You are on page 1of 2

REFLEKSI Pada Ahad, 3 Februari 2013 yang lalu sekolah saya telah diarahkan, menjalankan aktiviti gotong -royong

sempena program My beautiful Malaysia. Dalam aktiviti ini guru-guru dan murid-murid tahap dua dikehendaki menanam pokok buah-buahan yang dibekalkan oleh pihak Pejabat Pelajaran dengan kerjasama pihak pertanian Seremban. Aktiviti ini adalah di bawah kegiatan kokurikulum sekolah. Memandangkan GPK kokurikulum di sekolah kami belum dilantik maka saya sebagai setiausaha kokurikulum telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan aktiviti ini. Pada mulanya saya merasakan agak sukar untuk menjayakan aktiviti memandangkan aktiviti ini dijalankan pada hari Ahad. Tetapi demi amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas saya selaku setiausaha kokurikulum saya telah dapat menjalankan aktiviti ini dengan jayanya walaupun pada hari itu cuaca agak tidak memuaskan. Sebelum aktiviti dijalankan saya telah mengadakan taklimat ringkas tentang bagaimana aktiviti ini akan dijalankan dan apakah yang perlu guru-guru perlu sediakan. Memandangkan sekolah kami adalah sekolah baru dibuka maka terdapat masalah dari segi peralatan berkebun seperti cangkul, penyodok dan sebgainya. Jadi kami sebulat suara bersetuju untuk melibatkan ibubapa dan penjaga untuk bersama-sama menjayakan program ini. Surat pemberitahuan segera dikeluarkan kepada murid tahap dua pada hari Jumaat. Alhamdulillah pada pagi hari Ahad itu saya dapati ada juga kehadiran di kalangan ibu bapa walaupun kehadiran mereka tidklah seperti yang diharapkan namun banyak memberikan kemudahan kepada guru-guru dan murid-murid memandangkan di kalangan yang hadir itu mempunyai pengalaman secara langsung dan tidak langsung dalam teknik berkebun. Semasa aktiviti dijalankan masalah yang kami hadapi ialah keadaan cuaca pada hari itu yang hujan dan keadaan tanah yang agak keras sedikit sebanyak menganggu tugas-tugas yang sepatutnya diselesaika pada hari itu. Namun dengan semangat dan sikap dedikasi guru-guru dan murid-murid sertaibu bapa yang hadir maka dapat juga kami menanam kesemua 100 pokok yang telah dibekalkan. Hati kami berasa puas bila melihat pokok-pokok buah-buahan itu telah berjaya ditanam. Cuma apa yang saya bimbangkan ialah bagaimana saya dan guru-guru di sekolah itu boleh memastikan pokok-pokok itu boleh hidup subur dan membesar seperti yang diharapkan. Dalam masalah ini saya telah mencadangkan agar setiap unit beruniform bergilir-gilir di antara ahli dalam kumpulan itu manjaga kebajikan pokok-pokok ini. Dalam aktiviti saya dapati kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru dan murid-murid serta ibibapa dan penjaga amat baik dn akrab. Saya berharap dengan program seperti ini dapat mendekatlkan lagi hubungan baik antara guru-guru dan masyarakat setempat di situ. Respon yang positif daripada masayarakat setempat menunjukkan bahawa mereka sentiasa sudi dan menyokong apa sahaja aktiviti sekolah yang dijalankan. Selain daripada itu harapan saya selepas program keceriaan ini kawasan sekolah ini akan menjadi kawasan yang digemari oleh murid-murid bukan sahaja untuk belajar tetapi untuk menjalankan apa sahaja aktiviti yang mereka ingin jalankan. Sekian.

You might also like