You are on page 1of 12

2.

0 Definisi Semantik Semantik merupakan salah satu cabang ilmu linguistik yang mengfokuskan berkaitan dengan kajian kepada makna yang terkandung dalam sesuatu bahan bahasa, pada peringkat kata, frasa, klausa atau ayat. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semanticos yang membawa makna penting atau bererti. Walau bagaimanapun, dalam buku Zulkifley Hamid, menyatakan bahawa perkataan atau istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani iaitu semainein yang bermaksud bererti. Selain itu, sema juga bererti tanda atau lambang. Melalui perkataan tersebut maka kemudiannya terbit istilah semantik yang merupakan satu cabang ilmu linguistik yang memfokuskan kepada pengkajian makna (Abdullah 1989:224). Semantik dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa ( S. Nathesan,2008:2). Manakala, dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa (Nik Safiah Karim, 2001). Selain itu, semantic merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994). Selain itu, kata semantik juga diertikan sebagai ilmu tentang makna atau erti. Bidang semantik mempunyai pelbagai cabang bidangnya yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa. Bidang semantik menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik yang mana menjadi suatu perkara yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan lengkap tanpa ada unsur makna. Di samping itu, semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah psikologi, falsafah dan antropologi. Kamus Dewan menyatakan bahasa semantic bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am (R.H. Robbins, 1952). Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Selain itu, makna menjadi inti dalam kajian bahasa (Firth,1944). Kata makna boleh merujuk kepada erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata atau pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata atau frasa bertulis oleh pembaca (Kamus Linguistik,1997). Semantik juga boleh

dibahagikan kepada beberapa jenis makna. Jenis makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa kriteria dan sudut pandangan. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Seringkali, kata makna membawa erti maksud atau erti. Namun, menurut Ogden dan Richard (1956) dalam buku Makna dalam bahasa Melayu (2008), pernah memberikan 16 pengertian bagi makna; antaranya makna ialah suatu intrinsik, pokok, kemahuan, dan suatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Walau bagaimanapun, makna harus ditafsirkan menurut prosedur yang standard atau sebagaimana yang telah diterima pakai oleh masyarakat pengguna bahasa tersebut (Zulkifley Hamid, 2007:89). Menurut Clark & Clark (1997:409) dalam buku Zulkifley Hamid, teori atau ilmu semantik seharusnya dapat menjelaskan : bagaimana makna-makna perkataan digunakan dalam proses pemahaman input dan penghasilan output bahasa. Teori ini juga harus dapat menjelaskan cara maknamakna perkataan dikaitkan dengan perkara-perkara lain yang diketahui oleh manusia, dan hal ini juga harus menjelaskan cara makna-makna kosa kata disimpan dalam ingatan. Melalui pandangan Clark & Clark di atas secara jelas membayangkan bahawa kajian semantik bermula dengan mengkaji makna-makna perkataan, mengkaji makna-makna frasa yang membentuk gatra ayat, dan akhirnya melihat makna ayat yang terhasil daripada gabungan frasa. Menurut Saeed (1997) dan Hoffman (1993), makna sesebuah ayat merupakan pengaruh timbal balik pelbagai sistem atau aspek kebahasaan (Zulkifley Hamid, 2007:98). Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang (Leonard Bloomfield,1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilah moden digunakan dengan maksud kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan, ekspresi predikat.

2.1

Jenis-jenis Makna Menurut Abu Bakar Hamid (1967) dalam Abdullah Yusof (2009), makna

memainkan peranan yang penting dalam pemakaian bahasa. Hal ini demikian tanpa makna, sesuatu yang ditutur tidak akan dapat difahami dan tidak berguna. Pengkajian makna juga memerlukan tinjauan daripada beberapa ilmu lain seperti psikologi dan falsafah. Di samping itu, Awang Had Salleh (1959) dalam Abdullah Yusof(2009) menjelaskan bahawa makna ialah suatu hal yang luas yang mana makna mempunyai hubungan langsung dengan otak si penutur dan sekiranya ingin mengetahui makna dengan setepat-tepatnya, maka orang mestilah dapat

mengetahui perkara yang sedang difikirkan oleh si penutur pada masa hal membuat satu-satu pertuturan. Secara umumnya, makna dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang utama (Fries,1959), iaitu makna linguistik dan makna sosial. Makna linguistik dapat dibahagikan kepada dua subbahagian, iaitu makna leksikal dan makna struktural manakala makna leksikal dapat dibahagiakan kepada bahagian yang lebih kecil iaitu makna denotatif dan makna konotatif. Bahagian-bahagian makna dapat dirumuskan seperti dalam Rajah 1.

denotatif leksikal linguistik makna sosial struktural konotatif

Rajah 1 Jenis-jenis Makna Makna adalah sesuatu yang mempunyai sifat subjektif kerana makna itu tidak tetap atau mengandungi beberapa pengertian dan sentiasa berlaku perubahan berdasarkan faktor-faktor seperti konteks, budaya, larangan, tabu, dan sebagainya. Mengikut Leech (1974), makna dibahagikan kepada tujuh jenis yang utama seperti makna denotatif, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna renungan, makna kolatif dan makna tematik. Namun, seringkali dalam komunikasi berlaku pentafsiran makna. Hal ini demikian berlakunya kekeliruan dalam memahami makna

sesuatu ungkapan yang tidak dapat dielakkan kerana terdapat perkataan atau ungkapan yang jelas maknanya da nada yang memerlukan penelitian dan pentafsiran yang lebih mendalam akibat daripada kekaburan makna.

2.1.1 Makna Denotatif Denotatif dimaksudkan dengan makna yang tersurat. Perkataan lain yang turut disebut bagi merujuk kepada denotatif ialah makna umum, makna kamus atau makna leksikal. Menurut Setiawati Dermojuwono di dalam buku Pesona Bahasa, makna denotatif pada dasarnya sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. Hal ini demikian perkataan yang jelas maknanya itu disebut sebagai denotatif. Makna umum mudah untuk dikenal pasti kerana bersifat umum dan jika terdapat kesukaran, maknanya dapat dilihat dalam kamus umum. Makna denotatif ini bersifat konkrit dan mempunyai ciri-ciri seperti tepat dan tidak menyimpang dari makna asal perkataan tersebut. Karya ilmiah kebiasaannya menggunakan denotatif kerana memerlukan makna tersurat agar pembaca senang memahami maksudnya di samping ilmu yang disampaikan didalamnya menjadi pengetahuan bagi pembacanya. Hal ini demikian makna denotatif berkait rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif, maka turut disebut sebagai makna sebenar, makna asal, makna mutlak atau makna dasar. Secara ringkasnya, makna denotatif ialah makna sebenarnya. Contohnya, perkataan bunga yang membawa maksud bahagian tumbuh-tumbuhan berbentuk kelopak yang berwarna-warni. Makna bunga seperti ini dinamakan makna denotatif.

2.1.2 Makna Konotatif Konotatif merupakan makna yang tersirat atau makna yang lain daripada asalnya tetapi jika ditelusuri nyatalah ada perkaitannya. Hal ini demikian perkataan yang mempunyai kekaburan makna atau yang memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap makna turut disebut sebagai konotatif. Makna konotatif mempunyai empat jenis iaitu kekaburan rujukan, ketidakpastian makna, kurang

ketentuan makna, dan pertentangan makna (Ruth,1991). Mengikut S.Nathesan (2008:13), makna konotatif lebih mengutamakan nilai komunikatif iaitu perkara yang dirujuk oleh penutur dalam satu-satu konteks. Berbeza dengan denotatif, karya kreatif seperti cerpen dan puisi kebiasaannya menggunakan konotatif kerana memerlukan makna tersirat agar daya fikir pendengar atau pembaca bebas memberi falsafah terhadap maksud yang ingin disampaikan oleh penyair. Contohnya, perkataan bunga boleh dikaitkan dengan gadis yang cantik, hiasan, penghibur, teman wanita dan makna yang lain. Walaupun maknanya berbeza tetapi jika dihubungkan ternyatalah perkataan bunga melambangkan sesuatu yang cantik. Makanya, perkara yang cantik boleh dikaitkan dengan bunga dan makna yang lain daripada bunga itulah yang merupakan konotatif. Hal ini demikian menunjukkan bahawa makna konotatif ditentukan oleh konteks penggunaannya. Tambahan lagi, makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif (Nik Safiah Karim,2004). Hal ini demikian sekiranya nilai rasa tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Misalnya, perkataan perempuan dan wanita yang mempunyai makna denotatif yang sama tetapi kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Di samping itu, bagi masyarakat yang beragama Islam, nilai rasa mereka terhadap perkataan babi dan khinzir berbeza kerana bagi masyarakat Islam, babi itu haram, jijik, kotor, najis atau sesuatu yang negatif. Selain itu, makna konotatif juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor yang tertentu. Misalnya perkataan khalwat yang asalnya bermaksud mendekatkan diri kepada Allah, duduk bersendirian perihal mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran, bertafakur (Kamus Dewan,2004). Namun, kini maksud bagi perkataan khalwat ialah pengasingan diri berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi oleh lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang (Kamus Dewan,2004). Makna konotatif ini dapat dilihat pada beberapa aspek iaitu, makna konotatif tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni

visual dan muzik. Misalnya, barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Selain itu, makna konotatif bersifat perifera. Hal ini demikian makna konotatif tidak stabil atau menentu, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau yang mempunyai ilmu dan pengalaman menjadikan perbezaan pendapat apabila melihat sesuatu atau dalam memberikan pandangan atau pendapat. Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrari dan keterbukaan. Penggunaan kata-kata halus, sedap didengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Misalnya perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit, iaitu kudap-kudap sahaja. Di samping itu, makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif. Malah bahasa Melayu yang sering mengaplikasikan makna konotatif tersebut ialah peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan dan bentuk simpulan bahasa.

2.1.3 Makna Kolokatif Makna kolokatif adalah makna yang berkenaan dengan ciri-ciri makna tertentu yang dimiliki sebuah kata dari sejumlah kata-kata yang bersinonim, sehingga kata tersebut banya sesuai untuk digunakan secara berpasangan dengan kata tertentu selainnya. Oleh itu, makan kolokatif seharusnya sepadan dan pada tempatnya. Misalnya, tampan sesuai untuk identiti lelaki dan cantik sesuai untuk identiti perempuan.

2.1.4 Makna Leksikal Makna leksikal ialah makna denotatif atau makna yang dinyatakan dalam kamus. Makna leksikal adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah

leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna, (Ibrahim Ahmad, 1994). Makna leksikal bermaksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata, (Adrienne Lehrer,1992). Kebiasaannya, makna leksikal dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya terdiri daripada kata sahaja sebaliknya turut terdiri daripada beberapa kata. Misalnya, perkataan kambing hitam bukan merujuk kepada gabungan makna kambing dan makna hitam tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu orang yang dipersalahkan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya, maka perkataan kambing hitam dikatakan mempunyai makna idiomatis ataupun lebih dikenali sebagai makna gramatikal, (Kushartanti et.al.,2005).

2.1.5 Makna Gramatikal Darwis Harahap (1994) menyatakan bahawa gramatikal bermaksud nahuan atau tatabahasa dan makna gramatikal merupakan makna yang muncul akibat proses gramatikalnya. Makna gramatis merupakan makna yang terkandung dalam sesuatu imbuhan apabila bergabung dengan kata dasar mahupun dengan perkataan yang telah mendapat pengimbuhan sebelumnya atau kata terbitan. Di samping itu, makna gramatikal adalah makna yang ditimbulkan oleh proses gramatik yang ditentukan oleh urutan kata, intonasi, dan bentuk. Malah, Abdullah Yusof (2009) menyatakan bahawa makna gramatikal adalah bidang kajian semantik yang mengkaji makna yang hadir daripada proses gramatikal. Misalnya pengimbuhan, penyisipan, penggandaan dan pemajmukan. Pengimbuhan merupakan hasil daripada proses perubahan bentuk kata yang terjadi kesan daripada penggunaan imbuhan terhadap kata dasar yang akan melahirkan makna-makna gramatikal. Hal ini demikian kata imbuhan merupakan bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan, sama ada awalan, sisipan, akhiran mahupun apitan. Proses pengimbuhan merupakan satu cara untuk mengembangkan kata dasar yang mana pelbagai imbuhan dapat diwujudkan pada satu kata dasar. Misalnya, daripada perkataan pagar maka dapat diberikan pelbagai pengimbuhan pada kata dasar tersebut iaitu dipagar, perpagaran, berpagar, terpagar, pemagaran, dan memagarkan. Hal ini demikan dapat

mewujudkan pelbagai bentuk imbuhan pada kata dasar pagar seterusnya makna kata tersebut menjadi pelbagai. Penyisipan atau sisipan merupakan sejenis imbuhan. Hal ini demikian merupakan bentuk yang ditambahkan pada kata dasar yang mana sisipan hadir di antara kata dasar. Namun, sisipan tidak produktif lagi kerana sisipan tidak menghasikan bentuk-bentuk terbitan yang baharu. Terdapat empat jenis sisipan dalam bahasa Melayu iaitu em-, -el-, -er-, dan in-. sisipan tersebut digunakan dalam pembentukan istilah dalam bahasa Melayu dan sesebuah kata yang menerima sisipan akan berlaku perubahan maknanya. Sisipan katan nama, iaitu el, -er-, dan em- boleh membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya, telunjuk, gerigi dan kemucup. Selain itu, bentuk sisipan kata adjektif bagi el-, -er-, -em-, dan in- diberikan contoh seperti gemuruh. Bagi bentuk sisipan kata kerja yang membawa makna gramatikal iaitu el, -er-, dan em-, kata nama dan kata adjektif akan menjadi sisipan kata kerja apabila melalui proses pengimbuhan. Contohnya, menjelajah, bergerigi, dan bergemuruh. Seterusnya, pengulangan yang mempunyai makna gramatikal merupakan pengulangan atau penggandaan yang terhasil dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian- bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan (Tatabahasa Dewan,2010). Menurut Abdullah Hassan (2002), kata ganda terbahagi kepada lima iaitu gandaan penuh, gandaan separa, gandaan berentak, gandaan sisipan dan gandaan bebas. Tatabahasa Dewan (2010) menyatakan bahawa terdapat jenis kata ganda, iaitu kata ganda seluruh atau penuh, kata ganda separa dan kata ganda berentak atau bersajak atau berima. Bagi pemajmukan atau penggabungan, Tatabahasa Dewan (2010)

mendefinisikan proses majmuk ialah proses yang merangkalkan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Menurut Abdullah Hassan (2002), kata majmuk terdiri daripada dua perkaraan atau lebih tetapi bertabiat sama seperti satu perkataan. Makna kata majmuk merupakan makna gramatikal kerana makna itu hadir setelah terjadinya proses gramatikal, iaitu proses pemajmukan. Hal ini demikian berkaitan hubungan makna antara unsur yang membentuk paduan itu iaitu ada atau tidak makna yang muncul daripada hubungan makna antara unsur

pertama dengan unsur kedua dari paduan tersebut. makna kata majmuk dapat dilihat dari unsur-unsur pembentuknya sama ada makna itu terhasil daripada unsur pertama pembentuknya, unsur keduanya atau daripada kedua-duanya. Oleh itu, kata majmuk merupakan dua atau lebih kata yang digabungkan dan membawa makna baharu yang berbeza dengan maksud asal kata tersebut.

2.1.6 Makna Kontekstual Makna kontekstual merupakan makna sebuah kata atau gabungan kata atau suatu ujaran di dalam konteks pemakaiannya. Menurut Abdullah Yusof (2009), makna kontekstual sebagai makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks. Hal ini demikian merupakan konteks kalimat, konteks situasi atau konteks bidang pemakaian. Misalnya, perkataan mengambil yang mempunyai makna kontekstual dalam konteks kalimat ialah Anak itu mengambil buku saya., Semester ini saya belum mengambil mata pelajaran Ekonomi., Pak Uda akan mengambil dia sebagai pekerjanya., Kita harus bijak mengambil kesempatan., dan Tahun depan kami akan mengambil sepuluh orang pegawai baru.. Melalui kesemua ayat tersebut, perkataan mengambil bagi ayat, Anak itu mengambil buku saya., merujuk kepada makna leksikalnya iaitu menjemput sesuatu lalu membawanya. Manakala, bagi ayat, Semester ini saya belum mengambil mata pelajaran Ekonomi., perkataan mengambil merujuk kepada makna kontekstual iaitu mengikut. Bagi ayat, Pak Uda akan mengambil dia sebagai pekerjanya., makna kontekstualnya ialah menjadikan di samping itu bagi ayat, Kita harus bijak mengambil kesempatan., makna kontekstualnya ialah menggunakan. Seterusnya, bagi ayat, Tahun depan kami akan mengambil sepuluh orang pegawai baru., mempunyai makna kontekstual iaitu menerima. Secara rumusnya, perkataan mengambil pada ayat di atas mempunyai pelbagai makna yang dimiliki oleh satu perkataan yang digunakan dalam konteks kalimat yang berbeza dan dikenali sebagai makna polisemi. Hal ini demikian makna polisemi mempunyai keterkaitan semantik dengan makna leksikal dari perkataan yang dipolisemikan, termasuk keterkaitan asosiasi dan perbandingan. Misalnya, perkataan kepala. Makna leksikal bagi perkataan kepala ialah bahagian tubuh

manusia (binatang) dari leher ke atas. Melalui perkataan kepala tersebut, maka digunakan dalam ayat berikut : a) Ayahnya merupakan kepala sekolah. b) Nombor telifon sekolah ada pada kepala surat itu. c) Kepala paku itu agak rata. d) Setiap kepala mendapat bantuan kerajaan. e) Tetamu kehormat akan duduk di kepala meja. Melalui ayat yang di atas, makna polisemi bagi perkataan kepala dalam ayat (a) merupakan pemimpin (sekolah), bagi ayat (b) adalah bahagian atas/kertas surat, bagi ayat (c) adalah menyerupai (bentuk) kepala, pada ayat (d) adalah orang, dan pada ayat (e) adalah bahagian utama dari meja. Hal ini demikian makna pemimpin pada ayat (a) dengan kaitan leksikalnya adalah merujuk bahawa kepala merupakan bahagian utama pada manusia sehingga manusia tidak dapat hidup tanpa kepala. Perkara tersebut sama dengan sekolah yang mana harus dipimpin oleh seorang kepala. Makna bahagian atas/kertas surat pada ayat (b) mempunyai kaitan dengan kepala iaitu merujuk kepada kepala yang terletak di sebelah atas sama dengan letaknya kepada surat itu yang juga disebelah atas. Makna menyerupai pada ayat (c) juga mempunyai kaitan dengan kepala iaitu kepala berbentuk bulat sama dengan kepala paku yang juga relatifnya bulat. Tambahan lagi, makna kontekstual dalam konteks situasi kebiasaanya berbentuk ujaran. Hal ini demikian makna ujaran bergantung kepada konteks situasinya. Misalnya, ujaran seperti Sudah hampir pukul dua belas.. Ujaran sedemikian apabila diucapkan oleh seorang warden asrama pada malam hari, maka ujaran tersebut ditujukan kepada seorang yang masih berkunjung. Hal ini demikian merupakan permintaan atau peringatan agar pengunjung tersebut pulang segera kerana tempoh melawat sudah tamat. Namun, sekiranya ayat tersebut diujarkan oleh seorang ustaz pada siang hari di sebuah sekolah pondok, maka membawa maksud peringatan kepada pelajarnya mengenai sebentar lagi akan masuk waktu solat zohor. Makanya, ujaran Sudah hampir pukul dua belas., bukanlah bermakna hanya memberitahu berkaitan soal waktu sahaja tetapi boleh juga memberitahu yang lain berkenaan dengan waktu tersebut.

Selain itu, makna kontekstual bagi konteks bidang pemakaian yang berbeza makna bagi perkataan servis. Contohnya, Servisnya begitu tinggi.. Hal ini demikian, perkataan servis yang digunakan dalam ayat tersebut berasal dari bidang olahraga yang bermaksud pukulan bola pertama (permainan badminton atau tennis). Seterusnya, perkataan servis bagi ayat, Kereta ini selalu saya servis pada hujung minggu.. Perkataan servis pada ayat tersebut berasal dari bidang pengbengkelan yang merujuk kepada makna perbaikan atau perawatan. Manakala bagi perkataan servis dalam ayat, Masakannya enak, harganya murah dan memuaskan., berasal dari bidang jasa yang bermaksud pelayanan. 2.1.7 Makna Referensial Apabila perkataan mempunyai referen, maka perkataan tersebut mempunyai makna referensial. Menurut Palmer (2001), referen adalah hubungan antara unsurunsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman servisnya

nonlinguistik. Contohnya beg, kasut dan pakaian. Makna referensial berbeza dengan makna nonreferensial yang mana perkataan yang tidak mempunyai referen seperti kerana, namun, walaupun, dan tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial. Hal ini demikian perkataan yang tergolong sebagai kata tugas seperti kata hubung, kata sendi nama dan kata bantu termasuk dalam perkataan nonreferensial. Manakala perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh seperti makan, tidur, cerdik, dan cantik tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial. Referen atau acuan dapat diertikan sebagai benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah sesuatu yang ditunjuk oleh suatu lambang.

2.1.8 Makna Asosiatif Makna asosiatif merupakan makna yang dimiliki sebuah kata dengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi dan makna kolokatif (Leech,1976). Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain), perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik,1997). Menurut Setiawati Dermojuwono, makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam pemikiran seseorang apabila mendengar perkataan tertentu (Kushartanti, et.al., 2005).

Tambahan lagi, makna asosiatif dipengaruhi dengan unsur-unsur psikis, pengetahuan dan pengalaman seseorang. Bidang psikolinguistik kebiasaannya mengkaji makna asosiatif (Soenjono Dardjowidjojo,2003). Terdapat banyak

persamaan makna asosiatif di dalam masyarakat bahasa kerana pengalaman, lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama. Makna asosiatif turut memainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja makna refensial sahaja yang dipamerkan. Makna asosiatif memainkan peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna-makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Interpretasi bagi sesebuah puisi tidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana interpretasi puisi menjadi lebih mudah apabila seseorang itu memahami makna asosiatif (Kushartanti et. al., 2005). Makna asosiatif sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. Misalnya, perkataan mawar yang bermakna konseptual ialah sejenis bunga yang kuning tetapi cantik dan berbau harum dinyatakan untuk perlambangan bersih dan suci. Hal ini

bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif, stilistik, afektif, reflektif dan kolokatif. Di samping itu, makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan tersebut.

You might also like