You are on page 1of 13

Rujukan

Abdullah Hassan (2006). Morfologi : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa.



Aini Hassan (2007). Kualitatif atau Kuantitatif ? : Memahami Andaian Asas yang mendasari
Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1). Halaman 7-16 ISSN 0426-5024.

Abd Rahim Abd Rashid (2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan : Menghadapi
Perubuhan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors
Sdn.Bhd.

Dr David, Dr Nor Azizah, Dr Saad (2006). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan . Mateor
Doc. Sdn.Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Dr Tan Yeow Kwai (2007). Kajian Tindakan Kaedah dan Praktikal. Negeri Sembilan :
Institut Pengurusan Raja Melewar.

Kamaruddin Hj Hussin (1991). KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Manual Kajian Tindakan, (2006). Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mok Soon Sang (2008). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Selangor : Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.

Raminah Hj Sabran, Rahim Syah (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling
Jaya, Selangor : Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Sahbudin Hasyim.et.Al. (2003). Pedagogi : Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan.
Kuala Lumpur : PTS Publication & Distributor.

Sulaiman Masri (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis)
Selangor : Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd

























LAMPIRAN A

BORANG KAJI SELIDIK
Tanggapan pelajar terhadap penggunaan Modul Transformasi Jelmaan dalam membantu
menjawab soalan membuat ulasan dalam Subjek Bahasa Melayu Kertas 2, Bahagian C.

Arahan : Tandakan ( / ) dalam jawapan anda berdasarkan skala berikut.
Skala Likert : 1.Sangat Tidak Setuju
2. Tidak Setuju
3. Kurang Setuju
4. Setuju
5. Sangat Setuju

Bil
Skala
1

2

3

4

5 Item
1 Kemahiran membuat ulasan dalam Penulisan
Bahagian C merupakan pelajaran yang mudah.

2 Penulisan Bahagian C mudah dijawab tanpa
teknik dari Modul Transformasi Jelmaan

3 Saya berasa lebih mudah menjawab penulisan
Bahagian C selepas guru melaksanakan Modul
Transformasi Jelmaan

4 Saya berasa amat seronok menjawab set-set
latihan dalam Modul Transformasi Jelmaan

5 Setelah menjalani set-set dalam latihan Modul
Transformasi Jelmaan saya mempunyai lebih
keyakinan untuk membuat ulasan pada Bahagian
C.

6 Modul Transformasi Jelmaan benar-benar
membantu saya.




LAMPIRAN B
SOALAN UJIAN PRA
Bahagian C
( 20 markah )
( Masa dicadangkan : 20 minit )

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan . Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.

Zakaria seorang pelajar yang sangat rajin dan kuat semangat. Ayahnya telah meninggal dunia
dua tahun yang lalu akibat penyakit asma. Setiap pagi Zakaria ke sekolah bersama-sama
adiknya. Pada sebelah petangnya pula, dia bekerja sambilan sebagai pembantu di sebuah
kedai makan. Zakaria akan mengulang kaji pelajarannya pada waktu malam. Semua duit gaji
yang diterima oleh Zakaria akan diberi kepada ibunya untuk perbelanjaan keluarga mereka.
Zakaria melakukan kerja-kerja sambilan ini adalah untuk membantu ibunya kerana
pendapatan ibunya sebagai pekerja kilang elektronik itu tidak cukup untuk menampung
perbelanjaan keluarga mereka. Walaupun Zakaria bekerja sambilan tetapi dia tidak pernah
mengabaikan pelajarannya dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Dia juga telah
membuktikan kecemerlangannya dalam pelajaran. Dia merupakan salah seorang pelajar
cemerlang di sekolahnya.







LAMPIRAN C
SOALAN UJIAN POS
Bahagian C
( 20 markah )
( Masa dicadangkan : 20 minit )

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan . Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.

Pada 25 Oktober 2010, Sekolah Kebangsaan Taman Desa telah mengadakan sambutan Hari
Kanak-kanak untuk meraikan kanak-kanak. Selepas perhimpunan pagi, murid-murid berbaris
menuju ke dewan besar untuk acara perasmian. Wakil murid, Muhammad Raziq b. Abdul
Rahman telah menyampaikan ucapan terima kasih terhadap pengorbanan yang guru-guru
berikan. Tuan Guru Besar pula mengucapkan tahniah kepada murid-murid kerana telah
menjadi murid yang baik dengan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan sentiasa
mendengar nasihat daipada guru-guru. Setelah mendengar ucapan, murid-murid telah
dihiburkan dengan persembahan boria oleh murid-murid Tahun 6.
Pada jam 10.30 pagi, murid-murid berehat di kantin sekolah. Murid-murid
diberikan makanan percuma dan sepotong aiskrim setiap seorang oleh guru. Pemberian ini
adalah sebagai meraikan mereka bersempena dengan Hari Kanak-Kanak. Pada jam 11.00
pagi , semua murid dan guru berkumpul semula di dalam dewan. Kemudian diadakan
beberapa persembahan kebudayaan berupa tarian, koir, deklamasi sajak, pertunjukan pakaian
beragam dan nyanyian solo. Sambutan tepukan gemuruh kedengaran setiap kali selesai
persembahan. Sambutan Hari Kanak-Kanak berakhir jam 12.00 tengah hari . Selepas majlis
selesai , semua murid bersalaman dengan setiap guru. Sebelum pulang, murid-murid dan
guru-guru bersama-sama membersihkan kawasan sekolah.

LAMPIRAN D
LATIHAN FAHAMI KONSEP NILAI MURNI
. Pernyataan Nilai Murni
Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah
Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya.
Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam
longkang.

Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang
sebanyak RM2.00.

Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi
penyakit denggi dari merebak.

Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu.
Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri.
Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng
berbunyi.

Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan
kawannya.

Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil
yang sunyi.

Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah.
Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung.
Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank.
Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja.
Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun
dari bas itu.

Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih
apabila kalah dalam pertandingan badminton itu.

Amir mendeklamasikan sajak Merdeka dengan penuh semangat.
Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957.
Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan.
William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya.
Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya.

Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi
jalan raya.

Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang
terjatuh ke dalam sungai itu.

Suria mencuci basikalnya yang kotor.
Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu.
Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas.
Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah.
Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari.
Mereka membaca buku di perpustakaan.
Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan
pemimpin Negara ke sekolah.

Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas.
Sami membuang sampah ke dalam tong sampah.
Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and
seimbang.

Sara suka makan makanan yang berkhasiat.
Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia
pada hari ini.

Ibrahim, ambillah wang ini buat belanja,kata Ah Chong apabila
melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak
membawa wang saku.

Winnie membetulkan kesilapan kawannya.
Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis
perkahwinannya.

Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan
kawasan masjid.

Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya.
Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama.
LAMPIRAN E
MODUL TRANSFORMASI JELMAAN





















LAMPIRAN F
SOALAN LATIH TUBI JOM JELMAKAN NILAI MURNI
Penulisan Bahagian C (1)
Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Set 1
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia
tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke
rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi
bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari
rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi,
mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-
buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan
Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.



Set 2
Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir
untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan
pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat,
rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku
iaitu lontong.
Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun
ini merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku
pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah.
Baik-baik bermain bunga api itu! jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam
kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas
membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya
yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku
gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.
Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga
akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya
bersama dengan sanak saudara di kampung.
Set 3
Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya
menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-
adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah,
memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan.
Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya
sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong
meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana
sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan
ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.
Set 4
Izzat seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak
pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka
bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan
berbuat demikian. Selain itu, Izzat juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa
membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang
kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga
tidak disenangi oleh Izzat. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya
mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Set 5
Jamil murid Tahun 5 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan
tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh
guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak
menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh
guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka
hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia
juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-
murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.
Set 6
Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah
Melati menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan
sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli
gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus
menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi
sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia
pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang
bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan
wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula.
Set 7
Sahabatku Fadhil,
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa
menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelaab Bahasa Melayu sekolah saya.
Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap detik yang dilalui,kami
manfaatkan dengan mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri,
dan Pantai Pasir Hitam.Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung
Machincang,Kami kagum akan keindahan alam semula jadi.Cuacanya sejuk manakala
udaranya segar dan nyaman.
Semasa di Pantai Cenang,kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring
melarang kami kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat guru tersebut.Lawatan seterusnya
ke Underwater World,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan.Kami berbaris
sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan.
Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanya membeli
barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu .Saya juga membeli
cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.

Set 8
Menemui sahabatku, Amira yang berada di Kuala Terengganu agar sentiasa sihat.
Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menceritakan pengalaman saya yang menyertai
lawatan sekolah ke Pulau Pinang semasa cuti sekolah yang lalu.
Untuk pengetahuan saudari, saya dan rakan rakan menggunakan masa
lawatan dengan sebaik-baiknya kerana banyak tempat yang akan kami lawati. Saya begitu
terpegun melihat keindahan pantai Batu Feringgi yang sungguh cantik. Ketika di pantai Batu
Feringgi itu, saya meminta kebenaran daripada guru untuk mandi. Namun begitu, guru tidak
membenarkan kerana agak berbahaya. Saya dan rakan akur mendengar nasihat guru.
Selepas bersantai di pantai Batu Feringgi, kami menuju ke Bukit Bendera.
Kami semua berbaris sebelum masuk ke dalam kereta api untuk naik ke Bukit Bendera.
Sampai di puncak Bukit Bendera, kawan kawan saya membeli barang barang kraftangan.
Saya hanya membeli barang barang yang saya fikir murah dan menarik sahaja kerana ibu
selalu berpesan agar jangan boros ketika berbelanja. Namun begitu, saya tidak lupa
membelikan cenderamata untuk saudari. Oleh itu , saya harap saudari sudi menerimanya.
Set 9
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. panjangnya
jawapan kamu hendaklah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan
Imran berjanji kepada dirinya akan belajar bersungguh-sungguh. Kegagalannya untuk masuk
ke kelas Tahun Enam Bestari iaitu kelas yang pertama tidak mematahkan semangatnya. Dia
yakin bahawa dia akan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR hujung tahun nanti.
Oleh itu, Imran bertekad untuk membaiki kelemahan dan menebus kesilapan yang telah
dilakukannya. Sejak awal tahun lagi, Imran sudah membuat persiapan. Dia mengulangkaji
pelajaran tahun empat dan tahun lima. Dia turut membuat latihan serta mencuba menjawab
soalan-soalan peperiksaan UPSR. Dia tidak malu untuk bertanya kepada guru jika dia kurang
memahami sesuatu pelajaran atau menghadapi masalah.
Selain itu, Imran dan rakan-rakannya menubuhkan kumpulan belajar. Mereka sering
mengadakan perbincangan tentang sesuatu pelajaran. Mereka turut menjawb soalan-soalan
peperiksaan UPSR pada tahun sebelumnya. Melalui perbincangan ini Imran dan rakan-
rakanya dapat memahami setiap pelajaan diajarkan dengan mendalam lagi. Disamping itu,
mereka yang mahir tentang sesuatu pelajaran dapat membantu rakan yang lemah. Pada masa
lapang,Imran akan berkunjung ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat
rujukan.
Set 10
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
peranggan.
Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet.
Aku membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat
wang yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling
sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari dompetnya.
Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia
menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku
teringat akan pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.
Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru
bertugas, iaitu Cik Rani. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar
memuji tindakan yang telah aku lakukan itu.

You might also like