You are on page 1of 8

UNIT 9 : RISIKO DALAM PERNIAGAAN

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyatakan maksud risiko 2. Menyenaraikan risiko dalam perniagaan yang biasa dihadapi semasa menjual 3. Mengenal pasti punca risiko 4. Mencadangkan cara mengurangkan risiko

REVISI CEPAT
PENGENALAN 1. Setiap perniagaan yang dijalankan ,peniaga akan menghadapi pelbagai cabaran dan masalah . Cabaran yang dihadapi para peniaga sebenarnya menguji kecekalan dan kesungguhan peniaga dalam menjalankan perniagaan. 2. Dalam perniagaan tidak kira perniagaan itu kecil ataupun besar,cabaran yang dihadapi adalah merupakan perkara biasa. 3. Risiko yang dihadapi oleh para peniaga boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu risiko sosial,bencana alam,ekonomi dan politik. RISIKO DAN CARA MENGURANGKANNYA Menyatakan Maksud risiko 1. Risiko adalah merupakan kemungkinan dan cabaran yang akan dihadapi oleh peniaga dalam menjalankan perniagaan . 2. Setiap peniaga sama ada peniaga kecil ataupun besar akan berdepan dengan risiko ini sama ada besar ataupun kecil. 3. Risiko yang dihadapi biasanya bergantung kepada saiz perniagaan iaitu semakin besar perniagaan makin besar risiko yang akan dihadapi. 4. Risiko perniagaan juga bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan seperti perniagaan makanan dan perniagaan jenis barangan risiko yang dihadapi adalah berbeza kerana makanan tidak tahan lama berbanding dengan barangan lain.

Menyenaraikan Risiko dalam perniagaan 1. Risiko yang dihadapi dalam perniagaan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek yang utama iaitu aspek sosial,bencana alam , ekonomi dan politik. 2. Di dalam jadual di bawah disenaraikan beberapa risiko yang dihadapi oleh para peniaga dalam perniagaan.

Aspek 1. Sosial

Jenis risiko 1. Kecurian

Huraian - kecurian terhadap barang jualan,wang jualan dan harta benda perniagaan. - Berlaku penipuan yang dilakukan sama ada rakan kongsi sendiri,pekerja ,pembeli dan juga pembekal. - Persaingan diantara sesama peniaga terhadap perniagaan atas barangan yang sama. - Persaingan yang berlaku terutama dari segi harga barangan,ini akan menyebabkan hasil penjualan barang menjadi kurang . - bencana alam yang berlaku sperti banjir,hujan , ribut,kemarau ,gempa bumi bergantung kepada keadaan iklim , cuaca dan kedudukan bentuk muka bumi sesuatu tempat. - Ini memberikan risiko yang besar kepada perniagaan. - Kemalangan yang menimpa peniaga,pekerja atau pembeli semasa berada di dalam premis. - Kemalangan yang berlaku boleh menjejaskan perniagaan yang boleh menyebabkan perniagaan ditutup.

2. Penipuan dan pecah amanah

3. Persaingan

2. Bencana

1. bencana alam

2. Kemalangan

3. Kebakaran

- Kebakaran boleh berlaku di premis perniagaan. - Ini boleh menyebabkan kerugian yang besar. - Pencemaran yang berlaku terdiri daripada beberapa jenis seperti pencemaran air,udara dan juga bunyi. - Berlakunya pencemaran jenis ini akan menyebabkan perjalanan perniagaan tergendala.

4. Pencemaran

3. Ekonomi

1. Kegawatan ekonomi

- Jika sesebuah negara mengalami kegawatan ekonomi atau kemerosotan ekonomi dunia boleh memberi kesan buruk kepada perniagaan. - Ini menyebabkan berlakunya pemecatan pekerja kerana gagal membayar gaji pekerja.

4. Politik

1. Ketidaksetabilan politik

- Ketidaksetabilan politik disesuatu tempat juga mempengaruhi perniagaan. - Politik yang tidak stabil di sesuatu tempat biasanya akan berlaku keadaan yang tidak aman,berlaku peperangan dan lain lain lagi. - Ini menyebabkan perniagaan tidak didapat dijalankan dan menyebabkan berlakunya kerugian yang besar.

Mengenal pasti punca risiko 1. Setelah kita mengenal pasti risiko yang akan dihadapi dalam perniagaan,kita perlu mengenal punca punca yang menyebabkan berlakunya risiko risiko tersebut. 2. Setiap permasalahan yang timbul mesti dikenal pasti puncanya. Ini bergantung kepada kebijaksanaan peniaga dalam mengenalpasti sebab dan punca berlakunya permasalahan tersebut . 3. Punca yang menyebabkan berlakunya permasalahan yang timbul boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu : (a) Risiko yang disebabkan oleh manusia (b) Risiko yang disebabkan oleh barangan jualan (c) Risiko yang disebabkan oleh alam. 4. Antara punca risiko yang disebabkan oleh manusia ialah : (a) Pengurusan yang tidak cekap. Pengurusan yang tidak bersistematik dan cekap akan menyebabkan perniagaan menjadi kucar- kacir dan tidak berjalan dengan lancar.Ketiadaan asas perniagaan menyebabkan peniaga tidak dapat menjalankan pengurusan perniagaan dengan cekap. (b) Komunikasi yang lemah. Sikap peniaga yang gagal berkomunikasi dengan baik terhadap pelanggan juga adalah merupakan punca risiko yang dihadapi. Layanan peniaga terhadap pelanggan dengan tidak berbudi bahasa dan tidak beretika akan menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Ini akan menyebabkan pelanggan akan berkurangan. (c) Kurang pengawasan Sikap peniaga yang tidak membuat pengawasan yang lebih ketat dari segi keselamatan akan menyebabkan berlakunya perkara perkara yang tidak diingini seperti kecurian barang dan wang jualan. Ketiadaan kamera litar tertutup akan menyebabkan mudahnya berlaku kejadian kejadian seperti ini. Disamping itu, kurang pengawasan terhadap para pekerja juga akan menyebabkan berlakunya pecah amanah dan penyelewengan terhadap barang jualan dan juga wang jualan . Ini akan menyebabkan kerugian yang besar terhadap

peniaga . Selain daripada itu,pengawasan kebersihan premis perniagaan juga diabaikan . Ini juga adalah salah satu punca risiko. Kebersihan premis perniagaan yang tidak baik akan menyebabkan kurangnya sambutan pelanggan. (d) Peniaga yang tidak mempunyai semangat yang utuh dalam menjalankan perniagaan juga adalah menyebabkan punca risiko. Perniagaan yang dijalankan biasanya akan berlaku persaingan dengan para peniaga yang lain. Peniaga mudah berputus asa dan tidak kreatif akan menyebabkan perniagaan merosot. (e) Sistem penyimpanan rekod yang lemah Sikap peniaga yang mengabaikan sistem penyimpanan rekod dengan tidak membuat buku rekod perbelanjaan dan pendapatan serta buku rekod keluar masuk barang akan memberi masalah yang besar kepada peniaga kerana tidak mengetahui bilangan barang masuk dan keluar serta aliran keluar masuk tunai juga akan menjadi kucar kacir. 5. Antara risiko yang disebabkan barang jualan adalah seperti berikut. (a) Promosi terhadap barangan jualan lemah serta tidak dijalankan akan menyebabkan jualan lemah kerana barang tidak dikenali. (b) Barang jualan mudah rosak dan tidak berkualiti dan juga memudaratkan kesihatan . (c) Stok barangan yang mudah rosak terlalu banyak dan terlalu lama disimpan. (d) Harga barang di pasaran yang naik turun secar mendadak. (e) Barangan jualan yang salah disisi undang undang. 6. Risiko yang berpunca daripada alam pula ialah seperti banjir,hujan,kemarau,gempa bumi,jerebu serta ribut. Ini berkaitan dengan pemilihan tempat yang tidak sesuai.

Cara mengurangkan risiko dalam perniagaan 1. Setiap risiko yang dihadapi mempunyai jalan penyelesaian. Oleh sebab itu para peniaga perlu menggunakan kebijaksanaan dalam mengurangkan risiko yang dihadapi dalam perniagaan. 2. Pelbagai cara boleh digunakan oleh peniaga untuk mengurangkan risiko yang dihadapi. Risiko yang dihadapi tidak dapat diselesaikan dengan seratus peratus. 3. Seseorang peniaga yang bijak dan kreatif akan bertindak dengan cepat untuk mencari jalan penyelesaian dengan membuat penyiasatan dan kajian secara mendalam terhadap perniagaan yang dijalankan. 4. Peniaga yang berjaya ialah peniaga yang dapat mengurangkan risiko dalam perniagaannya dan mampu mengatasi segala risiko yang dihadapi dengan tenang dan bijak. 5. Persediaan yang awal akan mengurangkan risiko yang dihadapi dalam perniagaan.Peniaga perlu membuat perancangan yang bijak dan teliti sebelum memulakan perniagaan.

6.

Antara langkah langkah yang boleh diambil oleh seseorang peniaga untuk mengurangkan risiko dalam perniagaan ialah:

MENYEDIAKAN PERANCANGAN PERNIAGAAN YANG TERATUR DAN STRATEGIK MEMILIH TEMPAT PERNIAGAAN YANG SESUAI DANSTRATEGIK SERTA SELAMAT MEMPUNYAI SISTEM PENGURUSAN YANG CEKAP DAN BERSISTEMATIK DAN CEKAP

MENGAMBIL BERAT ASPEK KESELAMATAN DIDALAM PREMIS

CARA MENGURANGKAN RISIKO

MEMBUAT PENYELIDIKAN TENTANG RISIKO YANG AKAN DIHADAPI DAN MEMBUAT PERSEDIAAN AWAL

MENINGKATKAN MUTU BARANG JUALAN MENGAMBIL INSURANS UNTUK MELINDUNGI HARTA BENDA,BARANG JUALAN DARIPADA RISIKO BENCANA DAN KECURIAN

MENGAMALKAN SIKAP MENGUTAMAKAN PELANGGAN DENGAN MEMBERI LAYANAN YANG BERBUDI BAHASA DAN BAIK

You might also like