You are on page 1of 11

KONKRIT TEGAS DULU

TAKRIFAN:

 Konkrit bertetulang yang ditegaskan terlebih dahulu supaya tegasan


tegangan di mana timbulnya rerambut akibat daripada rekahan yang berlaku
pada zon tegangan dapat diatasi.

 Tujuannya adalah untuk mengehadkan kawasan tegasan tegangan struktur di


mana retakan/ rekahan akan berlaku pada konkrit apabila beban dikenakan
ke atasnya.

 Proses ‘ tegas dulu’ dalam konkrit bertetulang di buat dengan menarik atau
menegangkan dawai – dawai keluli dan tetulang secukupnya.
Apabila dawai atau tetulang ini dilepaskan dari mesin penarik atau penegang, ia
akan menarik sama rata konkrit – konkrit yang terdapat disekelilingnya dalam
usaha untuk kembali ke ukuran atau saiz asalnya.

Rajah 6.1 prinsip Teori Tegas dulu

Sumber: nota panduan politeknik Malaysia

Pindahan tegasan

Pesongan

CIRI – CIRI
REKABENTUK
Ricihan KONKRIT TEGAS Lenturan

DULU

Retakan / rekahan
Contoh mudah harian terhadap prisip asa teori tegas dulu ialah kerja yang
dilakukan oleh seseorang ketika mengangkat beberapa biji bata. Salah satu
daripada cara mengangkat ialah dengan menyusun bata itu melintang dan
mengenakan tekanan yang seimbang dikedua – dua hujungnya.

Rajah 6.2 Prinsip asas Teori Tegas dulu

Sumber: nota panduan politeknik Malaysia

Dalm konkrit tegas dulu, tegasan mampatan dulu boleh direkabentuk untuk
menahan tegasan tegangan sendeng (ricihan)

Di bawah beban kenaan unit tegas dulu akan melentur dan mengurangkan
mampatan bina dalam. Tetapi apabila beban diedarkan, mampatan akan
kembali semula dan unit akan kembali ke bentuk asalnya.

Apabila beban dikenakan dan tegasan tegangan terbentuk dalam tetulang


keluli, retakan / rekahan juga terbentuk pada konkrit disekeliling tetulang.

Ini adalah kerana daya tarikan tegangan konkrit adalah rendah. Oleh itu,
konkrit tegas dulu direkabentuk untuk mengatasi kelemahan ini yang berlaku
pada konkrit tetulang.
TEGASAN TEGANGAN DALAM KONKRIT
DAPAT DI ATASI DENGAN:

Penggunaan tetulang dalam Penggunaan system teori


kokrit bertetulang penegasan dahulu

Konkrit tegas dulu digunakan untuk struktur siap tuang iaitu struktur yang
menanggung beban yang tinggi seperti jambatan.
PRINSIP – PRINSIP ASAS KONKRIT
TEGAS DULU.

 Prinsip yang digunakan ialah dengan memberikan daya mampatan


terhadap konkrit

 Oleh itu tegasan mampatan akan terdapat dalam konkrit

 Tujuannya ialah untuk mengimbangi tegasan tegangan yang terlibat apabila


beban dikenakan

 Kabel/besi tetulang akan di tarik dan ditegangakan serta ditambatkan


secara kekal di hujung konkrit dan ini akan berlakunya daya tegangan

 Daya tegangan ini kemudiannya dilepaskan agar kabel tadi akan cuba
kembali ke panjang asal

 Proses ini akan menerbitkan / berlakunya daya mampatan (yang berlainan


arah) di dalam konkrit

 Konkrit yang telah dimampatkan tadi tidak lagi dianggap sebagai beban
mati tetapi bertindak seperti mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi
untuk mengelakkan retakan

 Konkrit adalah kuat dalam mampatan tetapi lemah dalam tegangan


KEBAIKAN KONKRIT TEGAS
DULU.

 Hanya 1/5 sahaja daripada berat tetulang yang diperlukan oleh


konkrit bertetulang digunakan dalam konkrit tegas dulu

 Kuantiti konkrit yang diperlukan adalah kurang

 Ahli korporat tegas dulu diuji semasa pembuatannya dan sebarang


kerosakan dapat diperbaiki

 Mempercepatkan masa untuk pembinaan struktur yang besar.


Contoh: jambatan dan Fly-over.
KAEDAH-KAEDAH PROSES
PENEGASAN

Terdapat dua kaedah iaitu:

KAEDAH TEGANG
DULU (PRE-

KAEDAH TEGANG KEMUDIAN


(POST-TENSIONING)
A) KAEDAH TEGANG DULU.
 Acuan dipasang mengelilingi tendon (contoh : kabel keluli)

 Konkrit diisi dan dibiarkan mengeras serta diawetkan.

 Apabila konkrit telah mencapai kekuatan yang diperlukan, tendon tadi


dilepaskan dari tambatan dan hyraul jack.

 Oleh kerana konkrit telah mencengkam pada tendon, maka tendon tadi
tidak akan bergerak dan kekal kepada panjang asal.

 Tendon dipotong rata pada permukaan konkrit di kedua-dua hujung dan


dicat dengan cat pencegah karat.

Rajah 6.3 Konkrit Tegas Dulu

(a) Peringkat 1

(b) Peringkat 2

(c) Peringkat 3

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)


B) KAEDAH TEGANG KEMUDIAN
 Tendon dimasukkan ke dalam satu salur/ logam yang boleh melentur di
mana satu hujungnya akan diikat pada hyraul jack.
 Acuan disediakan pada bentuk yang diperlukan.
 Konkrit diisi ke dalam acuan yang mengandungi tendon dalam salur logam
tadi dan dibiarkan meneras sehingga kekuatan yang dipelukan tercapai.
 Setelah konkrit mencapai kekuatannya, kotak acuan dibuka dan tendon
ditarik dan ditegangkan dengan menggunakan bucu hydraulik dan diikat
pada tambatan.
 Tambatan dilengkapkan dengan plat.
 Apabila tendon mengecut,ia akan menarik plat ( di kedua-dua hujung )
masuk ke dalam dan seterusnya menghasilkan tegasan mampatan dalam
konkrit.

Rajah 6.4 : Konkrit Tegas kemudian

(a) Peringkat 1

(c) Peringkat 2
CIRI-CIRI TETULANG YANG DIGUNAKAN
 Tetulang keluli terdiri daripada keluli yang mempunyai tegasan
yang tinggi 100 - 140 tan/i n2.

 Keluli yang digunakan biasanya selapis, dua lapis atau tiga lapis
dan seterusnya sehingga setebal 4mm dalam garis pusat.

 Jenis-jenis dawai tetulang biasanya dikenali sebagai :


a) Kabel : Sekumpulan tetulang.
b) Tetulang : Dawai-dawai, bar atau lembar yang dibentuk dalam
keadaan sejuk dikenali sebagai “ hard drawn wires”
c) Bar : Tetulang dengan keratin padu.
d) Lembar heliks : Sekumpulan dawai yang dipintal atau
dipusingkan dlam bentuk heliks.
CIRI-CIRI KONKRIT YANG DIGUNAKAN.

 Konkrit dari konkrit kualiti kelas satu.

 Segala proses pembuatan atau pembancuhan atau bancuhannya diteliti dan


diawasi dengan baik dan sempurna mengikut penentuan yang ditetapkan.

 Simen yang digunakan adalah terdiri daripada simen mengeras cepat


supaya bancuhan yang dibuat cepat keras dan kering dengan awal.

 Dengan ini ahli struktur dapat digunakan dengan lebih awal lagi. Setiap ahli
struktur biasanya diwapkan supaya cepat mengeras.

1
 Nisbah bancuhan bahan ialah 1 : 1 2 : 3

 Nisbah air-simen yang digunakan ialah 0.45

 Proses pemadatan dibuat dengan mesin pengetar.

 Kekuatan mampatan yang mesti dicapai hasil daripada ujian kiub ialah leih
daripada 43 N/mm2 pada umur 28 hari. Kekuatan mampatan minima yang
mesti tercapai ialah 28.5 N/mm2.

You might also like