PENGENALAN
Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ialebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengankemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanantertumpu kepada kekuatan dan daya tahan otot, kuasa, fleksibiliti, imbangan danketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan.Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan,ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepadabeberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangankemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai olehpelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:
•
Pendaratan
•
Statik
•
Gerak edar
•
Putaran
•
Hamburan
•
AyunanPerkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktivitigimnastik artistik, ialah:
•
Keuapayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspekregangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasanimbangan, kemahiran serta melombol.
•
Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melombol dalamsatu pergerakan.
•
Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakanyang lebih sukar.
1