You are on page 1of 9

KEM MODAL INSAN KEWAJA

No.Pendaftaran 001688694-H
MENJANA INTEGRITI WANITA & MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

MAKLUMAT PENGASAS KEWAJA

1. YAHYA BIN MOHAMED YUSOF

o Naib Yang Dipertua Gerakan Ehsan Selangor


o NYDP Persatuan Pengamal Adat & Budaya Melayu Malaysia [ADAT]
o AJK Persatuan Pusat Jagaan Wilayah Persekutuam Kuala Lumpur
o Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia [SALAM]
o NYDP SMK Hillcrest Taman Seri Gombak Selangor
o NYDP SK. Tmn. Seri Gombak, Selangor
o Pengerusi Tetap UMNO Tmn Seri Gombak Utama,Selangor
o Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
o Ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM)
o Panel TV & Radio untuk RTM, TV3, TV9, Astro, Bernama TV & Radio 24
o Penerima Anugerah Famili Berjasa, Anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia dan
ASTRO 2005.

2. RUZITAH BINTI BAHRUM

o Ahli Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia SALAM


o Naib Pengerusi Biro Integriti & Modal Insan Gerakan Ehsan Selangor
o AJK Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Cawangan Taman Sri Gombak.
o AJK Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Cawangan Sri Gombak
o Ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
o Perunding Tradisional & Pakar Motivasi

ASRAMA PUTERI KEWAJA

No.19, Jalan SG 5/4, Taman Seri Gombak


68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan
Tel: 013-3384868 03-40254755 03-61857736
Emel: kewaja@gmail.com
http://groups.yahoo.com/group/KEWAJA
http://www.kewaja.enetmyne.com

1
MISI DAN OBJEKTIF PENUBUHAN KEWAJA
1. Membantu serta menyahut seruan kerajaan dalam usaha MENCEGAH-
MENYELAMAT-MEMULIHKAN wanita dan remaja yang menjadi mangsa aktiviti tidak
bermoral disamping membasmi gejala sosial.

2. Membantu, membimbing, menyelamat, merawat dan melindungan mangsa-mangsa


salahlaku sosial yang tidak beretika. Sama ada mangsa tersebut akibat pergaulan
tidak bermoral ataupun disebabkan penganiayaan dan penderaan (fokus KEWAJA
penderaan seksual sehingga ada yang hamil luar nikah)

3. Menjadikan KEWAJA salah satu PUSAT KOMUNITI & INTEGRITI; Pusat rujukan,
sokongan, penyelidikan serta pendidikan dan pemulihan terhadap remaja atau
wanita yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral dan telah insaf serta ingin kembali
kepangkuan masyarakat ATAU membentuk peribadi kearah kehidupan
bermasyarakat yang sempurna dan sejahtera (Modal Insan Kelas Pertama).

4. KEWAJA sebagai salah sebuah institusi perkongsian ilmu, menerima Pelarian Sosial
Wanita untuk diberikan pemulihan dan kesedaran terutama wanita yang hamil
diluar nikah sama ada akibat pergaulan tidak bermoral atau mangsa bencana
maksiat disamping mempastikan bayi yang lahir itu selamat serta mendapat
rawatan, penjagaan juga berada bersama keluarga yang menjamin masa depan
mereka (anak yang telah lahir).

IDEA UNTUK MENUBUHKAN KEWAJA


SEJARAH AWAL

Lebih kurang 22 Tahun [ 1988 ~ 2010 ] yang lalu perkhidmatan dan aktiviti
kemasyarakatan ini melibatkan lapan orang tenaga separuh sukarela. Dimasa itu kami
lebih memberikan tumpuan kepada aktiviti memulih serta merawat penyalahguna
dadah, ganja, arak dan rokok disamping mereka yang mengalami tekanan atau masalah
jiwa.

Di sebabkan tiada peruntukan kewangan yang mencukupi malah tidak mendapat


kerjasama yang sepenuhnya (dalam bentuk kewangan dan sokongan orang ramai) sama
ada keluarga yang terlibat atau berbagai pihak lain, disamping rakan kongsi atau
kakitangan telah menarik diri kerana tidak dapat memberikan komitmen, maka
perkhidmatan ini gagal, walaupun ramai yang memuji serta memberi sokongan moral,
namun tanpa bantuan kewangan kami tidak dapat melakukan sesuatu yang boleh
menjamin nasib dan masa depan kami pula..

Seterusnya secara peribadi kami (Yahya & Ruzitah) hanya memberikan tumpuan kepada
kerja-kerja sebagai Motivator, Fasilitator dan Penceramah Bebas sahaja. TETAPI
disebabkan perilaku tidak bermoral tidak beretika remaja dan wanita semakin
membimbangkan seperti kes-kes pembuangan bayi serta pengguguran haram MAKA
kami mengambil tanggungjawab dengan menerima wanita-wanita malang tersebut
berada dibawah pemerhatian dan tanggungjawab penuh kami.

Ketika berdepan dengan masalah gadis atau wanita yang hamil luar nikah, biasanya
kami menasihatkan agar mereka merujuk kepada mana-mana pusat perlindungan
wanita atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malangnya apabila kami siasat, pihak
berkenaan memaklumkan tiada seorang pun gadis yang kami nyatakan menghubungi

2
mereka, sedangkan dalam masa yang sama media-massa masih kerap melapurkan
penemuan bayi yang dibuang atau ditinggalkan dimerata-rata, sama ada yang telah mati
atau masih bernyawa.

Alasan lain, pusat-pusat perlindungan yang sedia ada, terutama dibawah kelolaan
kerajaan hanya menerima gadis atau perempuan bawah umur sahaja atau mereka yang
mempunyai kes polis atau arahan mahkamah. Malangnyanya mereka tidak diberikan
peluang, sedangkan mereka perlukan perlindungan dan pemulihan serta bantuan
daripada pihak yang boleh menguruskan dan menyelesaikan permasalahan yang
mereka hadapi.

Berasaskan peristiwa dan maklumat sedemikian, maka kami mengambil inisiatif atau
tanggungjawab kemanusiaan, ia itu dengan membenarkan gadis-gadis hamil itu tinggal
bersama kami. Maka, disinilah bermula perkhidmatan sosial dan kebajikan kami yang
semakin jauh, dimana kami menguruskan rawatan sejak mereka hamil sehinggalah
waktu bersalin dan seterusnya penjagaan dalam pantang.

Kami juga menyediakan perkhidmatan kaunseling, motivasi disamping kelas-kelas fardu


ain terutama untuk mereka yang tidak tahu langsung tentang agama.

CABARAN DAN MASALAH AWAL


Masalah kewangan adalah perkara lumrah dalam mana-mana komuniti atau organisasi.
Begitu juga dengan kami, namun sebagai tanggung jawab sosial kami teruskan juga
dengan berbagai kepayahan dan rintangan.

Mungkin disebabkan aktiviti baru, tidak diketahui umum, malah aktiviti kami juga tidak
bedaftar dengan mana-mana pihak yang berkaitan. Tidak mustahil ada pihak yang curiga
dan mengesyaki sesuatu yang menyalahi undang-undang. Maka, November 1997,
rumah kami ( Kem Pelarian Sosial Wanita ) pernah diserbu oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) Gombak bersama anggota Polis dan krew berita RTM dengan
beralasan bahawa mereka menerima lapuran orang ramai, mengatakan kami
menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang, misalnya sindiket jual anak.

Dengan segala penjelasan dan bukti yang cukup, kami tidak diambil sebarang tindakan.
Pihak JKM juga menasihatkan, apa yang kami lakukan adalah urusan JKM dan sekiranya
kami berdepan dengan masalah gadis atau wanita hamil ini, harap serahkan kepada
mereka sahaja.

Selepas itu, kami masih menerima kes-kes gadis hamil, atas nasihat JKM, kami
sarankan mereka ke sana. Malangnya mereka takut untuk berurusan dengan pihak
berwajib kerana bimbang akan diambil sebarang tindakan undang-undang. Malah pihak
JKM hanya menerima gadis bawah umur saahaja (Ini berdasarkan Akta Perlindungan
Gadis Dan Wanita) Maka disebabkan situasi sedemikian, kami terpanggil sekali lagi atas
matalamat dan niat suci kami untuk menyelamatkan gadis dan wanita sedemikian.

Akhirnya kami telah mengambil langkah perlu dengan merujuk terus kepada Ketua
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, di ketika itu Dato Jaafar Wahid. Saya telah
dimaklumkan dengan berbagai pandangan nasihat, malah menjelaskan falsafah JKM.

Kesimpulan daripada nasihat KP JKM itu, saya menerima semula gadis-gadis malang
yang hamil tetapi diluar pengetahuan gadis tersebut saya berusaha mengesan keluarga
mereka. Inilah yang berlaku hingga sekarang.

3
CABARAN DAN MASALAH SEMASA
1. Penempatan yang tidak selesa dan tidak sempurna, kecil dan sempit. Buat masa ini
mereka tinggal bersama dan mereka menganggap kami keluarga atau saudara
angkat malah kami mengutama konsep kekeluargaan.

2. Masalah kewangan, belum ada bantuan secara serius dan beterusan dari mana-
mana pihak. Segalanya atas budibicara dan tanggungan kami yang mana sumber-
sumber kewangan yang diperolehi adalah tidak tetap.

3. Kami mendapat sedikit sumbangan ikhlas dari pihak keluarga gadis yang terbabit
tetapi bukan semua mereka itu dari kalangan keluarga yang mampu. Malah ramai
pihak keluarga gadis/wanita terlibat menyerahkan bulat-bulat kepada kami.

4. Tidak mempunyai tenaga pembantu yang cukup, segalanya kami uruskan sendiri
(suami isteri En.Yahya & Pn Ruzitah). Kami perlukan sukarelawan, tetap tiada yang
berminat lagipun kehidupan hari ini memerlukan kerjaya yang menjamin masa
depan walaupun ini adalah tanggungjawab sosial kita semua.

5. Tidak mendapat kerjasama keluarga sepenuhnya kerana ada pihak keluarga gadis
terlibat, telah meminggirkan anak gadis mereka akibat perbuatan memalukan itu.

BANTUAN DAN KHIDMAT SOKONGAN YANG KAMI TERIMA


1. Mendapat kerjasama tidak rasmi dengan Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital
Besar Kuala Lumpur, Hospital Selayang, JKM Kuala Lumpur dan Gombak, Gerakan
Ehsan Selangor dan NGO yang berkaitan dengan kami.

2. Dibantu, dipantau oleh Majlis Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam WPKL.

3. Pihak media, sama ada media cetak atau elektronik.

4. Pihak perseorangan, jiran tetangga dan keluarga.

5. Beberapa orang sukarelawan yang menyumbangkan tenaga, idea dan ilmu terutama
dalam bentuk pengajian agama, kaunseling dan motivasi.

6. Kerjasama dan sokongan daripada semua IPTA & IPTS kerana KEWAJA menjadi
salah satu pusat rujukan pelajar-pelajar mereka.

BAGAIMANA REMAJA, GADIS ATAU WANITA BERKENAAN MENDAPAT


MAKLUMAT MENGENAI PUSAT INI.

1. Sebagai Penceramah dan Motivator bebas serta Fasilitator atau aktivis masyarakat, kami
menyediakan serta menulis berbagai artikel atau rencana di dalam beberapa ruangan sama
ada akhbar mingguan dan majalah. Rencana dan maklumat selalu menyentuh kepada
permasalahan sosial semasa, maka disinilah maklumat kerjaya, aktiviti atau perkhidmatan
ini diketahui ramai.

2. Lapuran pihak media yang sering memaklumkan aktiviti kami didalam mana-mana akhbar
atau majalah dan pernah beberapa kali menjadi tetamu atau ahli panel didalam beberapa
program TV dan radio.

3. Dari orang perseorangan yang pernah berurusan dengan kami dan internet (informasi maya).

4
PERKHIDMATAN BANTUAN, PEMULIHAN DAN PENJAGAAN YANG DI
BERIKAN KEPADA GADIS ATAU WANITA DI BAWAH JAGAAN PUSAT INI

1. Memberikan kaunseling, motivasi dan pendidikan agama secara berterusan, untuk


mempastikan mereka benar-benar insaf, bertaubat malah meyakinkan kami apabila
mereka keluar atau setelah selesai tempoh mereka bersama kami.

2. Menguruskan rawatan dan pemeriksaan mingguan mereka ke klinik yang


berhampiran, biasanya klinik swasta.

3. Menghantar dan menguruskan mereka semasa bersalin di hospital (HBKL atau


Hospital Selayang ) atau klinik swasta.

4. Menguruskan pendaftaran kelahiran (Seksyen 8,Akta 299 JPN) Atau Kematian (Jika
ada) di JPN terdekat atau Putrajaya.

5. Menguruskan keluarga angkat sekiranya mereka atau keluarga tidak berupaya dan
tidak mahu menerima dan menjaga anak mereka.

6. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Pesuruhjaya Sumpah atau pihak


mahkamah, jika anak itu diserahkan kepada keluarga angkat.

7. Menguruskan dan memberikan rawatan tradisi seperti mengurut serta penjagaan


dalam pantang yang sempurna, biasanya 40 hari.

8. Menguruskan persekolahan/peperiksaan, kerana ada diantaranya sedang belajar


dan ingin mengambil peperiksaan disaat-saat mereka bakal melahirkan anak,
setakat ini telah hampir 50 kes diuruskan ia itu pertukaran sekolah dan pusat
peperiksaan. Setakat ini, kami temui calun PMR, SPM dan penuntut IPT.

9. Memberikan kaunseling serta menemukan dengan kaunselor terlatih supaya dapat


meyakinkan pihak keluarga gadis atau wanita terbabit kerana ramai keluarga
mereka kecewa, kesal serta tidak mahu lagi menerima anak mereka.

10. Merancang, menguruskan dan mengatur perkahwinan gadis atau wanita terbabit
dengan lelaki yang ingin bertanggung jawab tetapi ada sedikit masalah daripada
pihak keluarga atau perundangan ATAU membantu menguruskan penikahan wanita
berkenaan jika mereka bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat semasa
dibawah penjagaan kami.

11. Mempastikan mereka mendapat perkerjaan yang sesuai dan baik serta tidak terlibat
dengan kerjaya terdahulu yang mana banyak menjurus kepada maksiat atau gaya
hidup sosial yang tidak bermoral.

LAIN-LAIN MASALAH SEMASA YANG BERKAITAN DENGAN GADIS


DAN WANITA, DI MANA KAMI BERIKAN KEUTAMAAN.

1. Hampir semua gadis atau wanita yang terlibat kami anggap Perlarian Sosial kerana
mengalami masalah akibat aktiviti sosial yang tidak beretika MAKA atas sebab-
sebab yang kami percaya dan yakini mereka haraus kami bantu dan selamatkan.

5
2. Wanita atau isteri yang lari dari rumah bersama anak-anak, akibat sikap kasar atau
kekejaman suami.

3. Membantu juga segelintir masalah masyarakat terutama anak-anak yang tidak


mempunyai sijil lahir sedangkan umur ada yang menjangkau 7 tahun.

Nota: Permasalahan No.2, biasanya kami akan siasat dan menghubungi keluarga
mereka diluar pengetahuan mereka, akhirnya mereka disatukan semula berdasarkan
khidmat nasihat serta perancangan juga panduan yang kami beri.

SUMBER KEWANGAN/PENDAPATAN UNTUK MENTADBIR DAN


MENGURUS KEWAJA

1. 35% kos tanggungan pusat ini ditanggung daripada sumber kewangan Pn.Ruzitah
Sdr.Yahya secara beribadi yang diperolehi daripada kerjaya mereka sebagai
Perunding Sosial dan Tradisional serta penceramah dan penulis bebas.

2. Bantuan daripada Majlis Agama Islam Selangor & Majlis Agama Islam WPKL.

3. Bantuan daripada keluarga gadis yang terlibat, namun tidaklah boleh diharapkan
sangat kerana ada keluarga yang tidak mampu malah tidak mahu memberikan kerja
sama, kerana dengan perbuatan anak mereka.
4. Sumbangan ikhlas dari rakan-rakan dan orang perseorangan yang simpati dengan
kerjaya dan aktiviti kami.

5. Sumber kewangan daripada gadis/wanita itu sendiri, jika mereka ada wang
simpanan, itupun kalau mereka yang berkerjaya. Namun ramai diantara mereka
boros sebelum itu dan tak ada wang simpan.

BENTUK PERBELANJAAN HARIAN DAN BULANAN YANG DITANGGUNG

1. Perbelanjaan makan minum

2. Perbelanjaan pengurusan, pentadbran, kenderaan dan elaun 10 orang sukarelawan.

3. Rawatan perubatan klinik dan hospital

4. Rawatan tradisi dalam pantang termasuk urut dari pakar urut

5. Ubatan-ubatan lain dan barang-barang penjagaan wanita

Nota: Tanggungan dan perbelanjaan ini untuk pelatih yang tidak kurang dari 40 ke 60 orang
berada dibawah jagaan dan pengurusan pihak kami.

PERBELANJAAN ATAU KOS DAN TANGGUNGAN LAIN

1. Pengangkutan dalam urusan pergi serta balik dari hospital dan klinik ini termasuk
bayaran parking, tol, minyak atau servis.

2. Urusan mengesan dan mencari pihak keluarga ATAU urusan mengambil dan
menghantar semula pelatih kepangkuan kelauraga.

6
3. Penginapan/sewa tempat tinggal dan asrama, telefon, letrik, air dan kemudahan
lain. Setiap bulan atau sepanjang tahun.

4. Ubatan dan barang-barang keperluan bayi.

5. Ubatan harian dan makanan ringan termasuk keinginan mereka untuk makan
sesuatu yang istimewa (mungkin mengidam).

Nota: Anggaran yang pernah kami catatkan sebagai bukti perbelanjaan, sekurang-kurangnya
RM510 seorang [ RM17.00 X 30 hari ]. Sekiranya kami catatpun, kami nak tuntut dari siapa,
maka kami anggap ini kerja amal kami dalam mebantu mereka yang bermasalah.

Walau bagaimanapun secara kasarnya kami boleh simpulkan disini kos tanggungan
keseluruhan bagi setiap gadis yang berada dibawah pengawasan dan pengurusan kami
adalah seurang-kurangnya antara RM450 ke RM600 sebulan.

LAIN-LAIN HAL BERKAITAN DENGAN PENDAPATAN DAN


PERBELANJAAN PUSAT DAN PIHAK PENGURUSAN/PENTADBIRAN

1. Kami tidak mempunyai sumber kewangan atau pendapatan yang tetap pada setiap
bulan, sedangkan perbelanjaan bulanan kami termasuk bil-bil bulanan dan bayar
sewaan penempatan mencecah sehingga lebih kurang RM18,500 ke RM21,000
sebulan.

2. Jika ada lebihan pendapatan, kami simpan untuk bulan berikutnya, jika kurang, kami
terpaksa mebuat sedikit pencatuan dan penjimatan dalam beberapa perkara. Tetapi
selalunya kami kreditkan untuk bulan berikutnya.

3. Keseluruhan perbelanjaan adalah untuk menampung 40 ke 60 orang penghuni


bermasalah dan termasuk kami yang bertindak sebagai penyelia malah orang yang
bertanggung jawab menjaga, merawat serta menguruskan hal-ehwal yang berkaitan
dengan gadis/wanita berkenaan pernah menjangkau RM22,000 sebulan.

PERANCANGAN DAN KEPERLUAN JANGKA PANJANG


1. Kami memerlukan penempatan yang lebih sesuai dimana boleh menampung
sekurang-kurangnya antara 60 ke 100 orang. Kerana saban hari kami sering
dihubungi oleh gadis-gadis malang tersebut untuk meminta perlindungan,
disebabkan tempat yang kecil dan sempit, ada diantara mereka yang terpaksa kami
tolak, itupun setelah kami berusaha memberikan pandangan dan panduan kepada
keluarga mereka, jika tidak kami kuatir mereka yang terlibat mengambil tindakan
berisiko.

2. Jika kami mempunyai penempatan yang sesuai, maka lebih banyak aktiviti yang
berbentuk, riadah, kerja tangan, latihan kemahiran atau bercucuk tanam dan
sebagainya dapat dijalankan. Sejauh ini kami Cuma mampu memberikan kaunseling,
motivasi dan pendidikan moral serta agama sahaja ( Sahsiah diri ).

3. Penempatan yang besar juga perlu kerana kami boleh mempelbagaikan skop
bantuan terhadap permasalahan sosial hari ini kerana kami bukan sahaja
mengutamakan perlindungan dan pemulihan terhadap gadis atau wanita hamil,
mungkin mereka yang lari dari rumah akibat keluarga bermasalah, atau isteri, ibu

7
tunggal, anak-anak yatim dan warga tua. Mereka juga dalam pemerhatian serta
keprihatinan kami yang perlu kami hulurkan bantuan dan penjagaan.

4. Saban hari semakin ramai wanita atau mereka yang mengalami masalah yang agak
serius, sulit dan terlalu peribadi berlaku ditengah-tengah masyarakat kita. Jika boleh
semuanya ingin kami hulurkan bantuan, namun keadaan tempat, ekonomi dan
tenaga kerja tidak mengizinkan. Maka, dari masa ke semasa kami akan
memertingkatkan usaha ke arah menjadikan pusat kami salah satu Pusat Integriti
atau Komuniti Kebajikan Sosial yang berjaya.

5. Sejauh ini kerja-kerja kebajikan sebegini banyak di usahakan oleh kalangan bukan
Islam dan bukan bumiputera, jika adapun pihak warga Islam dan bumiputera yang
menjalankan, mereka bergerak atas tiket persatuan atau NGO. Namun secara
peribadi dan persendirian kami juga ingin bertanggungjawab dan berbakti dan
bukannya tertumpu kepada warga bumi dan Islam sahaja, malah semua..

Nota: Untuk menjayakan impian murni dan wawasan sosial kebajikan ini, kami amat-
amat memerlukan sokongan dan bantuan dari semua pihak. Jika sokongan yang padu
serta bantuan yang sempurna tidak kami perolehi, maka bantuan dan perkhidmatan
kami adalah terbatas. Hanya segelintir sahaja yang dapat kami tolong.

Selama lebih 21 Tahun kami menjalankan aktiviti ini sendiri, walaupun sumbangannya
kecil, kami rasa kami telah berjaya bersesuaian dengan taraf dan kemampuan kami.
Tetapi jika kami diperlukan untuk semua atau memperluaskan skop pekhidmatan sosial
dan kebajikan ini, maka kami harus mendapatkan dana atau peruntukan bagi
mebolehkan lebih ramai lagi gadis dan wanita bermasalah dapat kami bantu dan
selamatkan.

TENAGA KERJA YANG DI PERLUKAN

Pihak kami mungkin tidak menghadapi masalah dalam bentuk sumbangan tenaga
manusia. Mungkin sebagai sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jemaah Islah
Malaysia, Ahli Briged Kebajikan Perdana dan AJK Gerakan Ehsan Selangor serta
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam, kami boleh mendapat sokongan daripada rakan-
rakan seperjuangan atau sukarelawan lain.

KEPERLUAN DALAM JANGKAMASA TERDEKAT

o Sebuah bangunan yang boleh menempatkan sekurang-kurangnya 60 ke 100 orang


(buat sementara), walaupun jangkaan dan perojek jangka panjang mungkin lebih
daripada itu ( 250 ke 300 orang berdasarkan kajian dan lapuran yang kami terima)

o Sebuah kenderaan bagi memudahkan kami membawa mereka kemana-mana pusat


rawatan (sama ada klinik atau hospital) kenderaan yang besar juga membolehkan
kami dapat membawa lebih ramai pelatih untuk mendapatkan kursus bulanan untuk
orang awam yang ditawarkan oleh LPPKN.

o Mungkin begitu sukar untuk mendapatkan bantuan dalam bentuk kewangan, oleh
yang demikian kami berharap pertolongan dari warga korprat syarikat-syarikat
swsasta untuk menyumbang keperluan harian wanita selepas bersalin dan set atau
barangan bayi.

o Kelengkapan asrama, seperti katil dan segala yang berkaitan.

8
PERHATIAN

SEKIRANYA BANTUAN DALAM BENTUK KEWANGAN TIDAK BOLEH KAMI PEROLEHI SAMA
ADA UNTUK SKIM BULANAN ATAU TAHUNAN, APA YANG PENTING SEKALi YANG KAMI
HARAPKAN ADALAH BANTUAN DALAM BENTUK TEMPAT TINGGAL, ASRAMA ATAU
PENEMPATAN YANG LEBIH BAIK, SELESA DAN BOLEH MENAMPUNG LEBIH RAMAI LAGI.

BERDASARKAN PENGALAMAN KAMI, MASALAH KEWANGAN WALAUPUN SERIUS DAN


KRITIKAL, NAMUN KAMI MASIH BOLEH MENGUSAHAKAN WALAUPUN TIDAK MENCUKUPI.

APA YANG PENTING ADALAH TEMPAT, ATAU KAWASAN YANG LEBIH SESUAI BUAT
MEREKA.

Bantuan utama yang kami harapkan adalah peranan dan penglibatan penuh
daripada semua pihak kerana tanpa bantuan, sokongan dan peranan orang
ramai dalam membasmi atau mengatasi masalah ini, bantuan kewangan
sebanyak mana pun tidak akan cukup. Sesungguhnya MENCEGAH,
MENGHALANG atau MENOLAK aktiviti tidak bermoral didalam masyarakat kita
adalah lebih utama dan tanggungjawab kita semua.

CADANGAN:

1. Meminta Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat,


melancarkan semula Kempen Masyarakat Penyayang.

2. Kempen Fasa Ke 2 ini menitik beratkan kepada asas Masih Ada Yang
Sayang. Dengan menghidupkan dan memperhebatkan lagi Budaya
Masyarakat Penyayang; Dimana budaya tegur menegur masyarakat
Malaysia dijadikan asas atau akar umbi aktiviti masyarakat seharian.

3. Kempen kali ini hendaklah dijadikan salah sati identiti, imej atau aktiviti
jangka panjang kementerian terbabit dengan menjadikannya sebagai
Kempen Sepanjang Hayat; Masyarakat Penyayang Cara Hidup Kita

4. Pengisian dan aktiviti kempen lebih menumpukan kepada Budaya Tegur


Menegur dikalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan
agama. Antaranya menjadi salah satu tanggungjawab bersama dengan
menglibatkan semua ahli masyarakat atas nama kempen ini dengan
membolehkan semua orang mengambil berat dan menegur apa jua aktiviti
tidak bermoral yang berlaku didepan mata MAKA itu, masalah sosial seperti
yang sedang diambil tanggungjawab oleh KEWAJA akan menjadi
tanggungjawab kita bersama.

KEWAJA
Wanita Didahulukan Maruah Diutamakan
2010 Kewaja Hakcipta Terpelihara

You might also like