You are on page 1of 10

Faktor-faktor yang Menyumbang kepada Keharmonian Negara Malaysia

Sejak merdeka, Malaysia telah mengekal kedudukannya sebagai Negara yang aman damai walaupun rakyatnya terdiri daripada berbilang kumpulan etnik, agama, pemikiran dan budaya. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan Negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukannya satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) the road to a cohesive and progressive society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of onak dan duri. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Tanggal 13 Mei tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah Negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan Negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 di mana di dalam pilihanraya itu banyak isu sensitive telah dibangkitkan seperti Bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan melayu. Dalam pilihanraya itu, parti perikatan gagal memperoleh 2/3 dalam dewan rakyat manakala parti gerakan dan DAP yang berjaya 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambila menghina bangsa melayu. Keadaan ini memberi tamparan hebat kepada orang melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan itu. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969 itu. Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai Negara membangun telah melalui pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat Merdeka pada 31 Ogos 1957, tidak

semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan Negara tidak digangu gugat oleh Negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah ialah barisan pemimpin Negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padau tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada peristiwa 13 Mei. Selain itu kesan peninggalan penjajahan Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi, peristiwa 13 Mei banyak meninggalkan kesan yang negetif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia. Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi membina Negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai cabaran yang di antaranya aspek cabaran sulung atau idea utama iaitu di antara kepentingan etnik dari aspek sosial. Aspek social ini dapat dilihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat Negara ini yang timbul akibat dari kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan sejurus oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-tiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berlainan.

Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyumbang kepada keharmonian Negara Malaysia. Di antara faktor yang utama ialah dari faktor politik, mengikut Ranjit (1996), dilihat dari sudut penggabungan parti-parti politik pelbagai kaum melalui Parti Perikatan dan Barisan National telah menghasilkan kestabilan politik dan keamanan di dalam Negara. Faktor politik juga merupakan ciri asas kearah mempercepatkan agenda pembinaan Negara bangsa ini. Kestabilan politik menjadi prasyarat kepada pembangunan dan kepesatan ekonomi sesebuah Negara. Secara umumnya terdapat perbezaan persepsi antara individu di dalam melihat kepada faktor ini. Perbezaan persepsi ini berlaku kerana di dalam masyarakat majmuk yang dicirikan oleh kewujudan berbagai-bagai unsur perbezaan menghasilkan kehendak yang berbeza didalam melihat sesuatu isu. Seterusnya ianya menghasilkan perbezaan falsafah dalam rupa pembinaan Negara-negara dan cara-cara mencapainya. Melalui kajian dan penulisan, didapati perbezaan persepsi tentang Negara-bangsa melalui faktor politik wujud berdasarkan kaum dan wilayah. Keadaan ini mewujudkan lahirnya persepsi-persepsi tersendiri daripada mahasiswa mengenai persepsi politik ini. Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan Negara dan perasaan ingin membebaskan tanah air daripada belanggu penjajahan. Oleh itu perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran terbuka agar dapat membendung penindasan seperti di Negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur rebung biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah. Seterusnya, semangat perpaduan juga dapat meningkatkan imej Negara , hasil daripada kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada musim perayaan terutamanya, semua rakyat Negara ini sudah pasti akan mengamalkan kunjung-

mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Adat istiadat adalah peraturan yang telah dipatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya AidilFitri, Hari Raya Qurban, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w, Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah Negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi Bahasa yang tinggi. Selain itu, rakyat diseru supaya bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Rakyat Malaysia disemai semangat kekitaan, iaitu sebagai warga Malaysia merupakan satu keluarga. Justeru, masyarakat yang berbilang kaum dinasihati supaya budaya dan agama orang lain. Semangat perpaduan seharusnya dipratikkan dalam generasi muda lagi sejak di bangku sekolah. Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai kasih sayang dan sebagainya. Dalam konteks yang sama, kepentingan perpaduan juga diselitkan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Agama Islam. Lantaran itu, pelajar didedahkan dengan kepentingan menjaga keharmonian antara kaum dan tidak kurang juga menghormati antara agama , adat, kebiasaan dan kepercayaan kaum. Penyertaan dalam aktiviti atau kelab juga pemangkin kepada perpaduan. Dari segi faktor ekonomi, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) merupakan perkara yang sering dikaitkan dengan pembinaan Negara-negara Malaysia. Selepas merdeka, keadaan ekonomi rakyat Malaysia pada masa itu adalah diidentifikasikan dengan sesuatu kumpulan etnik. Secara umumnya, jika terdapat kumpulan etnik yang diindentitikan sebagai menguasai sesuatu bidang, ianya pasti menimbulkan perasaan cemburu dan syak wasangka dan ini pastinya mencacatkan proses pembinaan Negara-bangsa. Pudarnya pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan perpaduan antara kaum di Malaysia. Selepas perlaksanaan DEB, persepsi-persepsi mengenai aspek ekonomi ini adalah diharapkan turut berubah. Kepentingan etnik dalam aspek ekonomi juga perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sector pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya

menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan menggunakan teknologi moden. Manakala , kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dakam ekonomi Negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk terus berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sector pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakkan lubagn perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi Negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan Negara kita bergolak. Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan Negara tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial etnik Malaysia melalui pernyataan mereka dalam pembangunan Negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan Negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekeal miskin dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar Bandar tetapi juga di kawasan Bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan Negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.

Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional ( DPN ) Telah dilancarkan pada tahun 1991 yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin Negara kearah menjadikan Malaysia sebagai Negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh kearah membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan, social, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan. Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah di bina oleh DEB iaitu serampang dua mata dan diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmi kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relative, menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi, meningkatkan penglibatan sector swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk system nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama. Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar. Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara.

Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara. Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa. Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama. Faktor sosial juga menyumbang kepada keharmonian negara Malaysia yang merangkumi peranan-peranan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan. Melalui perkara-perkara ini banyak perbincangan yang dapat dibuat bagi menghasilkan satu identiti nasional Negara-bangsa Malaysia yang dibentuk. Pembinaan Negara-bangsa merupakan satu proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan. Melalui takrifan ini faktor sosial merupakan faktor penting untuk mewujudkannya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia menyukarkan pembentukkan satu identiti nasional namun titik pertemuan antara kepelbagaian kaum ini masih tidak mustahil dapat dilaksanakan. Di Malaysia, setiap kaum mempunyai persepsi atau tanggapan tersendiri terhadap kaum lain dan ianya masih lagi dipisahkan dengan panggilan bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India dan bangsa-bangsa lain. Walaupun perhubungan di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia

bertambah baik namun pemisahan sosial masih wujud. Ini pastinya akan memperkukuhkan sentiment perkauman. Pendekatan yang dapat merapatkan jurang akan meningkatkan sikap penerimaan yang lebih terbuka dan saling mempercayai antara kaum. Sekiranya golongan cerdik pandai ini bersefahaman dan dapat melepaskan diri daripada kongkongan prasangka dan perasaan perkauman barulah mereka dapat dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan menggalakkan orang lain berbuat demikian. Ini sekaligus dapat memberi kesan kepada keharmonian Negara. Selain itu, faktor-faktor geografi yang memisahkan wilayah-wilayah juga boelh menyumbang kepada keharmonian Negara . Proses mengintegrasikan Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia dengan mewujudkan kerjasama dan keharmonian hidup akan mempercepatkan pembentukan Negara-bangsa dan menyumbang keharmonian Negara. Secara umumnya, wilayah-wilayah ini mempunyai persepsi dan cadangan masing-masing terhadap identity Negara-bangsa Malaysia yang akan dibentuk. Persefahaman, kerjasama dan toleransi antara wilayah adalah penting bagi mewujudkan keharmonian Negara Malaysia. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut Cina Selatan. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melibatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semenanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya sendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi Negara yang amat maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan Negara. Seterusnya, adalah dari sudut pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik mempunyai system pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan Bahasa perantaraan Bahasa Melayu, pelajar cina

menuntuk di sekolah Cina dan juga menggunakan Bahasa Mandarin sebagai Bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan Bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut Bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sma sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberi kesan yang negative kepada Negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan Bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima Bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah ereka menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari Bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi kemestian dimana setiap sekolah mengamalkan system pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan Negara kerana corak pendidikan yang berbezabeza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir Negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan aman. Bakal pemimpin Negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap tidak penting oleh pihak yang berwajib. Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara ( 2001-2010 ) atau dikenali sebagai Wawasan 2020, ia merupakan respon kepada perkembangan ekonomi, social dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, social, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah Negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia

mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Dalam kertas kerja berjudul Malaysia Melangkah ke Hadapan ( 1991 ) yang dibentangkan pada siding pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991 menyatakan terdapat Sembilan cabaran yang dikenal pasti untuk merealisasikan Wawasan 2020. Sememangnya, Negara Malaysia telah berusaha untuk mencapai kesembilan matlamat itu. Walaupun banyak matlamat itu menumpukan kepada pembangunan ekonomi, pembangunan keseluruhannya tidak boleh diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan

keseluruhan dari aspek politik, social dan ekonomi yang mampu menyatukan rakyat. Pembangunan yang seimbang dari sudut itu mampu menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan sejahtera.

You might also like