You are on page 1of 7

900/2 STPM 2007

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM
KERTAS 2 SET 2
LEARNING TO SCORE
(Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E,
dan dua soalan dalam bahagian C.
Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.
Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak


Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2007
2

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25]

1. “Remaja Punk di Malaysia mendakwa mereka mempunyai ‘mukjizat’ yang boleh


menguasai pelbagai elemen bagi melindungi ancaman orang luar.” Fenomena ini
adalah antara fahaman songsang yang melanda remaja masa kini.
Bincangkan punca keruntuhan akhlak remaja dan kesan terhadap pembangunan
modal insan negara.

2. Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan kes kemalangan jalan raya yang berlaku
di Malaysia disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya. Kes ini terus meningkat
walaupun pelbagai inisiatif telah diambil untuk menanganinya. Bincangkan.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25]

3. Air amat penting untuk meneruskan kelangsungan hidup manusia. Namun, kualitinya
semakin menurun akibat sumber pencemaran semulajadi dan aktiviti manusia.
Bincangkan.

4. Teknologi nuklear telah mula diterokai penggunaannya dalam bidang industri dan
semakin berkembang sejak penemuan sinaran mengion serta bahan radioaktif.
Bincangkan kepentingan penggunaan tenaga nuklear dalam kehidupan manusia.

Bahagian C

Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan
satu daripada soalan 6(a) atau 6(b).

5 (a) “Apabila berlaku peperangan, masing-masing pihak menunding jari


menyalahkan masing-masing pihak yang memulakan peperangan. Akhirnya, pihak yang
mempunyai kuasa politik dan kuasa media massa yang kuat menjadi ‘juara’. Media massa
juga merupakan satu alat peperangan yang penting kerana dapat mempengaruhi
pandangan audien seantero dunia. Dari satu segi, peperangan juga merupakan suatu
industri yang cukup besar, mahal lagi menguntungkan dan mampu membina pelbagai
bentuk industri baharu.”
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budaya, Ilmu Dan Industri
Peperangan” ,Dewan Budaya,Januari 2006)

(i) Mengapakah dikatakan pihak yang mempunyai kuasa media massa yang kuat akan
menjadi “juara” apabila berlaku peperangan?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana
peperangan mampu membina pelbagai bentuk industri baharu.

ATAU
3

5 (b) “Keselamatan produk adalah penting kepada pengguna kerana pengguna


akan berasa yakin terhadap produk yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka.
Pengeluar, pengguna dan kerajaan mempunyai tanggungjawab terhadap keselamatan
produk-produk pengguna.”
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Keselamatan Produk
Pengguna DiRumah”, Buletin Pengguna, Ogos 2006)

(i) Mengapakah keselamatan produk perlu diutamakan?

(ii) Dengan tidak melebihi 50 patah perkataan, jelaskan tanggungjawab pengeluar


dalam memastikan keselamatan produk.

6 (a) “Kepupusan hidupan liar sering dikaitkan dengan kepercayaan turun temurun
manusia selain diakibatkan juga oleh kepesatan pembangunan negara bagi tujuan industri
dan pertanian. Sering kali berlaku pertindihan kepentingan di antara manusia dengan
hidupan liar dalam meneruskan kehidupan. Tindakan perlu diambil bagi mengawal
kepupusan hidupan liar agar generasi akan datang dapat menikmati apa yang telah kita
kecapi dahulu.”

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Hidupan Liar dan Manusia: Wajarkah


Konflik?” Majalah Era Hijau, Keluaran 3 – 2006)

(i) Apakah agen pemusnah hidupan liar?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan apakah
yang menyebabkan konflik antara manusia dan hidupan liar?

ATAU

6 (b) “Malaysia sentiasa mengambil pendekatan proaktif dalam pengurusan dan


pemuliharaan biodiversiti. Kerajaan sedang menggalakkan penggunaan lestari sumber
biologi melalui bioteknologi untuk menjana kekayaan baru. Sumber-sumber biologi perlu
dipulihara supaya ia dapat dibangunkan untuk dijadikan produk berguna bagi menjana
pertumbuhan ekonomi.”

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Kesan Kegiatan Manusia Ke Atas


Kepelbagaian Biologi”, Majalah Era Hijau, Keluaran no 2 - 2006)

(i) Mengapakah sumber-sumber biologi perlu diuruskan secara bijak?

(ii) Dengan tidak melebihi 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana kepelbagaian


biologi dapat dipulihara?
4

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[15]

7. Berdasarkan maklumat di bawah, lukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah penduduk mengikut peringkat umur, jantina, dan etnik bagi tahun 2000.

Bilangan penduduk di negara kita menunjukkan peningkatan dari tahun ke setahun.


Pada tahun 2000, populasi rakyat Malaysia mengikut kaum-kaum utama iaitu Melayu, Cina
dan India telah mencecah ke angka 19568.79 ribu orang.

Pada peringkat umur antara 0 hingga 14 tahun, jumlah penduduk lelaki adalah
sebanyak 3285.01 ribu orang berbanding penduduk perempuan sebanyak 3094.89 ribu
orang. Bilangan penduduk lelaki bagi kaum Melayu dan Cina masing-masing sebanyak
2252.13 ribu orang dan 771.99 ribu orang. Manakala selebihnya ialah kaum India. Bilangan
penduduk perempuan Melayu pula berkurang sebanyak 122.5 ribu orang berbanding lelaki.
Kaum Cina perempuan adalah sebanyak 717.23 ribu orang manakala selebihnya terdiri
daripada kaum India.

Jumlah penduduk Melayu pada peringkat umur antara 15 hingga 29 tahun telah
mencecah angka 3103.92 ribu orang. Perempuan Melayu pada peringkat umur ini melebihi
bilangan lelaki Melayu sehingga mencecah 1557.81 ribu orang. Kaum Cina pula agak ketara
perbezaaannya antara lelaki dan perempuan. Bilangan lelaki adalah sebanyak 1257.89 ribu
orang iaitu melebihi perempuan sebanyak 549.01 ribu orang. Populasi kaum India masih
lagi kecil iaitu sebanyak 234.45 ribu orang bagi lelaki dan 235.03 ribu orang bagi
perempuan.

Golongan penduduk aktif di Malaysia adalah pada peringkat umur antara 30 hingga
44 tahun. Jumlah penduduk pada peringkat umur ini mencatat sebanyak 4027.31 ribu orang.
Penduduk lelaki dalam peringkat ini berjumlah 2019.77 ribu orang dan lelaki Melayu
mencatat bilangan paling tinggi iaitu 1134.90 ribu orang. Sementara itu kaum Cina dan India
masing-masing berjumlah 686.99 ribu orang dan 197.88 ribu orang. Sebanyak 1146.64 ribu
orang terdiri daripada kaum Melayu perempuan. Kaum Cina perempuan adalah sebanyak
662.27 ribu orang dan selebihnya kaum India perempuan.

Kaum Melayu lelaki pada peringkat umur antara 45 hingga 59 tahun adalah
sebanyak 631.42 ribu orang atau 52.11% daripada jumlah keseluruhan lelaki . Kaum Cina
pula sebanyak 473.86 ribu orang dan selebihnya kaum India lelaki. Jumlah penduduk
perempuan pada peringkat umur ini hanyalah 1140.98 ribu orang iaitu berkurang sebanyak
70.6 ribu orang berbanding jumlah lelaki. Daripada jumlah tersebut sebanyak 607.80 ribu
orang terdiri daripada kaum Melayu perempuan, kaum Cina perempuan pula sebanyak
428.11 ribu orang iaitu melebihi kaum India perempuan sebanyak 323.04 ribu orang.

Jangka hayat penduduk Malaysia semakin meningkat dan hal ini dibuktikan dengan
jumlah penduduk yang berumur 60 tahun ke atas ialah sebanyak 1268.85 ribu orang.
Jumlah perempuan adalah sebanyak 668.00 ribu orang. Jumlah kaum Melayu masih tinggi
iaitu sebanyak 673.98 ribu orang dan lelaki mencatat sebanyak 317.92 ribu orang. Kaum
Cina perempuan juga melebihi lelaki sebanyak 22.37 ribu orang pada peringkat umur ini.
Seterusnya kaum India lelaki pula sebanyak 43.61 ribu orang iaitu berkurang sebanyak 6.64
ribu orang berbanding perempuan.

( Dipetik dan diubahsuaika daripada Buku Tahunan


Perangkaan, Malaysia, m.s 28-29,2005.)
5

8. Berdasarkan maklumat di bawah lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan pola
pinjaman sektor-sektor terpilih di Malaysia bagi tahun 2000 hingga 2004.

Dalam usaha untuk memaju dan memakmurkan ekonomi negara, pihak swasta juga
diseru untuk memberi sumbangan. Justeru, syarikat-syarikat kewangan di negara ini telah
memainkan peranan dengan menyalurkan pinjaman kepada sektor-sektor ekonomi negara.

Sektor pertanian, ternakan, perhutanan dan perikanan telah menerima pinjaman


sebanyak RM732.5 juta pada tahun 2000. Jumlah pinjaman telah berkurangan pada tahun
berikutnya sebanyak RM 91.5 juta berbanding tahun 2000. Pinjaman yang diterima oleh
sektor ini berkurang kepada RM562.9 juta pada tahun 2002. Galakan kerajaan terhadap
kegiatan akuakultur telah meningkatkan pinjaman kepada RM569.4 juta pada tahun 2003.
Seterusnya sektor ini telah mengurangkan pinjaman sebanyak RM86.2 juta berbanding
tahun sebelumnya.

Pengeluaran sektor perlombongan dan kuari di negara kita semakin menurun akibat
penutupan lombong-lombong timah. Namun, perlombongan petroleum dan gas asli cecair
telah menghasilkan pulangan yang tinggi kepada negara. Pada tahun 2000, sektor ini
meminjam sebanyak RM187.0 juta dan jumlah pinjaman menurun kepada RM175.9 juta
pada tahun 2001. Tahun 2002 dan 2003, masing-masing mencatat sebanyak RM113.0 juta
dan RM106.3 juta. Seterusnya pinjaman terus berkurang sebanyak RM47 juta. pada tahun
2004.

Peranan sektor perkilangan dalam memacukan perkembangan ekonomi negara


memang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Justeru, bagi memantapkan lagi
perkembangan sektor ini, syarikat kewangan telah menyediakan pinjaman sebanyak
RM2891.0 juta pada tahun 2000. Jumlah pinjaman sektor ini meningkat kepada RM3004.3
juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2002 jumlah pinjaman menurun kepada RM2513.9
juta. Seterusnya pada tahun 2003, jumlah pinjaman telah meningkat sebanyak RM249.3 juta
berbanding tahun 2002. Sektor ini telah mengurangkan pinjaman sebanyak RM859 juta
pada tahun 2004 berbanding tahun sebelumnya.

Sektor pembinaan telah mencatat jumlah pinjaman paling tinggi berbanding sektor-
sektor terpilih yang lain. Pada tahun 2000 dan 2001, sektor ini telah meminjam masing-
masing sebanyak RM6137.6 juta dan RM 6015.7 juta. Jumlah pinjaman merosot sebanyak
RM511.6 juta pada tahun berikutnya. Sektor ini juga terus mengurangkan pinjaman pada
tahun 2003 kerana hanya mencatat sebanyak RM5332.2 juta. Penurunan pinjaman yang
paling ketara ialah pada tahun 2004 kerana telah menyusut sebanyak RM2624.1 juta
berbanding tahun 2003.

Pinjaman sektor hartanah pada tahun 2000 adalah sebanyak RM1526.8 juta.
Tempoh kegawatan ekonomi negara telah menjejaskan potensi sektor hartanah di negara
ini. Pada tahun 2001 sektor ini telah menunjukkan jumlah peningkatan yang kecil iaitu
mencecah RM1543.0 juta. Setahun kemudian jumlah pinjaman telah menurun kepada
RM1438.7 juta. Seterusnya jumlah pinjaman telah menurun dua tahun berturut-turut
sebanyak RM304.9 juta dan RM755.4 juta berbanding tahun 2002.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan


Perangkaan, Malaysia,2005. )
6

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15]

9. Berdasarkan jadual di bawah, huraikan kadar eksport barangan terpilih dan negara-
negara yang mengimport bagi tahun 2004. Berikan alasan mengapa wujudnya keadaan
sedemikian.

Eksport Barangan Nilai %


(RM Juta)
Bahan Api Galian, Pelincir dan lain-lain 55 765.84 11.6
Bahan-bahan Mentah tidak boleh dimakan 12 499.24 2.6
Makanan 10 095.54 2.1
Minyak dan Lemak Binatang dan Sayur-sayuran 26 440.70 5.5
Bahan kimia 26 921.44 5.6
Barang-barang Keluaran Kilang 37 016.98 7.7
Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan 262 484.04 54.6
Jumlah 480 740 100

Negara Pengimport Nilai %


(RM Juta)
Amerika Syarikat 99 993.92 20.8
Singapura 72 111.00 15.0
Negara-negara Kesatuan Eropah 60 573.24 12.6
Jepun 48 554.74 10.1
Negara ASEAN lain 48 554.74 10.1
China 32 209.58 6.7
Lain-lain Negara 90 379.12 18.8
Jumlah 480 740 100

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan


Perangkaan Malaysia,2005.)
7

10. Berdasarkan Jadual 2 di bawah, nyatakan keadaan eksport petroleum mentah Malaysia
dari tahun 2001 hingga 2004.

Jadual 2: Kadar Eksport Petroleum Mentah Mengikut Negara Utama dari Tahun
2001 hingga 2004 di Malaysia.

Negara 2002 2003 2004


Australia 10.4 12.5 23.3
Republik Rakyat China 10.6 11.2 6.9
India 15.2 19.0 16.5
Republik Indonesia 5.9 7.2 8.3
Jepun 13.2 8.0 5.8
Republik Korea 11.4 7.1 7.0
Filipina 3.2 3.4 3.6
Republik Singapura 1.3 2.6 4.8
Republik Sri Lanka 3.0 2.4 2.2
Thailand 14.6 17.3 16.3
Negara-negara lain 11.2 9.2 5.8

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan


Perangkaan, Malaysia, 2005.)

You might also like