You are on page 1of 2

Tan Sri Mohamad Nadzmi Salleh

Topic: Bisnes & Pengurusan

Pada tahun 1990, ketika berusia 36 tahun kedudukannya bertambah baik apabila beliau
dilantik sebagai Pengarah atau Ketua Pengurus Besar EON. 

TAN Sri Nadzmi berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan lahir pada 1 Mei 1954. Tan Sri
Nadzmi dibesarkan dalam sebuah keluarga yang ramai, iaitu 10 orang adik-beradik.
Bapanya adalah pegawai daerah dan kemudian menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri
Kelantan. Permulaan kerjaya Beliau memulakan kerjayanya sebagai pensyarah ekonomi
di Universiti Putra Malaysia. Sebenarnya, cita-cita awalnya adalah mahu menjadi
jurutera elektrik, dan kemudian bertukar kepada juruukur kuantiti. Selepas itu, beliau
pernah bekerja di Petronas sebagai eksekutif pemasaran di bahagian pemasaran
antarabangsa. Atas pelawaan seorang rakan, beliau menyertai HICOM sebagai
Penolong Pengurus Bahagian Projek. Beliau bertanggungjawab mengenal pasti dan
menguruskan pembangunan projek. Penglibatan Nadzmi dalam pasukan projek kereta
nasional yang melahirkan PROTON dan EON, menyebabkan beliau dilantik sebagai
Pengurus Pemasaran Perkhidmatan EON pada tahun 1984. Pengurus Besar EON Pada
tahun 1990, ketika berusia 36 tahun kedudukannya bertambah baik apabila beliau
dilantik sebagai Pengarah atau Ketua Pengurus Besar EON. Sentuhan Nadzmi Selepas
setahun beliau memegang jawatan ini, pencapaian keuntungan EON sebelum cukai
pada tahun itu meningkat daripada RM38 juta ke RM120.6 juta. Kini Nadzmi turut
memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat besar. Antaranya adalah
Pengerusi Eksekutif Mara Holding Sdn. Bhd., Pengerusi R. J. Reynold, Pengerusi
Eksekutif ERL, Pengarah/Pengerusi Len Brothers Rubber Products Industries Berhad,
dan Pengarah SIRIM. Faktor kejayaan Salah satu faktor yang menyumbang kepada
kejayaannya adalah perwatakannya yang sentiasa ceria dan tersenyum, mudah mesra
dan senang didekati. Ketika beliau memegang jawatan di EON, beliau menemui ramai
pegawai kanan dan pengerusi syarikat pengeluar kereta di seluruh dunia dan belajar
daripada mereka. Pengalaman dan idea yang banyak diperolehnya daripada
pengalaman ini yang digunakannya bagi mengembangkan EON. Kepelbagaian Nadzmi
percaya kepada kepelbagaian dalam pengurusan diri. Semasa kecil, beliau seperti
kanak-kanak biasa suka mengumpul setem dan duit syiling. Beliau juga gemar
memasak dan pernah diberi penghargaan sebagai tukang masak terbaik dalam pasukan
pengakap yang dianggotainya ketika bersekolah dahulu. Beliau mahir memasak
masakan antarabangsa, antaranya masakan Itali dan Iran. Ilmu Pada awal
pembabitannya dalam korporat, beliau mendapat banyak ilmu yang berguna dalam
dunia pengurusan dan perniagaan melalui pergaulan rapatnya dengan mendiang Tan
Sri Loh Boon Siew dan Tan Sri Eric Chia. Beliau juga yakin pengurusan perlu dilakukan
dengan bermatlamat, memerlukan kesabaran dan usahawan perlu berani mengambil
risiko.

You might also like