You are on page 1of 1

Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.

Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Pengoperasian PBS hendaklah dilaksanakan berdasarkan dokumen Panduan Pengurusan PBS, surat pekeliling dan surat siaran PBS yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Murid golongan OKU akan ditaksir dan dinilai menggunakan standard prestasi khas dan mekanisme yang sesuai. Pentadbir sekolah hendaklah menyediakan segala keperluan khas murid.

Pengoperasian PBS

Guru layak untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

merupakan pakar mata pelajaran telah menerima latihan dalam pentaksiran boleh memantau perkembangan murid secara berterusan memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Sppbs)

SPPBS adalah aplikasi sistem yang dibangunkan oleh KPM untuk merekod dan menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS. Laporan prestasi murid boleh dijana dari aplikasi SPPBS. Maklumat murid pindah perlu dibatalkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) oleh guru sekolah asal. Data murid boleh diakses melalui SPPBS apabila guru di sekolah baharu mendaftar maklumat murid tersebut dalam APDM. Guru mata pelajaran boleh menjana laporan prestasi murid melalui aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

You might also like