You are on page 1of 14

900/1 STPM 2008

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE

PENGAJIAN AM
KERTAS 1 SET 1

(ANEKA PILIHAN)
(Dua jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada
Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah
markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 14 halaman bercetak


Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2008

STPM 900/1 [Lihat sebelah


SULIT*
1. Yang manakah benar tentang perkembangan sistem pendidikan Malaysia pada tahun
2000 hingga tahun 2005?
I Pewujudan Sekolah Wawasan
II Meningkatkan pendidikan teknikal dan vokasional
III Menyediakan 100% guru siswazah di sekolah rendah
IV Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di semua
sekolah rendah
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

2. Yang manakah benar tentang objektif Dasar Penswastaan?


I Meningkatkan kecekapan
II Menjimatkan perbelanjaan kerajaan
III Kerjasama ekonomi dengan negara maju
IV Mengembangkan perniagaan berskala besar
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

3.
• Merangka pola kependudukan yang bersistematik dan terancang
• Mencapai keseimbangan ekonomi antara kawasan bandar dengan luar
bandar

Penyataan di atas merujuk kepada


A Dasar Urbanisasi C Dasar Kependudukan Negara
B Dasar Wawasan Negara D Dasar Pembangunan Nasional

4. Yang manakah benar tentang strategi Dasar Hala Cara Baru dalam Pembangunan
Kampung dan Luar Bandar?
I Menyusun semula struktur masyarakat
II Mewujudkan industri kampung dan perusahaan kecil
III Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum
IV Mengelompokkan dan menyusun semula kampung-kampung kecil
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

5.
• Bangsa Malaysia maju mengikut acuan sendiri
• Melahirkan masyarakat yang adil dan bersatu padu.
• Mengangkat maruah dan martabat bangsa di peringkat antarabangsa

Penyataan di atas merupakan matlamat


A Wawasan 2020 C Dasar Pembangunan Nasional
B Dasar Kependudukan Negara D Dasar Pendidikan Kebangsaan

6.
Dasar Matlamat
I Penswastaan P Menerapkan penggunaan teknologi canggih
II Sogoshosha Q Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kakitangan
awam
III Perindustrian Berat R Menambah rangkaian perdagangan syarikat perdagangan
Malaysia di peringkat global
IV Penerapan Nilai S Meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan

2
Islam mengoptimumkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran
Yang manakah padanan yang betul antara dasar dengan objektifnya?
I II III IV
A S R P Q
B P R Q S
C P S R Q
D Q P R S

7.
Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
Matlamat: * Mengurangkan defisit belanjawan negara
* Mengawal inflasi
Yang manakah yang berkaitan dengan strategi pelaksanaan Dasar Pengurangan Beban
Perbelanjaan Awam?
I Mengurangkan hutang negara
II Mengurangkan karenah birokrasi
III Menjalankan projek pembangunan yang perlu sahaja
IV Menswastakan agensi kerajaan di bawah Dasar Penswastaan
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

8.

Memastikan dasar-dasar ekonomi kerajaan mencapai matlamat

Mengawasi agensi dan perbadanan awam supaya kegiatannya selaras dengan
kehendak Dasar Pembangunan Nasional
Penyataan di atas merujuk kepada
A Perbendaharaan
B Unit Perancang Ekonomi (EPU)
C Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
D Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Malaysia (MAMPU)

9. Yang manakah penyataan yang benar tentang Pelan Integriti Nasional?


I Membanteras rasuah
II Melahirkan masyarakat yang berdaya tahan
III Meningkatkan ketrampilan perkhidmatan awam
IV Meningkatkan integriti dalam sektor awam dan swasta
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

10. Yang manakah benar tentang prinsip-prinsip utama Islam Hadhari?


I Rakyat berjiwa merdeka
II Kerajaan adil dan beramanah
III Melahirkan masyarakat yang berdaya saing
IV Menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang berpengaruh
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

11.
• Mewujudkan projek perindustrian dalam kalangan negara anggota
• Pernyataan pendirian bersama tentang kebanyakan isu ekonomi antarabangsa
Yang manakah antara berikut merujuk kepada matlamat di atas?
A ASEAN
B Pertubuhan Komanwel

3
C Suruhanjaya Selatan-Selatan
D Pertubuhan Persidangan Islam(OIC)
12. Yang manakah merupakan usaha yang dijalankan oleh Malaysia sebagai anggota
Pertubuhan Komanwel?
I Menggalakkan perdagangan antara negara anggota
II Menganjurkan sukan untuk mengeratkan hubungan negara anggota
III Mewujudkan kerjasama termasuk membasmi kemiskinan dan buta huruf
IV Membentuk kerjasama ekonomi yang lebih berkesan dalam kalangan negara
anggota
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

13. Yang manakah merupakan matlamat Konsep Segitiga Pertubuhan ASEAN?


I Pertubuhan ASEAN adalah dalam bidang pelancongan, perdagangan dan
kemudahan infrastruktur
II Tumpuan kerjasama Segitiga Pertubuhan ASEAN adalah dalam bidang
perindustrian, alam sekitar dan pertanian
III Segitiga Pertubuhan Indonesia , Malaysia dan Singapura (IMS-GT) di selatan yang
melibatkan Batam, Johor dan Singapura.
IV Segitiga Pertubuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) di utara
melibatkan Pulau Jawa, Bangkok dan utara Semenanjung Malaysia
A I dan III C II dan IV
B I dan IV D III dan IV

14.
• Membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal antara negara anggota
• Membincangkan masalah tentang hutang negara anggota
Yang manakah yang berkaitan dengan pernyataan di atas?
A Order Baru Ekonomi Dunia(NIEO) C Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
B Suruhanjaya Selatan-Selatan D Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)

15. Yang manakah merupakan matlamat utama pembentukan Order Baru Ekonomi Dunia
(NIEO) ?
I Mewujudkan kerjasama ekonomi yang bersifat serantau
II Menyuarakan pendapat bersama pada peringkat antarabangsa
III Membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa
IV Menghapuskan jurang perbezaan antara negara-negara membangun dan negara-
negara perindustrian
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

16.
Pertubuhan Peristiwa
I Komanwel Deklarasi Langkawi
II ASEAN Penubuhan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia
Tenggara
III Suruhanjaya Selatan-Selatan Merintis jalan ke arah penubuhan EAEC
IV Pertubuhan Bangsa-bangsa Menjamin politik dan keamanan negara, konsep Zon
Bersatu (PBB) Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Yang manakah padanan yang betul antara pertubuhan dengan peristiwanya?
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

4
17.
1. Myanmar
2. Thailand
3. Filipina ISU Y
4. Indonesia

Yang manakah berikut melibatkan Malaysia dalam isu Y di atas ?


A Perebutan pulau C Masalah sempadan negara
B Masalah rondaan bersama D Pendatang asing tanpa izin

18. Yang manakah merupakan manfaat kemasukan Malaysia ke dalam Pertubuhan


Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
I Menolak Perjanjian Antartika pada tahun 1959
II Melicinkan masalah pertindihan sempadan Malaysia dan Indonesia
III Wakil Malaysia dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia
IV Menikmati bantuan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO)
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

19. Yang manakah perkara yang dibincangkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN + 3 di
dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 di Kuala Lumpur pada tahun 2005?
I Pakatan Ketenteraan
II Kerjasama Kebudayaan
III Tenaga dan Pemeliharaan Tenaga
IV Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

20. Yang manakah merupakan perjuangan Malaysia dalam menangani isu- isu
sosioekonomi antarabangsa?
I Beban hutang negara membangun disemak semula
II Negara-negara maju mengurangkan rintangan perdagangan
III Perundingan Ekonomi Asia Timur menjadi blok perdagangan
IV Mewujudkan kerjasama ekonomi dengan kalangan negara Eropah Timur
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

21. • Melantik Ahli Dewan Negara


• Memecat jawatan seorang menteri

Penyataan di atas merujuk kepada


A Kuasa Budi Bicara Yang di-Pertuan Agong
B Kuasa Perdana Menteri atas nasihat Jemaah Menteri
C Kuasa Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara
D Kuasa Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri

22. Yang manakah jawatan berikut boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor
tribunal?
I Perdana Menteri
II Ketua Audit Negara
III Yang Dipertua Negeri

5
IV Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
23.

Membolehkan pentadbiran hal ehwal awam dijalankan dengan adil, saksama dan bebas
daripada pengaruh mana-mana parti politik.
Penyataan di atas merujuk kepada
A Suruhanjaya Pilihan Raya
B Suruhanjaya Perkhidmatan
C Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
D Suruhanjaya Mengkaji Kenaikan Harga Barang

24. Yang manakah syarat yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan sebelum
Yang di-Pertuan Agong melantik seseorang Perdana Menteri?
I Merupakan ahli Dewan Negara
II Mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat
III Menang dalam pilihanraya kecil negeri dengan majoriti
IV Memperoleh kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

25. Yang manakah berikut berkaitan dengan tugas Ketua Setiausaha Kementerian?
I Menjawab soalan-soalan di Dewan Rakyat
II Menasihati menteri berkaitan sesuatu program
III Merupakan ketua pentadbiran awam di Malaysia
IV Menjadi ahli Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

26.
Ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat disamping menggalakkan
penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan.
Penyataan di atas merujuk kepada
I Majlis Amanah Rakyat
II Majlis Kewangan Negara
III Lembaga Hasil Dalam Negeri
IV Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

27

• Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri


• Pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan

Rundingan bagi perkara di atas dilakukan oleh


A Perbendaharaan
B Kementerian Kewangan
C Majlis Kewangan Negara
D Jawatankuasa Perancang dan Pembangunan Negara

6
28.
“Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu mempunyai
penyelarasan demi kejayaan sesuatu projek dan memberi faedah kepada rakyat. Oleh
itu Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan penubuhan beberapa badan
bagi tujuan tersebut.”
Penyataan di atas merujuk kepada
I Majlis Raja-Raja
II Majlis Tanah Negara
III Majlis Perancang Negara
IV Majlis Keselamatan Negara
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

29.
• Encik X ialah seorang guru berijazah
• Beliau telah dinaikkan pangkat dari gred DG41 kepada gred DG44 dan mendapat
kelulusan pinjaman perumahan
Yang manakah agensi berikut berkaitan dengan situasi di atas?
I Perbendaharaan Malaysia
II Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
III Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
IV Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

30. Yang manakah berikut merupakan sumber hasil Kerajaan Negeri?


I Cukai jalan
II Cukai tanah
III Cukai hiburan
IV Cukai pendapatan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

31. Yang manakah penyataan yang benar tentang pinjaman Kerajaan Negeri daripada
sebuah institusi kewangan?
I Jumlah pinjaman tidak melebihi RM 10 juta
II Tempoh pinjaman tersebut tidak melebihi 5 tahun
III Pinjaman tersebut diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan
IV Institusi Kewangan berkenaan mestilah beribu pejabat di Malaysia
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

32.

• Memastikan agensi-agensi negeri melaksanakan dasar-dasar negeri


• Badan penyelarasan antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan

Perkara di atas merujuk kepada fungsi


A Pejabat Kewangan Negeri
B Pejabat Kewangan Persekutuan
C Pejabat Setiausaha Persekutuan

7
D Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

33. Yang manakah penyataan yang benar tentang Akta Kerajaan Tempatan 1976 ?
I membuat undang-undang kecil
II menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan
III mengambil tanah bagi membina pejabat Persekutuan di negeri
IV membenarkan pilihan raya diadakan bagi memilih ahli Kerajaan Tempatan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

34.

• Melantik ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan


• Meluluskan belanjawan Kerajaan Tempatan

Penyataan di atas merujuk kepada


A kuasa autonomi Kerajaan Tempatan
B kuasa Kerajaan Negeri ke atas Kerajaan Tempatan
C kuasa yang diputuskan dalam Majlis Kewangan Negara
D kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas Kerajaan Tempatan

35.
Jenis Kerajaan Tempatan Kriteria Kerajaan Tempatan
X Majlis Daerah I Penduduk melebihi 1 juta orang
Y Majlis Perbandaran II Pegawai Daerah memegang jawatan Yang Dipertua
Z Majlis Bandaraya III Pendapatan tahunan melebihi RM 5 juta
Yang manakah kriteria yang tepat bagi jenis Kerajaan Tempatan?
X Y Z
A I II III
B II III I
C III I II
D I III II

36. • Dilantik oleh Perdana Menteri


• Tugasnya ditetapkan oleh Kabinet
Penyataan di atas merujuk kepada jawatan
A Setiausaha Sulit C Setiausaha Akhbar
B Setiausaha Politik D Setiausaha Parlimen

37.
• Ditetapkan oleh seorang menteri
• Lebih anjal dan mudah dipinda
• Memperincikan undang-undang yang sesuai dengan bidang masing-masing

Yang manakah benar berkaitan penyataan di atas?


A Statut C Akta
B Enakmen D Perundangan Kecil

38. Yang manakah benar berkaitan fungsi Dewan Perundangan Persekutuan?


I Meminda undang-undang
II Merancang perbelanjaan negara
III Membahaskan hal berkaitan kerajaan dan negara

8
IV Menetapkan dan menyelaraskan kadar cukai persekutuan
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
39. Membatalkan kehilangan kelayakan menjadi ahli Majlis

Yang manakah benar tentang penyataan di atas?


A Yang di-Pertuan Agong C Yang DiPertua Dewan Negara
B Yang DiPertua Dewan Rakyat D Sokongan 2/3 majoriti Majlis Parlimen

40.
Pelantikan Yang Dipertua
Dewan

Dewan Rakyat Dewan Negara


X Mesti ahli Dewan Rakyat

Yang manakah benar tentang X jika dilantik dalam kalangan bukan ahli Dewan ?
I Beliau tidak layak mengundi
II Boleh menjadi Setiausaha Parlimen
III Beliau adalah ahli tambahan dalam Dewan Rakyat
IV Boleh menjadi ahli Dewan melalui permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

41.
• Ketua Jabatan Parlimen
• Menerima usul dan pertanyaan ahli Dewan
Penyataan di atas merujuk kepada jawatan
A Ketua Whip C Yang DiPertua Dewan
B Setiausaha Dewan Rakyat D Timbalan Yang DiPertua Dewan

42. Yang manakah benar berkaitan kuasa Peguam Negara?


I Boleh memberhentikan pembicaraan sesuatu kes di mahkamah awam
II Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri
III Boleh menentukan mana-mana mahkamah untuk memulakan prosiding bagi
sesuatu kes
IV Boleh memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
atau meletak jawatan.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

43. Yang manakah benar berkaitan Ketua Hakim Negara?


I Menerima angkat sumpah hakim Mahkamah Persekutuan
II Boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Perdana Menteri
III Berbincang dengan Perdana Menteri bagi pelantikan hakim-hakim Mahkamah
Tinggi
IV Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah
berunding dengan Majlis Raja-Raja
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

9
44. Yang manakah benar berkaitan sekatan perbincangan Dewan Perundangan terhadap
kelakuan hakim?
I Tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Dewan Negeri
II Boleh dibincangkan setelah mendapat kelulusan Jemaah Menteri
III Boleh dibincangkan di Parlimen jika mendapat sokongan 2/3 majoriti ahli
IV Boleh dengan usul tidak kurang satu perempat daripada jumlah ahli Majlis
Parlimen
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

45. Yang manakah benar berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah ?


I Mahkamah Syariah boleh mengendalikan semua kes pembunuhan
II Semua hakim Mahkamah Syariah dilantik oleh Ketua Negeri masing-masing
III Mahkamah Syariah di peringkat negeri tertakluk kepada Enakmen Undang-undang
Islam Negeri
IV Mengendalikan kes yang melibatkan orang Islam yang melanggar kesalahan
hukum-hukum Islam
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

Soalan 46 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini.

Jadual 1 : Jumlah Pekerja Mengikut Status Pekerjaan pada Tahun 2004


2004
Status Pekerjaan
Lelaki Wanita
Majikan 154 978 78 549
Pekerja tetap 1 876 543 1 097 681
Bekerja sendiri 870 765 344 658
Pekerja sementara 42 567 31 723
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2005,
Jabatan Perangkaan, Malaysia)
46. Yang manakah penyataan yang benar tentang Jadual 1 di atas?
I Peratus lelaki yang bekerja sendiri adalah sebanyak 22.20%
II Jumlah lelaki yang bekerja melebihi wanita seramai 1 392 242 orang
III Peratus perbezaan antara pekerja tetap lelaki dengan pekerja tetap wanita ialah
41.50%
IV Peratus pekerja sementara lelaki adalah lebih tinggi berbanding dengan pekerja
sementara wanita
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

Soalan 47 dan 48 berdasarkan maklumat di bawah ini.

Maklumat Pilihan Raya Kecil

Kawasan Parlimen : P
Bilangan calon : 3 orang
Bilangan pengundi yang hadir : 79 551 orang
Peratusan undi rosak : 1.3%

10
47. Jika peratus pengundi berdaftar yang hadir mengundi adalah 85.4%, berapakah jumlah
pengundi berdaftar bagi kawasan parlimen P?
A 67937 orang C 93151 orang
B 79554 orang D 93115 orang
48. Sekiranya nisbah pemilihan undi bagi calon A, B dan C adalah 2:3:5, berapakah jumlah
undi yang diperoleh bagi calon B?
A 23 555 C 27 945
B 23 865 D 28 182

Soalan 49 berdasarkan Carta 1 di bawah ini.

Carta 1 : Perdagangan Malaysia Dengan Negara-negara yang Terpilih


pada Tahun 2005
Eksport Import
Brunei Brunei
Darussalam Indonesia
Darussalam
6.92% 13.59%
6.32%

Indonesia
18.58%
Thailand Filipina Thailand
20.69% 11.62% 25.91%
Filipina
16.51%
Singapura
Singapura 32.69%
47.18%

Jumlah : RM133 081 juta Jumlah : RM114 065 juta


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Laporan Ekonomi 2005/2006, Kementerian Malaysia)

49. Yang manakah penyataan yang benar tentang Carta 1 di atas?


I Nilai eksport bagi semua negara sentiasa melebihi nilai import
II Nisbah import berbanding eksport bagi Thailand adalah 1 : 0.93
III Nilai eksport Filipina melebihi nilai import sebanyak RM3368 juta
IV Imbangan perdagangan Malaysia dengan Singapura memihak kapada Singapura
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

50. Encik X telah membeli saham XYZ sebanyak 10 000 unit dengan harga 50 sen seunit
dan menjual separuh daripada saham tersebut pada harga RM1.15 seunit sebulan
kemudian. Hitung jumlah keuntungan jualan saham tersebut?
A RM2250 C RM6250
B RM3250 D RM6500

51.
• Pelajar cemerlang dapat menyiapkan satu tugasan dalam masa 2 jam
• Pelajar sederhana dapat menyiapkan tugasan tersebut ½ jam lewat berbanding
pelajar cemerlang
• Pelajar yang lemah memerlukan masa 3 jam15 minit untuk menyiapkan tugasan
yang serupa. 11
Berdasarkan penyataan di atas, jika dalam sebuah kelas terdapat 5 orang pelajar
cemerlang,
14 pelajar sederhana dan 10 pelajar yang lemah, berapakah purata masa yang diperlukan
untuk menyiapkan tugasan tersebut?
A 2 jam 30 minit C 2 jam 40 minit
B 2 jam 35 minit D 2 jam 45 minit

Soalan 52 berdasarkan Jadual 2 di bawah ini.

Jadual 2 : Sekolah X : Peratus Lulus Mata Pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia


dari Tahun 2003 hingga 2005
Mata Pelajaran 2003 2004 2005
Bahasa Melayu 84.8 84.8 87.3
Bahasa Inggeris 52.0 55.5 57.8
Pendidikan Islam 87.5 79.6 74.5
Pendidikan Moral 48.4 41.9 56.0
Sejarah 46.5 64.7 57.0
Matematik 58.9 65.8 65.0
Sains 76.2 83.9 82.5
Fizik 97.1 100.0 91.2
Kimia 96.9 90.6 78.5
Biologi 100.0 100.0 100.0
Matematik Tambahan 73.8 61.1 62.9
Jumlah calon (orang) 225 238 216

52. Yang manakah penyataan yang benar tentang Jadual 2 di atas?


I Hanya Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan berterusan
II Peratus perubahan calon yang lulus Biologi antara tahun 2003 dan 2004 ialah
5.0%
III Bilangan calon yang lulus bagi Pendidikan Moral adalah meningkat dari tahun
2003 hingga tahun 2005
IV Pada tahun 2005, bilangan calon yang lulus Bahasa Melayu melebihi bilangan
calon yang lulus Bahasa Inggeris seramai 64 orang
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

53.
Dalam satu perlawanan tinju antara R, S, T dan U. T berjaya mengalahkan U dan S. R
pula menang atas kiraan mata terhadap T dan S. U telah mengalahkan S manakala R dan
T seri dalam satu perlawanan.
Berdasarkan penyataan di atas peninju manakah yang akan bertemu dalam perlawanan
akhir?
A R dan T C T dan U
B R dan U D U dan S

54. Sebanyak 20. 65 liter susu kambing telah dapat dikumpulkan daripada sebuah kandang
kambing. Sebelum dijual, sebanyak 1 liter susu kambing telah dimasukkan ke dalam setiap

12
8 botol, 500ml ke dalam setiap 15 botol dan 250ml ke dalam setiap 11 botol. Hitung baki
susu kambing yang tinggal.
A 1400 ml C 4900 ml
B 2400 ml D 5150 ml

Soalan 55 dan 56 berdasarkan maklumat di bawah ini.

Encik G ingin membeli sebuah rumah, berikut adalah kos yang perlu ditanggung oleh beliau.
Harga rumah : RM182, 800
Deposit : RM 2,000
Kos Guaman : RM4,500
Pinjaman : 100%
Kadar faedah : 5%
Tempoh Pinjaman : 25 tahun
* Encik G telah membayar wang deposit dan kos guaman.

55. Berapakah bayaran ansuran sebulan bagi rumah tersebut?


A RM1350 C RM1371
B RM1356 D RM1372

56. Hitung jumlah kos keseluruhan rumah yang perlu ditanggung oleh Encik G?
A RM406 800 C RM413 300
B RM408 800 D RM415 800

Soalan 57 berdasarkan Jadual 3 di bawah ini.

Jadual 3 : Statistik kes Jenayah Komersil serta Tangkapan Warga Tempatan


dan Warga Asing bagi Tahun 2007

Tangkapan (orang) Jumlah


Kesalahan Jumlah Kes Warga Warga Tangkapan
Tempatan Asing
Pecah Amanah Jenayah 1 839 182 10 192
Tipu 6 025 425 124 549
Kad Kredit 62 31 16 47
Lain-lain Tipu 239 141 20 161
Akta Penapisan filem 81 83 6 89
Lain-lain Agensi Kerajaan 47 24 39 63
Lain-lain Kes Jenayah Komersil 896 627 34 661
Jumlah 9 748 1 572 249 1 821
(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan Jenayah, PDRM
2008)
57. Yang manakah benar tentang Jadual 3 di atas ?
I Kesalahan menipu adalah sebanyak 61.81%
II Warga tempatan yang ditangkap melebihi warga asing yang ditangkap sebanyak 6.3
kali ganda
III Warga tempatan yang ditangkap melebihi warga asing yang ditangkap bagi semua
jenis kesalahan
IV Perbezaan antara kesalahan yang terbanyak ditangkap dengan kesalahan yang
paling sedikit ditangkap ialah 502 orang
A I dan II C II dan IV

13
B I dan III D III dan IV

58.
Dalam sebuah kelas pemulihan, terdapat
• 15 pelajar tidak boleh membaca dan mengira
• 8 pelajar tidak boleh mengira tetapi boleh membaca dan menulis
• 5 pelajar boleh menulis dan mengira tetapi tidak boleh membaca

Berdasarkan penyataan di atas, hitung nisbah pelajar yang tidak boleh membaca
berbanding yang tidak boleh mengira.
A 1:0.87 C 1:1.33
B 1:1.15 D 1:0.75

59. Sekiranya 10 orang daripada pelajar yang tidak boleh membaca dan mengira, juga
tidak boleh menulis, berapakah jumlah pelajar yang menghadapi masalah 3M?
A 10 C 23
B 15 D 28

Soalan 60 berdasarkan Jadual 4 di bawah ini.

Jadual 4 : Keluasan Kawasan Tanaman Utama di Malaysia dari


Tahun 1997 hingga Tahun 1999
1997 1998 1999
Jenis tanaman
(ribu hektar) (ribu hektar) (ribu hektar)
Getah 1 593 1579 1 485
Kelapa sawit 2 818 3 077 3 312
Kelapa 189 177 192
Koko 140 117 99
Padi 601 590 608
Jumlah 5341 5540 5696
( Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan
Perangkaan Malaysia, 2001)

60. Yang manakah benar tentang Jadual 4 di atas?


I Kebanyakan keluasan tanaman menunjukkan pola tidak konsisten
II Perbezaan antara keluasan tanaman kelapa dan padi pada tahun 1999 ialah 416
ribu hektar.
III Peratus perubahan bagi keluasan tanaman koko antara tahun 1997 dan tahun 1999
adalah 29.29%
IV Kelapa sawit menunjukkan peratusan keluasan tertinggi pada tahun 1998 antara
tiga tahun tersebut
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

14

You might also like