You are on page 1of 14

SISTEM KAWALAN BAHANAPI ELEKTRONIK (EFI)

Sistem kawalan bahanapi elektronik mengunakan pelbagai penderia untuk mengesan keadaan enjin
dan kenderaan. ECU mengunakan maklumat daripada penderia – penderia ini untuk mengira isipadu
pancitan bahanapi yang diperlukan oleh kenderaan tersebut.

Sistem kawalan bahanapi elektronik boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

L – EFI L bermaksud Luft atau udara di dalam bahasa Jerman. Di dalam sistem ini ECU
mengukur kadar udara yang masuk samada secara jisim atau isipadu bagi
menentukan kadar pancitan yang diperlukan.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 1


D – EFI D bermaksud Druck atau tekanan di dalam bahasa Jerman. Di dalam sistem ini ECU
mengukur kadar tekanan yang terhasil di dalam intake manifold untuk menentukan
kadar pancitan bahanapi yang diperlukan.

Sistem EFI biasanya mengunakan beberapa komponen asas untuk membolehkan sistem mengira
kadar pancitan bahanapi yang diperlukan. Komponen – komponen tersebut ialah:

Engine ECU Berfungsi untuk mengira jumlah bahanapi yang optimum


yang perlu dibekalkan kepada enjin berdasarkan kepada
maklumat dari penderia.

Air flow meter Mengesan perubahan tekanan atau jumlah udara yang
or manifold pressure sensor masuk ke dalam manifold

Crankshaft position sensor Digunakan untuk mengesan kedudukan crankshaft dan


kelajuan enjin

Camshaft position sensor Digunakan untuk mengesan kedudukan camshaft dan


camshaft timing.

Water temperature sensor Digunakan untuk mengesan suhu cecair penyejuk


(coolant).

Throttle position sensor Digunakan untuk mengesan sudut pembukaan throttle


valve.

Oxygen sensor Digunakan untuk mengesan kandungan oksigen di dalam


gas ekzos.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 2


Sistem bekalan bahanapi

Sistem ini berfungsi untuk menyedut minyak dari tangki bahanapi dan dibekalkan kepada pemancit
(injector) sebelum semburan boleh dilakukan.

Komponen utama system ini ialah:


 Tangki bahanapi (Fuel tank)
 Pam bahananapi (Fuel pump)
 Paip Penghantaran (Delivery pipe)
 Pemancit (Injector)
 Peredam (Pulsation Damper)

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 3


Pam bahanapi

Ditempatkan di dalam tangki bahanapi bersama – sama dengan penapis bahanapi (fuel filter),
Pressure regulator dan fuel sender gauge.

Bilah pam (pump impeller) yang diputarkan oleh motor berfungsi untuk memampatkan bahanapi.
Check valve berfungsi untuk mengekalkan tekanan di dalam pam untuk memudahkan enjin
dihidupkan.

Jika sekiranya tidak terdapat tekanan tinggal (residual pressure), vapor lock akan terhasil keadaan ini
akan menyukarkan enjin untuk dihidupkan.

Injap pelega tekanan (Relief valve) berfungsi untuk melepaskan tekanan di dalam pam apabila
tekanan di dalam pam menjadi terlalu tinggi.

Pengatur tekanan (Pressure regulator)

Berfungsi untuk memastikan bahawa tekanan bahanapi sentiasa berada pada 324 kPa (3.3 kgf/cm2)
(Nilai ini mungkin berbeza pada satu kenderaan dengan kenderaan yang lain).

Ia juga berfungsi untuk mengekalkan tekanan tinggal di dalam sistem sama seperti check valve di
dalam fuel pump.

Komponen ini bekerja dengan 2 cara iaitu:


 Tekanan tetap

Di dalam sistem ini pengatur tekanan akan menetapkan tekanan pada satu tekanan tertentu.
Jika tekanan yang terhasil melebihi tekanan yang ditetapkan spring akan tertolak lalu
menyebabkan bahanapi dialirkan semula masuk ke dalam tangki.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 4


 Pengatur tekanan yang dilengkapi dengan paip penghantaran.

Prinsip operasi pengatur jenis ini adalah sama dengan jenis tekanan tetap, apa yang
berbeza hanyalah ianya dilengkapkan dengan sebuah paip penghantaran yang berfungsi
untuk menghantar tekanan ke dalam pengatur ini supaya tekanan bahanapi sentiasa
lebih tinggi dari tekanan didalam intake manifold.

Di dalam sistem ini pembukaan injap dikawal oleh tekanan vakum yang terhasil dari
intake manifold. Jika sekiranya tekanan initake manifold adalah terlalu rendah
berbanding dengan tekanan bahanapi injap akan terbuka dan bahanapi akan dialirkan
semula ke dalam tangki.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 5


Pulsation Damper

Digunakan untuk menyerap perbezaan tekanan yang berlaku akibat daripada mampatan bahanapi
oleh pam dan pancitan bahanapi.

Pemancit (Injector)

Pemancit berfungsi untuk memancitkan bahanapi ke dalam selinder mengikut isyarat yang diberikan
oleh ECU.

Isyarat dari ECU akan menyebabkan arus mengalir masuk ke dalam solenoid coil yang akan
menyebabkan plunger tertarik, lalu membuka injap untuk memancitkan bahanapi.

Disebabkan oleh lejang plunger adalah tetap, jumlah pancitan bahanapi dikawal mengikut jumlah
masa arus dibekalkan kepada solenoid.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 6


Fuel Filter/Fuel Pump Filter

Fuel filter

Berfungsi untuk mengasingkan kotoran dan bendasing yang dimampatkan oleh pam bahanapi.

Fuel pump filter

Berfungsi untuk menghalang kotoran dan bendasing dari memasuki pam bahanapi.

Litar kawalan pam bahanapi

Operasi asas

Pam hanya akan berfungsi jika enjin dihidupkan. Jika igniton switch pada kedudukan “On” sahaja,
pam bahanapi tidak akan beroperasi.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 7


Ignition switch “On”

Apabila igntion switch berada pada kedudukan “On”, EFI main relay akan “On”.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 8


Ignition switch “Start”

Apabila ECU menerima isyarat STA dari starter motor, transistor yang terdapat di dalam di ECU akan
“On” lalu menyebabkan circuit opening relay “On” dan seterusnya fuel pump akan mula berfungsi.

Engine cranking/running

Apabila enjin telah dihidupkan, ECU akan menerima isyarat NE dari crankshaft position sensor,
keadaan ini akan menyebabkan transistor akan terus “On”.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 9


Jika enjin di matikan

Apabila enjin dimatikan, Camshaft position sensor akan berhenti membekalkan isyarat NE kepada
ECU. Keadaan ini akan menyebabkan ECU memutuskan bekalan arus kepada transistor yang
berfungsi untuk mengawal circuit opening relay.

Fuel pump speed control

Fungsi ini digunakan mengurangkan kelajuan fuel pump apabila jumlah bahanapi yang diperlukan
adalah sedikit, seperti apabila enijn bekerja pada kelajuan rendah.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 10


Apabila arus mengalir melalui contact B, di dalam fuel pump control relay, pam akan beroperasi pada
kelajuan rendah.

Sebaliknya, apabila enjin sedang “cranking”, kelajuan tinggi atau berada pada beban penuh arus
akan dialirkan melalui contact A, lalu menyebabkan pam beroperasi pada kelajuan penuh.

ON-OFF control with speed control (by engine ECU and fuel pump ECU)

Sesetengah enjin mempunyai fuel pump ECU bagi mengantikan circuit opening relay, fuel pump
control relay dan resistor.

ECU ini turut dilengkapi dengan diagnostic function. Ia akan menghantar isyarat kepada ECU jika
terdapat sebarang masalah pada pam bahanapi.

Fuel pump shut-off system

Sesetengah kenderaan turut dilengkapi dengan mekanisma dimana bekalan kuasa kepada pam
bahanapi akan diputuskan apabila keadaan berikut terjadi:

Airbag mengembang

Apabila salah satu airbag mengembang, fuel shut-off system akan memutuskan bekalan kepada
pam bahanapi.

Apabila ECU menerima isyarat dari center airbag sensor assembly, bahawa pelanggaran telah
berlaku dan airbag telah mengembang ECU akan memutuskan bekalan kepada pam bahanapi.

Untuk memulihkan semula kenderaan pemandu perlulah mematikan dan menghidupkan semula
ignition switch untuk membolehkan pam bahanapi beroperasi semula.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 11


Apabila kereta berlanggar atau terbalik

Apabila kereta berlanggar atau terbalik, fuel pump inertia switch akan memutuskan bekalan kuasa
kepada pam bahanapi untuk mengurangkan kebocoran.

Fuel pump inertia switch ini terletak diantara fuel pump ECU dan engine ECU.

Apabila bebola didalam suis ini berganjak dari kedudukannya akibat daripada perlanggaran yang
berlaku. Contact di dalam suis tersebut akan terbuka lalu menyebabkan pengaliran arus ke pam
bahanapi terputus.

Untuk memulihkan semula keadaan, tekan reset switch yang berada diatas suis ini.

Abdul Shokor bin Abd Talib Page 12


Abdul Shokor bin Abd Talib Page 13
Abdul Shokor bin Abd Talib Page 14

You might also like