You are on page 1of 11

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah Anatomi dan Fisiologi

Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan satu kepentingan kepada setiap bakal guru. Ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada setiap bakal guru untuk membuat pemerhatian bagaimana kehidupan di sekolah dan sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi bidang keguruan. Saya telah menjalankan (PBS) selama seminggu di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 bagi mencari pengalaman dan membuat analisis terhadap kehidupan guru-guru dan murid-murid di sekolah tersebut. Saya telah diberikan tugasan dalam membuat pemerhatian terhadap anatomi dan fisiologi yang mana tugasan memerlukan saya untuk memerhati sekiranya wujud langkah keselamatan yang diberikan kepada pelajar. Beberapa soalan telah dikemukan dan saya telah mendapat jawapan yang diperlukan bagi tugasan elektif 1 ini iaitu anatomi dan fisiologi.

1. Adakah terdapat pelajar yang melakukan aktiviti ergonomik dengan betul?

Pada permulaannya, saya telah membuat pemerhatian terhadap beberapa orang pelajar untuk mengkaji samada mereka melakukan aktiviti ernogomik ataupun tabiat dan gaya badan yang betul semasa berada di kerusi, berdiri dan mengangkat barang. Semasa saya melihat seorang pelajar yang duduk, saya telah memastikan bahawa memang ada pelajar yang duduk secara postur yang betul semasa guru mengajar. Guru di sekolah tersebut telah menggalakkan pelajar supaya duduk dengan cara yang betul semasa guru mengajar bagi mengelakkan berlakunya sakit pinggang. Semasa kelas dijalankan, pelajar perlu memastikan postur badan mereka berada dalam keadaan selesa dimana badan disandarkan ke kerusi dan dirapatkan ke meja bagi membolehkan murid-murid belajar dengan sempurna. Namun begitu, duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika

duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan. Murid-murid turut perlu memastikan bahawa mereka berdiri dan mengangkat barang dengan cara yang betul dan selamat. Ini bagi membolehkan mereka sentiasa berada dalam keadaan postur badan yang selamat semasa melakukan kerja ataupun aktiviti. Murid-murid perlu diterapkan untuk mengetahui dan menilai postur badan yang betul semasa berdiri da mengangkat barang. Sakit belakang turut berlaku sekiranya pelajar mengangkat tanpa memastikan mereka berada dalam postur badan yang betul. Sebagai asasnya postur badan akan menjadi normal jika sekiranya murid mampu membayangkan dan meletakkan anggota-

anggota badan berada di tempatnya dengan kesan daya luaran yang minimum seperti daya graviti atau daya tindakbalas bumi. Guru perlu memainkan peranan yang penting dalam menjadi role model yang membantu murid-murid supaya mengamalkan aktiviti senaman yang sihat serta menjaga kesihatan dengan cara yng betul. Walaupun terdapat pelajar yang mengalami postur badan yang betul, mereka tetap perlu didedahkan dengan keadaan yang betul. Faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif bukan berehat santai sepanjang masa. Oleh itu, guru seharusnya membantu pelajar dalam mengelakkan pelajar mengalami sakit belakang semasa kelas dimana guru menggalakkan pelajar bangun setiap 30 minit bagi memberikan keselesaan semula kepada pelajar untuk belajar. Tambahan lagi, bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.

2. Adakah pelajar yang tinggi berbaris dengan postur yang betul di hadapan semasa perhimpunan? Di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1, perhimpunan telah dijalankan pada setiap hari Ahad. Oleh itu, saya telah membuat pemerhatian dimana saya perlu melihat samaada pelajar yang tinggi berdiri di hadapan berdiri dengan postur yang betul bagi membolehkan pelajar di belakang melihat. Pemerhatian saya

mendapatkan hasil dimana memang pelajar tinggi yang berdiri di hadapan berdiri dengan postur yang betul bagi membolehkan yang lain melihat. Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 telah menggalakkan pelajarnya supaya berdiri dengan betul semasa perhimpunan bagi membolehkan mereka menumpukan perhatian semasa sesi pengucapan oleh guru-guru. Walau bagaimanapun, pelajar tidak digalakkan untuk berdiri terlalu lama bagi mengelakkan mereka mengalami sakit belakang kerana terlalu lama berdiri. Disebabkan itu, sekiranya perhimpunan melebihi daripada lebih sejam, mereka akan dibenarkan duduk bagi membolehkan mereka berehat kerana lenguh berdiri. Langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang efisien patut diberikan oleh guru bagi memastikan kesihatan pelajarnya terjamin. Sekiranya ada pelajar yang sakit semasa perhimpunan dijalankan, guru perlu membawanya ke bilik rawatan.

3. Adakah terdapat pelajar yang berlari dengan betul semasa PJ dan pelajar yang berlari secara flat-footed? Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek yang sangat penting kepada pelajar dimana disitulah mereka mula menunjukkan kebolehan dan potensi mereka malahan menjadi tempat untuk bersenam bagi menyihatkan tubuh badan. kebanyakan daripada pelajar tidak mengetahui kepentingan Pendidikan Jasmani yang mana membantu mereka untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan otak yang cerdas. Semasa saya membuat pemerhatian terhadap pelajar di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 bagi subjek PJ, saya telah memerhatikan bagaimana pelajarpelajar berlari bagi persediaan untuk renggangan badan. Hasil daripada

pemerhatian saya, boleh dikatakan kesemua pelajar berlari dengan cara yang betul. Saya tidak dapat memerhatikan pelajar yang berlari secara flat-footed kerana tidak berkesempatan. Bagi kelas yang saya lihat iaitu kelas 1B kesemuanya berlari secara

normal dan tidak mempunyai masalah ketika berlari. Pelajar digalakkan untuk berlari semasa kelas PJ bagi membolehkan badan mereka bersedia untuk menerima segala aktiviti yang bakal dijalankan serta membolehkan badan sihat dan kuat. Pelajar yang belari secara flat-footed mengalami permasalahan dalam berjalan dimana mereka akan berlari dan berjalan secara mendatar dengan tumit hingga kehujung jari berada di atas lantai dalam masa yang sama. Penyakit ini seringkali menyebabkan pelajar sukar untuk berlari sehingga menyebabkan mereka sakit pada bahagian tapak kaki. Guru pendidikan Jasmani seharusnya memberukan tunjuk ajar kepada anak muridnya supaya berlari secara normal bagi mengelakkan masalah dan penyakit yang bakal menimpa pelajar tersebut. Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 menitikberatkan

keselamatan setiap pelajarnya semasa ingin ke padang. Memandangkan padang sekolah adalah terletak seberang daripada sekolah yang memerlukan mereka untuk melintas jalan raya sebelum sampai ke padang permainan. Oleh itu, guru PJ memastikan bahawa kesemua pelajar berada di dataran perhimpunan dan berkumpul untuk bergerak sekali ke padang. Selain itu, guru-guru perlu memastikan bahawa padang yang digunakan adalah selamat daripada segala benda yang boleh menyebabkan kemalangan. Pada waktu ini, Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 dilanda hujan yang agak lebat, jadi aktiviti PJ dijalankan dibawah bangunan J-Qaf dimana ianya mempunyai ruang yang agak luas dan membolehkan pelajar melakukan aktiviti tersebut. Oleh itu, guru-guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan bahawa pelajar berada dalam keadaan selamat semasa menjalani PJ.

4. Bagaimana penerimaan pelajar terhadap teguran yang diberikan oleh guru tentang kepentingan postur badan? Setiap murid perlu memastikan bahawa mereka mempunyai postur badan yang betul dan diingini. Ini bagi membolehkan mereka mempunyai kekuatan fizikal dan tulang yang sihat. Di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1, guru-guru disana banyak memberikan teguran kepada pelajar tentang kepentingan postur badan yang betul terutamanya semasa perhimpunan. Saya melihat dimana segelintir pelajar yang membongkok dan merengek badannya ketika perhimpunan dan ada yang

bertenggong semasa ucapan diberikan. guru-guru disana memberikan teguran kepada mereka namun masih ada segelintir pelajar yang keras kepala tidak mahu mendengar teguran yang diberikan oleh guru mereka. Menurut guru besar, teguran telah kerap kali diberikan kepada pelajar-pelajar semasa di kelas, kempen dan malahan melalui ceramah-ceramah yang menceritakan kepentingan menjaga postur badan. Namun kesemuanya tidak diambil endah oleh segelintir pelajar yang merasakan bahawa menjaga postur badan yang turut membantu menjaga kesihatan tidak penting kepada mereka. Tetapi, guru-guru di sekolah tersebut tidak pernah putus asa dalam memberi teguran yang membimbing pelajar-pelajar supaya memikirkan usaha yang boleh membantu mereka untuk menjaga kesihatan diri. Bagi pelajar yang mengikuti teguran yang telah diberikan oleh guru mereka, saya dapat lihat dimana mereka mengaplikasikannya semasa di kelas dan dimana-mana tempat. Contohnya semasa saya melihat seorang pelajar mengangkat barang semasa selesai perhimpunan, pelajar tersebut menggunakan cara yang betul semasa mengangkat barang dan tidak menggunakan kaedah yang salah semasa mengangkat barang. Oleh itu, disini saya fahamkan dimana pelajar-pelajar di SKPG 1 sudah mula memahami kepentingan mempunyai postur badan dalam membolehkan mereka mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian. Guru-guru seharusnya menjadi model yang membantu pembentukan disiplin dan membuatkan pelajar lebih cergas dan bertenaga semasa di sekolah. Sekiranya pelajar tidak pandai dalam menjaga postur badanya, sudah tentu pelbagai masalah yang boleh terjadi. Misalnya pelajar akan mula mengalami kesakitan belakang, kerap mengantuk semasa di dalam kelas dan malahan tidak cerdas dalam melibatkan aktiviti P&P di dalam kelas. Pelajarpelajar di SKPG 1 perlu menerima segala teguran bagi menjaga kesihatan mereka. Semasa kelas PJ, mereka perlulah melibatkan diri dengan seboleh mungkin bagi membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal merekayang bersesuaian dengan minat dan keperluannya supaya dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.

5. Bagaimanakah peralatan dan kemudahan di kelas? Pada asasnya, Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 terdiri daripada 6 darjah dimana setiap darjah tediri daripada 4 kelas. Saya telah memerhatikan bagaimana kedudukan pelajar semasa di kelas dan adakah ianya selesa bagi mereka belajar dalam susunan sedemikian? Semasa saya membuat pemerhatian terhadap kelas 4A, saya telah memerhatikan bagaimana susunan beg pelajar-pelajar. Pada pendapat saya, susunan beg mereka adalah tidak sesuai dimana pelajar meletakkan beg mereka menyandar kerusi dan belakang badan mereka. Penyusunan beg sebegini adalah tidak sesuai di mana ianya akan menggangu tumpuan pelajar semasa belajar malahan menyebabkan pelbagai masalah seperti tidak selesa dan sakit badan. Seharusnya bahagian tempat sandar kerusi digunakan untuk menampung tulang belakang pelajar bagi mengelakkan kesakitan bahagian belakang badan. bagi mengelakkan pelajar mengalami sakit belakang semasa duduk di kerusi, guru seharusnya mengambil ikhtiar dengan menyediakan satu ruangan tempat menyimpan beng di belakang dan disusun dengan rapi. Ini bertujuan bagi membolehkan pelajar menerima suasana pembelajaran yang selesa dan tidak diganggu dalam pelbagai masalah kesihatan. Selain itu, guru perlu juga memastikan postur badan pelajar semasa duduk adalah dalam keadaan yang stabil dimana kerusi dirapatkan ke meja semasa sesi pembelajaran berlaku. Tambahan lagi, guru juga perlu memastikan susunan dan kerusi meja murid adalah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Ini sangat penting kerana keadaan susunan meja yang tidak kondusif akan menyebabkan pelajar hilang tumpuan semasa belajar. Saya telah melihat susunan meja di sekolah Sekolah Kebangsaan Padabg Garong 1 dan ianya berada dalam keadaan yang tidak teratur dimana pelajar disusun panjang dalam 1 baris. Guru perlu memikirkan masalah yang bakal timbul dimana guru susah untuk memerhatikan setiap tingkah laku murid. Malahan susunan sebegini akan menyebabkan pelajar mula bersembang mahupun bergaduh. Oleh itu, langkah-langkah keselamatan yang proaktf perlu diambil sekiranya wujud permasalahan pelajar bergaduh di dalam kelas. Meja murid seharusnya diletakkan di dalam kumpulan kerana pada pandangan saya, pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan membahagikan pelajar kepada kumpulan membolehkan guru mengambil langkah keselamatan yang sesuai bagi mengawal keseluruhan pelajar. Pembelajaran dalam bentuk kumpulan bukan sahaja

boleh

mengawal

keselamatan

pelajar

malahan

memupuk

perbincangan

pembelajaran yang aktif dikalangan pelajar. Guru juga perlu memastikan bahawa setiap alatan dan kemudahan di kelas berada dalam keadaan yang baik. Meja, kerusi serta tingkap perlu dipastikan berada dalam kondisi yang sesuai digunakan bagi mengelakkan pelajar cedera semasa menggunakannya. Sebagao contohnya, sekiranya guru tidak memastikan bahawa meja yang pelajar gunakan adalah reput, sudah tentu meja itu akan runtuh malahan boleh membawa kecederaan kepada pelajar. Mungkin juga pelajar akan menggunakan serpihan daripada meja itu untuk bermain sehingga menyebabkan pelajar-pelajar yang lain tercedera akibat daripada kecuaian seorang guru.

6. Adakah terdapat guru mengamalkan sesi memanaskan badan dan menyejukkan badan semasa PJ? Sesi memanaskan badan sangat penting kepada pelajar bagi membolehkan mereka bersedia dalam menjalankan segala aktiviti. Renggangan badan sebelum memulakan aktiviti dapat memberikan aktiviti yang bakal dijalankan mendapat hasil yang memuaskan. Latihan memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut. Ini sangat penting kepada badan kerana ianya dapat mencegah kecederaan, tubuh berasa lebih bersedia untuk melakukan senaman. Dari segi psikologi, seseorang itu akan lebih bersedia untuk menghadapi aktiviti sukan malahan memberikan impak yang maksima kepada pelajar supaya dapat melakukan dan melibatkan dengan sepenuh tenaga terhadap aktiviti yang bakal diikuti. Saya dapat mengikuti satu kelas yang sedang menjalankan sesi memanaskan badan dimana guru kelas tersebut mementingkan keselamatan pelajarnya sebelum memulakan aktiviti. Guru pendidikan jasmani telah memberikan peluang kepada rakan saya untuk mengetuai sesi memanaskan badan kepada pelajar. Ini merupakan satu pengalaman kepada dia dimana sebagai seorang bakal guru saya perlu memastikan setiap pelajar berada dalam keadaan sedia sebelum memulakan aktiviti. Setelah itu, pelajar diminta untuk berlari dalam bulatan supaya peredaran darah dan fizikal pelajar berada dalam keadaan stabil.

Aktiviti menyejukkan pengajaran juga sangat penting dimana guru PJ tersebut telah melakukannya setelah selesai sesi aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang diberhentikan secara tiba-tiba seharusnya disudahi dengan aktiviti menyejukkan badan supaya membolehkan badan menerima semula keadaan asal. Malahan, sekiranya pelajar tidak melakukan aktiviti menyejukkan badan, ianya akan membawa bahaya kepada sistem peredaran badan. selain itu, rengagangan bagi menyejukkan badan ini juga dapat mengelakkan otot daripada mengalami kekejangan. Pada kebiasaanya, renggangan ini memberikan otot supaya kendur semula setelah selesai melakukan aktiviti. Kekejangan boleh menyebabkan kecederaan pada otot badan. Selepas melakukan senaman dengan lasak, murid perlu melakukan aktiviti menyejukkan badan secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam. Apabila semua ini dilakukan, pelajar dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana menyejukkan badan merupakan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda. Oleh itu, setiap guru seharusnya mengambil langkah yang proaktif dalam membolehkan badan pelajar berada dalam keadaan yang sedia semasa dan selepas melakukan aktiviti. Keselamatan pelajar merupakan keutamaan seorang guru Pendidikan Jasmani bagi membolehkan segala aktiviti yang bakal dilakukan mendapat kepuasan dan penglibatan yang sepenuhnya oleh pelajar.

7. Bagaimanakah sistem aktiviti memanaskan badan yang diamalkan? Sistem memanaskan badan telah dijalankan mengikut beberapa peringkat yang mana bermula daripada hujung kepala hingga ke bahagian hujung kaki. Ini

bertujuan bagi membolehkan sistem fizikal badan dapat menampung aktiviti yang bakal dijalankan. Pada permulaannya, saya telah melihat pergerakan

hyperextension dimana kepala didongakkan ke atas dengan bantuan jari-jari sebagai penyokong. Seterusnya kepala ditundukkan ke bawah dengan melakukan flexion sambil tangan-tangan menyokong bahagian belakang tengkok. Aktiviti memanaskan badan diteruskan sehinggalah ke bahagian hujung kaki. Renggangan ini diamalkan pada setiap hari ketika perhimpunan dimana guru-guru akan menyuruh supaya pelajar membuat renggangan badan sebelum masuk ke keles. Ini bertujuan bagi

membolehkan sesi pembelajaran berlaku dengan suasana pembelajaran yang aktif. Murid-murid dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya terhadap aktiviti

pembelajaran seperti perbincangan, pembentangan dan sebagainya. Aktiviti memanaskan badan ini turut membantu pelajar supaya sentiasa beringat tentang kesihatan diri dimana mereka perlu menjaga kesihatan mereka pada setiap masa. Selain itu, aktiviti memanaskan badan diamalkan oleh setiap warga Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 dimana menurut guru PJ, ianya sering dilakukan semasa aktiviti gotong-royong. Pada kebiasannya, sebelum mereka memulakan aktiviti gotong-royong, pelajar dan guru akan diminta berkumpul di padang bersamasama. Mereka melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan sebarang aktiviti gotong royong. Guru-guru dan pelajar mendapat faedah melalui aktiviti gotong royong ini dimana menyihatkan tubuh mereka dan memberikan kesediaan kepada badan sebelum melakukan aktiviti fizikal yang lain. Pada pendapat saya, aktiviti ini memang perlu dilakukan secara beramai-ramai oleh warga sekolah bagi memupuk semangat cintaka sukan dan melahirkan warga negara sekolah yang sihat dan sejahtera.

8. Adakah pengajaran Anatomi & Fisiologi diterapkan pada pelajar semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan? Pengajaran Anatomi dan Fisiologi turut diterapkan dalam pengajaran semasa kelas PJ. Ini boleh dilihat semasa aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan yang telah dilakukan oleh guru pendidikan jasmani. Semasa melakukan aktiviti rengangan yang melibatkan bahagian kepala contohnya, hyperextension dan flexion telah berlaku dimana pelajar mendongakkan dan menundukkan kepala semasa aktiviti dijalankan. Ini membuktikan bahawa Anatomi dan Fisiologi telah diterapkan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Walau bagaimanapun, pelajar tidak diberitahu tentang istilah-istilah sains yang digunakan kerana pada peringkat umur mereka, pelajar masih tidak boleh memahami istilah yang digunakan. Tetapi, mereka tetap perlu didedahkan dengan cara dan penggunaannya serta kepentingannya kepada sistem badan mereka.

Pada pendapat saya, memang tidak dinafikan bahawa setiap perkara yang dilakukan oleh pelajar merupakan pergerakan dan ini melibatkan pengajaran Anatomi dan Fisiologi. Oleh itu pelajar memang perlu diberi pendedahan tentang setiap pergerakan supaya memudahkan mereka untuk mengamalkannya suatu hari nanti. Selain daripada itu, semasa pengajaran PJ, guru perlu menerangkan serba sedikit tentang kepentingan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan yang mana ianya serba sedikit terlibat dalam pengajaran Anatomi dan Fisiologi. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bukan sahaja membantu melahirkan warga sekolah yang sihat dan cergas malahan memupuk supaya dapat mencungkil potensi diri yang ada pada setiap pelajar contohnya dalam permainan bola. Pelajar bukan sahaja telah memahami apa yang perlu dilakukan sebelum bermain bola malahan mengamalkannya dengan melakukan aktiviti renggangan yang membolehkan otototot badan berada dalam keadaan sedia sebelum bermain.

9. Adakah pihak sekolah mementingkan gaya hidup sihat kepada pelajarnya melalui aktiviti senaman, rancangan diet, pemakanan seimbang dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)?

Pelbagai nasihat dan teguran yang telah diberikan oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 terhadap kepentingan menjaga kesihatan badan dan keburukan sekiranya tidak menjaganya. Walaupun masih ada segelintir pelajar yang degil terhadap arahan yang telah diberikan oleh guru, masih ada pelajar yang mengikuti arahan yang telah diberikan oleh guru. Ini dapat dilihat dimana guru menyediakan satu aktiviti gotong royong secara bersama-sama bagi memupuk semangat kesukanan di dalam diri pelajar-pelajar. Sikap tidak putus asa yang ditunjukkan oleh guru menjadi pedoman kepada saya sebagai seorang bakal guru dimana saya perlu berusaha dengan sebaik mungkin bagi membolehkan kesemua pelajar saya berada dalam keadaan sihat dan cergas. Tambahan lagi, guru-guru turut memberikan teguran tentang pemakanan secara seimbang bagi mengelakkan permasalahan seperti obesiti. Memang ada pelajar di sekolah yang mengalami masalah obesiti dan guru-guru mengambil tindakan yang

proaktif dengan mengadakan ceramah dan kempen pemakanan yan sihat. Pemakanan yang seimbang bukan sahaja dapat memberikan kesihatan yang baik kepada pelajar malahan membolehkan pelajar giat aktif di dalam pelbagai bidang sukan. Seharusnya pelajar diberikan pelbagai bahan pengajaran yang membolehkan mereka memahami kepentingan menjaga kesihatan badan. ini boleh dilakukan dengan memupuk pelajar supaya bijak dalam memilih makan yang tidak terlalu mengandungi kolesterol. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah disediakan oleh pihak sekolah kepada golongan pelajar yang mempunyai ibubapa yang berpendapatan rendah. Memang tidak dinafikan bukan kesemua pelajar disekolah adalah terdiri dari golongan keluarga yang berada. Oleh itu, RMT telah disedikan kepada mereka supaya membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kedua ibu bapa dengan memberikan makanan RMT. Namun begitu, pemakanan yang sihat dan seimbang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan RMT. Ini dimana makanan yang disediakan mestilah terdiri daripada makanan yang menyihatkan tubuh badan dan membantu pembentukan otak yang cerdas. Oleh itu, dapatlah diberi kesimpulan disini dimana pemakanan yang seimbang membolehkan pelajar memiliki kesihatan tubuh badan yang baik malahan membolehkan mereka aktif di dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 10. Cara guru Pendidikan Jasmani mengajar : Semasa saya membuat pemerhatian terhadap guru pendidikan Jasmani mengajar, saya dapati dimana guru tersebut menerapkan banyak ilmu-ilmu yang berkaitan dengan PJ ditunjukkan. Ini dapat saya rumuskan dimana seorang guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk pelajar. Guru tersebut bernama Encik Mazlan dan dia mengajar dengan cara menunjukkan demonstrasi dahulu dan kemudiannya pelajar mengikuti segala pergerakan fizikal yang diajar. Guru tersebut telah mengajar cara-cara bermain membaling bola kepada pelajar. Ini adalah penting kerana aktiviti seperti ini akan membantu perkembngan psikomotor dan lokomotor pelajar ini. Sebelum memulakan segala aktiviti, guru tersebut menjalankan sesi memanaskan badan sebelum memulakan segala aktiviti dan diakhiri dengan aktiviti menyejukkan badan setelah selesai aktiviti.

You might also like