You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM


08000, SUNGAI PETANI, KEDAH.

Tokoh Pendidikan dan Pengkaji Lukisan Kanak-kanak
- Laura H.Chapman



NAMA PELAJAR : Ling Ngiik Bing
KAD PENGENALAN : 931022136386
KURSUS : Kreativiti dan Seni Kanak-Kanak
KOD KURSUS : PSV 3103
KUMPULAN UNIT : PISMP P2F PSV Ambilan Jan 2013
NAMA PENSYARAH : Encik Jaafar Mahmud
Laura H. Chapman ialah seorang perunding dan
penulis dalam bidang Pendidikan Seni di Cincinnati,
Ohio.
Berpengalaman mengajar prasekolah serta kelas
dewasa, di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan
sekolah-sekolah di pusat bandar. Beliau pernah
mengajar mahasiswa dan program-program ijazah
pendidikan seni di Indiana University, The Ohio State
University, University of Illinois dan University of
Cincinnati.
PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK OLEH LAURA H.CHAPMAN
Perkembangan Artistik (perkembangan penghasilan
karya)
Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan
dapat membantu memperjelaskan perkembangan
artistik kanak-kanak.
Model yang telah diformulasikan oleh Lowenfeld
(1975) dan Chapman (1972) mempunyai corak
perkembangan yang lebih kurang sama.
Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan
daripada peringkat scribbling ke representasi. Antara
persamaan-persamaan yang lain ialah:
Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat
terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak.
Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan
cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.
Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat
tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya
menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah
dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.
Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-
peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin
mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak
semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI
Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk
Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa
proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan
yang hampir sama dengan proses penghasilan karya
ataupun dikenali sebagai artistik.
Menurut beliau, proses artistik ini digunakan oleh
penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik
yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik,
bersifat boleh ubah dan berulang-ulang.
Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi
keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni
tercapai.
TERDAPAT 3 FASA DALAM KAEDAH YANG DIPERKENALKAN
OLEH CHAPMAN BAGI
MENGHASILKAN KARYA SENI, IAITU:
1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan
objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Di dalam
konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk
membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju
penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana
idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid
mungkin tidak mampu menghasilkan karya.
2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and
Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi
mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan
tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi
memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau
dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.
Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak,
proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan
dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi
mendapatkan hasil terbaik.
3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung
kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya.
Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang
sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang
gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan
tertentu.
Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan
terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya
dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan.
Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid melalui
pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta
penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi
dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid
mempunyai makna dan nilai tersendiri.
Dalam siri buku Discover Art, Chapman telah
memberi contoh setiap pelajaran yang mengikut
langkah berikut:
1. Pemerhatian
2. Penerokaan
3. Penghasilan
4. Apresiasi
SEKIAN,
TERIMA KASIH^^

You might also like