You are on page 1of 12

PERKAMUSAN

ZAIM SALIHIN AZIZI

Dalam konteks perancangan bahasa, penyusunan kamus merupakan satu usaha kodifikasi bahasa yang peting dalam proses pembinaan, pengembangan dan pembakuan bahasa

Di Malaysia, tugas penyusunan kamus diberikan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Tugas menyusun kamus diberi kepada DBP mengikut matlamat kelima undang-undang DBP (1959) Tiga program utama penyusunan kamus: a. Kamus Ekabahasa b. Kamus Dwibahasa c. Kamus Istilah

Pada peringkat awal, kamus yang perlu diterbitkan di DBP ialah kamus ekabahasa Kamus ekabahsa yang pertama diterbitkan ialah Kamus Dewan

Kerja-kerja penyusunan Kamus Dewan dilakukan(1963) dan edisi pertama kamus ini diterbitkan(1970)
DBP perlu menyusun kamus, untuk merakamkan perkembangan kosa kata bahasa Melayu moden, terutamanya antara tahun 1950-an sehingga 1970-an

Telah disusun oleh kumpulan penyusun kamus yang diketuai oleh Teuku Iskandar

Penyusunan kamus ini juga telah mendapat khidmat seorang pakar, iaitu A.Teeuw yang dipinjamkan oleh Universiti Leiden atas biaya UNESCO Kamus setebal 1372 halaman ini memuatkan sebanyak 28,000 kata entri dan sistem ejaan yang digunakan di dalam kamus ini ialah Sistem Ejaan Zaba
Tahun 1983 kamus cetakan kedua diterbitkan dengan beberapa pindaan bagi meningkatkan mutu kamus tersebut

Cetakan kedua ini perlu bagi menyebarluaskan pengguanaan sistem ejaan Rumi baharu yang diisytiharkan pemakaiannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972 Selain mengubah ejaan, cetekan kedua juga turut meminda makna perkataan-perkataan tertentu supaya makna yang diberikan lebih tepat dan jelas Sehingga kini, DBP telah menerbitkan Kamus Dewan Edisi Keempat yang memuatkan 5843 entri baharu, subentri, dan frasa baharu Kamus ini turut melakukan pengemaskinian terhadap ejaan, dan pembaikan takrif, bersesuaian dengan perubahan dan perkembangan yang dialami oleh bahasa Melayu

Kamus setebal 1817 halaman ini mencakupi pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi, linguistik, komputer, astronomi, agama, politik, pelayaran, dan muzik Kamus ini juga mengandungi kata atau ungkapan umum yang baharu (sama ada perkataan asli Melayu atau perkataan yang dipinjam) ,kata dialek, kata slanga, dan nama-nama kaum yang ada di Malaysia

Kata yang berkaitan dengan suku kaum etnik:


Cina India Iban Kadazan

Selain Kamus Dewan , DBP turut menerbitkan Kamus Pelajar Kamus Pelajar yang pertama diterbitkan ialah Kamus Bahasa Malaysia(Edisi Pelajar) pada tahun 1975. Kamus ini telah dicetak pada tahun 1987 dan diberikan nama Kamus Pelajar. Selain Kamus Ekabahasa,DBP turut menerbitkan Kamus Dwibahasa pada tahun 1979, iaitu Kamus Dwibahasa(bahasa inggeris bahasa malaysia) Kamus ini telah dicetak sebanyak 3kali .iaitu cetakan pertama pd tahun 1979,kedua dan ketiga pd tahun 1981 dan 1985.

Kamus Dwibahasa disifatkan sebagai paling Komprehensif ialah Kamus Inggris-Melayu Dewan(KIDM) yang diterbitkan pd 14 FEB 1992. Dikatakan sebagai setaraf dgn Kamus-kamus di eropah

Dari segi jumlah entri,sebanyak 38 ribu kata entri dimuatkan dalam KIDM.

DBP turut menerbitkan Kamus istilah bg mempercepat dan menyebar luaskan penggunaan istilah yg tepat dan terkini. Antara kamus yg diterbitkan ialah:
Kamus istilah Sains AM Kamus Biologi KBSM Kamus Kimia KBSM Kamus Fizik KBSM Kamus Hidrogeologi Kamus Hidrologi Kamus Perakaunan Kamus Mekanik Gunaan Kamus Ekologi

Penerbitan Kamus penting bg memperkaya dan memantapkan Bahasa Melayu disamping membuktikan kemampuan Bahasa Melayu mengungkapkan Ilmu Sains Mutakhir Selain DBP, kamus diusahakan oleh orang perseorangan dan organisasi penerbitan,antaranya:
Kamus Umum Bahasa Malaysia(1972)oleh Yang Kui Yee Kamus Pelajar Federal(1973)oleh Mohd.Salleh Daud Kamus Fajar Rumi-Jawi (1984) oleh Yunus Maris Kamus Sinonim (1984) oleh Arbak Othman Kamus Lengkap Emas (1989) oleh Golden Book Centre

Umumnya,maklumat yang dimuatkan dalam kamus ialah : Kata entri

Maklumat tatabahasa
Makna kata Contoh pemakaian kata Sebutan Etimologi kata

You might also like