You are on page 1of 5

ELEMEN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) : PENGENDALIAN DAN CARA PENYIMPANAN REKOD TERHADAP EVIDEN YANG DISEDIAKAN

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk penilaian yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning. PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). PBS bukanlah perkara baru dalam sistem pendidikan tetapi ia telah dilaksanakan oleh guru di sekolah seperti Penilaian Kerja Amali (PEKA), Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS), Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), projek, kuiz, soal-jawab, persembahan dan lain-lain. Namun, penambaikan PBS telah dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun 2011 di sekolah rendah.

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan Manual SPPBS yang disediakan oleh LP. SPPBS adalah aplikasi sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merekod dan menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS. Laporan prestasi murid boleh dijana dari aplikasi SPPBS. Pencapaian PS boleh direkod pada bila-bila masa.

Pencapaian PAJSK direkodkan berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Maklumat murid pindah perlu dibatalkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) oleh guru sekolah asal. Data murid boleh diakses melalui SPPBS apabila guru di sekolah baharu mendaftar maklumat murid tersebut dalam APDM. Kementerian juga menyediakan aplikasi SPPBS secara stand alone untuk digunapakai oleh sekolah yang tidak mempunyai akses internet. CD stand alone boleh diperoleh melalui JPN/PPD masing-masing. Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Haji Abdul Rahman boleh menjana laporan prestasi murid melalui aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Laporan prestasi dapat dijana melalui SPPBS di sekolah pada bila-bila masa yang diperlukan. Laporan dalam bentuk deskriptif ini memberi maklumat tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.

Pengurusan Evidens Murid

Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan JK PBS. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. i. Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan. ii. Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan.

Ciri-ciri evidens adalah : a. Sah - evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan / pencapaian standard yang telah ditetapkan. b. Autentik - murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri. c. Kecukupan evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid.

d. Semasa evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan mengikut piawaian semasa. e. Tekal evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

Penyimpanan Evidens i. Penyimpanan Penyimpanan Evidens murid di sekolah yang berkaitan kedua-dua model ini akan di simpan dalam dua jenis fail seperti berikut : (a) Fail Perkembangan Murid Fail Perkembangan Murid (FPM) ialah fail yang menyimpan evidens perkembangan pembelajaran murid. Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens semua mata pelajaran. Setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkembangan Murid (RPM). . Fail ini menyimpan evidens terkini bagi setiap descriptor dan evidens terdahulu dikembalikan kepada murid. (b) Fail Showcase Fail Showcase (FS) ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk model ini. Fail Showcase (FS) hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens. Fail ini disediakan mengikut tahun atau kelas oleh guru yang terlibat. Fail ini telah disediakan bermula dari awal tahun kerana pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berjalan secara berterusan. Malah, fail ini juga perlu dikemaskini oleh guru sepanjang tahun.

Rajah 1 Carta Alir Fail Perkembangan Murid

Rajah 1 Carta Alir Fail Showcase

You might also like