You are on page 1of 1

Latar Belakang Kajian Gaya Hidup Sihat Pada tahun 2011, Malaysia merupakan negara yang mempunyai kadar

peningkatan bilangan penghidap penyakit obesiti tertinggi di kalangan negara ASEAN dan menduduki tempat ke-enam di kalangan negara Asia Pasifik. Tanpa disesedari juga, peratusan bagi yang menghidap penyakit-penyakit kronik turut meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurut kajian World Health Organization, 70% kematian di Malaysia adalah disebabkan penyakit kronik dan kerosakan organ. 50% kematian awal adalah berpunca daripada pengambilan makanan masyarakat Malaysia. 25% rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan (obesiti). Lebih mengejutkan lagi, 32.7% rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, kini menghidap penyakit darah tinggi mengikut statistik yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Masyarakat di Malaysia kurang memberi perhatian kepada cara pengambilan makanan mereka. Penambahan kadar pengambilan gula, garam dan lemak dalam makanan dan minuman mereka jelas akan mengundang kepada pertambahan bilangan rakyat Malaysia yang menghidap penyakitpenyakit kronik seperti, diabetes, obesiti dan tekanan darah tinggi. Kandungan purata pengambilan gula oleh rakyat Malaysia adalah 51 gram sehari, lebih tinggi daripada bilangan yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu sebanyak 50 gram sehari. Manakala, kadar pengambilan garam di Malaysia lebih membimbangkan. Rakyat Malaysia mengambil 7.2 gram sehari 1.7 kali lebih tinggi daripada kadar yang disarankan iaitu sebanyak 5 gram sehari.

Rakyat Malaysia juga kurang berminat untuk melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan yang aktif seperti bersenam mahupun bersukan. Menurut kenyataan Timabalan Menteri Kesihatan Malaysia pada kenyataannya, beliau menyatakan bahawa rakyat Malaysia ternyata malas bersenam atau beriadah. Hanya 25% rakyat Malaysia yang melibatkan diri dalam aktiviti bersenam.

Pelbagai penyakit akan terus dihidapi jika permasalahan yang berpunca daripada sikap tidak peduli rakyat Malaysia terhadap kesihatan mereka sendiri terus berlaku. Ia ditambah pula dengan kekurangan pengetahuan tentang amalan Gaya Hidup Sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

You might also like