Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
334Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kajian Tindakan Masalah Disiplin Murid Luar Bandar

Kajian Tindakan Masalah Disiplin Murid Luar Bandar

Ratings: (0)|Views: 13,153 |Likes:
Published by Ummi Usamah

More info:

Published by: Ummi Usamah on Jan 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/06/2013

pdf

text

original

 
INSTITUTPERGURUAN RAJANGBINTANGOR,SARAWAK 
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006TEMA
 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN  PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 
TAJUK KAJIANMASALAH DISIPLIN MURID DI SALAH SEBUAH SEKOLAHRENDAH LUAR BANDAR DI DAERAH SARIKEIOLEHLIONG LIAN TAISEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU ANDINSARIKEI
 
 
09 – 11 OKTOBER 2006MASALAH DISIPLIN MURID DI SALAH SEBUAH SEKOLAHRENDAH LUAR BANDAR DI DAERAH SARIKEI
olehLiong Lian TaiSK Penghulu Andin, Sarikei
Abstrak 
 Penyelidikan ini mengkaji tentang masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah luar bandar, di daerah Sarikei. Kajian ini merupakan satu kajian kes berbentuk tinjauandeskriptif. Subjek kajian terdiri daripada 25 orang murid yang ada rekod salahlakudari sekolah yang dikaji. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temubual separa struktur dengan guru dan murid-murid. Hasil temuduga disokong oleh rekod/penyatarasmi salahlaku/masalah disiplin bagi tahun 2005 di sekolah yang dikaji. Rekod/penyatarasmi di sekolah adalah mengikuti kriteria-kriteria yang ditentukan oleh BahagianSekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Data yang diperolehidianalisis menggunakan statistik deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian menunjukkanberbagai jenis salahlaku berlaku di sekolah yang dikaji. Pada keseluruhannya, 25daripada enrolmen 107 orang murid (52 orang murid Tahap 1 dan 55 orang murid Tahap 2), bersamaan 23.36% pernah melakukan perbuatan salahlaku sepanjang tahun2005. Kesemua 25 orang murid yang terlibat dengan kes salahlaku adalah dari murid-murid Tahap 2, iaiitu 45.5% daripada murid-murid Tahap 2. Tindakan susulan diambil berdasarkan dapatan penyelidikan. Moga-moga hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu para pendidik, pentadbir mahupun pengurus sekolah untuk merancan strategi / pendekatan dan mengambil tindakan susulan yang sesuai untuk menanganimasalah ini. Seterusnya, diharap hasrat 
 zero-defect 
masalah disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji akan menjadi satu realiti.
 
Pendahuluan
Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yangtenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin dan lancar. Oleh itu aspek disiplin murid di sekolah haruslah diberi perhatian berat pihak sekolah dan keluarga seperti saranan Kementerian PelajaranMalaysia, 1981.
 Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu iahendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di luar  sekolah”.
KPM 1981Kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama adadiperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media. Bermacam-macam jenis salahlaku dilakukan oleh para murid, dari jenis yang ringan sehinggalahkesalahan-kesalahan yang berat, seperti menyalahgunakan dadah, merompak, memerasugut, merosakkan harta benda sekolah (vandalism), mengancam guru-guru dan murid-murid dan pelbagai lagi.Ada banyak faktor yang menyebabkan mereka melakukan perbuatan-perbuatan tersebutdan faktor-faktor ini lazimnya dikelompokkan kepada faktor sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran, keluarga, pengaruh rakan sebaya dan pelbagai lagi. Faktor luar sekolah ini adalah amat kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita. Olehyang demikian, tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kitakawal dan ubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah.Berikut ialah petikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(1988) mengenai perkara ini.
 Hari ini sekolah-sekolah menampung murid-murid yang lebih tidak seragam, iaitu dari segi sosial, ekonomi dan nilai budayanya kerana peluang-peluang bagi mendapatkan pelajaran adalah terbuka kepada semua murid. Selain daripada itu, faktor sekolah jugadikatakan sebagai salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin murid. Di antaranyaialah struktur dan organisasi sekolah; sistem hukuman dan penghargaan kepada murid; suasana nilai dan interaksi dalam sekolah; budaya sekolah yang lebih berorientasiakademik; dan sikap; tanggapan serta harapan para Guru”
. (KPM 1988 pp25-26)Penyelidik telah mengumpul maklumat jenis salahlaku di sekolah, kekekerapan, puncamengikut pandangan murid dan cadangan cara-cara mengatasi masalah disiplin khasnyadi sekolah yang dikaji. Hasil kajian mendapati masalah disiplin murid khasnya disekolah yang dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius. Oleh yangdemikian usaha sekolah untuk menangani masalah disiplin di sekolah tersebut hendaklahdianggap sebagai satu langkah ke arah pengukuhan disiplin sekolah. Moga-moga usahaini menjurus ke arah perubahan sikap dan perlakuan murid kepada yang lebih positif 

Activity (334)

You've already reviewed this. Edit your review.
Nor Amin Lawisau liked this
Heidi Lee liked this
Asyraf Azis liked this
Ummi Atiah liked this
yuris1978 liked this
encikseni liked this
Ooi Wan Chiew liked this
shafarin liked this
Zabedah Hayat liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->