Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
132Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-Murid Tahun 1 Dengan Latih-Tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar

Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-Murid Tahun 1 Dengan Latih-Tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar

Ratings: (0)|Views: 12,249 |Likes:
Published by Mysthery

More info:

Published by: Mysthery on Aug 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

 
92
Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-muridTahun 1 Dengan Latih-tubi MenggunakanSuku Kata Dan Gambar
Oleh
ROZIAH BINTI ABD HAMID
Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan,27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
ABSTRAK 
Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca denganbaik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik keranakemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari Tahun 1 lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkanmurid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan. Sehubungan itu, satu kajian telah diadakanbagi mengetahui kebolehan murid dalam membaca ayat dengan lancar. Berdasarkan sesi bacaan yang telah dijalankan ke atas 27 orang murid Tahun 1 Murni, didapati seramai 10 orang murid begitu lemah dalam sesi bacaan ini. Bagi membendung masalah ini, saya telah mengambil langkah menjalankan pengumpulan data melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Saya telah menjalankan kajian ini bagimengenal pasti masalah dan punca yang menyebabkan mereka amat lemah dalamkemahiran mengeja dan membaca. Melalui kajian ini saya begitu mengharapkanmasalah kemahiran membaca murid dapat diatasi bagi meningkatkan prestasimurid. Selain itu saya begitu mengharapkan pelajar-pelajar ini dapat bersaing dengan rakan-rakan yang lain serta mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas biasa. Dapatan daripada ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan.
ISU KAJIAN
Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang perlu dipelajari sama ada diSekolah Kebangsaan mahupun di Sekolah Jenis Kebangsaan. Saranan Kementerian Pelajaran Malaysiayang mewajibkan para pelajar lulus di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat PMR danSPM adalah amat baik bagi memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita. Ini kerana Bahasa Melayu bukan sahaja merupakan bahasa ibunda kita malahan ia merupakan bahasa utama yang sering digunaselain daripada bahasa Inggeris.Sehubungan itu, asas utama dalam memartabatkan Bahasa Melayu ini ialah dengan mewajibkan pengajaran Bahasa Melayu bermula dari sekolah rendah iaitu mendedahkan pelajar dengan perkataan- perkataan yang mudah dan senang untuk difahami sesuai dengan umur dan tahap keupayaan mereka.Selaku guru Bahasa Melayu di sekolah saya mengambil kesempatan untuk menjalankan kajianmengenai tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dengan menggunakan suku kata dangambar.
 
93
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam kelas saya, Kelas 1 Murni, didapatikebanyakan pelajar tidak pandai membaca, malah ada sesetengahnya tidak pandai mengeja suku kata,terutamanya suku kata KV + KVK, dan KV + KVKK. Keadaan ini menyebabkan aktiviti pengajarandan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan menimbulkan rasa bosan bagi pelajar yang sudah pandai dan tahu membaca ayat mudah.
REFLEKSI ISU KAJIAN
 Berdasarkan isu ini, saya telah membuat beberapa tinjauan awal. Antaranya ialah menjalankan ujian pra bacaan kepada seramai 27 orang murid-murid di dalam kelas saya. Ujian yang dijalankan adalahseperti membaca cerita pendek.Hasil daripada ujian tersebut, didapati 10 orang daripada mereka tidak pandai membaca cerita pendek tersebut. Ini disebabkan mereka tidak pandai menyebut suku kata KV + KVK atau KV + KVKK yangterdapat di dalam cerita tersebut. Keadaan ini menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiranmembaca dan mengeja adalah sangat lemah. Ini akan mengakibatkan mereka tidak tahu apa yangterdapat di dalam petikan dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan diberikan. Ini mengakibatkanmereka gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Oleh yang demikian, fokus kajian saya ialah meningkatkan Kemahiran Membaca murid-murid Tahun1 dengan latih tubi menggunakan suku kata KV + KVK dan KV + KVKK serta kad gambar.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:1. Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 menggunakan kad sukukata dan gambar.2. Merancang tindakan untuk mengatasi masalah membaca.3. Menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata dan gambar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dengan lancar.
KUMPULAN SASARAN
Responden kajian saya terdiri daripada 10 orang murid iaitu 2 orang murid perempuan dan 8 orangmurid lelaki Tahun 1 Murni dalam lingkungan umur 7 tahun, di mana tahap pencapaian merekaadalah sederhana dan amat lemah. Kumpulan ini dipilih melalui ujian membaca dengan lancar yangtelah diadakan pada 9- 10 April 2005. Semasa ujian tersebut diadakan terdapat seorang murid yanglangsung tidak boleh membaca. Ini kerana murid tersebut agak buta huruf dan mudah lupa apa yangtelah dipelajari atau perkataaan yang telah disebut. Keadaan ini betul-betul menuntut kesabaran dankomitmen yang tinggi dari pihak saya.
INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen yang saya gunakan dalam kajian ini ialah Ujian pra dan ujian pasca bacaan. Instrumenini dipilih berdasarkan perbincangan dengan rakan sejawat yang lain dan dilakukan pada 9 – 10April 2005. Bagi menilai instrumen ini, satu markah akan diberikan kepada setiap murid yang bolehmembaca setiap satu perkataan (sila rujuk Lampiran A )
 
94
LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Setiap kali masuk kelas selama tiga minggu berturut-turut, saya telah menjalankan aktiviti berikut:
Minggu pertama
(11 - 13 April 2005)1. Ujian mengeja suku kata KV2. Ujian mengeja 2 suku kata KV + KV3. Ujian mengeja 3 suku kata KV + KVK + KV, KV K + KV + KVGuru menunjukkan gambar dan minta murid menamakan gambar. Gurumengedarkan kad huruf dan meminta murid munyusun huruf supaya menjadiperkataan yang bermakna.Minta murid membaca perkataan yang telah disusun (sila lihat Lampiran B)
Minggu kedua
(16 - 17 April 2005)1. Pelajar diminta meneliti semula gambar yang diberi kemudian diminta mengeja perkataan berpandukan gambar.2. Latih-tubi mengeja perkataan berpandukan gambar.3. Mengenalkan perkataan-perkataan baru.4. Murid diminta mengeja perkataan sambil menutup mata (sila rujuk lampiran C) 
Minggu ketiga
(23 -25 April 2005)1. Mengenalkan kepada murid beberapa ayat mudah daripada perkataan yang telah di pelajari.2. Bimbing murid membaca ayat mudah.3. Latih-tubi murid membaca ayat mudah yang di beri.4. Ujian membaca ayat mudah.Aktiviti ini diteruskan kepada pelajar yang masih belum menguasai kemahiranmengeja, membatang suku kata dan membaca dengan lancar. Manakala pelajar yang telah menguasai kemahiran membaca akan diberika ayat pendek yang lain(sila rujuk lampiran D)
PENGUMPULAN DATA
Kajian ini menggunakan instrumen-instrumen berikut:Ujian PraTarikh : 9 10 Mac 2005Masa diberi : 10 minit setiap orangJumlah suku kata : 10 suku kataUjian PascaTarikh : 02 04 Mei 2005Masa diberi : 10 minit seorangJumlah suku kata : 10 suku kataSoalan Pra dan Pasca adalah berbeza tetapi masih menggunakan kaedah mengeja suku kata yangsama. Ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid dapat atau belum menguasai kemahiran

Activity (132)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Cik Jena liked this
isnaizin liked this
Saridin Molusin liked this
Endot Ujai liked this
Cik MiMie liked this
Endot Ujai liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->