You are on page 1of 11

MAT REMPIT

DISEDIAKAN OLEH:
NURFARAHAIN BINTI JAAFAR
NUR HASNINA BINTI TUAL
NUR HANIS BINTI ROSLI
NUR AINULFITRI BINTI BASIR
MAKSUD
MAT
REMPIT
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Salah satu gaya kegemaran Mat Rempit, Gaya Aerodinamik
ataupun Superman yang dapat dilihat di jalan di Malaysia.
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal
yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan
menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu
gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula
boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau
teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit
sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara
berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan
dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam
hujung minggu. Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan
kegiatan gengster, rompak berkumpulan, pergaduhan, laku
musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang
digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah
diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang
tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan
menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah
ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di
Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit.
Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan
Indonesia untuk tujuan yang sama.
Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas
ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri
kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di
kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa
tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala
Lumpur.
Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak
di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai.
Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut,
Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang.
Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap
sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja
belasan tahun.
FAHAMI JIWA
MAT REMPIT
Isu Mat Rempit tidak akan selesai kerana kita tidak reti
mendekati mereka. Mat Rempit bukan lembu atau kerbau
yang bisa dihalau masuk kandang mengikut kehendak kita.
Mat Rempit adalah insan biasa seperti saya dan anda. Mereka
adalah “produk” keluaran masyarakat moden berjiwa besar
yang kerdil ilmu.
Walaupun negara kita dikategorikan dalam kumpulan negara
membangun, tetapi dalam sesetengah perkara kita setaraf
negara maju. Malah dalam hal tertentu, terutamanya yang
berkaitan pembangunan fizikal kita berada di atas
sesetengah negara maju.
Namun dalam pembangunan insaniah, kita agak ketinggalan.
Walapun rakyat Malaysia terkenal dengan sikap pemurah dan
prihatin tetapi hanya dalam hal tententu. Sikap prihatin kita
tidak menyeluruh. Kita hanya prihatin dalam lingkungan
sendiri sahaja.
Kita hanya peka terhadap kepincangan keluarga.
Kepincangan dalam masyarakat jarang kita ambil pusing. Kita
hidup bagai enau dalam belukar, berlumba melepaskan pucuk
masing-masing. Berlumba bermakna bersaing. Dalam semua
persaingan mesti ada yang kalah. Apabila ada menang, ada
kalah, maka akan ada pula rasa tidak puas hati. Masyarakat
yang dibesarkan dalam lingkungan perlumbaan, persaingan,
kalah, menang dan tidak berpuas hati, sukar untuk
bekerjasama. Kalau ada pun kerjasama, sekadar kerjasama
secara paksaan atau terpaksa.
Masyarakat yang tidak ada semangat kerjasama secara ikhlas
bakal membenihkan segala nilai negatif. Konsep perkongsian
tidak dapat diterapkan. Nak berkongsi apa kalau masing-
masing mahu “menang” dalam perlumbaan.
Sebab itulah, setiap simbol perlumbaan mesti dielakkan.
Malah, bersukan yang terlalu menitikberatkan kalah-menang
mesti dihapuskan.
Saya menamakan masyarakat begini sebagai masyarakat
yang “sakit” kerana keadaannya lebih tenat daripada “tidak
sihat”.
Apakah yang dapat kita harapkan daripada orang sakit? Kita
tidak dapat mengharapkan apa-apa selain kesembuhannya
daripada sakit. Tidak masuk akal sekiranya kita
mengharapkan seorang petani moden yang seliuh buku lali
memanjat kelapa muda kerana kita dahaga air kelapa. Kita
juga tidak boleh minta nelayan yang demam turun ke laut
kerana kita kehabisan ikan di pasaran. Kita juga tidak boleh
mendesak pakar ekonomi yang sedang berbaring di wad
memikirkan cara meningkatkan ekonomi negara. Apa yang
dapat kita lakukan ialah tunggu mereka baik dahulu. Mereka
tidak akan baik tanpa doktor, rawatan dan ubat yang betul.
Berbalik kepada isu Mat Rempit. Mat Rempit ialah “hasil”
yang dikeluarkan oleh masyarakat yang sakit. Kalau kita
mahu “hasilnya” baik, pulihkan dahulu masyarakat itu.
KEINDAHAN
‘MAT
REMPIT’
‘KESIAN’ TERIMA KASIH

‘INSAFLAH SEBELUM
TERLAMBAT’

You might also like