You are on page 1of 6

1.

0 PENDAHULUAN

Teater tradisional ialah suatu bentuk kesenian tradisi. Peranannya lebih


menjurus kepada bentuk hiburan masyarakat Melayu sebelum dimasuki
oleh unsur – unsur modenisme. Ia sesuai dengan pertumbuhan masyarakat
Melayu yang masih tertutup dan tebal kepercayaan animism dan kaya
dengan unsur ritualisme. Kegiatannya menjadi lambang dan imej bercorak
kemasyarakatan dan berfungsi sebagai satu media komunikasi atau
ekspresi. Oleh yang demikian, ia menjadi medan perlepasan emosi yang
mengandung unsur – unsur estetika.

Semua insan yang normal adalah secara semula jadi mempunyai rasa
senang terhadap keindahan. Justeru itu, lahirlah perasaan untuk
menghargai hasil seni yang dicipta oleh seseorang individu atau oleh
sekelompok manusia. Teater tradisional mempunyai tiga komponen yang
terpenting iaitu lakonan, muzik dan tarian. Unsur – unsur keindahan ini
menjadi dasar utama yang menggerakkan sesebuah persembahan. Pada
dasarnya terdapat empat genre teater tradisional yang diterima sebagai
teater nasional iaitu wayang kulit, mak yong, bangsawan dan menora. Tiap
– tiap satu genre menekankan unsur keindahan dalam aspek – aspek
tertentu terutamanya dari segi alat – alat muzik yang digunakan, latar
belakang pentas, tarian, pakaian dan alat – alat hiasan yang lain.

Teater bangsawan antara teater tradisional yang masih lagi aktif


dipentaskan. Bangsawan adalah teater yang kaya dengan nilai – nilai
estetiknya yang merangkumi pelbagai corak kesenian dan ciri – ciri
kebudayaan.
2.0 BANGSAWAN

2.1 Definisi Bangsawan

Perkataan ‘bangsawan’ memberi pelbagai makna yang berbeza. Mengikut


Kamus Dewan Edisi Keempat, pengertian ‘bangsawan’ dibahagikan kepada
tiga. Bangsawan bermaksud orang yang berbangsa, orang yang
berketurunan mulia. Selain itu, bangsawan juga bermaksud komedi, wayang
atau sandiwara yang disertai nyanyian dan tarian (biasanya menceritakan
kisah raja – raja zaman dahulu) yang di persembahkan di panggung.
Sekiranya ditambah perkataan anak, perkataan bangsawan bermaksud
anak orang bangsawan atau pelakon komedi bangsawan.

Perkataan ‘membangsawankan’ pula bermaksud mengubah sesuatu


cerita kepada sesuatu bentuk seperti bentuk bertulis, lisan dan sebagainya
ke dalam bentuk bangsawan seperti Hikayat Si Miskin. ‘Kebangsawanan’
pula bermaksud kedudukan yang bersifat bangsawan atau mempunyai sifat
kemuliaan dari segi pemikiran. 

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, golongan bangsawan atau aristokrasi


pula merupakan suatu sistem kerajaan dimana pemerintahnya berasal dari
golongan bangsawan atau aristokrat. Bangsawan tidak semestinya termasuk
golongan raja tetapi mereka yang datang dari kumpulan berstatus tinggi dan
berharta.

2.2 Susun Lapis Masyarakat Melayu Tradisi

Dalam masyarakat Melayu tradisi, golongan bangsawan merupakan lapisan


masyarakat yang berstatus tinggi dan berharta serta berada selepas raja
atau sultan serta kerabat di-raja. Kebanyakan bangsawan menjawat
jawatan penting dalam pentadbiran yang merupakan pembesar kerajaan.
Bangsawan merupakan golongan yang memerintah tetapi bukan semuanya
mempunyai tanggungjawab dalam pentadbiran.
SUSUN LAPIS MASYARAKAT MELAYU TRADISI

II

III

IV

I RAJA (PEMERINTAH) DAN KERABAT – KERABAT

- Taraf paling tinggi dan teratas


- Raja (Sultan) yang memerintah
- Kerabat – kerabat
- Pertabalan melalui warisan
- Kuasa mutlak dan daulat (Raja Memerintah)

II BANGSAWAN DAN PEMBESAR

- Menjalankan tugas yang diserahkan oleh raja atau atas perintah raja.
- Pembesar diberi tugas dan bidang kuasa masing – masing.
- Jawatan diwariskan sebelah bapa
- Anak lelaki
- Termasuk keluarga
- Mempunyai gelaran – gelaran tertentu
III RAKYAT BIASA (orang merdeka)

- Peniaga, pedagang, buruh biasa, tukang – tukang mahir, nelayan dan


petani
- Boleh dikerah oleh raja dan pembesar untuk laksana kerja – kerja
ketika keramaian, berperang dan membina kota.
- Golongan agama, pedagang – pedagang, orang – orang kaya dan gagah
berani mempunyai status sosial yang tinggi.

IV HAMBA

- Tempat yang paling terkebawah


- Dikawal oleh pemerintah / tuan
- Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.
- Terbahagi kepada hamba raja (biduanda), hamba berhutang dan hamba
abdi (sahaya).
3.0 TEATER BANGSAWAN

3.1 Definisi dan Sejarah Teater Bangsawan

Salah seorang tokoh teater negara, Mustafa Yassin pernah memberi satu
definisi ringkas untuk bangsawan iaitu bangsa bermaksud orang sementara wan
bermakna budiman iaitu orang budiman. Di Malaysia ia juga secara mudah
dilihat sebagai sejenis opera. Stambul dan sandiwara hanya muncul kemudian.

Bangsawan adalah salah satu bentuk teater Melayu yang popular


pada awal abad ke – 19. Kesenian teater bangsawan merupakan khazanah
kebudayaan dan kesenian yang cukup berharga. Ia kaya dengan
teknik – teknik estetik yang wajar dipelihara serta dikekalkan sebagai tradisi
bangsa. Seperti kata Winsted dan yang dipetik oleh Brandon (1974) :

“Bangsawan merupakan satu – satunya daripada seni drama dan


pementasan yang benar – benar menjadi hak milik orang – orang Melayu”.

Sejarah bangsawan bermula di Asia Tenggara dengan ketibaan


Wayang Parsi atau Mendu di Pulau Pinang sekitar tahun 1870. Rombongan
pelakon lelaki dari Bombay bertawaf seluruh negara mempersembahkan
kisah-kisah klasik dari Timur Tengah, Parsi dan India dengan bahasa pengantar
ialah Hindi disulami lagu-lagu Hindustani. Sekelip mata ia disambut sebagai satu
fenomena dengan undangan di majlis perkahwinan, pesta dan majlis diraja.

Dalam tahun-tahun 1900, bangsawan lebih banyak bertumpu di


Singapura memandangkan kebanyakan rombongan bangsawan yang akan
menyeberang ke Indonesia singgah beberapa lama di pulau tersebut. Pushi
Indera Bangsawan dikatakan kumpulan bangsawan pertama di Malaysia.
Kemudian kita mendengar nama-nama lain seperti Seri Penglipur Lara yang aktif
mementas bangsawan di Happy World, New World dan panggung Alhambra di
Singapura.

Kedatangan Jepun menjadikan kumpulan bangsawan dipaksa


mempersembahkan kisah-kisah dengan elemen propaganda Jepun dan ini
terlihat pada persembahan kumpulan Mina Bakar dan kumpulan Din-Tijah.
Selepas itu bangsawan terus popular dengan persembahan antara lain ialah
Raja Laksamana Bentan dan Jula Juli Bintang Tiga. Bangsawan pernah
disifatkan sebagai commedia dellárte timur dengan mempertahankan
sifat-sifat teater tradisional rantau Timur.

You might also like