Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bangsa Dan Bahasa Melayu

Bangsa Dan Bahasa Melayu

Ratings:

5.0

(3)
|Views: 5,053 |Likes:
Published by pejoi78

More info:

Published by: pejoi78 on Jun 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/06/2013

pdf

text

original

 
BANGSA DAN BAHASA MELAYU –BUKTI DARIPADA BORNEO
Rahim Bin Aman, PhD.Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 
Fakulti Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Kebangsaan Malaysia
1.0Pengenalan
Sejak abad ke-19 lagi usulan tentang lokasiasal bangsa Austronesia telah diajukan.Pengkajian yang mendalam terhadap rumpunini dirasakan penting kerana di dalam rumpun bangsa besar inilah terdapat umatMelayu yang bertutur dalam bahasa Melayu, satu bahasa besar yang memiliki jumlahpenutur melebihi 250 juta orang, dan menjadi
lingua franca
berabad-abad lamanya.Pada pertengahan abad ke-20, pengajuan lokasi asal bangsa Austronesia bukannyabertempat di dataran Asia, tetapi di bahagian kepulauan Nusantara (dalam erti katayang lebih luas), iaitu di Kepulauan Bismack. Walaupun usulan ini mendapatpenentangan daripada ahli-ahli linguistik bandingan sejarawi kini, satu fakta yang harusdiakui ialah nama Pulau Kalimantan sudah pun diusulkan sebagai pusat penyebarankedua penutur bahasa Melayik Purba. Lebih kurang tiga puluh tahun kemudiannya,Collins dan Nothofer telah menjalankan satu kajian yang saksama di dua belahanNusantara, iaitu bahagian Timur Indonesia dan di bahagian Barat Indonesia. KajianNothofer ke atas dialek Melayu Kepulauan Bangka telah berhasil mencapai satukesimpulan bahawa jaringan migrasi penutur Melayik purba berasal di Kalimantan BaratLaut. Begitu juga dengan kajian Collins di Kepulauan Bacan, berkeupayaanmengesahkan bahawa dinamik masyarakat penutur Melayu Kalimantan kemudiannyabermigrasi pula ke ambang Lautan Pasifik, yakni di Kepulauan Bacan. Justeru, apayang boleh dikatakan ialah jelas terbayang satu pola perhubungan bahasa danmasyarakat Melayu purba. Berdasarkan bukti linguistik, Pulau Kalimantan yang selamaini diabaikan adalah pusat penyebaran bahasa Melayu dalam gelombang yangberulang-ulang selama beratus-ratus tahun (Collins 1995).
1
Teori tentang, migrasi dua gelombang MelayuProto dan Melayu Deutro kini telah berusia 100tahun. Namun, beberapa orang sarjana pernahmempersoalkan kebenaran teori ini danmengatakan kesangsian mereka. Antaranyaialah penyelidik arkoalogi dan pengkaji sejarahyang memperlihatkan dengan jelas jumpaanarkoalogi tentang kehidupan yang padahakikatnya membuktikan bahawa sejak lebih10,000 tahun yang lalu, manusia moden yangsudah tentunya nenek moyang orang Melayu kinisudah pun mendiami kawasan Alam Melayu ini,paling awal sejak 35,000 tahun Sebelum Masehi(S.M). .. Alam Melayu inilah sebenarnya tempatasal usul ras Melayu.(Wan Hashim, 1995:28-29)
 
Satu usulan terkini yang harus dipaparkan ialah Pulau Kalimantan, khususnya dibahagian Barat Laut merupakan satu tempat hunian sekelompok penutur Melayik yangpada satu masa dahulu menyatu utuh di dalam bahasanya. Proses migrasi keluar yangdilakukan oleh orang-orang Melayu, yang terbukti daripada kajian data dialek-dialekMelayu seNusantara, menyebabkan hubungan erat Melayu + Ibanik terungkai dansekali gus berkembang mengikut suasana penutur bahasa atau dialek tersebut.Pernyataan ini tentunya agak berlawanan dengan pernyataan ‘klasik’ ahli linguistiksejarawi tempatan, namun satu penemuan yang terbaru yang berdasarkan kajian yangteliti harus sedikit sebanyak diakui kesahannya.
2.0Asal Usul Bangsa dan Bahasa Melayu
Bangsa dan bahasa merupakan satu ikatan yang sulit untuk dipisahkan. Jikakita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita harus terlebih dahulumempelajari di manakah asal mula bangsa tersebut. Sehingga kini sudah banyak teoriyang telah diajukan tentang keasalan bangsa besar (bangsa Austronesia) itu dan kitaharus menerima bahawa di dalam bangsa besar tersebut wujud umat manusia yangdinamakan “orang-orang Melayu”. Seratus tujuh belas tahun yang lalu (1880), satugagasan awal tentang tempat asal bangsa Austronesia ini telah diutarakan olehseorang antropolog, iaitu A. H. Keane. Teori ini yang boleh dikatakan sebagai“berdasarkan pendekatan rasagak sulit untuk diterima oleh ahli-ahli linguistiksejarawi.
1
Kalau Keane mengajurkan teorinya berdasarkan pendekatan ras, Hendrick Kern(1889) pula menggunakan pendekatan bahasa di dalam mengenal pasti lokasi asalbangsa Austronesia. Dengan menggunakan 30 kosa kata yang diterjemahkan kedalam kurang lebih 100 bahasa yang tersebar dari Malagasi-bahagian Barat AmerikaSelatan dan dari Formosa-New Zeland, Kern mengusulkan bahawa Pantai Timur Indo-Cina (Champa, Cochin-China dan Kampuchea) sebagai asal bangsa besar tersebut.Kern juga berargumentasi bahawa bangsa Austronesia yang tinggal di dataran AsiaTenggara tersebut, kemudiannya didesak keluar oleh bangsa-bangsa yangbermastautin di situ lalu nenek moyang penutur dialek Melayik tersebut bermigrasi keSemenanjung Tanah Melayu.
2
Seterusnya, beberapa penutur dialek Melayik ini
1
Menurut Keane, di Indo-China bermastautin dua suku bangsa, iaitu bangsa Kaukasus danMongol. Bangsa Kaukasus berkulit keputih-putihan, berbahasa dwisuku dan bangsa ini menetap diKampuchea, Campa, Kui, Mios dan Penong. Manakala bangsa Mongol pula berkulit kuning, berbahasaekasuku dan bangsa ini menerap di Myanmar, Khasi, Shan, Thailand, Laos dan Annam. Selain itu diKepulauan dan Semenanjung Tanah Melayu, di bahagian Baratnya dihuni pula oleh orang Negrito danorang Papuan di bahagian Timur. Menurut Keane migrasi awalnya didahului oleh bangsa Kaukasus.Bangsa ini bermigrasi ke Selatan dan ke Timur lalu bercampur dengan bangsa Papua menurunkanbangsa Polinesia, Samoa, Tahiti, Maori, Hawaii, Toga dan Marquesas. Di Barat, bangsa ini menetapsecara langsung di Kepulauan Nias, Tapanuli, Acheh, Lampung, Pesemah, Kalimantan Tengah, danSulawesi. Kemudian migrasi kedua dilakukan pula oleh Mongol yang bergerak ke arah Barat lalubercampur langsung dengan bangsa Kaukasus. Percampuran kedua bangsa inilah menurut Keane,menurunkan bangsa Melayu.
2
Dialek Melayik merupakan turunan langsung daripada bahasa Austronesia Purba. Sebenarnya,di dalam rumpun bahasa Austronesia ini terdapat segolongan penutur bahasa Melayik Purba. BahasaMelayik Purba inilah yang kemudiannya menurunkan beberapa bahasa, iaitu seperti bahasa Melayu(berserta dengan dialek-dialeknya yang tersebar di seluruh Nusantara), bahasa Minangkabau, bahasa
2
 
bermigrasi pula ke Sumatra dan Kalimantan. Pendapat Kern ini kemudiannya dijadikansebagai asas oleh beberapa sarjana terkenal Melayu tentang lokasi asal bangsa danbahasa Melayu.
3
Selanjutnya, dengan menggunakan landasan leksikostatistik, Dyen (1965)seorang lagi ahli linguistik bandingan, telah mengusulkan bahawa tanah asal bangsaAustronesia terletak di New Hebrida dan New Britian atau dalam kajian terbarunya(1975) mengatakan kemungkinan bangsa ini berasal di daerah Timur Indonesia-BaratNew Guinea atau secara khususnya di Kepulauan Bismack (Bellwood 1985:111). Polamigrasi bangsa ini bermula di Kepulauan tersebut melalui tiga jalan utama, iaitu 1) JalanBarat-satu arus migrasi memasuki Indonesia bahagian Timur hingga ke Flores, 2) dariPalau/Guam memasuki Sulawesi utara, Kalimantan dan Mindanao Selatan, dan 3)bergerak ke Formosa. Dari tempat starategis ini, iaitu Filipina, Kalimantan, Sulawesidan Formosa, proses migrasi terjadi lagi ke seluruh Kepulauan Austronesia barat.Menurut Dyen, bahasa-bahasa Indonesia Barat dan Malagasi berpangkal dari prosesmigrasi lanjutan dari Kalimantan.
4
Kajian lain yang dirasakan perlu untuk diajukan ialah kajian Bellwood (1985).Menurut Bellwood (1985:102), bukti-bukti linguistik amat diperlukan untuk mengkajiwilayah ini 5000 tahun sebelumnya, terutama dalam melukiskan pola migrasi pendudukdi wilayah ini. Di wilayah Nusantara (Indo-Malaysia), semua penduduknyamenggunakan bahasa Austronesia, kecuali beberapa etnik orang Asli di Semenanjungmenggunakan bahasa Astro-Asiatik dan beberapa kelompok manusia di Irian yangmenggunakan bahasa Papuan. Mereka yang bertutur dalam rumpun Austronesiadianggarkan hampir mencecah 300 juta jiwa, yang mencakupi wilayah Indonesia,
Kerinci, dan bahasa-bahasa Ibanik (bahasa Iban, Kantuk, Mualang, dan Air Tabuan) yang dituturkan olehkaum Dayak di Kalimantan Barat. Istilah Melayik pertama kalinya diajukan oleh Hudson (1970).Menurutnya, istilah ini mengacu kepada semua dialek seperti mana yang telah dinyatakan di atas yangbertalian secara langsung kerana diturunkan dari bahasa induk yang sama, iaitu bahasa Melayik Purba.
3
Teori asal usul bangsa Austronesia yang diutamakn oleh Kern, kemudiannya dikembangkanoleh beberapa sarjana linguistik tempatan, iaitu seperti Ismail Hussein, Asmah Hj. Omar dan AbdullahHassan. Asmah (1992) berpandapat, bahawa Semenanjung Tanah Melayu merupakan kawasanpenyebaran pusat bagi bahasa Melayu. Dari Semenanjung Tanah Melayu, bahasa ini kemudiannyatersebar ke Sumatera, pulau-pulau di antara Semenanjung dengan Sumatera, pulau-pulau di antaraSumatera dengan Borneo, ke kawasan tertentu di Kepulauan Borneo dan Jawa serta ke pulau-pulau laindi Indonesia dan Filipina. Namun begitu dalam kajian terbarunya (1993) Asmah berargumentasi bahawaSumatera Barat merupakan lokasi awal penempatan orang-orang Melayu dan Iban. Akibat “desakan”agama Islam, orang-orang Iban bermigrasi ke Kalimantan. Proses migrasi orang-orang Melayu keKalimantan bermula setelah mereka memeluk agama Islam.
4
Sebahagian daripada pendapat Dyen ini diakui oleh sarjana linguistik sejarawi kini. Misalnya,Formosa yang diperkatakan oleh Dyen sebagai tempat kedua berlakunya proses migrasi ke kawasanAustronesia yang lain dipersetujui oleh Adelaar (1994). Menurut Adelaar, orang Austronesia Purbasebenarnya menyebar dari Taiwan ke bahagian-bahagian lain di kawasan Austronesia dan bukannya daridaratan Asia Tenggara ke Asia Tenggara dan Oceania. Selain itu, Dyen juga mengatakan bahawaKalimantan merupakan pusat penyebaran bahasa-bahasa di Indonesia Barat dan Malagasi. PendapatDyen ini teruji apabila kajian-kajian mutakhir yang dilakukan oleh Collins (kajian di Bacan) dan Nothofer (kajian di Kepulauan Bangka) (1996) menemui bukti-bukti yang kukuh di dalam mengesahkan bahawaKalimantan perlu dipertimbangkan sebagai tanah asal bahasa Melayik Purba. Malahan sebelum ini punTeeuw (1987) pernah mengutarakan pendapatnya bahawa Pulau Kalimantan perlu disahkan sebagaitempat asal bahasa dan penutur Melayik.
3

Activity (0)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
ADUHAISYG liked this
Md Gani liked this
michealin liked this
smiledya117 liked this
zue09 liked this
michealin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->