You are on page 1of 2

CERITA LAWAK

CIKGU DAN MURID SEKOLAH RENDAH

Seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 1. Dia bagi
assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin nanti. 

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu ternampak
sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia
terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!"

Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris
ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati. 

Lepas mandi dan makan, dia tengok TV cerita Superman. Masa superman nak terbang dia
kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata
yes. Dua perkataan dah, kata budak itu. 

Lepas tengok TV, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang
perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata "Ladies first" balik rumah
dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu. 

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru. 

Cikgu: "OK boy, did you get the words?"


Budak: "Yes, teacher."
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak: "Shut up you !!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?"
Budak: "Superman!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!!" 
Budak: "Ladies First.."
Hadiah
Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Cantik, di sebuah sekolah rendah, di kawasan
pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid2nya tentang hadiah
sempena Hari Guru esok.
Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah macam mana?
Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah
hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid2: Ohh…. begitu..
Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah….. macam2 ada.
Tersenyum lebar cikgu ….
Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu…. tu ada kat luar kelas.
Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)
Cikgu: Ayah Mamat kerja apa?
Murid2: PENGGALI KUBUUUUR cikgu.

You might also like