ketiadaan guru.
 Pelajar dikehendaki menutup semua tingkap dan
pintu sebelum beratur diluar kelas [pada waktu balik
pada setiap hari. Pastikan keadaan bilik darjah
berada dalam keadaan yang bersih dan teratur.
 Pelajar tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah
selepas waktu persekolahan kecuali mendapat
kebenaran pihak sekolah.
 Pelajar dibolehkan membawa makanan dan minuman
tetapi tidak boleh makan dan minum di dalam bilik
darjah.
FASAL 11: GERAK KERJA
KURIKULUM
 Kehadiran pelajar dalam semua peperiksaan dan
ujian adalah wajib dengan mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan.
 Pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan dengan
penuh tanggungjawab.
 Perbuatan menggangu perjalanan peperiksaan atau
ujian dalam bentuk apa jua sekalipun adalah satu
kesalahan.
 Bagi peperiksaan dalaman, pelajar mestilah
menggunakan kertas jawapan yang ditetapkan oleh
pihak sekolah.
 Bagi peperiksaan awam seperti PMR dan SPM pelajar
wajib mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Majlis Peperiksaan
Malaysia.
 Semua kerja kursus, latihan kerja kelas dan rumah yang
diberi oleh guru hendaklah disempurnakan dan
diserahkan pada masa yang ditetapkan.
 Semua program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
PPDK/PPG dan JPN adalah wajib bagi pelajar berkenaan.
 Semua peralatan pembelajaran yang perlu untuk gerak
kerja kurikulum hendaklah disediakan oleh pelajar.
FASAL 12: KEGIATAN
KOKURIKULUM
 Semua pelajar hendaklah mengambil bahagian
dalam sekurang-kurangnya satu sukan dan
permainan, satu persatuan dan kelab dan satu
badan beruniform.
 Kehadiran dalam semua aktiviti kokurikulum adalah
diwajibkan.
 Peraturan persatuan/kelab/badan beruniform
hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
 Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum mestilah
mengikut peraturan yang ditetapkan, menunjukkan
tingkahlaku terpuji dan sentiasa menjaga nama baik
sekolah.
 Pelajar yang hadir untuk kegiatan kokurikulum
tidak dibenarkan menggangu aktiviti-aktiviti
pelajar lain termasuk kelas-kelas yang sedang
belajar.
 Pelajar yang mengikuti aktiviti anjuran
sekolah/PPDK/PPG/JPN/Kementerian Pelajaran
di luar kawasan sekolah mestilah mendapat
kebenaran bertulis ibubapa.
 Pelajar tidak dibenarkan menjadi ahli kelab-kelab atau
persatuan luar dan dilarang menyertai aktiviti-aktiviti
anjurannya tanpa kebenaran pentadbir sekolah.
 Pelajar yang tidak menghadiri kegiatan
kokurikulum mestilah mengemukakan
surat akuan doktor.
 Hari Rabu ditetapkan sebagai hari
kegiatan kokurikulum. Pelajar-pelajar
digalakkan memakai uniform lengkap
sepanjang hari tersebut.
FASAL 13: AMAL IBADAT
 Pelajar Islam diwajibkan mengamalkan ajaran
Islam.
 Pelajar Islam diwajibkan mengikuti aktiviti-
aktiviti agama yang ditetapkan oleh pihak
sekolah.
 Pada waktu sembahyang pelajar dikehendaki
membawa peralatan sembahyang.
 Pelajar dilarang sama sekali menghina
kesucian Agama Islam atau agama-agama
lain.
FASAL 14: HARTA BENDA SEKOLAH
 Semua pelajar mesti bertanggungjawab
menjaga keselamatan harta benda sekolah.
 Perbuatan merosakkan harta benda sekolah
adalah satu kesalahan.
 Pelajar dilarang sama sekali memindah,
mengambil atau menukar harta benda yang
dipinjam dalam apa jua bentuk tanpa
kebenaran.
 Alatan dan perabot yang dipinjam atau dipindahkan
hendaklah diserahkan semula dan disimpan di
tempat yang ditetapkan.
FASAL 15: SALAHLAKU UMUM
 Pelajar dilarang melibatkan diri dalam sebarang
aktiviti politik.
 Sebarang surat rasmi daripada pelajar kepada
pihak luar mestilah melalui pengetua.
 Pelajar tidak dibenarkan menyertai sebarang
pertandingan ratu cantik atau pertunjukan fesyen.
 Berjudi atau mengunjungi tempat perjudian adalah
dilarang.
 Pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke
sekolah.
 Membawa, menyimpan dan bermain semua jenis bahan
letupan di sekolah adalah dilarang.
 Ketika di kawan sekolah pelajar dilarang mengeluarkan
bunyi yang berlebihan atau melampau yang boleh
menggangu suasana dengan apa cara sekalipun.
 Pelajar tidak dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan
dalam kawasan sekolah.
 Penggunaan premis sekolah mestilah mendapat
kebenaran pengetua.
 Sebarang aduan tentang salahlaku pelajar di luar
kawasan sekolah akan disiasat dan jika sabit kesalahan
akan diambil tindakan.
FASAL 16: LAWATAN SAMBIL
BELAJAR
 pPelajar mesti memakai pakaian
seragam sekolah.
 Pelajar mesti mendapatkan kebenaran
ibubapa/penjaga.
 Sebarang lawatan mestilah disertai oleh
guru pengiring.
FASAL 17: PELAWAT
 Pelajar tidak boleh menerima pelawat
tanpa kebenaran pengetua.
FASAL 18: KANTIN
 Pelajar tidak dibenarkan membeli dan makan di kantin
pada waktu pembelajaran.
 Pelajar mestilah beratur sewaktu membeli makanan
 Pinggan dan gelas yang telah digunakan hendaklah
dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.
 Segala kertas atau pembungkus makanan mestilah
dibuang ke dalam tong sampah.
 Tempat penyediaan makanan dan minuman serta
ruang yang dikhaskan untuk guru dan kakitangan
sekolah adalah kawasan larangan bagi pelajar.
 Perbuatan merosakkan harta benda kantin adalah satu
kesalahan.
FASAL 19: KENDERAAN
 Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang
dikhaskan dalam kawasan sekolah.
 Semua kenderaan hendaklah dikunci.
 Pelajar dikehendaki menuntun basikal dalam kawasan
sekolah.
 Semua kenderaan bermotor pelajar diwajibkan
mendaftar kepada pihak sekolah.
 Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor
mestilah memiliki lesen memandu yang sah.
 Pelajar yang menaiki bas atau van hendaklah beratur
semasa menaikinya. Pelajar juga dilarang berdiri di atas
tangga demi keselamatan.
FASAL 20: BIASISWA
 Semua pelajar yang mendapat biasiswa perlu membuka akaun
dalam bank.
 Semua buku akaun akan disimpan oleh pihak sekolah dan
pelajar yang ingin mengeluarkan sejumlah wang perlu
mendapatkan kebenaran pengetua.
 Hanya pemegang akaun itu sendiri sahaja layak mengambil dan
memulangkan buku akaun.
 Pelajar yang diberi kebenaran mengeluarkan wang mesti
memulangkan buku akaun dalam tempoh 5 hari.
 Pengeluaran wang hanya boleh dibuat sebulan sekali sahaja.
 Pelajar yang menerima biasiswa wajib menunjukkan prestasi
baik dalam akademik dan disiplin.
FASAL 21: BENGKEL KEMAHIRAN
HIDUP DAN ERT
 Pelajar hanya dibenarkan memasuki
bengkel bersama guru.
 Pelajar wajib menjaga keselamatan diri,
rakan dan harta benda bengkel.
 Pelajar wajib mematuhi peraturan
khusus bengkel yang ditetapkan.
FASAL 22: PUSAT SUMBER SEKOLAH
 Pelajar hanya dibenarkan memasuki pusat sumber jika
ada guru atau pengawas perpustakaan/pusat sumber.
 Pelajar wajib mematuhi masa dan jadual yang telah
ditetapkan.
 Perbuatan menconteng, mengoyak atau merosakkan
bahan bacaan adalah satu kesalahan.
 Pelajar dilarang membawa masuk makanan, minuman
atau bahan bacaan lain ke dalam pusat sumber tanpa
kebenaran.
 Pelajar dilarang membawa keluar sebarang bahan
bacaan dari pusat sumber tanpa kebenran.
 Pelajar wajib mematuhi peraturan khusus perpustakaan/pusat
sumber yang ditetapkan.
FASAL 23: KOPERASI SEKOLAH
 Pembelian di kedai koperasi mestilah
mengikut masa yang ditetapkan.
FASAL 24: MAKMAL SAINS
 Pelajar hanya dibenarkan memasuki
makmal bersama guru.
 Pelajar wajib menjaga keselamatan diri,
rakan dan harta benda makmal.
 Pelajar wajib mematuhi peraturan
khusus makmal yang ditetapkan.
FASAL 25: BILIK KAUNSELING DAN
KERJAYA
 Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa
kebenaran kaunselor.
 Pelajar wajib mematuhi peraturan
khusus penggunaan bilik kaunseling
yang ditetapkan.
FASAL 26: MAKMAL KOMPUTER
 Pelajar hanya dibenarkan memasuki
makmal komputer bersama guru.
 Pelajar wajib menjaga keselamatan diri,
rakan dan harta benda makmal
komputer.
 Pelajar wajib mematuhi peraturan
khusus makmal komputer yang
ditetapkan.
FASAL 27: BILIK-BILIK KHAS
LAIN/KAWASN LARANGAN
 Pelajar dilarang berada tanpa kebenaran di bilik
khas/kawasan larangan seperti berikut:
 A. Pejabat sekolah dan laluan ke pejabat sekolah/bilik pengetua
 B. Bilik Guru, Bilik Disiplin dan Bimbingan dan Kaunseling
 C. Bengkel KH, Bilik Masakan dan Jahitan.
 D. Makmal sains
 E. Bilik Komputer
 F. Pusat Sumber Sekolah
 G. Koperasi Sekolah
 H. Bahagian dalam kantin
 I. Bilik SPBT
 J. Bilik Pendidikan Seni
 K. Bilik Cetak
 L Dewan sekolah
 M. stor sukan
 N. Bilik Rawatan/Gigi
 O.Stesyen kajicuaca
 P. Substesyen Elektrik/kotak suis
 Q. Tandas guru
 R. Tangki air/najis
 S. Tapak semaian/rumah pertanian
 T. Garaj kereta
 U. Asrama (Lelaki dan Perempuan)
 V. Dan kawasan larangan yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah.
 Pelajar wajib menjaga keselamatan diri, rakan dan harta benda sekolah
sewaktu berada di bilik khas/kawasan larangan
 Pelajar wajib mematuhi peraturan khusus sewaktu berada di bilik
khas/kawasan larangan.
FASAL 28: KES SALAHLAKU
KATEGORI BERAT
 Berjudi
 Mencuri
 Memukul/mencederakan
 Melawan/mengancam
 Peras ugut
 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram
 Membawa senjata berat
 Menceroboh
 Mencabul kehormatan
 Tunjuk perasaan/berpiket/merusuh/menggangu
ketenteraman sekolah
 Sengaja menimbulkan sesuatu yang sensitif dengan
tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan
kaum
 Merayu undi/menyokong/menetang/menyebar apa-
apa risalah politik bagi mana-mana parti/pertubuhan
politik.
 Membuat kenyataan media tanpa kebenaran pihak
yang berkuasa
 Sengaja merosakkan harta guru/pelajar/kakitangan
sekolah
 Membuli/raging, menyiapkan kata-kata lucah/menyimpan/membawa
dan megedar bahan-bahan lucah.
 Bercumbuan/berkhalwat
 Mengintai
 Membawa/menyimpan/menghisap rokok
 Mengambil/menyimpan/mengedar dadah
 Mengambil/memiliki bahan-bahan mengkhayalkan/boleh
mengkhayalkan.
 Meminum minuman keras/memabukkan
 Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah dua kali amaran
 Menunjukkan sikap bongkak/penghinaan pada guru/kakitangan sekolah
 Tidak sembahyang dan tidak berpuasa
Ramadhan bagi pelajar muslim
 Melanggar peraturan-peraturan yang
ditubuhkan oleh sekolah/PGPM/JPNS
 Melanggar peraturan-peraturan
tatatertib atau menangkis yang
menurut perkiraan pengetua sebagai
perlanggaran tatatertib yang berat.
SEKIAN. TERIMA KASIH.

DISIPLIN ASAS
KEJAYAAN

You might also like