You are on page 1of 2

Kata Bantu

Kata Bantu Aspek


Perbezaan masa perbuatan dilakukan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu ialah
jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu
menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu / ragam.

Kata Bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bentuk ragam.

i) Kata Bantu Aspek


Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu aspek memberitahu sama ada perbuatan
itu sudah, sedang atau belum dibuat. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu
sama ada lampau, kini atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, baru, pernah,
sedang, masih, akan dan belum.

ii) Kata Bantu Ragam.


Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan
atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak,
mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan edisi Baharu, kata bantu ragam menerangkan perasaan dan
pendapat orang yang melakukan perbuatan ini.

You might also like