You are on page 1of 13

900/1 STPM 2006

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM
KERTAS 1 SET 2
LEARNING TO SCORE

(ANEKA PILIHAN)
(Dua jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada
Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah
markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 13 halaman bercetak


Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2006

STPM 900/1 [Lihat sebelah


SULIT*

1
1. Antara berikut yang manakah merupakan dasar sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan
Malaysia ?
I Dasar Sogoshosha
II Dasar Kependudukan
III Dasar Pendidikan Negara
IV Dasar Pandang Ke Timur
A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV

2. Berikut ialah dasar-dasar pembangunan di Malaysia. Padankan objektif X, Y dan Z


dengan dasar I, II dan III.
Dasar Objektif
I Dasar Kepimpinan Melalui Teladan X Memastikan pasaran yang luas bagi
keluaran domestik
II Dasar Pandang ke Timur Y Mengamalkan perkhidmatran yang
bersih, cekap dan amanah
III Dasar Wanita Negara Z Menerapkan nilai-nilai dan etika kerja
yang positif

I II III
A X Y Z
B Y Z X
C Y X Z
D Z X Y

3. Antara berikut yang manakah cabaran yang paling rumit dicapai di bawah Wawasan
2020?
A Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing,
dinamik, teguh dan berdaya tahan
B Membentuk sebuah negara yang bersatu padu dan satu bangsa Malaysia yang
mempunyai matlamat yang dikongsi bersama
C Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan
kejiwaan serta didorong oleh pegangan etika yang tinggi
D Mewujudkan sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif yang mempunyai daya
perubahan yang tinggi sebagai pengguna dan penyumbang sains dan teknologi

4. Antara berikut yang manakah yang berkaitan dengan strategi pelaksanaan Dasar
Pertanian Negara Ketiga?
I Meningkatkan sekuriti makanan
II Menggalakkan penanaman hutan
III Merangka Rancangan Buku Hijau
IV Kajian baru pertanian melalui bioteknologi
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

5. Antara berikut yang manakah faktor-faktor utama yang memungkinkan Malaysia menjadi
Negara Perindustrian Baru?
I Peningkatan projek penswastaan
II Peningkatan taraf hidup rakyat Malaysia
III Kemasukan pelaburan dan tekonologi asing
IV Peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

2
6.
• Mengurangkan beban kewangan negara
• Menggalakkan perkembangan usahawan bumiputera
• Meningkatkan kecekapan dan menambah produktiviti
Dasar yang berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas ialah
A Dasar Ekonomi Baru C Dasar Persyarikatan Malaysia
B Dasar Penswastaan Malaysia D Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

7. Dasar Kependudukan Negara telah berubah daripada mengawal kadar pertumbuhan


penduduk kepada meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk. Antara berikut yang
manakah merupakan sebab utama perubahan tersebut?
A Meningkatkan produktiviti negara
B Memperkukuh ketenteraan negara
C Menggalakkan pertumbuhan industri perumahan
D Menyediakan sumber tenaga manusia yang mencukupi

8.
• Melahirkan tenaga rakyat yang mahir
• Mengembangkan kebudayaan, sosial dan politik negara
• Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Antara berikut yang manakah benar tentang penyataan di atas?
A Dasar Wanita Negara C Dasar Pendidikan Negara
B Dasar Pandang ke Timur D Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam

9. Antara berikut yang manakah industri yang berpotensi untuk dimajukan melalui Pelan
Induk Perindustrian?
I Industri besi dan keluli
II Industri barangan getah
III Industri kereta bermotor
IV Industri barangan kelapa sawit
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

10. Antara berikut yang manakah penekanan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam
pentadbiran?
I Keikhlasan
II Sentiasa bersaing
III Bertanggungjawab
IV Utamakan keuntungan
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

11. Antara berikut yang manakah benar tentang hasil Dialog Utara-Selatan?
I Perjanjian Getah Asli Antarabangsa
II Perjanjian ke arah perlucutan senjata nuklear
III Pelancaran GSTP ( Global System of Trade Preferences )
IV Perjanjian perlindungan negara maju untuk menstabilkan hasil komoditi asas
negara membangun
A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

3
12.
Keanggotaan : gabungan negara ASEAN, negara-negara
Timur dan negara-negara di Lautan Pasifik

Memajukan perdagangan bebas dan mengeratkan kerjasama


ekonomi yang bersifat serantau

X merujuk kepada :
A Kumpulan 15 ( G15 )
B Kumpulan 8 Negara-negara Maju ( G 8 )
C Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ( APEC )
D EAEC ( Kumpulan Rundingan Ekonomi Asia Timur )

13. Antara berikut yang manakah merupakan tuntutan dalam Order Baru Ekonomi Dunia
( NIEO )
I Memajukan perniagaan bebas
II Memajukan kepentingan bersama
III Perluasan pasaran bagi eksport Dunia Ketiga
IV Penentuan semula syarat-syarat perdagangan
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

14. Antara berikut yang manakah merupakan tujuan diadakan dialog ASEAN dengan
negara maju?
I Menitikberatkan kerjasama ekonomi.
II Menjamin keselamatan perairan di Selat Melaka
III Memperoleh bantuan pengurusan dan kewangan bagi projek tertentu
IV Negara-negara maju diminta tidak membawa senjata nuklear ke rantau ini.
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

15.
• Dasar perlindungan dan sekatan oleh negara-negara tetentu.
• Harga komoditi utama yang rendah tidak stabil.
Antara berikut yang manakah benar tentang permasalahan di atas ?
A. Negara-negara Membangun
B. Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
C. Kumpulan 8 Negara-negara Maju (G-8)
D. Kumpulan Ekonomi Asia Timur (EAEC)

16. Antara berikut yang manakah merupakan isu-isu yang dihadapi oleh Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada abad ke-21?
I Pengedaran dadah antarabangsa
II Keadaan ekonomi yang kritikal Di Benua Afrika
III Kebangkitan Amerika Syarikat sebagai kuasa unipolar
IV Persaingan di kalangan Negara-negara Perindustrian
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

4
17. Antara berikut yang manakah peristiwa yang telah mengubah matlamat perjuangan
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)?
I Tamatnya Dasar Apartheid di Afrika Selatan
II Penubuhan pasaran tunggal Kesatuan Eropah.
III Berakhirnya era Perang Dingin antara kuasa-kuasa besar
IV Kemasukan China dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

18. Antara berikut yang manakah situasi yang mencetuskan Konsep Zon Aman, Bebas
dan Berkecuali (ZOPFAN) ?
I Ancaman pengaruh komunis di Asia Tenggara.
II Kejayaan Vietnam Utara menakluki Vietnam Selatan.
III Penahanan pemimpin demokrasi oleh kerajaan Kemboja.
IV Campur tangan kuasa-kuasa besar yang menggugat keamanan di Asia
Tenggara.
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

19.
Isu-isu Hubungan Malaysia dengan ASEAN
I Kemasukan pendatang tanpa izin
II Pencerobohan kawasan perikanan
III Pertikaian Pulau Terumbu Peninjau dan Pulau Terumbu Siput
IV Buku memori bekas pemimpin negara ini menghina pemimpin Malaysia

Sesuaikan isu-isu dengan negara-negara anggota ASEAN yang berikut :


Negara Indonesia Thailand Singapura Filipina
A I II IV III
B I III II IV
C I IV II III
D IV III II I

20. Antara berikut yang manakah isu-isu sosioekonomi antarabangsa yang diperjuangkan
oleh Malaysia?
I Semakan semula beban hutang negara membangun.
II Perundingan Ekonomi Asia Timur menjadi blok perdagangan.
III Mewujudkan kerjasama ekonomi di kalangan negara Eropah Barat.
IV Mengurangkan pergantungan negara membangun kepada negara maju.
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

21. Antara berikut pilih padanan yang tepat.


Badan Kerajaan Peranan
I Eksekutif Menjalankan pemerintahan negara
II Kehakiman Menggubal dasar negara
III Perundangan Menggubal atau membuat undang-undang
IV Perundangan Mentadbir sesebuah kerajaan
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

22. Antara berikut yang manakah benar tentang badan eksekutif di Malaysia?
A Perdana Menteri dipilih menerusi pilihanraya umum
B Jemaah Menteri menentukan sesuatu dasar dalam atau luar negara
C Jemaah Menteri mengawal secara langsung perbadanan awam di Malaysia
D Jemaah Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dari kalangan ahli Dewan
Rakyat

5
23. Antara berikut yang manakah benar tentang amalan demokrasi di Malaysia?
I Semua ahli Majlis Parlimen dipilih menerusi pilihanraya
II Rakyat bebas memilih calon yang bertanding dalam pilihan raya
III Parti yang menang majoriti dalam pilihanraya akan membentuk kerajaan
IV Rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun diwajibkan mengundi dalam pilihanraya
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

24. Antara berikut yang manakah boleh menyebabkan terlucutnya taraf kewarganegaraan
seseorang?
I Menjadi pengundi dalam pilihanraya Presiden Indonesia
II Warganegara secara kuatkuasa undang-undang telah dihukum penjara selama 2
tahun
III Menjalankan urusan perniagaan dengan negara musuh Persekutuan semasa
peperangan
IV Bermastautin di negara asing selama 4 tahun secara berterusan tanpa mendaftar
diri di Pejabat Konsul Persekutuan
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

25.
• Encik Osman berasal dari Thailand dan merupakan pemastautin tetap Malaysia
• Isterinya warganegara Singapura telah melahirkan anak di Malaysia
Antara berikut yang manakah benar tentang kewarganegaraan anak Encik Osman?
A Bukan warganegara
B Warganegara cara masukan
C Warganegara cara Pendaftaran
D Warganegara cara kuatkuasa undang-undang

26. Antara berikut yang manakah kebebasan asasi yang boleh disekat oleh undang-
undang?
I Kebebasan diri
II Kebebasan bergerak
III Kebebasan daripada perhambaan
IV Perlindungan daripada undang-undang jenayah berkuatkuasa kebelakangan
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

27.
• Memulihkan keyakinan pelabur-pelabur asing terhadap ekonomi negara
• Memperkukuhkan asas ekonomi negara
• Mengelakkan negara daripada kegawatan ekonomi
Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas?
A Bank Negara Malaysia C Majlis Kewangan Negara
B Kementerian Kewangan D Majlis Tindakan Ekonomi Negara

28. Antara berikut yang manakah benar tentang Pihak Berkuasa Tempatan?
A Ahli-ahli majlis dilantik oleh Ketua Negeri bagi tempoh tiga tahun
B Datuk Bandar atau Yang Dipertua Majlis adalah pentadbir utama
C Mempunyai kuasa untuk menetapkan sempadan dan status perbandaran
D Mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan bilangan
penduduk, jumlah hasil kutipan dan keluasan kawasan

6
29.
• Meluluskan hari bekerja kakitangan awam lima hari seminggu
• Meluluskan pemberian bonus kepada kakitangan awam
Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas?
A Perbendaharaan C Jabatan Perkhidmatan Awam
B Jabatan Perdana Menteri D Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

30. Antara berikut yang manakah benar tentang Yang di-Pertua Negeri?
I Mesti dilahirkan di negeri berkenaan
II Terlibat dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong
III Melantik Ketua Menteri bagi mengetuai pemerintahan negeri
IV Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh empat tahun
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

31. Antara berikut yang manakah benar tentang Setiausaha Majlis Raja-Raja?
A Memegang jawatan selama 5 tahun
B Dilantik dari kalangan Raja-Raja Melayu
C Mengumumkan keputusan Majlis Raja-Raja
D Berhak mengundi semasa pemilihan Yang di-Pertuan Agong

32. Antara berikut yang manakah benar tentang Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik
Setiausaha Parlimen Setiausaha Politik
A Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Dilantik oleh Perdana Menteri
B Ahli Dewan Rakyat Ahli Dewan Negara
C Saraan di bawah peruntukan Parlimen Saraan ditetapkan oleh Jemaah Menteri
D Membantu menteri dan timbalan Membantu menteri dan timbalan
menteri dalam perbahasan di dalam menteri di kementerian
Parlimen

33. Antara berikut yang manakah tergolong dalam Perkhidmatan Awam Malaysia ?
I Angkatan Tentera Malaysia
II Yang di-Pertua Dewan Rakyat
III Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
IV Diplomat Malaysia ke negara asing yang ditetapkan oleh Yang Di-Petuan Agong
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

34. Antara berikut yang manakah benar tentang fungsi Pejabat Setiausaha Persekutuan
bagi Sabah dan Sarawak ?
I Menjaga ketenteraman di peringkat negeri
II Menyelaras pentadbiran Kerajaan Persekutuan di peringkat negeri
III Memelihara hubungan rapat Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
IV Menyelaras pentadbiran imigresen antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

35. Antara berikut yang manakah benar tentang jawatan dan kuasa pelantikannya?
Jawatan Dilantik oleh
I Ketua Menteri Yang di-Pertua Negeri
II Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jemaah Menteri
III Timbalan Menteri Yang di-Pertuan Agong
IV Ketua Polis Negara Perdana Menteri

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

7
36. Antara berikut yang manakah benar tantang pemakaian Common Law di Malaysia ?
I Apabila wujud keraguan tentang undang-undang terdahulu
II Peruntukan undang-undang tempatan kurang menyakinkan
III Apabila tiada terdapat statut tempatan mengenai sesuatu perkara
IV Bahagian undang-undang Inggeris yang bersesuaian dengan kegunaan
tempatan sahaja
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

37. Antara berikut yang manakah merupakan komponen Badan Perundangan Negeri ?
I Sultan
II Dewan Undangan Negeri
III Setiausaha Kerajaan Negeri
IV Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

38. Antara berikut yang manakah benar tentang keahlian Dewan Undangan Negeri ?
I Boleh menjadi ahli Dewan Rakyat
II Mesti mewakili sesebuah parti politik
III Mesti bermastautin dalam negeri yang berkenaan
IV Dibataskan kepada warganegara berumur 30 tahun ke atas
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

39. Antara berikut yang manakah benar mengenai proses pilihan raya di Malaysia ?
I Jumlah perbelanjaaan pilihan raya bagi Dewan Rakyat tidak boleh melebihi
RM500,000.00
II Setiap calon dibenar mendirikan tidak lebih daripada 20 pondok di luar sempadan
tempat mengundi
III Calon bebas akan menggunakan lambang atau simbol yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya
IV Calon Dewan Rakyat yang memperoleh bilangan undi kurang daripada satu
perlapan akan hilang wang pertaruhannya
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

40. Antara berikut yang manakah merupakan susunan yang betul mengenai perkara-perkara
yang perlu dilaksanakan selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan ?
I Penamaan calon pilihan raya
II Perlantikan yang Dipertua Dewan
III Pilihan raya Dewan Undangan Negeri
IV Perlantikan Menteri Besar/Ketua Menteri
V Persidangan pertama Dewan Undangan Negeri
A I, II, III, IV dan V C I, IV, III, V dan II
B I, III, IV, II dan V D I, III, II, V dan IV

41. Antara berikut yang manakah merupakan bidang kuasa Mahkamah Penghulu ?
I Membicarakan kes-kes jenayah yang dendanya tidak melebihi RM25
II Membicarakan kes-kes sivil yang nilai tuntutannya tidak melebihi RM50
III Membincarakan kes sivil dan jenayah yang hukumannya tidak melebihi 3 bulan
penjara
IV Membicarakan kes-kes yang dilakukan oleh budak-budak yang berumur di bawah
18 tahun
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

8
42. Antara berikut yang manakah merujuk kepada maksud Doktrin Duluan Kehakiman Yang
Mengikat?
A Semua keputusan Mahkamah Persekutuan harus menjadi ikutan Mahkamah Rendah
B Doktrin ini merujuk kepada semua keputusan mahkamah bawahan dan dikawal oleh
Mahkamah Persekutuan
C Semasa membuat keputusan, hakim akan mendapat nasihat daripada hakim
mahkamah yang lebih tinggi.
D Semasa membuat keputusan, hakim mengikut prinsip keputusan hakim terdahulu
bagi kes yang serupa.

43. Antara berikut yang manakah merupakan kesalahan yang melibatkan bidang kuasa
Mahkamah Syariah?
I Membunuh
II Berkhalwat
III Mencuri di masjid
IV Tidak membayar zakat
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

44. Antara berikut siapakah yang dibenarkan untuk mengundi secara pos ?
I Encik P yang sedang menjalani rawatan di hospital sakit jiwa
II Encik Q yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun
III Encik R yang merupakan seorang duta yang sedang bertugas di Amerika Syarikat
IV Encik S yang merupakan salah seorang kakitangan tidak tetap Suruhanjaya Pilihan
Raya
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

45. Antara berikut siapakah yang dibenarkan berada di Pusat Pengiraan Undi selepas
pilihan raya berlangsung ?
I Ejen pilihan raya
II Calon pilihan raya
III Pegawai Kerajaan Negeri
IV Penyokong-penyokong calon
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

46. Seorang peniaga membeli 30 kotak buah kiwi, setiap kotak diisi 48 biji dengan kos
RM0.45 sebiji. Peniaga tersebut menjual 23 kotak buah kiwi kepada penjaja-penjaja di
pasar di sekitar bandar Ipoh dengan harga borong RM8.00 sedozen. Selebihnya dijual di
kedainya sendiri dengan harga RM5.20 setengah dozen. Selepas dua minggu, dia
berjaya menjual kesemua buah kiwi tersebut setelah 36 biji yang rosak telah dibuang
sahaja. Berapakah keuntungan yang diperoleh peniaga tersebut?
A RM218.00 B 348.00 C RM379.20 D RM996.00

47. Pada tahun 2005, seorang guru DG41 mendapat gaji bulanan sebanyak RM 2863.73.
Kenaikan gaji tahunan beliau ialah pada 1 April. Gaji beliau pada bulan Disember ialah
RM 2994.41. Berapakah purata pendapatan beliau pada tahun 2005.
A RM 2961.74 B RM 2950.85 C RM 2874.62 D RM 2972.63

9
Soalan 48 dan 49 berdasarkan Jadual 1.

Jadual 1: Selangor: Saman Lalu Lintas 2003-2004 (Januari – Mei)


Bil. Kawasan 2003 2004
1. Petaling Jaya 55,544 7,1516
2. Kelang 23,300 36,381
3. Shah Alam 26,562 44,823
4. Kajang 58,516 55,970
5. Gombak 45,093 38,166
6. Kuala Langat 12,238 9,157
7. Sabak Bernam 5,631 9,127
8. Kuala Selangor 10,971 21,479
9. Ulu Selangor 22,845 28,200
10. Ampang 26,065 20,555
11. Sepang 29,069 32,318

JUMLAH 315,834 367,692

48. Antara berikut yang manakah benar tentang jadual di atas ?


I Peratus perubahan saman lalu lintas di kawasan Gombak adalah paling rendah
II Peratus perubahan saman lalu lintas di kawasan Kuala Selangor adalah paling
tinggi
III Saman lalu lintas kawasan Kelang telah meningkat sebanyak 56.14% bagi tempoh
yang dinyatakan
IV Saman lalu lintas kawasan Ampang telah meningkat sebanyak 21.14% bagi
tempoh yang dinyatakan
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

49. Berapa peratuskah peningkatan jumlah saman lalu lintas negeri Selangor pada tahun
2003 hingga 2004 (Januari-Mei) ?
A 1.64% B14.10% C 16.42% D 141%

50. Dua buah kampung iaitu Kampung Simpang dan Kampung Bagan mempunyai
penduduk seramai 584,490 orang. Penduduk Kampung Simpang ialah 30% daripada
jumlah penduduk. Penduduk Kampung Bagan yang mempunyai komputer ialah 15%
lebih tinggi daripada jumlah penduduk Kampung Simpang. Berapakah jumlah penduduk
Kampung Bagan yang mempunyai komputer?
A 175347 orang B 201649 orang C 187673 orang D 496816 orang

51. Kerajaan Pusat bersetuju memberikan peruntukan wang kepada Kerajaan Negeri
berdasarkan formula berikut.
Jumlah RM seorang
100,000 orang yang pertama 38
500,000 orang yang kedua 35
Melebihi 1 juta 28
Jika sesebuah negeri mempunyai penduduk seramai 2,600,000 orang, berapakah
peruntukan wang yang diterima oleh Kerajaan Negeri?
A RM 72,000,000 C RM 77,300,000
B RM 72,800,000 D RM 77,000,000

10
Soalan 52 berdasarkan Carta 1.

Carta 1 : Organisasi Pejabat OSK di Teluk Intan.


Penguru

Penolong Pengurus

Kerani
Budak Pejabat
Juruaudit

Jurutaip

52. Berdasarkan maklumat yang diberikan, siapakah yang bertanggjawab secara langsung
kepada pengurus?
A Penolong pengurus
B Juruaudit dan penolong pengurus
C Penolong pengurus, kerani dan jurutaip
D Budak pejabat, penolong pengurus dan juruaudit

53. Lee Fong, Mangalah, Nurul dan Chong telah melawat Soon Leong di Hospital. Masa
lawatan mereka ialah
Lee Fong jam 12.00 tengah hari
Mangalah jam 1.00 petang
Nurul jam 2.00 petang
Chong jam 3.00 petang

Guru kelas mereka telah melawat Soon Leong di antara Lee Fong dengan Mangalah.
Lee Fong tidak melawat Soon Leong sebelum Nurul dan Chong. Chong tidak melawat
Soon Leong antara Mangalah dan Chong. Siapakah yang melawat Soon Leong paling
akhir?
A Lee Fong dan Nurul C Nurul dan Chong.
B Mangalah dan Chong D Lee Fong dan Chong.

54. Bas Hup Soon berkhidmat tiap-tiap 25 minit dari Teluk Intan ke Simpang Empat.
Perjalanan tersebut mengambil masa 25 minit. Setelah berehat 15 minit di Simpang
Empat bas tersebut balik ke Teluk Intan. Jika Ali memandu salah sebuah daripada bas
tersebut dan bertolak dari Teluk Intan pada jam 8.45 pagi, pada jam berapakah dia akan
berselisih dengan bas yang dipandu oleh Rama yang berlepas terlebih dahulu
daripadanya?
A 8.55 pagi B 9.00 pagi C 9.05 pagi D 9.10 pagi

11
Soalan 55 dan 56 berdasarkan Jadual 2 dan Jadual 3.

Jadual 2 : Jumlah Pinjaman


RM 80 000 ke bawah 8.25%
RM 80 001 hingga RM 100 000 8.25%
RM 100 000 ke atas
*Hartanah yang telah siap 9.00 %
Hartanah yang belum siap 9.25%
*Harta tanah yang mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki

Jadual 3: Jadual Bayaran untuk Pinjaman Sebanyak RM1000


Jangka Kadar Faedah / Bayaran Bulanan
Masa 8.25% 8.50% 9.00% 9.25% 10.00%
(Tahun) RM RM RM RM RM
5 21.01 21.15 21.42 21.56 21.98
12 11.20 11.35 11.64 11.79 12.23
15 9.89 10.04 10.34 10.49 10.96
18 9.05 9.20 9.52 9.68 10.16

55. Encik Y ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah rumah yang berharga RM
120 000. Dia telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM25 000 dan bakinya
akan dibayar secara ansuran kepada bank selama 15 tahun. Berapakah bayaran
bulanannya kepada pihak bank?
A. RM 939.55 B. RM953.38 C. RM1240.80 D. RM 1258.80

56. Setelah 15 tahun, Encik Y telah selesai membayarnya. Berapakah jumlah sebenar yang
telah dibayarnya untuk membeli rumah tersebut?
A. RM169 119 B. RM194 119 C. RM196 684 D. RM223 344

57. Sebuah majalah dicetak dengan kos RM6.00 sebuah dan kos tetap ialah RM3060.00.
Jika harga jualan sebuah buku ialah RM6.60, berapa buahkah buku yang perlu dicetak
supaya penerbitannya mula memperoleh keuntungan daripada jualan setiap buah buku
yang seterusnya?
A 463 buah B 505 buah C 5100 buah D 5101 buah

Soalan 58 dan 59 berdasarkan Jadual 4.

MALAYSIA: GUNA TENAGA MENGIKUT SEKTOR, 2000-2005 (‘000 orang)


Sektor 2000 2003 2005
Pertanian dan Perhutanan 1407.5 1404.8 1403.0
Perlombongan dan kuari 41.2 42.7 43.5
Pembuatan 2558.7 2829.0 3177.1
Pembinaan 755.0 793.7 823.0
Perkhidmatan bukan kerajaan 2629.5 2976.6 3173.1
Perkhidmatan kerajaan 981.0 1026.1 1048.7
Perkhidmatan lain 898.7 1075.2 1173.5
Jumlah 9271.2 10148.1 10842.0
Tenaga Buruh 9572.5 10514.9 11208.3
Pengangguran 301.3 366.8 366.3
Kadar pengangguran (%) 3.1 3.5 3.3

12
58. Antara yang berikut yang manakah yang benar tentang jadual di atas.
I Guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan meningkat sebanyak 6.9%
setiap tahun.
II Guna tenaga dalam sektor pembinaan mengalami pertumbuhan 9% bagi tempoh
tahun 2000-2005.
III Guna tenaga dalam sektor pertanian dan perhutanan mengalami kemerosotan
kurang daripada 0.3% bagi tempoh 5 tahun.
IV Peratusan perubahan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan bukan kerajaan
bagi tempoh tahun 2000-2003 lebih besar berbanding dengan tempoh tahun 2003-
2005
A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

59. Antara berikut yang manakah benar tentang Jadual 4 di atas.


I Perubahan tenaga buruh bagi tempoh tahun 2000-2005 sebanyak 14.6%.
II Menjelang tahun 2005 nisbah antara petani dengan jumlah guna tenaga semakin
berkurang.
III Bagi tempoh tahun 2000-2005, penggunaan tenaga buruh berkadar songsang
dengan pengangguran.
IV Peratusan perubahan pengangguran di Malaysia bagi tempoh tahun 2003-2005
semakin berkurang berbanding dengan tempoh tahun 2000-2003.
A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

60. Seorang peniaga runcit mendapat hasil jualan pada Januari berjumlah RM18,680.00.
Pada bulan berikutnya pendapatannya meningkat 20%. Pada bulan Mac
pendapatannya merosot sebanyak RM 2750.00 daripada bulan sebelumnya. Berapakah
peratusan kemerosotan pendapatan antara Februari dan Mac?
A 10.9% B 12.3% C 12.8% D 14.7%

13

You might also like