You are on page 1of 7

LONG YAN FEI v.

PAULS BAYA HIGH COURT MALAYA, KUALA LUMPUR

Undang-undang Keluarga : Perceraian bidangkuasa mahkamah domisil pihak-pihak suami responden menetap di Sarawak menentukan sama ada mahkamah Malaya berbidangkuasa untuk mendengar petition yang dibuat oleh isteri sama ada mencukupi sekadar kedua-dua pihak itu bermaustatin di Malaysia LRA 1976, s. 48(1)(c) & 49(1)(b). Pihak yang membuat petisyen (isteri) dan responden telah berkahwin di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan di Bintulu Sarawak dan telah tinggal bersama di Kuala Lumpur. Selepas berlakunya perselisihan, responden telah berpindah ke Kuching manakala pempetisyen terus tinggal di Kuala Lumpur. Menurut suatu perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, pempetisyen telah memperolehi satu injunksi terhadap responden sebagai seorang penjaga, pengasuh dan pengawal kepada anak yang berumur 5 tahun. Pempetisyen merujuk perkara itu kepada satu tribunal perkahwinan, tetapi setiap pertemuan untuk 5 kali pertemuan, responden gagal menghadirkan diri. Selepas pengeluaran kertas-kertas yang diperlukan, responden membangkitkan bantahan awal bahawa petisyen hendaklah dibatalkan atas dasar Mahkamah Tinggi Malaya tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar petisyen sejak responden tinggal di Sarawak, dan tempat yang sewajarnya dan bidangkuasa yang sepatutnya adalah Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak kerana responden bermaustatin di Sarawak.

(YANG BAWAH NI SENANG NAK FAHAM) Case(s) referred to: Re David Lim Hong Kee, Ex Parte Perwira Habib Bank Malaysia Berhad [1995] 4 CLJ 627 Legislation referred to: Bankruptcy Act 1967, s. 5(1)(d) Bankruptcy Rules 1969, r. 101(2) Courts of Judicature Act 1964, ss. 3, 23(1), 24

Federal Constitution, art 121 Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, ss. 48(1), (2), 49(1) Peguam: Pempetisyen - Godfrey Thomas Fernandez; M/s Azlin, Alahakone & Assocs Rseponden - Shamsul Nur Aqmar Shamsul Bahrain (John Clarke with her);M/s Rusmah Arunan & Assocs dilaporkan oleh: by Farah Naim

PENGHAKIMAN
Petisyen seorang isteri, yang merupakan seorang guru sekolah, telah berkahwin dengan sah menurut undang-undang dengan responden di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Bintulu. Kedua-dua pihak telah tinggal bersama di sebuah alamat di Kuala Lumpur (rumah perkahwinan). Pihak-pihak mempunyai seorang anak perempuan, kini berumur lima tahun. Anak itu kini dalam jagaan ibunya. Menurut satu perintah dari mahkamah yang bertarikh 5 November 1997, yang diperoleh melalui satu saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, di mana pempetisyen memperolehi injunksi terhadap responden dan hak penjagaan, jagaan dan kawalan terhadap anak itu. Pempetisyen telah merujuk masalah tersebut kepada tribunal perkahwinan dan pada setiap petemuan yang berbeza sebanyak 5 kali yang telah ditetapkan, responden gagal untuk menghadirkan diri.

Bantahan Awal:
Responden yang telah disampaikan dengan sewajarnya kertas (Petisyen) yang perlu telah memfailkan jawapan yang menyatakan bahawa beliau ingin membangkitkan bantahan awal berkaitan bidangkuasa mahkamah ini untuk mendengar petisyen itu. Bantahan awal bahawa petisyen tersebut hendaklah dibatalkan atas alasan bahawa Mahkamah Tinggi Malaya tidak mempunyai bidangkuasa tempatan atau wilayah untuk

mendengar petisyen itu, dan menyatakan bahawa, mahkamah yang selayaknya mempunyai bidang kuasa tempatan dan wilayah adalah mahkamah tinggi Sabah dan Sarawak. Dalam jawapan kepada petisyen, responden telah menegaskan bahawa sebab mengapa petisyen ini hendaklah dibatalkan adalah kerana responden adalah bermaustatin atau berdomisil di Sarawak (Malaysia timur) dan tidak di Malaysia barat.

Penemuan oleh Mahkamah


Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan hanya menyatakan bahawa terdapat dua Mahkamah Tinggi yang ada dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan tarafnya, iaitu adalah Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo, yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat di Negeri Sabah dan Sarawak. Secara kebetulan, seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA) juga memberi definisi yang sama kepada Mahkamah Tinggi. Seksyen tersebut juga mentakrifkan bidang kuasa tempatan sebagai: a) dalam hal Mahkamah Tinggi di Malaya, wilayah yang termasuk di dalam NegeriNegeri Tanah Melayu, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan *Kuala Lumpur; dan b) dalam hal Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. It is also pertinent to reproduces (Ia juga penting untuk mengeluarkan semula): s. 23 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang menyatakan: Bidang kuasa sivil am 23. (1) Tertakluk kepada had yang terkandung dalam Perkara 128 Perlembagaan, Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan segala prosiding sivil jika

(a) kausa tindakannya berbangkit; (b) defendan atau salah seorang daripada beberapa orang defendan bermastautin atau mempunyai tempat urusannya; (c) fakta yang atasnya prosiding itu diasaskan wujud atau dikatakan telah berlaku; atau (d) mana-mana tanah yang pemunyaannya dipertikaikan terletak, dalam bidang kuasa tempatan Mahkamah itu dan, walau apa punapa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, dalam apa-apa hal, jika semua pihak bersetuju secara bertulis, dalam bidang kuasa tempatan Mahkamah Tinggi yang satu lagi itu.

Seksyen 24 Akta Mahkamah Kehakiman juga releven, ia memperuntukan: Bidang kuasa sivil khusus 24. Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 23, bidang kuasa sivil Mahkamah Tinggi hendaklah termasuk (a) bidang kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perceraian dan kausa hal ehwal suami isteri; Responden telah merujuk keputusan yang saya putuskan dalam kes Re David Lim Hong Kee, Ex Parte Perwira Habib Bank Malaysia Berhad [1995] 4 CLJ 627 di mana saya telah berpegang bahawa sejak penghutang bermaustatin di tawau, petisyen kebankrapan sepatutnya telah difailkan di Tawau dan bukan di Kuala Lumpur. Dalam kes itu, saya telah memutuskan bahawa tiada bukti atau keterangan di hadapan mahkamah sama ada penghutang menjalankan perniagaan di tawau ataupun di kuala lumpur. Semua petisyen itu dinyatakan bahawa tempat penghutang bermaustatin adalah di tawau. Dalam kes-kes berkaitan kebankrapan, peraturan-peraturan kebankrapan memainkan peranan penting. Peraturan 101 peraturan kebankrapan menyebut:

(1) Petisyen itu hendaklah difailkan di Mahkamah di mana ia akan dibentangkan. (2) Jika penghutang itu mempunyai sebahagian besar daripada satu tahun, baik sebelum pembentangan petisyen itu, menjalankan perniagaan di dalam satu Negeri dan bermastautin di Negeri lain petisyen boleh difailkan di Mahkamah Negeri di mana beliau telah menjalankan perniagaan.

Walaupun s. 5 (1) (d) Akta Kebankrapan 1967 bercakap tentang di mana petisyen itu akan dibentangkan, peraturan 101 adalah berkaitan dengan di mana petisyen itu sepatutnya difailkan. Ia mestilah perasan apa yang telah disebut oleh saya dalam kes Re David Lim itu adalah menurut pindaan PU (A) 60/1993, perkataan mungkin seperti yang dinyatakan dalam peraturan 101(2) telah digantikan dengan perkataan hendaklah. Tetapi peraturan ini berkaitan dengan tempat penghutang perniagaan. Dalam kes Re David Lim, saya telah berpegang bahawa ia sebenarnya tiada keterangan atau bukti tentang tempat perniagaan penghutang. Peraturan 101(2) tidak terpakai dan oleh itu ia adalah kewajipan pempetisyen untuk memfailkan petisyen itu dalam pematuhan akta mahkamah kehakiman. Sesuatu rayuan yang difailkan terhadap keputusan Re David Lim sejak itu telah ditarik balik.

Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 Pada pandangn saya, seksyen 24 akta mahkamah kehakiman adalah yang paling releven. Ia menyatakan tanpa menjejaskan atau memudaratkan seksyen 23 mahkamah tinggi dalam menjalankan bidangkuasa sivilnya, merangkumi bidang kuasa yang berhubungan dengan perkara-perkara di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan Perceraian dan hal ehwal suami isteri (matrimonial). Ini pada pandangan saya ia adalah peraturan yang memadai. Adalah penting untuk merujuk kepada seksyen 48 LRA 1976 yang mana memperuntukan bahawa: 48. Setakat manakah kuasa untuk memberi relief

(1) tiada apa-apa jua dalam akta ini boleh membenarkan mahkamah membuat sesuatu dikri Perceraian kecualia) jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah akta ini; atau b) jika pihak-pihak itu telah berkahwin di bawah sesuatu undang-undang yang memperuntukan bahawa, atau yang dalam perjangkaannya perkahwinan itu adalah monogami; dan c) jika domisil bagi pihak-pihak kepada perkahwinan itu pada masa petisyen itu diserahkan ialah di Malaysia. Seksyen ini jelas sekali menyatakan bahawa bila mana pihak-pihak mendapatkan dikri Perceraian, kedua-dua pihak itu haruslah bermaustatin (penekanan) di Malaysia. Ia tidak dipertikaikan bahawa kedua-dua pihak mempunyai domisil di malaysia apabila petisyen itu dikemukan. Walaupun ia adalah jelas pada masa memfailkan petisyen bahawa pempetisyen itu telah bermaustatin di kuala lumpur dan Kuching adalah sebahagian daripada Malaysia, dan oleh itu kedua-dua pihak itu adalah bermaustatin di Malaysia. Oeh itu, berdasarkan seksyen 48 (1)(c) yang mengiktiraf takat kuasa mahkamah untuk memberikan suatu dikri Perceraian di mana domisil pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan pada masa apabila petisyen itu dikemukakan adalah Malaysia, bantahan awal ini adalah ditolak. Ia juga jelas bahawa akta memperuntukkan bagi perlindungan tambahan untuk isteri. Ini disebut oleh seksyen 49 (1)daripada akta yang memperuntukan: (1) walau apa pun yang berlawanan dalam perenggan 48(1)(c), mahakamh hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk melayani langkah perbicaraan oleh seseorang isteri di bawah bahagian ini, walapun suaminya tidak berdomisil atau tidak tinggal di Malaysia, jika(a)..

(b) isteri itu adalah tinggal di Malaysia dan telah biasanya tinggal di Malaysia selama tempoh 2 tahun sebelum sahaja daripada bermulanya langkah perbicaraan itu. Oleh itu, walaupun di bawah seksyen 49 (1) (b) akta, petisyen yang telah dibuat oleh isteri yang bermastautin di Kuala Lumpur bagi suatu tempoh daripada dua tahun sebelum permulaan prosiding, mempunyai hak untuk meneruskan dengan petisyen ini. Ia adalah penghakiman saya, hanya kerana responden kini telah bermaustatin di Kuching, mahkamah ini tidak dihentikan oleh kerana mendengar petisyen ini. Ia adalah penting untuk ambil perhatian bahawa seksyen 48 (2) (c) menyatakan bahawa jika mahkamah untuk membuat perintah pemisahan kehakiman itu, dan kemudiannya adakah persoalah tentang kediaman kedua-dua pihak di Malaysia pada masa permulaan kuat kuasa prosiding? Timbul persoalan. Malahan ini adalah bukan isu kepada ke ini kerana kedua-dua timur dan barat Malaysia merupakan sebahagian daripada Malaysia. Dalam keadaan ini, dengan mengambil kira semua perkara yang dibangkitkan oleh keduadua pihak, sya memutuskan bahawa bantahan awal akan ditolah dengan kos. rayuan kekurangan bidang kuasa untuk

You might also like