You are on page 1of 2

LAPORAN REFLEKSI

NAMA ANGKA GILIRAN

: CHING SUIT LI : 2012151340002

Pertama sekali, saya rasa bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang proses menyelesaikan tugasan ini, saya memperolehi pelbagai kesedaran dan pengetahuan tentang kemajmukan budaya dan etnik di Malaysia.

Saya berasal dari sebuah kampung cina yang kebanyakannya jiran tetangga dan rakan saya berbangsa Cina. Semasa saya menjejaki masuk alam pengajian tinggi di IPG Kampus Raja Melewar, saya kurang berkeyakinan diri semasa berkomunikasi dengan rakan kaum minoriti yang lain, misalnya Melanau dan Iban. Selepas sesuatu tempoh, memlalui aktiviti Majlis Kebudayaan dan Kesenian yang telah mendedahkan keunikan kaum masing-masing, saya dapat memahami adat resam dan budaya kaum lain. Secara tidak langsung, ini dapat membantu saya dalam pergaulan sosial dengan rakan kaum lain.

Situasi ini adalah sama dengan alam belajar di sekolah hari ini. Banyak sekolah di negara kita mempunyai pelajar berbilang kaum, yang menjadi tempat mulanya perkenalan kanak-kanak dan remaja dengan rakan-rakan dan remaja pelbagai kaum. Awalnya di sekolah jugalah mereka belajar dan mula tahu mengenai adat resam, budaya dan agama rakan-rakan daripada kaum lain. Namun persahabatan terjalin mesra dalam pergaulan mereka tanpa berasa harus ada pengasingan atau peminggiran atas dasar kelainan itu.

Pengalaman

berkawan

dengan

rakan

daripada

kaum

lain

di

alam

persekolahan ini membina perspektif unit dalam diri kanak-kanak dan remaja sehinggalah dewasa apabila mereka mudah menerima serta mesra dalam pergaulan dengan rakan-rakan dari kaum yang lain. Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar.

Misalnya, aktiviti sukan yang diadakan di sekolah. Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan sematamata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat

utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatu padu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar yang berlainan budaya dan kaum.

Jadi, kita sebagai guru haruslah bersanding bahu dengan pihak sekolah bagi melaksanakan dan menyempurnakan aktiviti di sekolah yang bermatlamat untuk mengeratkan perhubungan etnik antara murid yang berlainan budaya dan bangsa.

You might also like