You are on page 1of 14

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

KERTAS KERJA CADANGAN


”KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009”
SIRI 1
TEMA:
“PERJUANGAN BELUM SELESAI”

TEMPAT:
LECTURE TEATER LT, FAKULTI KEJURUTERAAN UNISEL

TARIKH:
24 OKTOBER 2009

ANJURAN:
GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)
CAWANGAN KHAS
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR, BESTARI JAYA
DENGAN KERJASAMA
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (HEP)
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR.

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)


CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.
KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

PENGENALAN

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG

Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah ditubuhkan


pada 15 Ogos 1948 dan merupakan satu pertubuhan pelajar tertua di tanahair. Sejak
ditubuhkan pada 1948 sehingga kini, GPMS telah banyak menyumbangkan khidmat
baktinya kepada agama, bangsa dan negara melalui program pendidikan, kebajikan,
keagamaan, kebudayaan dan kepimpinan. Keseluruhan program yang dijalankan oleh
GPMS dipadankan dengan penubuhan GPMS iaitu memperbaiki keadaan pelajar-
pelajar Melayu di segenap lapisan.

Di samping itu, GPMS memperjuangkan serta membantu mereka yang kurang


berkemampuan serta mendedahkan para pelajar akan pentingnya konsep kerjasama,
muafakat dan keprihatinan kepada masyarakat sekeliling. Ini adalah untuk membentuk
generasi pelajar yang bukan sahaja mantap dari segi akademiknya, malahan padat
dengan keprihatinannya kepada masyarakat.

GPMS juga mahu membentuk supaya bangsa Melayu itu dapat berdikari dan
maju atas daya inisiatif mereka sendiri untuk bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain.
Ini kerana GPMS melihat bahawa Melayu itu masih mundur walaupun kerajaan telah
melaksanakan pelbagai program bantuan untuk membantu bangsa Melayu. Oleh itu,
GPMS mahu melahirkan bangsa Melayu yang mampu berdiri dan berjaya tanpa
mengharapkan bantuan dari kerajaan dan mempunyai semangat daya saing yang tinggi.

Semoga dengan program yang dianjurkan nanti mampu mewujudkan Mahasiswa &
pelajar yang kaya dari segi pemahaman dan juga penghayatan. Mahasiswa & pelajar
yang akan lahir ini juga akan berbangga dengan jati diri budayanya di kemudian hari
sebagai akar nasionalisme dan kehidupan dalam masyarakat global dan perindustrian.

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)


CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.
KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

PENDAHULUAN

‫السلم عليكم ورحمة ال تعالى وبركاته‬


Tujuan kertas kerja cadangan ini dibuat adalah untuk merangka sebuah
program khidmat bakti yang berkonsepkan pendidikan. Dengan adanya
pembentukan kertas kerja cadangan ini, sesebuah program itu dapat dirancang
secara tersusun dan spesifikasi. Selain itu, segala perjalanan sebelum, semasa
dan selepas program juga akan dirancangkan supaya matlamat dan hala tuju
sesebuah program ini mencapai objektifnya.

Selain itu, tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapatkan
sokongan dan kelulusan dari pihak sekolah dan juga pihak pengurusan Hal
Ehwal Pelajar UNISEL. Justeru itu sokongan, bantuan dan tunjuk ajar dari pihak
atasan amat kami harapkan agar segala perancangan ini berjalan dengan lancar.

Antara tujuan lain kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapatkan
peruntukan dan tujuan bagi menampung kos pembiyaan sepanjang program ini.
Peruntukan dan tajaan ini amat diperlukan, supaya perjalanan program ini dapat
direalisasikan dengan penuh jayanya.

Kami amat mengharapkan sepenuh kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak
agar segala yang dirancang dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Sekian
terima kasih.

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)


CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.
KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

JUSTIFIKASI

Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi, begitulah


dominannya peranan mahasiswa di negara ini untuk membantu anak bangsa
yang masih di bangku sekolah. Dalam pembangunan dan pembentukan modal
insan, kami cukup yakin dan percaya sekiranya penglibatan mahasiswa di
dalam pemantapkan pelajaran pelajar-pelajar dapat membantu mereka untuk
cemerlang.

Kemakmuran dan kejayaan sesebuah negara pada masa hadapan


terletak kepada pemuda-pemudi kita pada masa kini. Pemantapan jatidiri dan
juga pengisian rohani haruslah diterapkan memandangkan ini merupakan intipati
utama sebagai bekalan untuk meneruskan perjuangan kelak. Dengan pengisian
pelbagai intisari program yang berteraskan motivasi untuk berjaya membolehkan
mereka ini menjadi insan yang cemerlang pada suatu hari nanti.

Sehubungan dengan itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung


(GPMS) Caw. Khas Universiti Industri Selangor (UNISEL) Bestari Jaya
dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Industri
Selangor, telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan “KURSUS
PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1” di Lecture Teater LT, Fakulti
Kejuruteraan UNiSEL, sebagai satu cara dalam merealisasikan hasrat GPMS
dalam membantu para pelajar membentuk daya kepimpinan dan keperibadian
yang mulia di dalam masyarakat.

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)


CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.
KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

MAKLUMAT PROGRAM

a) OBJEKTIF PROGRAM

Objektif mengadakan Kursus Pengucapan Awam 2009 adalah


berdasarkan prinsip 4 SEDAR seperti yang temaktub dalam
perlembagaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung semenjak
penubuhannya yakni :-

SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu di


seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
SEDAR atas kemunduran kami di alam pengetahuan.
SEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan
bangsa.
SEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin, dan hina mulianya bangsa itu
terletak di tangan kami.
Bersesuaian dengan perlembagaan ini, objektif utama program
ini diadakan adalah untuk :-

i. Mewujudkan sikap saling berkerjasama dan bertanggungjawab antara


belia muda dan menimbulkan kesedaran bahawa kita harus berusaha
untuk meningkatkan taraf kehidupan bangsa Melayu terutamanya di
alam pengetahuan.
ii. Membentuk pelajar-pelajar yang benar-benar berkualiti dari segi
akademik, ko- kurikulum, dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
iii. Menimbulkan kesedaran kepada pelajar-pelajar Melayu dan
masyarakat akan perlunya perpaduan itu dibentuk untuk menempuhi
cabaran-cabaran yang akan mereka hadapi di zaman globalisasi.
iv. Menyedarkan anak-anak Melayu akan tanggungjawab mereka setelah
mereka berjaya tentang keperluan untuk membantu menaikkan
kembali taraf bangsa Melayu dalam sosio-ekonomi Malaysia.

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)


CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.
KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

b) JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM

i. Membentuk mahasiswa UNiSEL yang benar-benar berkualiti dalam


bidang akademik, mempunyai kepimpinan diri yang cemerlang dan nilai
akhlak yang terpuji sebagai anak warisan bangsa.

ii. Menimbulkan kesedaran kepada mahasiswa Melayu akan tanggungjawab


dan peranan utama mereka sebagai pelajar dan seterusnya menyedari
perihal pentingnya ilmu pengetahuan, pengalaman dan kecemerlangan
pelajaran untuk survival bangsa di tanahair sendiri.

iii. Menyedarkan pelajar akan kekuatan dan potensi diri yang ada pada
mereka untuk mereka terus berusaha dan belajar.

iv. Membentuk pelajar-pelajar yang benar-benar berkualiti, bukan sahaja dari


segi pelajaran dan kepimpinan, malah peka kepada Pendidikan Anak
bangsa.

v. Menyedarkan anak-anak Melayu akan tanggungjawab mereka setelah


mereka berjaya tentang keperluan untuk membantu menaikkan kembali
taraf bangsa Melayu dalam bidang pendidikan .

vi. Agar dapat menyediakan jadual pengurusan masa yang mengutamakan


pembelajaran .

vii. Melatih diri mahasiswa/I yang bertindak sebagai fasilitator dan juga
peserta program untuk sentiasa menyedari tanggungjawab sebagai
seorang pelajar serta tidak leka dengan perubahan semasa.

viii. Melahirkan mahasiswa UNiSEL yang kaya dengan pemahaman dan


penghayatan terhadap perjuangan pendidikan bangsa Melayu kerana
mereka ádalah pewaris bangsa, penerus perjuangan dan penentu kepada
pengisian kemerdekaan tanahair.

ix. Melahirkan mahasiswa UNiSEL yang lebih matang akalnya, profesional


usahanya, peka dengan keadaan, berfikiran positif dan optimis,
mempunyai daya kreativiti dan inovatif serta proaktif dalam segala jenis
tindakan dan penyelesaian masalah.

x. Meningkatkan martabat mahasiswa Melayu sebagai bangsa yang


bermaruah, berkeperibadian nasional, mempunyai semangt patriotisme
dan ketaatan, komited kepada wawasan UNiSEL menjadi ‘World Class
University’ dan kepimpinan negara.

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)


CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.
KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

c) MATLAMAT PROGRAM

Matlamat utama GPMS UNiSEL Malaysia melaksanakan program ini bertujuan


untuk :

i. Menerapkan nilai-nilai murni dalam jati diri belia-belia muda dengan


mewujudkan sikap saling berkerjasama dan bertanggungjawab dalam
isu pendidikan. Menimbulkan kesedaran bahawa kita
bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf kehidupan bangsa
Melayu terutamanya di alam pengetahuan.
ii. Membentuk para belia muda yang berkualiti dari segi pelajaran dan
kepimpinan.
iii. Menimbulkan kesedaran kepada pelajar-pelajar Melayu dan
masyarakat akan perlunya perpaduan itu dibentuk untuk menempuhi
era globalisasi yang mula membawa revolusi di alam cyber dan
teknologi.
iv. Menyedarkan anak-anak Melayu akan tanggungjawab mereka untuk
membantu menaikkan kembali taraf bangsa Melayu dalam sosio-
ekonomi Malaysia.

d) TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh: 24 Oktober 2009 (Dalam Cadangan)

Tempat : Lecture Teater LT, Fakulti Kejuruteraan UNiSEL

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)


CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.
KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

e) JENIS PROGRAM

Kursus Pengucapan Awam 2009 Siri 1, ini merupakan satu


program yang berbentuk kepimpinan dan kemahiran komunikasi kepada seluruh
mahasiswa UNiSEL dan khususnya kepada mahasiswa melayu. Dengan adanya
program sebegini, mahasiswa dapat mempelajari bagaimana untuk berkata-kata
sebagai seorang ilmuan apabila berhadapan dengan masyarakat.

d) BILANGAN PESERTA

Jawatankuasa yang dibentuk oleh exco GPMS UNiSEL Malaysia telah


memutuskan bahawa akan mengambil peserta seramai 100 hingga 150 orang
pelajar UNiSEL daripada seluruh persatuan dan pelbagai kaum yang berminat
untuk menyertai. Pemidato atau penceramah yang dijemput ialah Saudara
Mohd Hafezi Bin Abdul Hamid daripada Kelab Seni Pengucapan Awam
(KESPA) Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia.

4. (a) SENARAI JAWATANKUASA GPMS UNISEL BESTARI JAYA.

Penaung : Dato’ Haji Baharom Bin Haji Kamari


Penasihat : Puan Siti Asmahan Binti Mohd Ali
Yang Di-Pertua : Haidir Anuar Bin Zubir
Timb. YDP : Abdul Taib Bin Maerad
Naib. YDP 1 : Ahmad Zahry Iswandi Bin Yunos
Naib. YDP 2 : Mohd Norhazri Bin Abu Bakar
Naib. YDP 3 : Rozita Binti Rosly
Setiausaha Agung : Saidatul Naila Bt Mohd Khalid
Pen. Setiausaha : Mohd Jamallullail Bin Musa
Setiausaha Kerja : Mohd Bob Halil Bin Mustafa
Bendahari Agung : Nurul Ai’ni
Pen. Bendahari : Nor Suhaila Bt Sahir

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)


CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.
KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

Ketua Penerangan : Mohd Azizul Hakim Bin Samsudin


Exco Latihan & Pembangunan : Abdul Razak Bin Ismail
Exco Sukan & Rekreasi : Mohd Nur Izwan Bin Busra
Exco Penerbitan, Penyiaran & Multimedia : Mohd Yaseer Bin Wasli
Exco Perhubungan Luar & Publisiti : Salasiah Binti Shahbudin
Exco Kepimpinan & Perkaderan Siswa : Mohammad Najib Bin Ahmad

b) JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

KETUA PENGARAH : ABDUL RAZAK BIN ISMAIL


900128-01-6575
SETIAUSAHA : NOOR AMALINA BT. ABDUL RAHMAN
861124-43-5378
BENDAHARI : AIRUL HAZWANI BINTI BOHARI
900123-06-5466

BIRO - BIRO:

PERSEDIAAN DAN TEKNIKAL : M. EFFENDY B. RASID


860739-33-5102
MAKANAN & MINUMAN : NIK FAIZ ZHAFIR
870717-14-5493
PENDAFTARAN : MOHAMMAD KHAIRUL
871202-05-5370

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)


CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.
KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

5. TENTATIF PROGRAM

SABTU (24 OKTOBER 2009):

08.00 pagi - Pendaftaran Peserta

08.30 pagi - Ucapan Alu-aluan daripada:

• Pengarah Program
• Penasihat GPMS UNiSEL Bestari Jaya.
09.00 pagi - Ceramah & Aktiviti daripada:

Saudara Mohd Hafezi Bin Abdul Hamid,


Ketua Fasilitator,
Kelab Seni Pengucapan Awam (KESPA)
Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia.

12.00 tgh - Rehat, Makan & Solat zohor

02.00 ptg - Aktiviti bersambung

04.30 ptg - Rehat & solat asar

05.00 ptg - Majlis Penutup & Penyampaian Cenderahati


Perasmian Penutup Oleh:
Prof Madya. Zainal Abidin Bin Kidam
Timbalan Naib Canselor (HEP)
Universiti Industri Selangor

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)


CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.
KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

5.(a) BELANJAWAN

Bil. Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)


1 Makanan & minuman :
Urusetia & VIP - 10 RM 5.00 RM 50.00
Peserta - 150 RM 5.00 RM 750.00

2. Pentadbiran:
Kertas A4 2 RM 10.00 RM 20.00
Photostat Bahan 150 Set RM 3.00 RM 450.00
Sijil 150 RM 1.50 RM 225.00

3. Bayaran Penceramah 1 RM 300.00 RM 300.00


Cenderahati 2 RM 30.00 RM 60.00
Lain-lain Kos RM 100.00 RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1955.00

5.(b) PENDAPATAN

Penaja Kuantiti Jumlah


Pihak UNISEL RM 500.00 RM 500.00
Pihak Luar RM 500.00 RM 500.00
Yuran Pendaftaran RM 1000.00 RM 1000.00
Jumlah RM 2000.00

6. KESIMPULAN

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)


CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.
KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

Program ini diharapkan dapat menjalinkan hubungan baik mahasiswa/i IPT

dengan masyarakat setempat disamping menanamkan nilai-nilai murni dalam diri

mahasiswa. Selain itu, program ini dapat melahirkan kesedaran dalam diri mahasiswa/I

akan tanggungjawab mereka dalam memartabatkan pendidikan bangsa disamping

cemerlang di dalam bidang akademik.

Semoga program ini akan memberikan pendedahan dan kesedaran tentang

tahap pendidikan bangsa yang perlu dinaiktarafkan sejajar dengan kemajuan ekonomi

dan teknologi masa kini. Melalui program seumpama ini juga, pihak universiti dapat

melahirkan belia-belia yang berkualiti, bukan sahaja dari segi pelajaran, pergaulan sosial

dan kepimpinan, malah peka kepada keadaan masyarakat sekelilingnya.

Dengan kerjasama daripada pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNiSEL,

pihak sekolah-sekolah yang terlibat dan pihak penaja, adalah menjadi harapan pihak

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung supaya program ini dapat direalisasikan dan

berjalan lancar demi memartabatkan pendidikan bangsa.

Program ini juga merupakan salah satu strategi jangka masa panjang dalam

merealisasikan impian Perdana Menteri untuk melahirkan belia-belia yang berdaya

saing tinggi, tidak mengetepikan nilai-nilai murni sesebuah bangsa dalam mencapai cita-

citanya serta cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga segala perancangan yang

telah dibuat dalam program ini akan dapat dilaksanakan dan akan mendapat keberkatan

dan keredhaan dariNya. InsyaAllah…

7. PENUTUP

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)


CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.
KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

Dengan ikhlasnya kami mengharapkan pentadbiran UNiSEL dapat


menyokong dan meluluskan usul ini, bagi menjayakan program yang
dicadangkan. Dengan adanya kerjasama daripada pihak atasan, dapatlah kami
merealisasikan hasrat ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. ……………………………..
(Abdul Razak Bin Ismail) (Haidir Anuar Bin Zubir)
Ketua Pengarah, Yang Di-Pertua,
Kursus Pengucapan Awam 2009 Gabungan Pelajar Melayu
Siri 1 Semenanjung (GPMS),
Caw. Khas UNiSEL
Bestari Jaya.

Disahkan oleh, Disokong oleh,

…………………………....................... …………………………..
(Puan Siti Asmahan Binti Mohd Ali) (En. Zulkifri Bin Kamil)
Penasihat, Timbalan Pendaftar,
Gabungan Pelajar Melayu Unit Perhubungan Pelajar HEP,
Semenanjung (GPMS) Universiti Industri Selangor.
Universiti Industri Selangor.

Diluluskan oleh,

………………………………..............................
(Prof Madya. Hj Zainal Abidin Bin Hj Kidam)
Timbalan Naib Canselor HEP,
Universiti Industri Selangor.
LAMPIRAN1
SEBARANG PERTANYAAN TENTANG

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)


CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.
KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1

KURSUS PENGUCAPAN AWAM 2009 SIRI 1


SILA HUBUNGI

Pengarah Program : Abdul Razak Bin Ismail

Alamat : Bilik Gerakan GPMS UNiSEL


Aras 1, TR 7
Bangunan Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Industri Selangor,
Kampus Bestari Jaya,
45600 Bestari Jaya
Selangor Darul Ehsan.
No Tel. : 019-7572607

Setiausaha Program : Noor Amalina Bt. Abdul Rahman

Alamat : Bilik Gerakan GPMS UNiSEL


Aras 1, TR 7
Bangunan Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Industri Selangor,
Kampus Bestari Jaya,
45600 Bestari Jaya
Selangor Darul Ehsan.
No Tel. : 019-2031922

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)


CAWANGAN KHAS UNISEL, BESTARI JAYA.

You might also like