You are on page 1of 33

Pentaksiran Bilik

Darjah (PBD)
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebelum ini dikenali sebagai


Pentaksiran Sekolah. PBD mengekalkan semua konsep
Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap
penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap
penguasaan ini dinyatakan dalam DSKP. Selain daripada
Standard Prestasti, Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran juga dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD).
Panduan
Pelaksanaan
Pentaksiran
Bilik Darjah
(PBD)
Standard Kandungan

Standard Kandungan adalah pernyataan spesifik


tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai.
Standard Pembelajaran

Standard Pembelajaran adalah suatu penetapan


kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
standard kandungan.
Standard Prestasi

Standard Prestasi adalah suatu set kriteria


umum yang menunjukkan tahap-tahap
penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai
tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai
oleh murid.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bertujuan menambah baik


pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif iaitu
Pentaksiran Untuk Pembelajaran dan juga Pentaksiran Sebagai
Pembelajaran.

Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat


pencapaian atau penguasaan murid selepas sesuatu tempoh
yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif. Pentaksiran ini
dilihat sebagai Pentaksiran Tentang Pembelajaran.
Pentaksiran Untuk Pembelajaran

 Contoh pentaksiran ini ialah aktiviti soal jawab semasa


pembelajaran dijalankan. Maklumat yang diperolehi membantu
guru meneruskan PdPc seterusnya.
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran

 Contoh pentaksiran ini ialah murid membina peta konsep


tentang apa yang telah dipelajari bagi mempamerkan
pemahaman dan hubungannya dengan pengetahuan semasa.
Pentaksiran ini memberi peluang kepada murid belajar dan
memikirkan cara mereka belajar.
1. Pentaksiran Kendiri

 Murid menilai kerja mereka sendiri berdasarkan bukti dan kriteria yang jelas

Bentuk pentaksiran kendiri ialah:


- Rancangan / diari mingguan murid
- Soal selidik
- Portfolio
- Pemarkahan merujuk kriteria tertentu
- Helaian pentaksiran dengan memberi ulasan
- Maklum balas secara lisan
- Perbincangan kumpulan atau individu
- Kenyataan peribadi untuk kad laporan
- Persediaan dan perancangan ke arah hasil kerja muktamad
- Analisis kriteria dan keupayaan pentaksiran murid
2. Pentaksiran Rakan Sebaya

 Memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam pasukan


atau kumpulan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses
pembelajaran dengan bertanggungjawab.
Pentaksiran Tentang Pembelajaran

 Pentaksiran Tentang Pembelajaran berlaku pada akhir sesuatu


tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Biasanya berlaku
dalam bentuk ujian sumatif. Juga boleh berlaku dalam bentuk
pembentangan hasil projek.
Objektif Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD)

 PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di


samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.

Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, guru dapat:


- mengesan pengetahun sedia ada murid
- mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
- mengetahui keberkesanan PdPc
- merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdPc
- menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, murid dapat:


- mengesan perkembangan diri
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
- meningkatkan pencapaian pembelajaran
Ciri-Ciri Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD)

 Terdapat 9 ciri utama yang dapat membantu guru dalam


Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). PBD yang dilaksanakan oleh
guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran
yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya
kelemahan dapat diatasi dengan segera. PBD dilaksanakan
seperti rajah di bawah
Tahap Penguasaan

 Tahap Penguasaan dalam KSSR dan KSSM merupakan satu


bentuk pernyataan pencapaian yang menunjukkan
perkembangan murid. Terdapat enam Tahap Penguasaan yang
menunjukkan aras penguasaan yang disusu secara hierarki dan
digunakan untuk tujuan rujukan pencapaian murid bagi setiap
mata pelajaran.
Pertimbangan Profesional
Moderasi

 Moderasi adalah proses penetapan aspek atau kriteria dalam


pentaksiran. Moderasi dijalankan bagi tujuan memastikan
pertimbangan yang dibuat adil, konsisten, sah dan boleh
dipercayai. Guru boleh menggunakan mana-mana kaedah
seperti kalibrasi, persidangan dan merujuk pakar.
Secara keseluruhannya,
pelaksanaan
Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) adalah
seperti carta alir
berikut.
1. Merancang PdPc dan Kaedah Pentaksiran

- memahami kandungan tajuk dalam DSKP


- menentukan objektif pembelajaran yang perlu dicapai murid
dan yang hendak ditaksir guru
- Mengenal pasti kaedah pentaksiran yang sesuai
2. Melaksanakan PdPc dan Pentaksiran

- Pentaksiran secara Lisan


- Pentaksiran secara bertulis
- Pentaksiran secara pemerhatian
3. Merekod dan Menganalisis Penguasaan
Murid

- rekod dalam bentuk pernyataan, simbol, markah dan gred


- boleh dilakukan dalam rekod mengajar, buku catatan guru,
senarai semak dan templat pelaporan
4. Tindakan Susulan
5. Melapor

- merangkumi tahap penguasaan, penyataan tentang minat, sikap


dan perlakuan serta cadangan tindakan susulan

You might also like