You are on page 1of 15

Jelaskan maksud

jurang misalnya
digital.
Jurang Sosial
Satu istilah yang diperkenal oleh bekas
Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton
pada tahun 1994 bagi menyata perbezaan
di antara rakyat yang mempunyai
perkhidmatan Internet yang paling pantas
dan paling selesa daripada rakyat yang
tidak mempunyai akses kepada teknilogi
tersebut.
Definisi Jurang Digital
Kekurangan akses kepada perkhidmatan
komunikasi seperti telefon. (Laporan
International Telecommunications Union (ITU),
2002)

Jurang yang wujud di antara individu, isi rumah,
perniagaan dan kawasan geografi pada tahap
sosio-ekonomi yang berbeza untuk mendapat
peluang mengakses IT dan menggunakan internet
untuk tujuan pelbagai aktiviti. (Organisation for
Economic Co-operation and Development (OECD),
2001)
Berdasaran PIPP,
Jurang digital merupakan perbezaan
daripada segi akses kepada kemudahan ICT
antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT
dalam kalangan pelajar dan guru.
Terdapat 4 kategori halangan yang wujud
berkenaan dengan perkhidmatan digital
(Lai, 2008):

1. Akses Mental
Disebabkan kurangnya minat dan teknologi baru
yang tidak menarik.

2. Akses Material
Kekurangan kelengkapan peralatan dan
perkhidmatan seperti perkakasan komputer dan
rangkaian.
3. Akses Kemahiran
Teknologi yang tidak mesra pengguna dan
kekurangan pendidikan/ latihan atau sokongan
sosial.

4. Akses Penggunaan
Kekurangan peluang penggunaan alat teknologi.

Faktor Jurang Digital
1. Ekonomi
Ekonomi sesebuah keluarga diambil kira
kerana terdapat isi rumah dengan
pendapatan yang rendah.
Tidak mampu untuk membeli dan
mendapatkan khidmat ICT.
2. Geografi
Terdapat beberapa daerah, kawasan atau
tempat yang tidak mempunya liputan
internet dan bekalan elektrik terutamanya
kawasan pedalaman.

3. Kemahiran komputer
Kekurangan pengetahuan dalam bidang
komputer
Pada masa kini, masih terdapat sesetengah
pelajar yang tidak mengetahui cara untuk
mengakses maklumat dari internet,
terutamanya yang dari luar bandar.
4. Kemahiran bahasa dan literasi
Penting dalam era teknologi global bagi
mengakses maklumat dengan betul.
Terdapat pelajar yang tidak dapat membaca
dan memahami bahasa Internet dengan baik.
Dalam RMKe-8, KPM telah
Menyediakan infrastruktur seperti makmal
atau bilik komputer, perkakasan seperti
komputer, komputer riba, projektor LCD dan
pelayan (server);
Membangunakan perisian khusus dan program
TV Pendidikan bagi membantu P&P;
Melatih guru bagi meningkatkan kompetensi
mengintegrasikan ICT dalam P&P; dan
Melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT
dalam pengurusan.
KPM telah menghubungkan sekolah dengan
akses jalur lebar melalui kerjasama
Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi
(KTAK) serta merangkaikan infrastruktur
dan perkakasan ICT melalui rangkaian
setempat atau teknologi tanpa wayar.
Cabaran KPM
Infrastruktur, perkakasan, perisian dan
latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-
sekolah di kawasan luar bandar yang kurang
terdedah dengan ICT berbanding dengan
kawasan bandar.
Program pembestarian sekolah- Semua
sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan
makmal komputer, bilik komputer dan
perkakasan yang mencukupi.
Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan
dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi
sebahagian sekolah di luar bandar dan
pedalaman, pusat akses akan dibina.

KPM akan menambah baik kaedah penyampaian
program TV Pendidikan dan merintis
penggunaan video teleconferencing sebagai
kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
dan bahan-bahan P&P kepada pelajar dan guru
di kawasan pedalaman.

You might also like