You are on page 1of 12

Aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah yang menjurus ke arah pemupukan nilai dan etika.

Pengenalan Kegiatan Kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Selain itu, kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktivitiaktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah. Matlamat aktiviti kokurikulum ke atas pemupukan nilai dan etika. Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif. Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut: i. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan; ii. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid; iii. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah;

iv.

Membina diceburi;

dan

meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang

v. vi. vii.

Membina dan meningkatkan disiplin murid; Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan; Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat;

viii.

Mewujudkan sekolah berwatak.

Bagi merealisasikan matlamat ini, Kementerian Pelajaran telah menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan atau kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan.

1.1 Badan Uniform - Tunas Kadet Remaja Sekolah Matlamat Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman, beramal , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Strategi Langkah-langkah dan strategi untuk memantapkan kokurikulum sebagai suatu komponen pendidikan yang penting demi kegemilangan bidang

pendidikan negara pada masa hadapan , dalam hal ini salah satunya melalui pasukan badan beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah. Melalui pasukan

ini boleh membantu proses pembinaan insan, membantu proses pembelajaran murid. Pelaksanaan pasukan ini pada masa kini telah berjalan dengan lancar, landasan untuk pembangunannya sudah terbina. Pelaksanaan Aktiviti Badan Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah ini dilaksanakan pada setiap hari Rabu (minggu kedua dan keempat setiap bulan) sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum. Tempoh masa yang diperuntukkan untuk setiap sesi ialah selama sejam sahaja bermula jam 7.40 pagi hingga 8.40 pagi. Penerapan nilai dan etika kepada pembangunan sahsiah murid Penganjuran aktiviti Badan Uniform TKRS ini berjaya memberi impak yang positif kepada semua ahlinya iaitu murid-murid. Perubahan sikap positif yang ditunjukkan oleh mereka memberi petanda bahawa aktiviti yang dijalankan memberi manfaat kepada mereka. Melalui Tunas Kadet Remaja Sekolah, murid-murid ini akan dilatih supaya lebih berdisiplin kerana sejarah penubuhan badan beruniform ini bermula dengan ketenteraan. Selain itu, para pelajar akan didedahkan kepada kemahiran kehidupan seharian melalui perkhemahan dan kemasyarakatan. Sebagai contoh, dalam setiap aktiviti perkhemahan akan diadakan pertandingan kawad kaki , para ahli akan mempelajari cara-cara untuk memberikan arahan serta memimpin sesebuah organisasi. Hasil positifnya, maka akan lahirlah pemimipin yang cekap, berilmu, dinamik, inovatif dan kreatif.

1.2 Persatuan

- Persatuan Bola Sepak

Matlamat

Penubuhan Kelab Bola Sepak dilakukan untuk menyahut Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Murid yang sihat dan cergas akan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam segala aspek. Selain itu, penubuhan Kelab Bola Sepak juga menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan 1 Murid, 1 Sukan. Selain itu, ia juga berkesan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid yang menyertainya. Antara matlamat penubuhannya di sekolah rendah ialah :

i. ii.

Memupuk semangat kerjasama dan kesukanan di kalangan ahli persatuan. Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti para pelajar yang terlibat dalam aktiviti bola sepak.

Strategi

Penyertaan kepada Kelab Bola Sepak dibuka kepada murid-murid tahap satu dan dua. Penggabungan kedua-dua tahap ini sengaja dilakukan untuk beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk memudahkan pengurusan dan juga memberi peluang kepada murid untuk mempelajari kemahiran tertentu daripada rakan-rakan yang lain. Ini merupakan satu langkah yang bijak untuk menyemai semangat bersatu-padu antara mereka.

Selain itu, terdapat juga perlawanan persahabatan di antara guru dengan murid yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Langkah ini diambil untuk mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid. Ini menunjukkan bahawa hubungan antara guru dengan murid tidak hanya terbatas dalam bilik darjah sahaja, tetapi melibatkan seluruh persekitaran sekolah. Strategi yang diambil ini berjaya memupuk nilai-nilai murni dalam kelompok Kelab Bola Sepak.

Pelaksanaan

Aktiviti Kelab Bola Sepak dilaksanakan juga pada setiap Hari Isnin pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang. Murid-murid yang menyertai kelab ini akan menjalani latihan secara teori dan amali selama sejam secara berkumpulan.

Penerapan nilai dan etika kepada pembangunan sahsiah murid

Latihan

yang

dijalankan

secara

berkumpulan

memerlukan

murid

sentiasa

berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain. Secara tidak langsung, nilai-nilai murni dapat disemai dalam diri mereka. Antara kesan baik yang dilihat melalui perwatakan ahli-ahli Kelab Bola Sepak ini ialah, mereka semakin menghormati antara satu sama lain, lebih bertanggungjawab dan berani mencuba sesuatu yang baru. Sebagai contoh, terdapat seorang murid yang telah dilantik menjadi kapten pasukan mula mengubah perilakunya menjadi seorang murid yang lebih bertanggungjawab berbanding sebelum ini.

1.3 Kelab

- Program Kelab Usahawan Muda

Matlamat

Program Usahawan Muda (PUM) merupakan satu pendekatan pembudayaan keusahawanan kepada pelajar sekolah menengah. Ianya mula diperkenalkan pada tahun 1989 dengan penglibatan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Petaling dan Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lumpur. Pada ketika itu program

dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Kemudian program ini dipindahkan kepada Kementerian Perusahaan Awam mulai tahun 1990.

Pada tahun 1995 Kementerian Perusahaan Awam telah diperluaskan skop tugasnya dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan

kemudiannya kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Selaras dengan itu, Program Usahawan Muda telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Pada 9 April 2009, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah dibubarkan, dan program ini dipindahkan dibawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Kini, Kelab Program Usahawan Muda mula ditubuhkan di sekolah rendah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dengan lebih awal. Antara matlamat penubuhannya ialah :

i.

Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah.

ii.

Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk memula dan melaksanakan perniagaan dengan berkesan.

iii. iv. v.

Menyediakan peluang pembelajaran keusahawanan melalui pengalaman. Menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya yang menarik. Melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.

Strategi

Program Usahawan Muda (PUM) memberikan pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid mengenai penubuhan sistem operasi dan pembubaran syarikat berdasarkan model koperasi. Pelajar akan terlibat di dalam progr am latihan handson selama sembilan bulan di sekolah masing-masing. Pada penghujung latihan tersebut, pelajar akan membentangkan akaun untung rugi hujung tahun syarikat berkenaan. Sejumlah 13,372 pelajar dari 682 buah sekolah menyertai Program Usahawan Muda. Selain program hands-on penubuhan dan pembubaran syarikat, Program

Usahawan Muda(PUM) ini juga meliputi Simposium Keusahawanan, Konvensyen PUM Negeri, Konvensyen PUM Nasional dan Kem Keusahawan.

Pelaksanaan Aktiviti Kelab Program Usahawan Muda ini dilaksanakan pada setiap hari Rabu (minggu pertama dan ketiga setiap bulan) sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum. Tempoh masa yang diperuntukkan untuk setiap sesi ialah selama sejam sahaja bermula jam 7.40 pagi hingga 8.40 pagi. Penerapan nilai dan etika kepada perkembangan sahsiah murid.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kelab ini lebih kepada keusahawanan. Jadi hal ini memerlukan murid untuk lebih berinteraksi dan komunikasi dengan masyarakat luar. Murid-murid juga diajar cara untuk berkomunikasi dengan berkesan disamping mengamalkan adab bercakap dengan betul. Murid-murid juga dapat menjalinkan hubungan silaturrahim sesama mereka. Murid juga dilibatkan dengan dunia perniagaan yang sebenar. Contohnya, pada Hari Sukan Sekolah, murid daripada kelab ini dikehendaki membuka gerai jualan di padang sekolah. Murid bukan sahaja mendapat pendedahan awal tetapi mereka juga dapat mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari.

4.0 Keberkesanan Aktiviti Ko-kurikulum dalam Menerapkan Nilai dan Etika. Beberapa data telah dikumpul untuk dianalisis. Seramai 20 orang murid telah diminta untuk menjawab soalan di dalam borang soal selidik berkenaan dengan aktiviti ko-kurikulum yang telah mereka sertai. Berikut adalah keputusan dan hasil dapatan yang berjaya direkodkan: 4.1 Bola Sepak Keberkesanan Penerapan Nilai dan Etika : Kelab Bola Sepak
16 14 12 10 8 6 4 2 0 Bola sepak Ya Tidak

Graf 1.0 Menunjukkan keberkesanan penerapan nilai dan etika dalam permainan bola sepak.

Berdasarkan graf di atas, seramai 15 orang murid bersetuju bahawa Kelab Bola Sepak berjaya menerapkan nilai dan etika dalam kalangan ahlinya. Walaubagaimanapun, terdapat juga 5 orang murid yang tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Berdasarkan kepada hasil dapatan, murid yang tidak bersetuju mungkin didorong oleh beberapa faktor. Pertama, perjumpaan untuk mengadakan aktiviti kelab terlalu singkat. Ini menjadikan tempoh interaksi sesama mereka dengan ahli yang lain menjadi begitu terhad. Kedua, ahli kelab yang ramai menyebabkan murid tidak berpeluang membuat latihan dengan secukupnya. Tambahan pula, setor sukan tidak menyediakan alatan

yang secukupnya buat murid-murid.Namun, melalui persatuan ini guru dapat menerapkan nilai moral dan etika. Antaranya ialah aktiviti kelab ini dapat menimbulkan semangat berpasukan, persefahaman, bekerjasama, ketabahan, ketangkasan, berdisiplin, ketahanan diri dan ketepatan membuat keputusan. agama dan moral, sivik dan lain-lain. Cadangan Penambahbaikkan: Aktiviti berpersatuan ini akan menjadi lebih berkesan jika murid diberi ruang masa yang bersesuaian dengan keperluan aktiviti mereka. Selain itu, kepelbagaian bentuk aktiviti semasa tempoh berpersatuan juga boleh membantu murid untuk menimba ilmu berkenaan dengan nilai dan etika secara tidak langsung. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah pertandingan bola sepak. Pertandingan ini akan mengeratkan silaturrahim serta merapatkan jurang antara murid Tahap 1 dan Tahap 2. 4.2 Tunas Kadet Remaja Sekolah Ia memberi peluang

kepada murid-murid memperkukuhkan dan memperkayakan pendidikan jasmani, nilai

Keberkesanan Penerapan Nilai dan Etika : Tunas Kadet Remaja Sekolah


20 15 10 5 0 Tunas Kadet Remaja Sekolah Ya Tidak

Graf 1.1 Menunjukkan keberkesanan penerapan nilai dan etika. Analisis graf : Berdasarkan graf, seramai 18 orang murid bersetuju bahawa Tunas Kadet Remaja Sekola berjaya menerapkan nilai murni dan etika dalam pembentukan sahsiah muridmurid manakala baki 2 orang menyatakan sebaliknya. Kejayaan ini dikesan disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, tempoh interaksi murid dalam aktiviti ko-kurikulum ini agak panjang dan ini memberi peluang kepada mereka untuk bersosialisasi sesama anggota yang lain. Kedua, aktiviti yang diaturkan meliputi 'indoor' serta 'outdoor' dan kebanyakan aktiviti ini memerlukan kekuatan berpasukan dan kesepaduan. Sepanjang melaksanakan tugasan yang diberi, mereka akan didedahkan dengan pelbagai nilai dan etika yang baik. Nilai murni seperti berdisiplin, berani, saling membantu dan etika sebagai seorang anggota unit beruniform dipraktikkan sepanjang tempoh masa latihan. Berdasarkan kepada latihan kawad yang mereka jalani, konsep hukuman dan ganjaran yang diberi menjadikan mereka lebih berdisiplin dalam melaksanakan apa jua pergerakan. Bagi mereka yang kurang bersetuju mungkin kerana mereka kurang menggemari aktiviti outdoor dan lasak. Cadangan penambahbaikkan : Aktiviti badan beruniform ini akan lebih berkesan jika guru menyeimbangkan aktiviti indoor dengan aktiviti outdoor. Guru tidak seharusnya fokus kepada aktiviti outdoor sahaja. Antara aktiviti yang bole dijalankan ialah pertolongan cemas. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada murid mencuba pengetahuan dan pengalaman

tentang cara-cara memberi rawatan kecemasan serta menggunakan pengetahuan yang dipelajari dalam mata pelajaran sains. Dengan ini murid yang kurang menggemari aktiviti lasak seperti kawat kaki tidak akan rasa terpinggir sekaligus tidak dapat menerapkan nilai dalam dirinya. 4.3 Program Usahawan Muda

Keberkesanan Penerapan Nilai dan Etika : Persatuan Usahawan Muda


25

20

15

10

0 Persatuan Usahawan Muda Ya Tidak

Graf 1.2 Menunjukkan keberkesanan penerapan nilai murni dan etika dalam Persatuan Usahawan Muda Analisis graf : Berdasarkan graf, jumlah 100% murid setuju menunjukkan bahawa Persatuan

Usahawan Muda berjaya mencapai matlamatnya dalam menerapkan nilai murni dan etika dalam pembentukan sahsiah murid-murid. Kejayaan ini didorong oleh beberapa faktor antaranya pertama, aktiviti-aktivti yang dianjurkan oleh persatuan tersebut. Setiap kali perjumpaan diadakan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih kepada kegiatan sosial seperti penghasilan produk, jual beli dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti ini memerlukan murid untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Ini bermakna guru dapat menerapkan nilai-nilai murni dan etika dalam percakapan tersebut. 5.0 Penutup

Kesimpulannya, Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, unit beruniform dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan di samping dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya.

Aktiviti kokurikulum turut berperanan membentuk sahsiah dan perwatakan para pelajar yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yakni meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam hal ini , aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan serta kelab dan persatuan amat memerlukan semangat kerjasama daripada setiap ahli. Aktiviti sebegini akan dapat menyemarakkan semangat berpasukan dalam kalangan ahli kumpulan yang terdiri daripada berbilang bangsa sekali gus dapat mempererat perpaduan dan integrasi kaum di negara kita sejajar dengan Gagasan Satu Malaysia. Sesungguhnya, penglibatan ahli yang berbilang ras dan agama dalam sesuatu aktiviti kokurikulum membolehkan mereka berinteraksi, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Ringkasnya, kita bukan sahaja dapat mewujudkan perpaduan malah dapat mempererat tali silaturahim antara kaum melalui semangat kerjasama dan bertolak-ansur. Akhir kata, aktiviti kokurikulum bermanafaat dan penting kepada generasi pelajar di samping merupakan antara jalan perintis untuk melahirkan barisan pelapis pemimpin negara bangsa yang berwibawa, beriltizam dan berketrampilan.

You might also like