You are on page 1of 3

Laporan Program Minggu Bahasa Melayu

Sekolah Menengah Bagan Serai, Perak.



Guru Penasihat : Encik Ahmad bin Din
Pengerusi : Muhammad Yatim bin Othan
Setiausaha : Ramah .S.
Bendahari : Habibah binti Rosman
Ahli Jawantankuasa : Faiz bin Malik
Aswadi bin Hussin
Azizi bin Maitit
Mastura binti Masnan

Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Bagan Serai telah ditubuhkan pada tahun
1990.Persatuan ini mempunyai seramai 120 orang ahli yang terdiri daripada pelajar-pelajar
Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Dalam tempoh 12 tahun penubuhannya, Persatuan ini
telah menempuh pelbagai rintangan jika dibandingkan dengan sejarah penubuhan sekolah ini.

Matlamat utama penubuhan Persatuan ini ialah meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di
kalangan pelajar. Selain daripada itu, Persatuan ini ingin menaikkan mutu dan tahap
pencapainnya di samping membentuk minda pelajar yang kreatif dalam menguasai kemahiran
syarahan, perbahasan dan sebagainya. Persatuan juga bertanggungjawab mengeratkan
perhubungan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan guru di sekolah ini.

Sepanjang hari Isnin dan Selasa, Persatuan telah menganjurkan berbagai-bagai program
seperti Pertandingan Bercerita dan Kuiz Bahasa Melayu untuk pelajar Tingkatan Satu hingga
Tingkatan Tiga dan Pertandingan Menulis Cerpen dan Pertandingan Mendeklamasikan Sajak
untuk pelajar Tingkatan Empat dan Lima. Semua pertandingan terbuka kepada ahli dan pelajar.
Seorang pelajar Tingkatan 5P1, Norhana binti samsudin, telah berjaya menjadi johan dalam
Pertandingan Syarahan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri. Kejayaannya itu menjadi
kebanggaan sekolah dan mendapat pujian daripada Pengetua. Kejayaan itu juga diraikan
bersama pelajar-pelajar sekolah ini.

Pada hari Rabu dan Khamis, Persatuan Bahasa Melayu telah bergandingan bahu dengan
Kelab Drama menganjurkan Pertandingan Drama peringkat sekolah. Drama yang
berjudulSelangka persembahan pelajar-pelajar Tingkatan 4T1 telah berjaya menjadi johan.
Drama ini juga telah diberi penghormatan dengan memberi peluang untuk mengadakan
persembahan semasa Majlis Penyampaian Hadiah Sekolah iaitu pada hari Jumaat.

Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Guru Penasihat kami kerana
sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan. Kami berharap Persatuan akan dapat bergerak
dengan lebih aktif dan berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam berbagai-bagai bidang yang
dianjurkan. Seperti kata pepatah Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Laporan disediakan oleh,
___________________ 12 Mac 2013
( RAMAH .S. )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Bagan Serai,
Perak Darul Ridzuan.


Tujuan penubuhan/pembentukan kelab atau persatuan

:

Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasratdan kecenderungan yang sama
supaya murid-murid berpeluang danberkesempatan:
a.Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatansecara berkumpulan.
b.Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidangyang diminati dan digemari
.c.Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakanbersama.
d.Berkongsi sumber dan peralatan
.e.Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan
f.Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing
keperingkat yang lebih tinggi

You might also like